Isnin, Jun 09, 2008

BAHAYA BERDIRI DI ATAS PAGAR

-pesan bapak kepada anaknya.

Aku baru balik dari dengar ceramah PKR dekat depan kilang Fujitsu.
Bersama kedua orang tuaku.
Ceramah tentang isu semasa dan berita-berita dari salah seorang YB di Selangor.
Apa yang Pakatan Rakyat di Selangor sedang berusaha membantu rakyat.
Juga ada diutarakan tentang isu ketuanan Melayu.
Oleh kerana oposisi hanya boleh siarkan akhbar 2 kali seminggu.
Dan tiada ruang untuk oposisi di siaran tivi.
Maka medan ceramah adalah tempat paling penting untuk rakyat mengetahui keadaan isu semasa dari kaca mata oposisi.
Inilah amalan demokrasi di Malaysia.
Kalau rakyat hanya mengikuti isu semasa melalui arus media prima.
Beratlah sebelah.
Jika benar demokrasi.
Dengarlah dari kedua-dua belah pihak.
Anda sendiri yang tentukan.
Yang mana satu yang anda mahukan sebagai kerajaan pembela nasib anda.
Rakyat.
Ya. Anda rakyat. Rakyat Malaysia.
Jika anda rasa anda rakyat Malaysia.
Jika anda rasa anda punya tanggungjawab pada negara.
Kalau anda rasa berdiri atas pagar itu selamat.
Bergantung pada pagar apa yang anda berdiri di atasnya itu.
Kalau anda rasa kenaikan harga minyak dan barang-barang tidak membebankan.
Anda mungkin anak orang kaya.
Kalau anda rasa kenaikan harga minyak dan barang-barang itu telah dikurangkan beban oleh kerajaan dengan pelbagai subsisi dan rebat yang tidaklah seberapa.
Anda mungkin boleh pertikai yang kita tak reti bersyukur.
Kalau anda rasa kenaikan harga kelapa sawit.
Do the math. Lakukan kira-kira.

Semua ini. Relatif.
Relatif. Dan relatif.
Apa yang kita perlu lakukan. Berfikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan