Sabtu, Jun 14, 2008

Macam Mana lahhh FT tak pening kepala?

Hari tu aku pergi menonton filem Apa Kata Hati di pawagam.
Apa Kata hati menampilkan Raja Farah dan Farid Kamil (lagi).
Secara keseluruhannya cerita ini biasa.
(Nah.. kritikan lagi yang aku TERpaksa berikan)
Cerita ni.. bila aku tengok.. berserabut kepala otak aku.
Berterabur.
Cerita ini juga senyap.
Mungkin bajet untuk audio dan efek bunyi kurang.
Cerita ini juga ada elemen syirik.
Ditunjukkan bomoh (AC Mizal) berjaya membuat sesuatu kepada Raja Farah.
Setelah dia berjumpa bomoh, dia dapat mendengar fikiran orang lain.
Perkara ini tak mustahil jika Tuhan izinkan.
Tetapi bukan bomoh yang lakukan.
Dan kebolehan Raja Farah mendengar fikiran orang lain itu hilang setelah dia berjumpa bomoh buat kali kedua.
Watak Harun Salim Bachik dan Fauziah Ahmad Daud tidak penting dan tak menyumbang kepada tema.
Tetapi aku suka watak bomoh yang dibawa AC Mizal.
Ada SEDIKIT kelakar di situ.
Yang lain. Biasa.
Mungkin pengarah yang aku tidak kenali.
Montaj opening dah kreatif dah.
Tapi filem spoiler.
Dan opening Dafi dengan Mila itu entah kenapa???
Tidak penting.
Membazir sahaja bayar dua orang BINTANG (sebut betul-betul, bukan BINATANG ya) AF ini hanya untuk intro filem yang spoiler ini.

Bagus lagi filem Diva yang Ning Baizura berlakon tu.
Ending filem tu sedih.
Dan ADA RASA.
Jalan cerita pun tak berterabur walaupun tipikal.
Dan ADA AC MIZAL (lagi).
Mungkin sebab ala-ala hindustan.
Tengoklah siapa pengarahnya.

Namun begitu jangan bimbang.
Aku tetap penyokong setia filem-filem Melayu.

Aku tunggu filem terbaru Mamat Khalid yang ada Farid Kamil (lagi) berlakon bersama-sama dengan artis-artis India tempatan.
Mamat Khalid cakap dia dah tulis skrip yang 'pedas' untuk mereka yang makan cili.
Wow.
Itulah Mamat Khalid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan