Ahad, Jun 08, 2008

KALAU AKU TAK RAP, AKU TAK PANDAI SPEAKING LONDON

Kat tivi sekarang iklan NST tengah hot.
Iklan yang ada perempuan mat saleh import bertanya arah ke National Monument.
Mamat-mamat bajet cool dan handsome pulak nak ngorat awek omputih ni.
Tapi malangnya tak faham dan tak reti speaking London.
Mamat skem pulak yang menjadi savior.

English memang berguna sebab ia salah satu medium komunikasi antarabangsa.
Orang cool tak belajar english dari NST semata-mata.
Atau baca buku semata-mata.
Tapi orang cool belajar english dari pelbagai sumber.
Orang-orang cool kena pandai variasikan sesuatu.
Boleh belajar english dari movie omputih. Game omputih. Lagu omputih.
Lepas belajar. Praktikkan.
Itu adalah antara cara-cara fofular orang-orang cool belajar speaking London.
Bagi sesiapa yang memiliki lidah fleksibel dan mudah lentur (sama kan?) bolehlah cuba cara belajar English dari Pak Eminem dengan lagu Rythm And Poetry.
Atau kalau nak yang local, ada Too Phat dan banyak lagi artis rap underground dari Malaysia dan Singapore.
Kalau nak yang sopan sikit boleh cuba Linkin Park.
Eh? Sopan ke? Lagu diaorang bingit sikit.

Apa pun Pak Akin tak kisah korang nak belajar english macam mana sekalipun.
Asalkan korang pandai-pandai nak hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan