Selasa, Jun 17, 2008

Pensel I Tumpul Lah Bang...

Hari ini aku keluar ke kota.
Hasrat di hati ingin menonton filem Hollywood terbaru Kungfu Panda atau The Incredible Hulk.
Aku pelik sedikit sebab dulu sudah ada filem Hulk.
Sekarang ada lagi filem Hulk.
Sebab itu aku kurang berminat.

Namun aku nampak ada filem Melayu baru keluar di pawagam.
Pensil.
Jadi aku terus tukar niat. Dan beli tiket wayang Pensil.

Tiba masanya aku masuk ke pawagam.
Hanya ada seorang kakak bersama anaknya.

Tapi aku dah expect yang memang tak ramai orang akan tengok.

Tetapi tidak berapa lama selepas aku duduk, ada seorang akak separa cun pekerja GSC memberitahu yang filem itu tidak mendapat sambutan (hanya 2 orang sahaja yang nak tengok) dan dia tanya sama ada nak tengok filem lain (Kungfu Panda atau Hulk) atau nak teruskan tengok Pensil, atau nak refund duit tiket.

Kakak tadi tu nak tengok filem lain.

Tapi aku bagitahu akak separa cun pekerja GSC tu yang aku nak teruskan tengok Pensil.

Tiba-tiba aku berasa yang panggung tu macam bapak aku yang punya dan aku sewa satu panggung. Hahahahahahaha....

... tapi tak lama lepas tu akak separa cun tadi datang balik bagitahu aku yang filem Pensil tu tak dapat ditayangkan sebab aku seorang sahaja yang tengok.

(Tadi kata, diaorang tak kisah...)

Filem Kungfu Panda dan Hulk sudah pun start. Jadi aku fikir-fikir baik dan aku mintak refund sahaja.
Kungfu Panda dan Hulk sudah tentu akan berada di pawagam paling kurang sebulan.
Jadi aku dapat duit balik dan terus berlalu meninggalkan pawagam GSC...

Filem Pensil baru ditayangkan di pawagam bermula 12 Jun hari tu.
Hari ini baru 14 Jun.
Sudah tidak mendapat sambutan.
Kasihan...

Aku bersimpati ke atas produksi Pensil.
Memang tak ramai orang yang akan memberikan sambutan kepada filem-filem sebegitu.
Walaupun aku tak tahu tentang apa filem itu.

Mungkin kesilapan pihak Pensil juga.
Kerana menampilkan pelakon yang sudah tidak fofular pada zaman sekarang.

Mungkin orang mahukan Fasha Sanda. Farid Kamil. Awal Ashaari. Dynas.
Dan ramai lagi pelakon muda.
Mungkin yang menonton wayang di pawagam kebanyakannya anak-anak muda.
Tanpa mengira sama ada anak-anak muda itu cool ataupun tidak.

Pensel I tumpul lah bang... You nak layan jugak ke....
Ohhhhhhh.. bisa saja!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan