Selasa, Jun 17, 2008

Personaliti Terbelah Bahagi

Bagi sesiapa yang sudah kenal betul-betul dengan aku.
Aku punya personaliti terbelah bahagi.
Darah seni dan Melayu yang deras mengalir dalam tubuh ini secara sirkulasi.
Membuatkan aku kadang-kadang boleh jadi begitu pelik.
Kadang-kadang kurang siuman.
Kadang-kadang alim tak bertempat.
Kadang-kadang diam membatu seribu bahasa.
Kadang-kadang garang tak bertempat buat muka macam pengadil EURO 2008.
Kadang-kadang tu nampak baik (walaupun memang baik).
Kadang-kadang tu nampak single dan abelebel tetapi hakikat sebaliknya.
Kadang-kadang tu nampak macam berbadan dua. Eh?
Kadang-kadang tu nampak macam berpinggang dua. Eh?
Apa pun ini semua cerita lain.
Dan tak penting.

Aku respek bini aku.
Memahami personaliti belah bahagi aku ini.
Walaupun aku boleh menjadi kanak-kanak dengan tiba-tiba dan memasuki kedai permainan malah membeli permainan.

Ramai juga tak kenal aku.
Sebab tak dekat dengan aku.
Sebab aku gemar bersendiri pada kebanyakan masa.
Kerana itulah ketenangan aku.
Berseorang diri membuatkan aku terasa akan kehambaan diri ini padaNYA.
Berseorang diri mendorong aku untuk muhasabah diri.
Kerana itulah ketenangan aku.

Ketenangan setiap orang adalah berbeza.
Carilah ketenangan yang sesuai dengan dirimu.
Tanyalah pada hati kecil kita.
Tentu dia tak akan berdusta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan