Selasa, Jun 17, 2008

Monopoli Si Biru Kuning

Di Batu Pahat. Bas Causeway Link berwarna tema biru dan kuning semakin meleluasa.
Dengan kadar sela masa antara satu bas dengan bas yang lain dalam 10 - 15 minit, menjadikan servis bas ini disukai oleh orang ramai.
Tambahan. Penghawa dingin yang boleh tahan darjah Celciusnya.
Bas tradisi Tanjau dan Johore Motore semakin pupus di jalan sepanjang Jalan Kluang.
Awalnya Si Biru Kuning ini hanya muncul setakat beberapa buah bas sewaktu eksperimen.
Mungkin kerana ia diterima oleh masyarakat setempat, lebih banyak buah bas dibekalkan dan pada pandangan aku sendiri, ia telah memonopoli servis pengangkutan awam di daerah Batu Pahat permai ini.
Si Biru Kuning milik Handal Ceria.
Bapak aku kata Sultan Johor ada share dalam syarikat tu.
Mungkin sebab tu dia senang nak dapat permit ke Singapore, malah ke Shah Alam.
Dan bas memang banyak. Banyak banyak.

Pak Cik yang dulunya drebar bas Tanjau pun beralih citarasa kepada Si Biru Kuning.

Si Biru Kuning bas tabung.
Macam di kota-kota pula rasanya.

Perasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan