Isnin, Jun 09, 2008

SENI,MAN!

-Kata seorang mamat negro.

Aku memang mengapresiasi seni dalam hidup aku.
Teater.
Tarian.
Nyanyian.
Muzik.
Lukisan.
Tulisan.
Fotografi.
Boleh dikatakan semua.
Ada dalam jiwa seni aku.

Tulisan. Dulu aku wakil tegar sekolah dalam pertandingan seni khat Islam. Pencapaian tertinggi aku adalah menang 2nd runner up pertandingan tulisan jawi peringkat negeri. Gila kembang aku waktu tu. Naik pentas ambil hadiah sempoi je pakai baju Melayu sekolah agama Johor yang warna putih tu. Samping dah simpan. Yang lain semua pakai baju raya samping songket. Lepas tu boleh pulak aku rasa macam ada budak perempuan usha-usha kat aku.

Lukisan. Dulu aku menang pertandingan melukis poster anti-dadah (Aku tekap gambar lukisan kat cover buku teks sekolah menengah. Masa tu aku sekolah rendah. Jadi budak-budak lain tak adalah niat nak dakwa aku sebab menekap dan menang. Aku fotostat gambar kat buku teks tu dengan saiz A3 dan aku tekap.)
Masa aku tadika pulak aku selalu lukis gambar kapal laut TIRU kawan sebelah aku yang lagi sifu melukis iaitu P***l. P***l ni tangan dia menggigil. Tangan aku pun menggigil. Tapi kami bukan gay.

Nyanyian. Dulu aku jadi wakil sekolah dalam pertandingan nasyid. Masa ujibakat pemilihan aku sakit tekak jadi aku mintak pada ustaz untuk ujibakat aku hari lain. Namun setelah aku direkomen oleh ustazah yang pernah mendengar aku menyanyi di kem motivasi, aku dipilih tanpa ujibakat.
Kemudian aku beralih kepada menyanyi lagu pop sewaktu zaman kegemilangan N'Sync, Backstreet Boys, Westlife dahulu (Sekarang ni boy band ni sudah slow. Adakah kerana ada masalah isu gay?). Kemudian aku beralih kepada muzik rap dan aku aktif menyanyi rap sama ada di bilik air, kelas dan kem motivasi.

Muzik. Dulu masa aku belajar subjek muzik, aku score 100% dalam semua kuiz/ujian. Dan aku dapat main akordian, rekorder dan semua alat muzik tahap sekolah rendah dengan baik dan membuat persembahan. (Dah besar ni tak ada peluang nak dapatkan piano/keyboard atau gitar sendiri. Tak dapat nak belajar. Kalau ada sesiapa nak bagi hadiah hari jadi atau perkahwinan, bagilah gitar atau keyboard ye.)

Tarian. No komen. Aku tak nak jadi bapok. Aku lelaki lurus.

Teater. Banyak sangat pulak nak komen. Malah blog 3S ini sendiri merupakan salah satu medium untuk liputan tentang penglibatan aku dalam teater disiarkan.
Aku akan menjadi aktivis teater sampai hujung hayat dengan izin Allah.

Dan yang terbaru selepas teater yang jiwa seni aku temui adalah fotografi.
Minat aku dalam fotografi hanya aku temui selepas aku berkenalan dengan sifu photog UTP iaitu K-rule alias Mekot. Itu pun aku kenal dengan dia selepas aku join Kelab Teater UTP (alahai tak tahannya nama). Eh.
Bukan. Bukan. Tronoh Theatre Shop (TTS).

Barangkali lepas ni muncul satu cabang baru dalam bidang seni.
Seni blogging.

Pak Akin berkata: Sekarang pula Pak Akin berminat hendak mendalami seni perfileman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan