Ahad, Jun 08, 2008

TISU TANDAS

Aku nak bersyukur pun rasa macam tak proper.
Jadi aku pun layan je lah feeling 'straight' aku.
Wah!
Wow!
Wuu!
EUW!! (Ketika aku mengalihkan pandangan dari satu sudut sebelum ini kepada suatu sudut yang berbeza. Dem. Lagilah...)
Begitulah gertak hatiku. Seorang lelaki yang lurus.
Aku pun tak pasti siapakah pereka fesyen sebegitu rupa?
Terlalu banyak suntikan moden.
Terlalu pop.
Sehinggakan terlalu menjolok mata.
Terjegil mataku melihat.
Tapi dalam masa yang sama tak dapat aku tolak nafsu lurusku ini.
Tapi aku harus sedar, aku sudah berbini.
Jadi aku belai elok-elok, molek-molek nafsu lurusku ini.

Ya.
Ada isu pakaian seragam sekolah bagi pelajar perempuan yang menjolok mata.
Menteri Pelajaran yang sentiasa bersedekah pun sudah bagi komen.
Pakaian sekolah budak perempuan jarang. (Ah pek, sebut betul-betul aaa! Ja.. Rang. Bukan Ja.. Lang aa!)
Nampak bayangan bra bagi mereka yang tak bertudung.
Yang pakai tudung pendek pun tetap akan nampak bayangan bra.
Yang pakai singlet kat dalam pun tetap akan nampak bayangan bra.
Yang pakai baju-T di dalam pun masih akan nampak garis-garis bra.
Tetapi jangan dirisau. Semua itu bayangan. Ia menjadi seronok.
Buat orang yang berdaya imaginasi tinggi.
Wow!!!
Wuu!!!
Wah!!!
Isk. Isk. Isk. Isk...
Dahsyat Pak Akin ni. Cukup seni tulisannya.
Tetapi ini adalah realiti.
Aku alami sendiri.
Aku mengalami.
Di mana-mana sahaja.

Tetapi tak guna pakai pakaian seragam di sekolah.
Di shopping complex pakai pakaian berkonsepkan tisu tandas.
Atau di Kawanster atau di myruang.
Terima kasih teknologi.

Sistem pendidikan?
Ibu bapa?
Sekolah agama?
Diri sendiri?
Seksis?

Seksis berkonsepkan tisu tandas?
Seksis murahan.
Mereka. Memang BRAni.
Mereka. Seksis.
Mereka. Seksa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan