Jumaat, Jun 06, 2008

AKADEMI MACAM-MACAM

Dulu kita ada Akademi Seni Kebangsaan (ASK).
Lepas tu dia tukar nama jadi ASWARA. Dah dekat-dekat dengan nama Proton ISWARA.
Tapi itu cerita lain.
Kemudian ada Akademi Fantasia, AF.
Aku sejujurnya tidak tahu akan kewujudan AF sehinggalah Mawi sudah jadi finalis musim ke-3 dan akhirnya menjadi juara.
Banyak-banyak bintang AF, Mawi yang paling banyak pencapaian.
Ketara sungguh.
Selepas aku kenal Mawi, baru aku kenal Vince AF1 dan Zahid AF2 dan Adam AF2.
Agak terlambat di situ, nampaknya.
Maklumalh dulu aku budak tak cool.
Selepas itu muncullah Akademi al-Quran sebagai 'rival' kepada AF.
Aku tak nak lah sebut 'rival' tapi nampaknya begitulah.
AQ pula sudah sampai musim ke-3.
Terbaru pula Akademi Nasyid.
Menjadi assistant 'rival' kepada AF.
Aku tak nak lah sebut 'rival' tapi nampaknya begitulah.
OK lah... Aku betulkan ayat aku.
Aku tak nak lah sebut 'rival' tapi aku rasa ketiga-tiga akademi ini bersama-sama berjuang di bawah suatu bumbung bernama SENI.
Apa pun Pak Akin ucapkan Selamat Berjaya untuk ketiga-tiga akademi.
AF. AQ. AN.
Tapi kat TV9 ada rancangan drama bersiri Akademi Polis.
Arahan Yusof...
... Kelana. Bukan Haslam.
Tapi aku rasa tak ada lainnya pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan