Isnin, Jun 09, 2008

GRRRRRR... OINK. OINK.

Jangan berasa unexpected.
Jangan mudah berasa expected.
Anjing. Babi.

Ada kisah tauladan anjing dengan bayang-bayang.
Ada tak kisah tauladan babi?
Kalau ada sila beritahu aku.
Kalau tak ada boleh cipta yang pertama.

Aku dah baca kesemua 10 skrip yang menang pertandingan Kakiscript.
Dan yang aku paling suka adalah Ramadhan Feast skrip oleh Animah Kosai.
Dalam skrip tu ada cerita pasal babi.
Siapa yang ada hati nak baca boleh download sendiri dari laman web Kakiseni.
Download secara percuma.

Aku hargai kesemua penulis skrip yang 10 itu.
Masing-masing cuba menonjolkan keunikan masing-masing.
Tetapi skrip itu harus dipersembahkan. Dipentaskan. Dihidupkan. Dinyatakan. Dikembangkan.
Diangkat. Dimajukan. Ditonton. Dihayati. Digilapi. Diserikan. Diabadikan....
Skrip yang bagus. Mungkin akan diabadikan.
Oleh penggiat seni. Mana-mana.

Anjing. Babi.
Jangan mudah berasa expected.
Jangan berasa unexpected.

Grrrrr....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan