Isnin, Jun 09, 2008

TUN, TOT, LAH, EL, MU

Tinggal lebih kurang 2 tahun sahaja lagi.
Kemudian aku akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kimia. Lulusan UTP yang aman damai.
Terima kasih PETRONAS lagi sekali.
Aku patut bersyukur pada Allah sebab jalan yang aku lalui ini betul.
Aku sedang berjalan menggapai matlamat jangka sederhana aku sejak sekolah menengah.
Tapi aku kena jadi Engineer dulu barulah tercapai penuh matlamat itu.

Aku juga punya hasrat dan cita-cita untuk memiliki ijazah lain.
Kalau tidak cukup masa untuk ijazah pun, diploma pun sudah kira mencapai matlamat.
Misalnya, ijazah dalam syariah islam. Atau pun ijazah teknologi maklumat.
Atau ijazah dalam seni, sama ada sastera, teater, perfileman.

Sarjana Kejuruteraan menjadi matlamat jangka sederhana dari masa sekarang.

Semakin dewasa, semakin matang kita berfikir.
Tetapi dek lanjutnya usia, semakin tua dan berusia, semakin lemah daya fikiran kita.
Ya. Hidup manusia ada cycle. Kitaran. Tetapi kitaran ini hanya sekali sahaja.
Sebab hidup hanya sekali.
Hidup di akhirat pula abadi.
Jika di Surga, kita akan muda selama-lamanya.
Jika di Neraka, na'uzubillah.

Sejak aku berbini, semakin aku memikirkan tentang masa depan.
Hidup berkeluarga.
Sehinggakan aku telah membuat jangka masa panjang sehingga tahun 2020.
Waktu itu Malaysia seharusnya sudah maju.
Malaysia seharusnya diiktiraf sebagai negara maju.
Sama-sama kita rakyat Malaysia berdoa.

Tuntulah ilmu sampai ke negeri Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan