Ahad, Jun 08, 2008

MENCARI MENANTU

Kat sini aku nak kongsi beberapa tips untuk mencari pasangan/teman hidup/isteri buat pria-pria yang kesepian dan kesunyian dan sangap:


1. Tentukan citarasa anda.
Ini paling penting dan paling utama. Tentukan anda nak cari awek based on rupa paras, nilai budi atau kedua-duanya, atau anda nak yang PAKEJ LENGKAP macam bini aku.


2. Adakah anda nak kapel suka-suka (eksperimen) atau memang berniat nak berkahwin?
Tanya soalan ni pada diri anda. Kalau anda memang tak berniat nak kahwin dengan pasangan anda tu, anda tak perlu cakap seperti "I love you FOREVER" atau seumpamanya yang memberi maksud sebegitu rupa. Aku dah muak dengan drama Yusof Haslam atau filem Prof Razak Mohaideen jadi jangan buat aku jelek lagi.


3. Kenali pasangan anda betul-betul supaya anda dan pasangan anda serasi bersama.
Kalau ada apa-apa nak tanya kat pasangan anda, tanya saja. Kalau dia tak nak bagitahu walaupun perkara kecil, dia belum bersedia hendak hidup bersama. Lupakan saja drama-drama sebegitu.


4. Kalau perempuan tu bikin lu punya hati manyak susah, maknanya she's not the one.


5. Kalau makin lama anda makin tak suka kat pasangan anda, maknanya anda baru sahaja menunjukkan tanda-tanda sebelum menjadi seorang gay.


6. Kalau anda nak berbincang pasal seks, biarlah kena gaya dan situasi. Tapi kalau dah sangap sangat tu aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi.



Sebenarnya tips atau petua ni terpulang kepada setiap individu. Bagi aku mudah saja. Ikhlaskan niat dari awal, insyaAllah selepas tu, setiap apa yang kita (lelaki yang cool tetapi bukan gay) lakukan akan meneruskan lagi hubungan malah mengukuhkan lagi ikatan. Semua orang melakukan kesilapan. Jadi kalau kita (lelaki yang cool tetapi bukan gay) TERbuat silap, kita mengaku dan minta maaf dari bini kita. Bila bini kita nampak yang kita (lelaki yang cool tetapi bukan gay) ni merendahkan benteng ego kita (lelaki yang cool tetapi bukan gay) sudah pasti, kita akan dapat mencuri hatinya buat selama-lamanya.
Tetapi harus diingat! Jangan berlaku tidak jujur pada isteri.
Sebab kalau silap hari bulan, isteri ko tu tak dapat dilembutkan lagi hati dia.
Sekali kena curang, jangan harap dapat bersama lagi!
Ada sesetengah perempuan macam tu.
Satu lagi yang penting, hormati bini kita.
Selepas kita menghormati ibu dan bapa kita.
Tiga orang paling penting dalam hidup adalah ibu, bapa dan isteri.

Jadi, pandai-pandailah pilih calon isteri ya.
Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan