Rabu, Jun 11, 2008

SM

Pengurus Pentas (Stage Manager, singkatan: SM) adalah sangat sangat penting bagi setiap produksi pentas. Ouh, ouh, salah, salah! -pengurus pentas yang sangat bagus adalah sangat, sangat, perlu dan penting bagi setiap produksi pentas. Seorang pengurus pentas (yang bagus) tahapnya hampir sama dengan Pengarah (Tuan/Puan Direktor), Produser, Pengarah Muzik atau Koreografer. Yang lainnya - input kreatif untuk sesebuah produksi tidak diharapkan akan disumbang oleh SM, tetapi dialu-alukan ide kreatifnya.
Oleh sebab itu Pengarah, Pengarah Muzik, Koreografer berganding tenaga dan ide di bawah satu nama "Kumpulan Kreatif" bagi sesebuah produksi. Dan SM boleh jadi sekurang-kurangnya seorang atau kadang-kala sampai 4-5 orang bagi sesebuah produksi, bergantung kepada produksi itu sendiri.
SM teramat sangat, sangat penting.
SM dikatakan sebagai 'tangan kanan' bagi seorang pengarah mahupun produser. SM sentiasa ada dan bekerja dari saat audition sehinggalah saat-saat akhir, iaitu selesainya 'bump out'. Jika direktor atau produser tiada, seorang SM (bergantung kepada betapa 'senior'nya dia), akan membuat timbangtara dan keputusan untuk sesebuah produksi. Pengalaman yang sangat berguna dan hebat ini mesti dialami oleh sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang pengurusan dalam seni persembahan. Kualiti seorang SM (yang bagus) adalah skil berorganisasi yang bagus, skil kemanusiaan yang mantap, rasa bertanggungjawab kepada pelakon dan kumpulan produksi yang sangat baik, berfikiran ke hadapan dan mengambil tahu tentang isu-isu yang akan bangkit dalam sesebuah produksi dan kumpulan produksinya sendiri.

Anak-anak muda (yang cool dan hebat) yang berminat (mendalam. bukan setakat permukaan) untuk menjadi seorang SM perlu dilatih selangkah demi selangkah sebelum menjadi seorang SM yang betul-betul bagus dan berkualiti.


Sumber: Faridah Merican, Produser Eksekutif The Actors Studio (Malaysia) dan KLPac. "Living Arts Malaysia, Issue 52, May 2008".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan