Selasa, Mei 20, 2008

Geli Geliman di Pasaraya Cermin Mata

Geli aku! Geli!
Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! Gelilah!


Suatu hari Pak Jowo dari P.O Box 999, Kampung Hulu berziarah ke Kuala Lumpur untuk melihat panorama indah seperti yang diwar-warkan oleh anak perempuannya.

Dia singgah di Pasar Seni dan merayau-rayau di sana selama 4 jam setengah.

Akhirnya Pak Jowo keluar dengan memakai cermin mata hitam berjenama Rahsia.

Ya. Jenamanya memang Rahsia.



Lantas Pak Jowo meminjam secara percuma kamera digital anaknya dan menangkap gambarnya secara solo dan potret.

Pak Jowo tersenyum gembira.

Bukan. Dia tidak senyum sewaktu menangkap gambar.

Dia buat muka macho.

Memang tak sedar diri.


Pak Jowo bukan setakat tak sedar diri.

Dia memang tak sedarkan diri selama 3 hari selepas pulang ke kampung halamannya yang tercinta, aman permai digemari ramai.


Inilah kisah Pak Jowo yang sudah duda....



p.s: Tiada moral barangkali. Entri ini dikhususkan kepada mereka yang berfikiran sempit dan memang ada unsur-unsur serangan peribadi.


Dem!

1 ulasan: