Jumaat, Jun 06, 2008

MENUJU PUNCAK (VERSI PLKN)

Hari tu aku tengok tivi tapi tak tengok sangat.
Aku sibuk geledah CD-CD lama.
Bila terdengar lagu tema PLKN aku pun usha-usha lah kat tivi.
Tengok-tengok. Aku terasa deria geli aku terangsang.
Seolah-olah ada seseorang yang aku tak nampak sedang menggeletek ketiak aku.
Urat-urat geli geleman aku pun tertegang dek melihat gelagat adik-adik PLKN sedang menjalani latihan (eg kawad, kembara halangan dll.) sambil menyanyi dan menari-nari dengan koreografi yang semakin menggamit urat-urat ketiak aku.
Nasib baik diaorang tak buat step macam tarian Menuju Puncak AF yang ada macam otomen tu.
Kalau tak mahu mulut aku atau ketiak aku jadi cramp.
Tapi stylo jugak menyanyi sambil meredah halangan 'monkey rack'.

Beberapa hari lepas tu, aku tengok iklan PLKN yang lain.
Turut ada koreografi. Adik-adik PLKN dengan uniform celoreng biru-putih-hitam yang cukup bersih, keras dan teguh, tidak berkedut, kecut sedang mereka asyik menyanyi sambil mendirikan khemah dan menangkap ikan (3 orang teruna) sambil diperhatikan dari jarak yang agak dekat di seberang sungai (3 orang dara. dara ke? hanya dia dan Tuhan yang mengetahui. atau mungkin yang curi dara dia pun tahu).
kemudian mereka bermain-main air pulak.
bohong betul.
tak adanya nak main-main air kat tempat latihan.
maksud aku main-main dengan perempuan.
sebab apa?
sebab jurulatih-jurulatih (JL) mesti akan potong stim budak-budak laki.
JL-JL pun gatal.
Oh ini bukan cerita bohong.
Ini pengalaman sebenar aku.
Kisah benar. Stylo sikit.

Tiap tahun PLKN pasti akan menghasilkan beberapa mayat yang tak bersalah.
Sesi aku dulu pun. Ada seorang budak laki Cina mati tanpa niat.
Sebab apa?
Sebab virus penyakit.
Sewaktu menjalani latihan khidmat komuniti.
Ala yang bersihkan kawasan rumah orang tu.. main cat-cat.. main sapu-sapu.. main bakar-bakar.. main pancut-pancut....
...air...
...pili...

Bagi aku, PLKN tidak perlu diwajibkan kepada mereka yang bernasib malang terpilih.
Tetapi penyertaan PLKN perlu dibuka.
Sebab ramai juga yang berminat hendak menjalani PLKN.
Dan ada juga yang berminat tetapi tidak terpilih.
Kasihanilah mereka itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan