Selasa, Jun 03, 2008

PUISI UNTUK BABY

Jauh di mata. Dekat di hati.
Ah! Tipikal sangat.
TV9 pun tipikal. Dekat di hati. Ustaz ajar mengaji turut sama.
Ustaz dibayar.
Engkau laksana bulan.
Ini tiru P Ramlee daa.

Ehem. Ehem. Ku persembahkan
puisi untukmu, babyku.
dariku.


"Elektron dan Proton"

Aku mempersona
terpesona
pesona dunia baru
Kau yang mempersona
menghilangkan terus ingatan aku
di dunia lama
tiap kelipan kelopak
matamu
mengalirkan elektron
kepadaku
yang bercas negatif
kesan bencana alam dunia lama
kau yang proton
kau punya cas-cas positif
lantas menarikku
secara spontan
dan natural
semakin dekat ke arahmu
tubuhmu
Lalu
hingga terlalu dekat
mikro dekatnya
suatu medan daya terhasil
daya itu cukup kuat ikatan kimianya
antara kau
dan aku
kerana kau
dan aku
adalah mortal
kerana itu
selagi kau mortal
selagi kau organik
selagi itu kau adalah kimia
selagi itu aku juga kimia
selama itulah aku
dan kau
tak akan pernah terlepas
dari daya
dari medan daya yang kuat
itu.
Kau mortal
aku mortal
tetapi cinta kau
dan cinta aku
cinta kita berdua
immortal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan