Rabu, Jun 04, 2008

PAK WILLY. WEE!!!

Hari ini baru aku perasan.
Hari itu aku beli buku baru.
The Complete Works of William Shakespeare.
Tapi aku panggil dia Pak Willy je.
Buku setebal 749 muka surat. Font type tak dinyatakan.
Size font 8 rasanya.
Tapi ini tak penting.
Yang penting design covernya.
Separuh daripada covernya ada lukisan lucah.
Ada lukisan wanita dengan O-O-nya terpampang luas.
Dan aksi bercumbu lelaki dan perempuan.
Lelaki itu macam Pak Willy.
Tapi bukan rasanya.

Pak Willy ada bikin 154 Sonnet.
Sonnet yang paling fofular kat Malaysia adalah yang ke-18.
Itu pun sebab TERpaksa belajar kat sekolah menengah.
Masa aku kat sekolah menengah dulu aku tak suka sastera.
Tak kisahlah sastera Melayu ke atau English literature ke.
Memang tak suka.
Tapi baru aku sedar.
Jiwa seni aku memang sudah sedia wujud.
Ia tersingkap tatkala aku menaruh harapan pada seseorang.
Perempuan!
Sejak itu aku mula menulis.
Ya. Semuanya bermula dengan perempuan.
Sejak itulah aku mula menulis.
Walaupun aku telah mula menulis sejak tadika.
Sehinggalah kini aku menulis dan menulis dengan variasi gaya dan stail.
Pra-bermula dengan gaya ritma ala-ala Eminem.
Bermula dengan gaya motivasi ala-ala Dr Hang Tuah.
Kemudian hasil gaya aku yang sendiri.
Dengan sentuhan sentimental, blue,
eh, tertinggal huruf 's', blues,
romantis, puitis, jiwang dan lama-lama jadi karat setelah aku putus cinta sampai aku jadi gila.
Dan aku ditakdirkan jadi Mat Merah.
Yang seterusnya mengilhamkan aku empat elemen dalam stail penulisan aku.
Madah. Bicara. Suara. Kata.
Dan kini aku berikan sedikit sentuhan pop.
Namun belum lagi ada sentuhan rock kerana sentuhan rock itu milik Luth dan Port yang tegar menyuntik virus rock kapak dan rock lama-lama ke dalam salur darah orang-orang muda seperti aku ni.
Aku memang muda dan awet muda.
Walaupun ramai orang kata aku ni nampak matang.
Tetapi aku memang muda dan awek muda.
Typo lagi! Awet muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan