Rabu, Jun 11, 2008

Kisah Buang

Buang. Ada saja nama orang Buang.
Tetapi aku doakan orang bernama Buang tidak berperangai suka buang.
Buang-buang. Macam-macam.

Dalam dunia. Apa yang kita boleh buang? Yang tak boleh.
Dan apa yang kita selalu buang?

1. Buang sampah.
Amalan sivik yang mulia. Rakyat Malaysia perlu tingkatkan kesedaran sivik.

2. Buang air kecil/besar.
Amalan semulajadi yang amat penting dan baik untuk kesihatan.

2.5 Buang masa.
Hobi masa lapang kebanyakan 'orang kita'. Banyak aktiviti yang biasa dilakukan dalam kategori hobi buang masa ini.
(Nota: perkara bernombor 2.5 sebab dah habis taip nombor 8 baru TERingat)

3. Buang appendiks.
Kalau dapat sakit appendiks sebab makanan yang tidak hadam masuk ke dalam appendiks dan sehingga penuh dan berlebih-lebihan, kena buang appendiks.

4. Buang kucing.
Bagi mereka yang terlalu banyak kucing dipelihara di rumah sampai berbelas-belas.
Kucing yang kaki pukul, kaki berak merata-rata akan menerima nasib malang dibuang oleh tuannya ke mana-mana tempat yang bersesuaian dengan keadaan isu semasa. Tempat yang fofular adalah pasar basah dan gerai makan. Namun para pembuang kucing boleh juga memilih tempat yang lebih eksklusif dan mesra alam seperti sungai ataupun laut yang lebih kaya dengan sumber protin untuk kucing-kucing buangan.

5. Buang anak.
Amalan gadis yang bersenggama dengan lelaki tetapi belum bernikah tetapi takut untuk menanggung risiko menggugurkan kandungan. Amalan ini nampak mulia kerana memberi peluang kepada bayi untuk lahir ke dunia (jika bernasib baik ditemui oleh orang lain). Namun jika kurang bernasib baik (relatif kepada hidup di dunia), maka bayi tersebut tidak berdosa sama sekali malah tempatnya cukup istimewa di alam Akhirat.

6. Buang isteri.
Situasi ini berlaku apabila seorang suami melafazkan lafaz talak kepada isterinya sama ada dengan niat atau pun tidak.

7. Buang suami.
Situasi ini berlaku apabila seorang isteri bermain di belakang suaminya. Bermain apa itu subjektif kepada isteri dan lelaki simpanannya itu.

(kenapa dah macam kuliah munakahat?)

Perkara bernombor ENAM (6) dan TUJUH (7) di atas merujuk juga kepada perkara bernombor LAPAN (8) di bawah;

8. Buang girlfriend/boyfriend.
Kepada adik-adik yang hendak/sedang/telah berkapel. Nasihat Abang Akin (Pak Akin hari ni terasa muda walaupun sentiasa berjiwa muda) supaya JANGAN menDUAkan pasangan masing-masing. Kalau dah tak suka, katakan tak suka. Kalau dah ada yang lain, katakan dah ada yang lain. Kalau dah tak syok bersenggama, kata dah tak syok bersenggama. Yang ini lebih elok daripada menDUAkan, berahsia dan seumpamanya.
Khidmat pesanan awam ini juga dibawakan khas kepada anda semua oleh Nur Najwa binti Zulqurnain, pemangku Ketua Editor aku.


Sebenarnya banyak lagi perkara yang bermula dengan perkataan BUANG ini. Kalau hendak tahu banyak lagi simpulan bahasa. Rujuklah mana-mana buku yang bersesuaian.

(Kejap aku rasa macam nak taip untuk majalah Mingguan Wanita atau Maskulin. Kejap aku rasa macam baru lepas baca buku law. Kejap aku rasa macam baru lepas ajar budak-budak sekolah agama Johor subjek feberet munakahat...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan