Rabu, Jun 11, 2008

Mari UNO!

Hari tu aku beli permainan kartu UNO. Original. Tulen.
19.90 bukan 5.90 di Angsana.
Tulen bang. Tulen lah sangat.
Cocok sana. Cocok sini. Tulen lah sangat.

Aku dah cuba main UNO tu.
4 orang main. Tapi yang main aku seorang.
Jom main UNO!

UNO! Siapa yang tinggal satu kad kena sebut UNO! sebelum dia meletakkan kad kedua terakhirnya di Discard Pile.

UNO!

UNO!

UNO!

Ya. Aku sedar aku belum ada ilmu main permainan kartu.
Jadi apa salahnya aku mula belajar bermain?

Kanak-kanak pun harus banyak bermain permainan yang boleh develop daya pemikiran.
Jadi mak bapak kenalah bertanggungjawab.
Tak perlu beli barang mainan yang mahal-mahal sangat macam patung aksi Transformers.
Beil Rubik's Cube pun cukup. Haha.
Dan juga. Jangan lupa ajak anak-anak kecil bermain-main di luar rumah.
Kalau di kampung boleh main permainan kampung.
Kalau di bandar boleh main game sukan seperti bola sepak atau badminton.
Di taman atau di laman rumah a.k.a jalan laluan kereta.
Jadi semasa kanak-kanak bermain pastikan ada pengawasan dari ibu bapa atau orang lain yang lebih tua.
Maklumlah sekarang ni kes penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi.
Pak Lah dan Najeb pon tak tahu nak cakap apa.
Dan sindiket jual bayi pun menjadi isu baru-baru ini.
Aku tahulah ramai bayi luar nikah.

Aku sudah pun reti main Rubik's Cube.
Nampaknya aku sudah mula mengalihkan perhatian aku pada permainan dengan barang permainan. Dulu permainan komputer.

Tambahan. Aku sedang memulakan hobi mengumpul.
Aku nak buat koleksi kereta kecil Hotwheels.
Hari tu aku baru beli model Dodge Charger SRT8.
Jadi sesiapa yang nak bagi hadiah harijadi atau perkahwinan, boleh bagi kereta kecil Hotwheels tu kat aku.
Kereta kecil saja aku mintak. Aku tak mintak kereta besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan