Khamis, Jun 05, 2008

EKSPRES SELAT KERIS

Bas ni paling fakap dan sak dalam sejarah hidup aku.
Masa tu aku lambat beli tiket.
Tiket bas yang fofular dan gelamor semua sudah habis pada hari itu.
Jadi aku TERpaksa rela naik bas tambahan yang macam bas hantu.
Drebar siap pesan lagi kalau bas kena tahan dengan pegawai penguatkuasa, dan ditanya, bas tersebut ke Lumut.
Aku tak ada masalah sangat la kalau macam tu.

Perjalanan bermula.
Kemudian aku berasa kelakar yang fakap bila bas tersebut lalu Ayer Hitam.
Aku dari BP ke JB untuk naik bas tu, kemudian bas dari JB tu lalu Ayer Hitam.
Itu OK lagilah.
Aku tak ada masalah sangat la macam tu.

Kemudian aku tidur.
Aku terjaga dan aku sempat melihat papan tanda stesen minyak PETRONAS (Terima kasih PETRONAS! - sebagai tanda terima kasih kerana membiayai pengajian ijazah aku, bukan sebab lain) dan...
aku berada di Hutan Melintang!
Aku tak tahu dan tak pernah dengar nama tempat tu.
Aku fikirkan hutan tapi hutan mana ada jalan raya.
Tapi aku agak aku masih berada di kawasan Selangor.
Jadi aku sambung tidur.
Aku terjaga semula pukul 6 pagi.
Aku lihat sekeliling.
Aku tak pernah tengok tempat tu.
Tak pernah lalu tempat tu.
Aku tak bertanya pemandu bas.
Kerana aku memang ada masalah sikit dengan drebar bas ni dari dulu.
Entah kenapa.

Jadi aku terus layan feeling 'lost' dengan tanggapan baik yang aku masih belum sampai Ipoh lagi.

Bila hari sudah terang dalam pukul 7 aku dapat tengok papan tanda jalan dengan jelas.
Aku sememangnya sudah sesat apabila aku lihat papan tanda ke Setiawan tidak berapa jauh lagi.
Sememangnya aku pernah sampai Setiawan sebelum ini dan sudah pasti aku sudah terlajak atau lebih tepat lagi tersasar dari destinasi Tronoh aku.
Nasib baik bas tu ada berhenti di stesen bas di Manjung. Manjung lah agaknya.
Aku pun tak pasti sebab yang aku fikir pada waktu tu hanya aku perlu balik ke Tronoh pagi itu jugak!
Aku masih buat muka relaks.
Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Maklumlah ada beberapa orang lain.
Jangan panik... Jangan panik... Cool... Cool... Aku kan orang cool!
Kemudian ada seorang pak cik teksi hon aku.
Aku tanpa berfikir panjang terus bertanya pada pak cik tu sama ada boleh hantar aku ke Tronoh atau tak.
Boleh katanya tapi tambang RM80.
Nak mampos?!
Duit kat tangan aku waktu tu hanya maksima RM30.
Tapi pak cik tu nak jugak hantar aku sebab katanya memang hari ni dia tak cari penumpang sebab dia nak barukan lesen bawak penumpang dia hari tu.
Dan dia kata dia nak ambil dulu bos dia dan kemudian ke Ipoh.
Jadi selamatlah aku sampai ke Tronoh...
Begitu panjang perjalanan aku.
Tapi bak kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman.
Dan memang aku dah banyak pengalaman naik bas ekspres.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan