Rabu, Jun 11, 2008

Satu Sel Otak Mati Si Tuan Direktor Berkata-kata..

Dah banyak juga sel otak yang dah mati akibat mengarah pementasan teater, khususnya.
Dan di sini ada satu sel otak yang dah mati mahu berkongsi serba sedikit mengenai tanggungjawab seorang pengarah a.k.a tuan/puan direktor.


Mengarah sesebuah pementasan (aku sebut sebagai 'show'. pendek sikit) ibarat melalui sebuah perjalanan yang jauh dan panjang bersama beberapa orang (atau ramai orang).
Sesetengah daripada orang-orang yang lain ini mungkin ada idea-idea yang lebih bernas sepanjang perjalanan itu. Namun jikalau perjalanan itu diketuai oleh seorang yang tidak mahu mendengar langsung kata-kata orang-orang di bawahnya, rombongan perjalanan itu kemungkinan besar akan berterabur, huru-hara dan akhirnya sesat.
Jadi. Sebelum seorang pengarah itu boleh memikul tanggungjawab mengarah sesebuah show dengan serius, dan bertanggungjawab juga ke atas pelakon-pelakonnya, dia mesti mengetahui dan memahami sepenuhnya akan hak dan tanggungjawab seorang pengarah.

Hak-hak seorang pengarah boleh disimpulkan melalui dua ayat ringkas:
1. Untuk mengintepretasikan sesebuah pementasan, dan
2. Untuk merealisasikan sesebuah pementasan.

Tanggungjawab seorang pengarah pula agak banyak:
1. Mengintepretasikan sesebuah pementasan
2. Merealisasikan sesebuah pementasan
3. Menilai, menganalisa sesebuah pementasan
4. Menonjolkan idea utama sesebuah pementasan
5. Menerangkan pementasan kepada para pelakon
6. Bekerja (berlatih) bersama dengan pelakon tentang 'blocking' sesebuah pementasan
7. Bekerja (berlatih) bersama dengan pelakon dalam mencari ritma yang sesuai bagi sesebuah pementasan
8. Bekerja (berlatih) bersama dengan pelakon untuk membuat sebuah PERSEMBAHAN
9. Merasai individualiti seseorang pelakon
10. Tidak terlalu menekan untuk mendapat hasil yang cepat
11. Menyedari akan kekurangan/kesilapan diri sendiri

SELAMAT MENGARAH!


Sumber: Joe Hasham, Pengarah Artistik The Actors Studio (Malaysia) dan KLPac.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan