Selasa, Jun 17, 2008

Gilaman Menari-nari

Aku maksudkan GILAMAN itu sebagai orang gila.

Sebelum aku tonton PRTM2 lagi aku sudah berangan-angan.
Dr Shark pun aku dah tanya dan minta permisi.
Dia tu macam biasalah. Kebanyakan hal dia serahkan pada kita sendiri untuk melakukannya.
Mungkin Asar sudah menjelma. Tak kuasa nak pikir.
Tapi bagus juga.
Tak kan Melayu kena sentiasa disuap?

Jadi selepas menonton PRTM2 bersama beberapa rakan aktivis, ada pula dicadangkan supaya karya ASYLUM dijadikan MUZIKAL.
Err.. yang betul-betul macam muzikal, bukan 'THE MUZIKAL???'

Jadi beberapa hari yang lepas aku sudah mula berfikir akan realization ASYLUM untuk dipersembahkan secara muzikal.

Kemudian aku ada teringat.
Suatu hari tu aku tertengok di tivi, cerita hindi.
Ada satu babak di hospital pesakit mental.
Ramai juga satu bilik itu dipenuhi dengan pesakit mental.
Ada sesi terapi beramai-ramai.
Jadi hero filem hindi itu meminta pada doktor supaya memainkan satu lagu.
Tapi doktor itu tak bagi.

Dipendekkan cerita.
Pesakit mental itu semua menari-nari setelah si hero hindi ini mula menyanyi dan menari.

Kalau selalu tengok filem hindi.
Boleh tahu banyak koreografi tarian bersama nyayian.
Muzikal tu.
Tapi aku tak layan Hollywood lah pulak.
Eh. Tapi aku ni kan split personality.
Boleh lah aku layan Hollywood lah pulak.

Aku sudah pun meneliti skrip ASYLUM.
Dan mula menyesuaikannya untuk digubah menjadi muzikal.

Nantikan.

Dan TTSian sekalian bolehlah bagi idea bernas pada aku.
Amat dialu-alukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan