Selasa, Jun 03, 2008

KISAH NUR & FATH.

Aku kagum dengan jemaah solat jumaat di Masjid An-Nur.
Penuh satu masjid.
Masing-masing kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan masjid.
Kawasan masjid ada dua.
Satu yang confined. Satu lagi yang mesra alam.
Area dalam yang sejuk dengan penghawa dingin yang berjenama (rasanya).
Dilitupi pula dengan pintu tekan-untuk-bukanya menambahkan lagi rasa ingin bertafakur kepadaNya.
Sesiapa yang datang lambat tak dapatlah nak merasa salah satu nikmat alam itu.
Duduk sahaja di kawasan luar yang berbatu marmar yang boleh tahan sejuk juga kalau waktu malam.
Kat dalam lantainya marmar juga tapi dibaluti karpet menggantikan sejadah.
Tetapi boleh juga kepada mereka yang tebal muka menyelit-nyelit di celahan ketiak jemaah.
Nak rasa lebih selesa, selitlah dekat dengan jemaah yang sedang khusyuk mendengar khutbah jumaat.
Bukan setakat khusyuk, malah mereka memahami dan menghayati setiap mesej yang disampaikan dengan mengangguk-angguk kepala dengan kadar yang ketara sebagai tanda faham.

Lain pula situasinya di Kampung Parit Samijan.
Kampung sayalah tu.
Jemaahnya tidak seramai di Masjid An-Nur.
Ya lah. Berapa ramai sangatlah orang kampung yang tinggal di situ yang solat jumaat. Eh?
Bukan. Berapa ramai sangatlah orang kampung yang tinggal di situ yang masih tinggal di situ untuk solat jumaat? Eh??
Makin pelik.
Apa pun itu tidak penting.
Walaupun masjid ini panas dan tidak ada kipas yang cukup kuat.
Tetapi jemaah tetap tulus mengerjakan ibadah.
Jika nak dikomen tentang saf pula.
Sudah pasti An-Nur tidak dapat lawan Fathul-Ulum, masjid kampungku.
Dari segi ukuran gap antara bahu satu manusia dengan manusia yang lain dimenangi oleh Fathul-Ulum.
Tomakninahnya pula begitu cekap.
Cekap yang membawa maksud PDRM yang memang tersangatlah CEKAP membanteras jenayah.
Contohnya, Gerak Khas.

Tahniah untuk Fath. Macam nama perempuan pulak.
Perempuan?
Wah! Ini cerita lain.

Tapi apa pun, aku tetap bangga dengan kampung aku yang begitu hebat sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan