Rabu, Jun 11, 2008

Muhamad Hafiz bin Amat

Tahun 1986. Salah satu bulan pada tahun itu. Ibu dan bapaku bersenggama. Setelah usaha keras, akhirnya berjaya juga sperma yang satu ini (sperma terpilih) memasukkan kepalanya ke dalam ovum.
Lantas meraih gelaran 'Juara Sperma Tahun 1987'. Syabas dan tahniah.

9 bulan 10 hari cukup-cukup aku dikuarantin dan akhirnya aku telah melepasi ujian kelayakan untuk masuk ke "Dunia".
Tentang nama. Pak Polisi dulu ada yang 'agak' buta huruf. Dah lah pakai seluar pendek.
Bukan zaman aku lahirlah. Zaman bapak aku lahir. 1949.
Dalam Surat Beranak a.k.a Sijil Kelahiran. (Hebat kan kita? Kalau kita layak masuk ke Dunia, kita terus dapat Sijil). Ruangan 'tempat dilahirkan'. Bapak aku.
"Anak situ".
Tapi itu cerita bapak aku.
Saat aku lahir, aku terus menangis. Melalak.
Aku pun tak tahu kenapa. Spontan saja.
Lama juga aku melalak. Bila berhenti kejap sebab nak ambil nafas.
Aku sempat tengok.
Tengok tangan kanan.. kiri.. jari-jari. Tak lebih. Tak kurang.
Tengok kaki pulak.. kanan.. kiri.. jari-jari. Tak lebih. Tak kurang.
Tengok anu.. Oh, aku lelaki!
Baru aku tahu jantina aku lelaki waktu itu.
Alhamdulillah.

Allahyarhamah nenek sebelah mak aku mengidamkan seorang anak perempuan sebagai bunga untuk menyerikan lagi taman di laman surga duniawi. Ya. Waktu tu tahun 1986. Waktu aku sedang menjalani latihan mental dan fizikal untuk kelayakan masuk ke Dunia.
Tetapi nenek aku itu tidak kisah pun jika mak aku dapat anak lelaki LAGI.
Cuma dia mahu aku dinamakan MUHAMAD HAFIZ. BIN AMAT. BIN JAPAN (mahal tau nama atok aku). BIN JANTAN (yaaa.. memang keturunan jantan aku ni!).

Tetapi setelah aku dapat tahu.
Nama aku MUHAMAD YUSUF. BIN AMAT. BIN JAPAN. BIN JANTAN.
Bukan MUHAMAD HAFIZ. BIN AMAT. BIN JAPAN. BIN JANTAN.

Kenapa tidak?
Hingga kini ia menjadi suatu misteri.
Misteri nusantara...
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..
Diselubungi ISTERI tak apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan