Ahad, Jun 01, 2008

Remy; Muzikal Remy. Asalnya

Setelah aku tak dapat menonton P Ramlee The Musical Season 1.
Belum mula show tiket sudah sold out.
Maklumlah Datuk CT berlakon...
Akhirnya aku dapat juga menonton Season 2 punya pada 31 Mei 2008 show malam.
Dapat duduk di seat agak hadapan, jadi dapat lihat dengan lebih jelas ekpresi muka pelakon.

Sejujurnya memang itu kali pertama aku tengok teater muzikal stail Malaysia.
Mengujakan jugaklah sebab kali pertama.
Yang paling aku suka adalah design setnya, lebih-lebih lagi KEPALA...
.... keretapi.
Nasib baik aku dapat tengok KEPALA...
.... keretapinya.
Tertunai hajat aku.
Puas nafsu aku.

Ada beberapa scene yang membosankan aku.
Lagi-lagi dengan muzik yang melentokkan aku pada waktu malam.
Tapi aku bagi penghormatan jugaklah pada semua.
Ya lah.
Bukan senang nak buat produksi grand macam tu.
Teknik/konsep/teori asasnya sama seperti yang aku belajar dari Doc Shark, cuma ia dipersembahkan dengan grand dan bersungguh-sungguh.
Dan sudah pasti, tajaan yang platinum, emas, perak dan gangsa.
Bukannya tajaan yang habuk pun tarak.

Bagi aku, berbaloi jugaklah tiket Kelas F berharga RM38 selepas diskaun 30%.
Ya lah. Budak-budak mentah lagi mana ada duit banyak-banyak...

Nak komen pula pasal pelakon wanita yang seksi sebab tayang dada, betis dan peha.
Lelaki yang tengok tu jangan tipulah tak tengok punggung dan dada perempuan-perempuan tu...
Kalau tak tengok dan berasa biasa tu gay lah tu.

Nak cari duit.
Bisnes teater. Mana main pakai sopan beb...
Kat KL lah bro. Kat kampung yang ada KL - Kedai Leman (yang dah tutup sebab tauke kencing manis) pun ramai pakai seksi beb. Yang pakai seksa pun ada...
Tapi itu kalau betul-betul nak cari duit lah.
Kalau nak cari duit dengan bisnes teater Islamik, kena cari sasaran penonton yang betul lah. Bukannya tak boleh.
Tapi perempuan mesti ada...
Tak lengkap dunia ni kalau tak ada perempuan, kan? Kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan