Isnin, Jun 23, 2008

HOT-HELL

Hotel.
Hmmmmm... Panas!
Mana taknya.
Mamat Jawa kampung tak reti ON penghawa dingin.
Hah! Kena lagi Mamat Jawa.
Kesian Mat-mat Jawa.
Mat-mat Jawa yang lain tak bersalah.
Mat-mat Jawa yang lupa daratan yang bersalah.
Ampon, tok!

Hotel.
Hmmmmm... Panas!
Mana taknya.
Sampai berpeluh.
Tapi bila dah nikmat.
Panas pun jadi hangat.
Orang suka hangat.
Hangat asmara.
Asmara dana.
Dana kebajikan.
Tak apalah ya, lain kali!

Cau!

Hotel.
Aku sebut Hot-Hell.
Neraka panas.
Hmmmmm... Begitu panasnya!
Memang pun.
Dah tahu panas.
Tak boleh jadi hangat.
Sebab nikmat ada kat Surga.

Oh tadi itu Surga duniawi ja...
Ini Surga abadi.

Insaf?
Belum?
Tak apa. Anda masih hidup.

MAMAT JAWA HANDSOME APA.. HA? APA?

Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan "Dunia" sekarang.
21 tahun lebih yang lalu aku layak masuk ke "Dunia".
Dah banyak yang aku capai.
Dan dan banyak perubahan yang dapat aku lihat.
Memang "Dunia" makin maju.
Tetapi orang-orang di dalam "Dunia" semakin ke belakang pemikirannya.
Semakin bodoh.
Semakin bengong.
Bahlol dan seumpamanya.
Contohnya Mamat Jawa yang bajet handsome tetapi amat hodoh sekali.
Pakai cermin mata hitam.
Pose lelaki kurus keding.
Kemudian memaparkan keanggunannya di Kawanster yang semakin TAHISELADANG.
Oh ini bukan rekaan.
Ini kisah benar.

Tak habis-habis sejak Geli Geliman balik dari pasaraya cermin mata.

Of Tilam and Cadar

Dia ada tilam.
Dia ada cadar.
Dia ada bantal.

Aku ada bantal.
Aku ada tilam.
Aku tak ada cadar.

Dia ada selimut.
Dia ada sarung bantal.
Dia ada bantal peluk.
Dia ada teddy bear.

Aku ada sarung bantal.
Ada ada selimut.
Aku tak ada bantal peluk.
Aku tak ada teddy bear.

Aku ada katil.

Dia tak ada katil.


Anda. Yang baca ini. Ya. Anda.
Anda yang reti Bahasa Melayu sahaja baca.
Anda yang baca Utusan Pembohong sahaja baca.
Kalau korang baca Utusan Pembohong senang nak jadi artis!

Aku. Sinis?
Aku. Ya. Aku.
Fahami maksud sindiran "Of Tilam and Cadar" aku itu.
Aku tujukan khas buat rakan-rakan Melayu yang...
ada penyakit iri hati.
Ada sakit hasad dengki.
Ada masalah mulut. Ada virus umpat-mengumpat.
Ada bakteria.
Patutlah mulut korang busuk sekali YA ALLAH teramatlah busuk!

Aku. Sinis?
Aku. Tidak. Aku.

Aku orang Islam.
Aku Muslim.
Aku bersyukur dilahirkan sedia Islam.

Anda.
Anda yang sedia lahir dalam Islam.
Anda Muslim?
Nyatakan.
Bukan setakat kata-kata.
Tetapi. Nyatakan.
Nyatakan.
Buktikan.

Tuhanku?
Pun Tuhanmu, pun Tuhanmu.

Eh. Itu macam dalam "Jangan Bunuh Rama-Rama"

Selasa, Jun 17, 2008

Cepat, Cepat!

Cepat! Cepat! Cepati satu!
Itu aku tulis. Cepati. Capati ka sama ja.

Ini satu lagi kisah benar.

Beberapa hari yang lepas Ekspres Cepat terkandas di depan Kampung Parit Burah.
Dari petang hingga malam para penumpang bas terpaksa menyumpah seranah Ekspres Cepat.

Esoknya baru bas itu hilang.

Sila tukar nama.
Ikutlah cadangan aku ni.

Gilaman Menari-nari

Aku maksudkan GILAMAN itu sebagai orang gila.

Sebelum aku tonton PRTM2 lagi aku sudah berangan-angan.
Dr Shark pun aku dah tanya dan minta permisi.
Dia tu macam biasalah. Kebanyakan hal dia serahkan pada kita sendiri untuk melakukannya.
Mungkin Asar sudah menjelma. Tak kuasa nak pikir.
Tapi bagus juga.
Tak kan Melayu kena sentiasa disuap?

Jadi selepas menonton PRTM2 bersama beberapa rakan aktivis, ada pula dicadangkan supaya karya ASYLUM dijadikan MUZIKAL.
Err.. yang betul-betul macam muzikal, bukan 'THE MUZIKAL???'

Jadi beberapa hari yang lepas aku sudah mula berfikir akan realization ASYLUM untuk dipersembahkan secara muzikal.

Kemudian aku ada teringat.
Suatu hari tu aku tertengok di tivi, cerita hindi.
Ada satu babak di hospital pesakit mental.
Ramai juga satu bilik itu dipenuhi dengan pesakit mental.
Ada sesi terapi beramai-ramai.
Jadi hero filem hindi itu meminta pada doktor supaya memainkan satu lagu.
Tapi doktor itu tak bagi.

Dipendekkan cerita.
Pesakit mental itu semua menari-nari setelah si hero hindi ini mula menyanyi dan menari.

Kalau selalu tengok filem hindi.
Boleh tahu banyak koreografi tarian bersama nyayian.
Muzikal tu.
Tapi aku tak layan Hollywood lah pulak.
Eh. Tapi aku ni kan split personality.
Boleh lah aku layan Hollywood lah pulak.

Aku sudah pun meneliti skrip ASYLUM.
Dan mula menyesuaikannya untuk digubah menjadi muzikal.

Nantikan.

Dan TTSian sekalian bolehlah bagi idea bernas pada aku.
Amat dialu-alukan.

Personaliti Terbelah Bahagi

Bagi sesiapa yang sudah kenal betul-betul dengan aku.
Aku punya personaliti terbelah bahagi.
Darah seni dan Melayu yang deras mengalir dalam tubuh ini secara sirkulasi.
Membuatkan aku kadang-kadang boleh jadi begitu pelik.
Kadang-kadang kurang siuman.
Kadang-kadang alim tak bertempat.
Kadang-kadang diam membatu seribu bahasa.
Kadang-kadang garang tak bertempat buat muka macam pengadil EURO 2008.
Kadang-kadang tu nampak baik (walaupun memang baik).
Kadang-kadang tu nampak single dan abelebel tetapi hakikat sebaliknya.
Kadang-kadang tu nampak macam berbadan dua. Eh?
Kadang-kadang tu nampak macam berpinggang dua. Eh?
Apa pun ini semua cerita lain.
Dan tak penting.

Aku respek bini aku.
Memahami personaliti belah bahagi aku ini.
Walaupun aku boleh menjadi kanak-kanak dengan tiba-tiba dan memasuki kedai permainan malah membeli permainan.

Ramai juga tak kenal aku.
Sebab tak dekat dengan aku.
Sebab aku gemar bersendiri pada kebanyakan masa.
Kerana itulah ketenangan aku.
Berseorang diri membuatkan aku terasa akan kehambaan diri ini padaNYA.
Berseorang diri mendorong aku untuk muhasabah diri.
Kerana itulah ketenangan aku.

Ketenangan setiap orang adalah berbeza.
Carilah ketenangan yang sesuai dengan dirimu.
Tanyalah pada hati kecil kita.
Tentu dia tak akan berdusta.

Terima Kasih , Buaya Darat!


Anda. Yang reti English sahaja baca. Yang tak baca NST tak boleh baca.
Kalau baca NST senang nak dapat kerja!
Haha.


the beach™, our most popular shoe had a big foot in propelling crocs™ toward its legendary comfort status. perfect for standing around all day making a fashion statement. socks are optional.

the beach™, our original crocs™ model; comfortable, cool, and molds to your feet; orthotic foot bed; advanced toe-box ventilation system; slip-resistant and non-marking soles; anti-microbial and odor resistant; ergonomic italian styling; wide, roomy foot bed; made with croslite™ PCCR material; buoyant; weighs only ounces.


top reasons you gotta have 'em:

1.) Really soft, super comfortable, molds to your feet
2.) Barely there, weighing only 6 ounces
3.) Vented so air passes through, keeping feet cool
4.) Non-marking slip-resistant soles
5.) Bacteria and odor resistant
6.) Ultra-hip Italian styling
7.) Port holes allow water and sand to pass through
8.) Can be sterilized in water and bleach
9.) Easy maintenance, just wipe clean
10.) Orthotic molded foot bed for ultimate comfort and support

*just like a performance tire, when the treads become worn, their slip-resistant nature will be compromised. That¹s when you know it¹s time to treat your feet to a new pair.


Asalnya aku nak beli Rubik's Revenge. RM79.95
Tapi lepas tu tak fasal-fasal aku kena lecture.
Disuruhnya aku beli selipar Crocs.
Aku memang nak beli selipar waktu tu.
Tapi aku tak bajet pulak nak beli selipar Crocs.
Setelah C.A.F (Considering All Factors), aku memutuskan untuk beli jugak selipar Crocs.
Design yang paling asal, beach.
Warna hitam. Sesuai dipadankan dengan apa warna seluar.

Aku harap lepas ni aku tak akan beli selipar lagi dalam masa 3-5 tahun.
Kecuali ada orang curi selipar Crocs aku ni.
Bosan juga banyak kali beli selipar Dr Cardin tetapi tak sampai setahun sudah putus.
Dalam setahun setengah sudah 3 selipar putus.
3 x RM 50 = RM 150. Sudah dapat Crocs.
Berbaloi juga rupanya.

Kembali ke Sekolah

Setelah aku berasa sedikit kecewa sebab tak dapat tengok filem Pensil, aku terus membawa diri aku tanpa arah dan tujuan.
Adalah aku singgah di kedai CD dan DVD game tapi aku nak beli pun tak guna.
PC di rumah tidak diperbaiki lagi.
PC di rumah itulah 'konsol' aku bermain permainan komputer yang sudah lama aku tak main.
Gian jugak ni. Tapi nak buat macam mana. Tak TERhantar-hantar PC tu ke kedai servis.
Kalau tak jangan harap lah blog 'TIGA ES' aku ni akan hiperaktif sebegini.
Menghadap PC sajalah 24 jam main game.
Ohh.. rindu pula pada game.
Ah! Tak mengapa.

Kita kembali ke zaman sekolah.

Lepas aku singgah dan usha-usha game terbaru kat kedai CD, aku singgah pula di kedai buku Perintis berhadapan saja dengan kedai CD game tersebut.
Aku berlegar-legar di ruang buku-buku sekolah menengah.
Dan aku ternampak buku teks sastera sekolah menengah.
Aku memang dah lama 'aim' nak cari buku teks sastera sekolah.
Sebab dalam tu banyak karya sastera yang terkenal seperti skrip drama KERUSI.
Jadi aku pun belilah lima buku teks sastera dari Tingkatan 1 punya sampailah Tingkatan 5..
Nasib baik murah. Satu buku dalam RM 5.00.

Jadi walaupun aku tak dapat main game PC.
Tapi aku dapat baca buku sastera sekolah menengah.

Pensel I Tumpul Lah Bang...

Hari ini aku keluar ke kota.
Hasrat di hati ingin menonton filem Hollywood terbaru Kungfu Panda atau The Incredible Hulk.
Aku pelik sedikit sebab dulu sudah ada filem Hulk.
Sekarang ada lagi filem Hulk.
Sebab itu aku kurang berminat.

Namun aku nampak ada filem Melayu baru keluar di pawagam.
Pensil.
Jadi aku terus tukar niat. Dan beli tiket wayang Pensil.

Tiba masanya aku masuk ke pawagam.
Hanya ada seorang kakak bersama anaknya.

Tapi aku dah expect yang memang tak ramai orang akan tengok.

Tetapi tidak berapa lama selepas aku duduk, ada seorang akak separa cun pekerja GSC memberitahu yang filem itu tidak mendapat sambutan (hanya 2 orang sahaja yang nak tengok) dan dia tanya sama ada nak tengok filem lain (Kungfu Panda atau Hulk) atau nak teruskan tengok Pensil, atau nak refund duit tiket.

Kakak tadi tu nak tengok filem lain.

Tapi aku bagitahu akak separa cun pekerja GSC tu yang aku nak teruskan tengok Pensil.

Tiba-tiba aku berasa yang panggung tu macam bapak aku yang punya dan aku sewa satu panggung. Hahahahahahaha....

... tapi tak lama lepas tu akak separa cun tadi datang balik bagitahu aku yang filem Pensil tu tak dapat ditayangkan sebab aku seorang sahaja yang tengok.

(Tadi kata, diaorang tak kisah...)

Filem Kungfu Panda dan Hulk sudah pun start. Jadi aku fikir-fikir baik dan aku mintak refund sahaja.
Kungfu Panda dan Hulk sudah tentu akan berada di pawagam paling kurang sebulan.
Jadi aku dapat duit balik dan terus berlalu meninggalkan pawagam GSC...

Filem Pensil baru ditayangkan di pawagam bermula 12 Jun hari tu.
Hari ini baru 14 Jun.
Sudah tidak mendapat sambutan.
Kasihan...

Aku bersimpati ke atas produksi Pensil.
Memang tak ramai orang yang akan memberikan sambutan kepada filem-filem sebegitu.
Walaupun aku tak tahu tentang apa filem itu.

Mungkin kesilapan pihak Pensil juga.
Kerana menampilkan pelakon yang sudah tidak fofular pada zaman sekarang.

Mungkin orang mahukan Fasha Sanda. Farid Kamil. Awal Ashaari. Dynas.
Dan ramai lagi pelakon muda.
Mungkin yang menonton wayang di pawagam kebanyakannya anak-anak muda.
Tanpa mengira sama ada anak-anak muda itu cool ataupun tidak.

Pensel I tumpul lah bang... You nak layan jugak ke....
Ohhhhhhh.. bisa saja!!!

Monopoli Si Biru Kuning

Di Batu Pahat. Bas Causeway Link berwarna tema biru dan kuning semakin meleluasa.
Dengan kadar sela masa antara satu bas dengan bas yang lain dalam 10 - 15 minit, menjadikan servis bas ini disukai oleh orang ramai.
Tambahan. Penghawa dingin yang boleh tahan darjah Celciusnya.
Bas tradisi Tanjau dan Johore Motore semakin pupus di jalan sepanjang Jalan Kluang.
Awalnya Si Biru Kuning ini hanya muncul setakat beberapa buah bas sewaktu eksperimen.
Mungkin kerana ia diterima oleh masyarakat setempat, lebih banyak buah bas dibekalkan dan pada pandangan aku sendiri, ia telah memonopoli servis pengangkutan awam di daerah Batu Pahat permai ini.
Si Biru Kuning milik Handal Ceria.
Bapak aku kata Sultan Johor ada share dalam syarikat tu.
Mungkin sebab tu dia senang nak dapat permit ke Singapore, malah ke Shah Alam.
Dan bas memang banyak. Banyak banyak.

Pak Cik yang dulunya drebar bas Tanjau pun beralih citarasa kepada Si Biru Kuning.

Si Biru Kuning bas tabung.
Macam di kota-kota pula rasanya.

Perasan.

Sabtu, Jun 14, 2008

Macam Mana lahhh FT tak pening kepala?

Hari tu aku pergi menonton filem Apa Kata Hati di pawagam.
Apa Kata hati menampilkan Raja Farah dan Farid Kamil (lagi).
Secara keseluruhannya cerita ini biasa.
(Nah.. kritikan lagi yang aku TERpaksa berikan)
Cerita ni.. bila aku tengok.. berserabut kepala otak aku.
Berterabur.
Cerita ini juga senyap.
Mungkin bajet untuk audio dan efek bunyi kurang.
Cerita ini juga ada elemen syirik.
Ditunjukkan bomoh (AC Mizal) berjaya membuat sesuatu kepada Raja Farah.
Setelah dia berjumpa bomoh, dia dapat mendengar fikiran orang lain.
Perkara ini tak mustahil jika Tuhan izinkan.
Tetapi bukan bomoh yang lakukan.
Dan kebolehan Raja Farah mendengar fikiran orang lain itu hilang setelah dia berjumpa bomoh buat kali kedua.
Watak Harun Salim Bachik dan Fauziah Ahmad Daud tidak penting dan tak menyumbang kepada tema.
Tetapi aku suka watak bomoh yang dibawa AC Mizal.
Ada SEDIKIT kelakar di situ.
Yang lain. Biasa.
Mungkin pengarah yang aku tidak kenali.
Montaj opening dah kreatif dah.
Tapi filem spoiler.
Dan opening Dafi dengan Mila itu entah kenapa???
Tidak penting.
Membazir sahaja bayar dua orang BINTANG (sebut betul-betul, bukan BINATANG ya) AF ini hanya untuk intro filem yang spoiler ini.

Bagus lagi filem Diva yang Ning Baizura berlakon tu.
Ending filem tu sedih.
Dan ADA RASA.
Jalan cerita pun tak berterabur walaupun tipikal.
Dan ADA AC MIZAL (lagi).
Mungkin sebab ala-ala hindustan.
Tengoklah siapa pengarahnya.

Namun begitu jangan bimbang.
Aku tetap penyokong setia filem-filem Melayu.

Aku tunggu filem terbaru Mamat Khalid yang ada Farid Kamil (lagi) berlakon bersama-sama dengan artis-artis India tempatan.
Mamat Khalid cakap dia dah tulis skrip yang 'pedas' untuk mereka yang makan cili.
Wow.
Itulah Mamat Khalid.

Rabu, Jun 11, 2008

Mari UNO!

Hari tu aku beli permainan kartu UNO. Original. Tulen.
19.90 bukan 5.90 di Angsana.
Tulen bang. Tulen lah sangat.
Cocok sana. Cocok sini. Tulen lah sangat.

Aku dah cuba main UNO tu.
4 orang main. Tapi yang main aku seorang.
Jom main UNO!

UNO! Siapa yang tinggal satu kad kena sebut UNO! sebelum dia meletakkan kad kedua terakhirnya di Discard Pile.

UNO!

UNO!

UNO!

Ya. Aku sedar aku belum ada ilmu main permainan kartu.
Jadi apa salahnya aku mula belajar bermain?

Kanak-kanak pun harus banyak bermain permainan yang boleh develop daya pemikiran.
Jadi mak bapak kenalah bertanggungjawab.
Tak perlu beli barang mainan yang mahal-mahal sangat macam patung aksi Transformers.
Beil Rubik's Cube pun cukup. Haha.
Dan juga. Jangan lupa ajak anak-anak kecil bermain-main di luar rumah.
Kalau di kampung boleh main permainan kampung.
Kalau di bandar boleh main game sukan seperti bola sepak atau badminton.
Di taman atau di laman rumah a.k.a jalan laluan kereta.
Jadi semasa kanak-kanak bermain pastikan ada pengawasan dari ibu bapa atau orang lain yang lebih tua.
Maklumlah sekarang ni kes penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi.
Pak Lah dan Najeb pon tak tahu nak cakap apa.
Dan sindiket jual bayi pun menjadi isu baru-baru ini.
Aku tahulah ramai bayi luar nikah.

Aku sudah pun reti main Rubik's Cube.
Nampaknya aku sudah mula mengalihkan perhatian aku pada permainan dengan barang permainan. Dulu permainan komputer.

Tambahan. Aku sedang memulakan hobi mengumpul.
Aku nak buat koleksi kereta kecil Hotwheels.
Hari tu aku baru beli model Dodge Charger SRT8.
Jadi sesiapa yang nak bagi hadiah harijadi atau perkahwinan, boleh bagi kereta kecil Hotwheels tu kat aku.
Kereta kecil saja aku mintak. Aku tak mintak kereta besar.

Surai

Mak aku baru angkut satu lagi kucing dari kedai runcit Che Nor.
Kucing buangan jugak.
Dijumpai dekat surau.
Lantas nama Surai diberikan.

Bapak aku panggil dia Epah.
Pada malam esoknya pula kami berbincang dan boleh dipanggil Rai pulak.
Jadi. Surai a.k.a Epah a.k.a Rai.

Ini Rai kucing.
Bukan Rai wanita. Mahupun gadis kota.
Mahupun ayam bandar. Mahupun ayam kampung masuk bandar kena cocok.

Ini Rai kucing.
Kucing Rai nama diberi.
Kucing yang bernama Rai.
Raikan Rai, Si Kucing berbulu putih.
Bertompok di tengkuk. Berbulu lembut.

Tiba-tiba aku teringat monolog Sumpah Si Jebat oleh Mister Fauzan.
Bukan Fara Fauzana atau lebih jawa lagi Fara POJANa bak kata Acabond.

Eurgh.

Kisah Buang

Buang. Ada saja nama orang Buang.
Tetapi aku doakan orang bernama Buang tidak berperangai suka buang.
Buang-buang. Macam-macam.

Dalam dunia. Apa yang kita boleh buang? Yang tak boleh.
Dan apa yang kita selalu buang?

1. Buang sampah.
Amalan sivik yang mulia. Rakyat Malaysia perlu tingkatkan kesedaran sivik.

2. Buang air kecil/besar.
Amalan semulajadi yang amat penting dan baik untuk kesihatan.

2.5 Buang masa.
Hobi masa lapang kebanyakan 'orang kita'. Banyak aktiviti yang biasa dilakukan dalam kategori hobi buang masa ini.
(Nota: perkara bernombor 2.5 sebab dah habis taip nombor 8 baru TERingat)

3. Buang appendiks.
Kalau dapat sakit appendiks sebab makanan yang tidak hadam masuk ke dalam appendiks dan sehingga penuh dan berlebih-lebihan, kena buang appendiks.

4. Buang kucing.
Bagi mereka yang terlalu banyak kucing dipelihara di rumah sampai berbelas-belas.
Kucing yang kaki pukul, kaki berak merata-rata akan menerima nasib malang dibuang oleh tuannya ke mana-mana tempat yang bersesuaian dengan keadaan isu semasa. Tempat yang fofular adalah pasar basah dan gerai makan. Namun para pembuang kucing boleh juga memilih tempat yang lebih eksklusif dan mesra alam seperti sungai ataupun laut yang lebih kaya dengan sumber protin untuk kucing-kucing buangan.

5. Buang anak.
Amalan gadis yang bersenggama dengan lelaki tetapi belum bernikah tetapi takut untuk menanggung risiko menggugurkan kandungan. Amalan ini nampak mulia kerana memberi peluang kepada bayi untuk lahir ke dunia (jika bernasib baik ditemui oleh orang lain). Namun jika kurang bernasib baik (relatif kepada hidup di dunia), maka bayi tersebut tidak berdosa sama sekali malah tempatnya cukup istimewa di alam Akhirat.

6. Buang isteri.
Situasi ini berlaku apabila seorang suami melafazkan lafaz talak kepada isterinya sama ada dengan niat atau pun tidak.

7. Buang suami.
Situasi ini berlaku apabila seorang isteri bermain di belakang suaminya. Bermain apa itu subjektif kepada isteri dan lelaki simpanannya itu.

(kenapa dah macam kuliah munakahat?)

Perkara bernombor ENAM (6) dan TUJUH (7) di atas merujuk juga kepada perkara bernombor LAPAN (8) di bawah;

8. Buang girlfriend/boyfriend.
Kepada adik-adik yang hendak/sedang/telah berkapel. Nasihat Abang Akin (Pak Akin hari ni terasa muda walaupun sentiasa berjiwa muda) supaya JANGAN menDUAkan pasangan masing-masing. Kalau dah tak suka, katakan tak suka. Kalau dah ada yang lain, katakan dah ada yang lain. Kalau dah tak syok bersenggama, kata dah tak syok bersenggama. Yang ini lebih elok daripada menDUAkan, berahsia dan seumpamanya.
Khidmat pesanan awam ini juga dibawakan khas kepada anda semua oleh Nur Najwa binti Zulqurnain, pemangku Ketua Editor aku.


Sebenarnya banyak lagi perkara yang bermula dengan perkataan BUANG ini. Kalau hendak tahu banyak lagi simpulan bahasa. Rujuklah mana-mana buku yang bersesuaian.

(Kejap aku rasa macam nak taip untuk majalah Mingguan Wanita atau Maskulin. Kejap aku rasa macam baru lepas baca buku law. Kejap aku rasa macam baru lepas ajar budak-budak sekolah agama Johor subjek feberet munakahat...)

Muhamad Hafiz bin Amat

Tahun 1986. Salah satu bulan pada tahun itu. Ibu dan bapaku bersenggama. Setelah usaha keras, akhirnya berjaya juga sperma yang satu ini (sperma terpilih) memasukkan kepalanya ke dalam ovum.
Lantas meraih gelaran 'Juara Sperma Tahun 1987'. Syabas dan tahniah.

9 bulan 10 hari cukup-cukup aku dikuarantin dan akhirnya aku telah melepasi ujian kelayakan untuk masuk ke "Dunia".
Tentang nama. Pak Polisi dulu ada yang 'agak' buta huruf. Dah lah pakai seluar pendek.
Bukan zaman aku lahirlah. Zaman bapak aku lahir. 1949.
Dalam Surat Beranak a.k.a Sijil Kelahiran. (Hebat kan kita? Kalau kita layak masuk ke Dunia, kita terus dapat Sijil). Ruangan 'tempat dilahirkan'. Bapak aku.
"Anak situ".
Tapi itu cerita bapak aku.
Saat aku lahir, aku terus menangis. Melalak.
Aku pun tak tahu kenapa. Spontan saja.
Lama juga aku melalak. Bila berhenti kejap sebab nak ambil nafas.
Aku sempat tengok.
Tengok tangan kanan.. kiri.. jari-jari. Tak lebih. Tak kurang.
Tengok kaki pulak.. kanan.. kiri.. jari-jari. Tak lebih. Tak kurang.
Tengok anu.. Oh, aku lelaki!
Baru aku tahu jantina aku lelaki waktu itu.
Alhamdulillah.

Allahyarhamah nenek sebelah mak aku mengidamkan seorang anak perempuan sebagai bunga untuk menyerikan lagi taman di laman surga duniawi. Ya. Waktu tu tahun 1986. Waktu aku sedang menjalani latihan mental dan fizikal untuk kelayakan masuk ke Dunia.
Tetapi nenek aku itu tidak kisah pun jika mak aku dapat anak lelaki LAGI.
Cuma dia mahu aku dinamakan MUHAMAD HAFIZ. BIN AMAT. BIN JAPAN (mahal tau nama atok aku). BIN JANTAN (yaaa.. memang keturunan jantan aku ni!).

Tetapi setelah aku dapat tahu.
Nama aku MUHAMAD YUSUF. BIN AMAT. BIN JAPAN. BIN JANTAN.
Bukan MUHAMAD HAFIZ. BIN AMAT. BIN JAPAN. BIN JANTAN.

Kenapa tidak?
Hingga kini ia menjadi suatu misteri.
Misteri nusantara...
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..
Diselubungi ISTERI tak apa.

Satu Sel Otak Mati Si Tuan Direktor Berkata-kata..

Dah banyak juga sel otak yang dah mati akibat mengarah pementasan teater, khususnya.
Dan di sini ada satu sel otak yang dah mati mahu berkongsi serba sedikit mengenai tanggungjawab seorang pengarah a.k.a tuan/puan direktor.


Mengarah sesebuah pementasan (aku sebut sebagai 'show'. pendek sikit) ibarat melalui sebuah perjalanan yang jauh dan panjang bersama beberapa orang (atau ramai orang).
Sesetengah daripada orang-orang yang lain ini mungkin ada idea-idea yang lebih bernas sepanjang perjalanan itu. Namun jikalau perjalanan itu diketuai oleh seorang yang tidak mahu mendengar langsung kata-kata orang-orang di bawahnya, rombongan perjalanan itu kemungkinan besar akan berterabur, huru-hara dan akhirnya sesat.
Jadi. Sebelum seorang pengarah itu boleh memikul tanggungjawab mengarah sesebuah show dengan serius, dan bertanggungjawab juga ke atas pelakon-pelakonnya, dia mesti mengetahui dan memahami sepenuhnya akan hak dan tanggungjawab seorang pengarah.

Hak-hak seorang pengarah boleh disimpulkan melalui dua ayat ringkas:
1. Untuk mengintepretasikan sesebuah pementasan, dan
2. Untuk merealisasikan sesebuah pementasan.

Tanggungjawab seorang pengarah pula agak banyak:
1. Mengintepretasikan sesebuah pementasan
2. Merealisasikan sesebuah pementasan
3. Menilai, menganalisa sesebuah pementasan
4. Menonjolkan idea utama sesebuah pementasan
5. Menerangkan pementasan kepada para pelakon
6. Bekerja (berlatih) bersama dengan pelakon tentang 'blocking' sesebuah pementasan
7. Bekerja (berlatih) bersama dengan pelakon dalam mencari ritma yang sesuai bagi sesebuah pementasan
8. Bekerja (berlatih) bersama dengan pelakon untuk membuat sebuah PERSEMBAHAN
9. Merasai individualiti seseorang pelakon
10. Tidak terlalu menekan untuk mendapat hasil yang cepat
11. Menyedari akan kekurangan/kesilapan diri sendiri

SELAMAT MENGARAH!


Sumber: Joe Hasham, Pengarah Artistik The Actors Studio (Malaysia) dan KLPac.

SM

Pengurus Pentas (Stage Manager, singkatan: SM) adalah sangat sangat penting bagi setiap produksi pentas. Ouh, ouh, salah, salah! -pengurus pentas yang sangat bagus adalah sangat, sangat, perlu dan penting bagi setiap produksi pentas. Seorang pengurus pentas (yang bagus) tahapnya hampir sama dengan Pengarah (Tuan/Puan Direktor), Produser, Pengarah Muzik atau Koreografer. Yang lainnya - input kreatif untuk sesebuah produksi tidak diharapkan akan disumbang oleh SM, tetapi dialu-alukan ide kreatifnya.
Oleh sebab itu Pengarah, Pengarah Muzik, Koreografer berganding tenaga dan ide di bawah satu nama "Kumpulan Kreatif" bagi sesebuah produksi. Dan SM boleh jadi sekurang-kurangnya seorang atau kadang-kala sampai 4-5 orang bagi sesebuah produksi, bergantung kepada produksi itu sendiri.
SM teramat sangat, sangat penting.
SM dikatakan sebagai 'tangan kanan' bagi seorang pengarah mahupun produser. SM sentiasa ada dan bekerja dari saat audition sehinggalah saat-saat akhir, iaitu selesainya 'bump out'. Jika direktor atau produser tiada, seorang SM (bergantung kepada betapa 'senior'nya dia), akan membuat timbangtara dan keputusan untuk sesebuah produksi. Pengalaman yang sangat berguna dan hebat ini mesti dialami oleh sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang pengurusan dalam seni persembahan. Kualiti seorang SM (yang bagus) adalah skil berorganisasi yang bagus, skil kemanusiaan yang mantap, rasa bertanggungjawab kepada pelakon dan kumpulan produksi yang sangat baik, berfikiran ke hadapan dan mengambil tahu tentang isu-isu yang akan bangkit dalam sesebuah produksi dan kumpulan produksinya sendiri.

Anak-anak muda (yang cool dan hebat) yang berminat (mendalam. bukan setakat permukaan) untuk menjadi seorang SM perlu dilatih selangkah demi selangkah sebelum menjadi seorang SM yang betul-betul bagus dan berkualiti.


Sumber: Faridah Merican, Produser Eksekutif The Actors Studio (Malaysia) dan KLPac. "Living Arts Malaysia, Issue 52, May 2008".

KLpac "The Platform"

Beberapa orang pelakon dari Tronoh Theatre Shop (TTS) akan membuat persembahan untuk event KLpac, "The Platform" pada

TARIKH: Isnin, 7 Julai 2008
MASA: 8.30 mlm
TEMPAT: IndiCine, KLpac

MASUK PERCUMA.

Untuk info lanjut tentang "The Platform", layari laman web KLpac.

Isnin, Jun 09, 2008

GRRRRRR... OINK. OINK.

Jangan berasa unexpected.
Jangan mudah berasa expected.
Anjing. Babi.

Ada kisah tauladan anjing dengan bayang-bayang.
Ada tak kisah tauladan babi?
Kalau ada sila beritahu aku.
Kalau tak ada boleh cipta yang pertama.

Aku dah baca kesemua 10 skrip yang menang pertandingan Kakiscript.
Dan yang aku paling suka adalah Ramadhan Feast skrip oleh Animah Kosai.
Dalam skrip tu ada cerita pasal babi.
Siapa yang ada hati nak baca boleh download sendiri dari laman web Kakiseni.
Download secara percuma.

Aku hargai kesemua penulis skrip yang 10 itu.
Masing-masing cuba menonjolkan keunikan masing-masing.
Tetapi skrip itu harus dipersembahkan. Dipentaskan. Dihidupkan. Dinyatakan. Dikembangkan.
Diangkat. Dimajukan. Ditonton. Dihayati. Digilapi. Diserikan. Diabadikan....
Skrip yang bagus. Mungkin akan diabadikan.
Oleh penggiat seni. Mana-mana.

Anjing. Babi.
Jangan mudah berasa expected.
Jangan berasa unexpected.

Grrrrr....

MUDA HANYA SEKALI. (JADI KITA ENJOY!!!) HANCUR MUDA, MUSNAH TUA

-kata-kata hati seorang anak muda (yang cool) yang punya split personality (macam aku).


Anak muda sekalian.
Kita hanya perlu. Kesedaran.
Bukan hanya setakat berhibur dan menghiburkan.
Bukan hanya setakat hiburan.
Bukan hanya setakat berpacaran.
Bukan hanya setakat berpeluk tubuh duduk belajar di universiti.
Bukan hanya setakat mahu hidup selesa bersama keluarga selepas graduasi.
Tetapi kita adalah harapan.
Harapan negara.
Sama ada kita adalah harapan bersinar terang.
Atau malap.
Itu adalah kita.
Kita hanya perlu. Kesedaran.
Anak muda sekalian.

... tetapi..
Di hujung terowong sana.
Masih ada cahaya.
Ya. Di sana!

BAHAYA BERDIRI DI ATAS PAGAR

-pesan bapak kepada anaknya.

Aku baru balik dari dengar ceramah PKR dekat depan kilang Fujitsu.
Bersama kedua orang tuaku.
Ceramah tentang isu semasa dan berita-berita dari salah seorang YB di Selangor.
Apa yang Pakatan Rakyat di Selangor sedang berusaha membantu rakyat.
Juga ada diutarakan tentang isu ketuanan Melayu.
Oleh kerana oposisi hanya boleh siarkan akhbar 2 kali seminggu.
Dan tiada ruang untuk oposisi di siaran tivi.
Maka medan ceramah adalah tempat paling penting untuk rakyat mengetahui keadaan isu semasa dari kaca mata oposisi.
Inilah amalan demokrasi di Malaysia.
Kalau rakyat hanya mengikuti isu semasa melalui arus media prima.
Beratlah sebelah.
Jika benar demokrasi.
Dengarlah dari kedua-dua belah pihak.
Anda sendiri yang tentukan.
Yang mana satu yang anda mahukan sebagai kerajaan pembela nasib anda.
Rakyat.
Ya. Anda rakyat. Rakyat Malaysia.
Jika anda rasa anda rakyat Malaysia.
Jika anda rasa anda punya tanggungjawab pada negara.
Kalau anda rasa berdiri atas pagar itu selamat.
Bergantung pada pagar apa yang anda berdiri di atasnya itu.
Kalau anda rasa kenaikan harga minyak dan barang-barang tidak membebankan.
Anda mungkin anak orang kaya.
Kalau anda rasa kenaikan harga minyak dan barang-barang itu telah dikurangkan beban oleh kerajaan dengan pelbagai subsisi dan rebat yang tidaklah seberapa.
Anda mungkin boleh pertikai yang kita tak reti bersyukur.
Kalau anda rasa kenaikan harga kelapa sawit.
Do the math. Lakukan kira-kira.

Semua ini. Relatif.
Relatif. Dan relatif.
Apa yang kita perlu lakukan. Berfikir.

TUN, TOT, LAH, EL, MU

Tinggal lebih kurang 2 tahun sahaja lagi.
Kemudian aku akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kimia. Lulusan UTP yang aman damai.
Terima kasih PETRONAS lagi sekali.
Aku patut bersyukur pada Allah sebab jalan yang aku lalui ini betul.
Aku sedang berjalan menggapai matlamat jangka sederhana aku sejak sekolah menengah.
Tapi aku kena jadi Engineer dulu barulah tercapai penuh matlamat itu.

Aku juga punya hasrat dan cita-cita untuk memiliki ijazah lain.
Kalau tidak cukup masa untuk ijazah pun, diploma pun sudah kira mencapai matlamat.
Misalnya, ijazah dalam syariah islam. Atau pun ijazah teknologi maklumat.
Atau ijazah dalam seni, sama ada sastera, teater, perfileman.

Sarjana Kejuruteraan menjadi matlamat jangka sederhana dari masa sekarang.

Semakin dewasa, semakin matang kita berfikir.
Tetapi dek lanjutnya usia, semakin tua dan berusia, semakin lemah daya fikiran kita.
Ya. Hidup manusia ada cycle. Kitaran. Tetapi kitaran ini hanya sekali sahaja.
Sebab hidup hanya sekali.
Hidup di akhirat pula abadi.
Jika di Surga, kita akan muda selama-lamanya.
Jika di Neraka, na'uzubillah.

Sejak aku berbini, semakin aku memikirkan tentang masa depan.
Hidup berkeluarga.
Sehinggakan aku telah membuat jangka masa panjang sehingga tahun 2020.
Waktu itu Malaysia seharusnya sudah maju.
Malaysia seharusnya diiktiraf sebagai negara maju.
Sama-sama kita rakyat Malaysia berdoa.

Tuntulah ilmu sampai ke negeri Cina.

SENI,MAN!

-Kata seorang mamat negro.

Aku memang mengapresiasi seni dalam hidup aku.
Teater.
Tarian.
Nyanyian.
Muzik.
Lukisan.
Tulisan.
Fotografi.
Boleh dikatakan semua.
Ada dalam jiwa seni aku.

Tulisan. Dulu aku wakil tegar sekolah dalam pertandingan seni khat Islam. Pencapaian tertinggi aku adalah menang 2nd runner up pertandingan tulisan jawi peringkat negeri. Gila kembang aku waktu tu. Naik pentas ambil hadiah sempoi je pakai baju Melayu sekolah agama Johor yang warna putih tu. Samping dah simpan. Yang lain semua pakai baju raya samping songket. Lepas tu boleh pulak aku rasa macam ada budak perempuan usha-usha kat aku.

Lukisan. Dulu aku menang pertandingan melukis poster anti-dadah (Aku tekap gambar lukisan kat cover buku teks sekolah menengah. Masa tu aku sekolah rendah. Jadi budak-budak lain tak adalah niat nak dakwa aku sebab menekap dan menang. Aku fotostat gambar kat buku teks tu dengan saiz A3 dan aku tekap.)
Masa aku tadika pulak aku selalu lukis gambar kapal laut TIRU kawan sebelah aku yang lagi sifu melukis iaitu P***l. P***l ni tangan dia menggigil. Tangan aku pun menggigil. Tapi kami bukan gay.

Nyanyian. Dulu aku jadi wakil sekolah dalam pertandingan nasyid. Masa ujibakat pemilihan aku sakit tekak jadi aku mintak pada ustaz untuk ujibakat aku hari lain. Namun setelah aku direkomen oleh ustazah yang pernah mendengar aku menyanyi di kem motivasi, aku dipilih tanpa ujibakat.
Kemudian aku beralih kepada menyanyi lagu pop sewaktu zaman kegemilangan N'Sync, Backstreet Boys, Westlife dahulu (Sekarang ni boy band ni sudah slow. Adakah kerana ada masalah isu gay?). Kemudian aku beralih kepada muzik rap dan aku aktif menyanyi rap sama ada di bilik air, kelas dan kem motivasi.

Muzik. Dulu masa aku belajar subjek muzik, aku score 100% dalam semua kuiz/ujian. Dan aku dapat main akordian, rekorder dan semua alat muzik tahap sekolah rendah dengan baik dan membuat persembahan. (Dah besar ni tak ada peluang nak dapatkan piano/keyboard atau gitar sendiri. Tak dapat nak belajar. Kalau ada sesiapa nak bagi hadiah hari jadi atau perkahwinan, bagilah gitar atau keyboard ye.)

Tarian. No komen. Aku tak nak jadi bapok. Aku lelaki lurus.

Teater. Banyak sangat pulak nak komen. Malah blog 3S ini sendiri merupakan salah satu medium untuk liputan tentang penglibatan aku dalam teater disiarkan.
Aku akan menjadi aktivis teater sampai hujung hayat dengan izin Allah.

Dan yang terbaru selepas teater yang jiwa seni aku temui adalah fotografi.
Minat aku dalam fotografi hanya aku temui selepas aku berkenalan dengan sifu photog UTP iaitu K-rule alias Mekot. Itu pun aku kenal dengan dia selepas aku join Kelab Teater UTP (alahai tak tahannya nama). Eh.
Bukan. Bukan. Tronoh Theatre Shop (TTS).

Barangkali lepas ni muncul satu cabang baru dalam bidang seni.
Seni blogging.

Pak Akin berkata: Sekarang pula Pak Akin berminat hendak mendalami seni perfileman.

Ahad, Jun 08, 2008

EUREKA! EUREKA!

A: Aku dah jumper! Aku dah jumper!

B: Jumpa apa?

A: Jumper The Movie.

Movie yang tiada motif.
Kata seseorang yang bukan pengkritik filem bertauliah.

TISU TANDAS

Aku nak bersyukur pun rasa macam tak proper.
Jadi aku pun layan je lah feeling 'straight' aku.
Wah!
Wow!
Wuu!
EUW!! (Ketika aku mengalihkan pandangan dari satu sudut sebelum ini kepada suatu sudut yang berbeza. Dem. Lagilah...)
Begitulah gertak hatiku. Seorang lelaki yang lurus.
Aku pun tak pasti siapakah pereka fesyen sebegitu rupa?
Terlalu banyak suntikan moden.
Terlalu pop.
Sehinggakan terlalu menjolok mata.
Terjegil mataku melihat.
Tapi dalam masa yang sama tak dapat aku tolak nafsu lurusku ini.
Tapi aku harus sedar, aku sudah berbini.
Jadi aku belai elok-elok, molek-molek nafsu lurusku ini.

Ya.
Ada isu pakaian seragam sekolah bagi pelajar perempuan yang menjolok mata.
Menteri Pelajaran yang sentiasa bersedekah pun sudah bagi komen.
Pakaian sekolah budak perempuan jarang. (Ah pek, sebut betul-betul aaa! Ja.. Rang. Bukan Ja.. Lang aa!)
Nampak bayangan bra bagi mereka yang tak bertudung.
Yang pakai tudung pendek pun tetap akan nampak bayangan bra.
Yang pakai singlet kat dalam pun tetap akan nampak bayangan bra.
Yang pakai baju-T di dalam pun masih akan nampak garis-garis bra.
Tetapi jangan dirisau. Semua itu bayangan. Ia menjadi seronok.
Buat orang yang berdaya imaginasi tinggi.
Wow!!!
Wuu!!!
Wah!!!
Isk. Isk. Isk. Isk...
Dahsyat Pak Akin ni. Cukup seni tulisannya.
Tetapi ini adalah realiti.
Aku alami sendiri.
Aku mengalami.
Di mana-mana sahaja.

Tetapi tak guna pakai pakaian seragam di sekolah.
Di shopping complex pakai pakaian berkonsepkan tisu tandas.
Atau di Kawanster atau di myruang.
Terima kasih teknologi.

Sistem pendidikan?
Ibu bapa?
Sekolah agama?
Diri sendiri?
Seksis?

Seksis berkonsepkan tisu tandas?
Seksis murahan.
Mereka. Memang BRAni.
Mereka. Seksis.
Mereka. Seksa.

CAKAP FAKAP

Definisi Cakap Fakap: 1. Cakap yang banyak, berlebih-lebihan sehingga memualkan telinga orang yang mendengar secara langsung atau tidak; tetapi tin kosong, banyak bunyi tetapi habuk pun tarak; cakap tak serupa bikin, 2. cakap yang kesat yang mampu mencalarkan atau melukakan hati lembut orang yang mendengar; kalau dah tahu kesat tu gunalah lubricant atau secara pasarnya, lube.
Eh? Lube tu untuk ape.... Dem!

MENCARI MENANTU

Kat sini aku nak kongsi beberapa tips untuk mencari pasangan/teman hidup/isteri buat pria-pria yang kesepian dan kesunyian dan sangap:


1. Tentukan citarasa anda.
Ini paling penting dan paling utama. Tentukan anda nak cari awek based on rupa paras, nilai budi atau kedua-duanya, atau anda nak yang PAKEJ LENGKAP macam bini aku.


2. Adakah anda nak kapel suka-suka (eksperimen) atau memang berniat nak berkahwin?
Tanya soalan ni pada diri anda. Kalau anda memang tak berniat nak kahwin dengan pasangan anda tu, anda tak perlu cakap seperti "I love you FOREVER" atau seumpamanya yang memberi maksud sebegitu rupa. Aku dah muak dengan drama Yusof Haslam atau filem Prof Razak Mohaideen jadi jangan buat aku jelek lagi.


3. Kenali pasangan anda betul-betul supaya anda dan pasangan anda serasi bersama.
Kalau ada apa-apa nak tanya kat pasangan anda, tanya saja. Kalau dia tak nak bagitahu walaupun perkara kecil, dia belum bersedia hendak hidup bersama. Lupakan saja drama-drama sebegitu.


4. Kalau perempuan tu bikin lu punya hati manyak susah, maknanya she's not the one.


5. Kalau makin lama anda makin tak suka kat pasangan anda, maknanya anda baru sahaja menunjukkan tanda-tanda sebelum menjadi seorang gay.


6. Kalau anda nak berbincang pasal seks, biarlah kena gaya dan situasi. Tapi kalau dah sangap sangat tu aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi.



Sebenarnya tips atau petua ni terpulang kepada setiap individu. Bagi aku mudah saja. Ikhlaskan niat dari awal, insyaAllah selepas tu, setiap apa yang kita (lelaki yang cool tetapi bukan gay) lakukan akan meneruskan lagi hubungan malah mengukuhkan lagi ikatan. Semua orang melakukan kesilapan. Jadi kalau kita (lelaki yang cool tetapi bukan gay) TERbuat silap, kita mengaku dan minta maaf dari bini kita. Bila bini kita nampak yang kita (lelaki yang cool tetapi bukan gay) ni merendahkan benteng ego kita (lelaki yang cool tetapi bukan gay) sudah pasti, kita akan dapat mencuri hatinya buat selama-lamanya.
Tetapi harus diingat! Jangan berlaku tidak jujur pada isteri.
Sebab kalau silap hari bulan, isteri ko tu tak dapat dilembutkan lagi hati dia.
Sekali kena curang, jangan harap dapat bersama lagi!
Ada sesetengah perempuan macam tu.
Satu lagi yang penting, hormati bini kita.
Selepas kita menghormati ibu dan bapa kita.
Tiga orang paling penting dalam hidup adalah ibu, bapa dan isteri.

Jadi, pandai-pandailah pilih calon isteri ya.
Selamat mencuba!

KALAU AKU TAK RAP, AKU TAK PANDAI SPEAKING LONDON

Kat tivi sekarang iklan NST tengah hot.
Iklan yang ada perempuan mat saleh import bertanya arah ke National Monument.
Mamat-mamat bajet cool dan handsome pulak nak ngorat awek omputih ni.
Tapi malangnya tak faham dan tak reti speaking London.
Mamat skem pulak yang menjadi savior.

English memang berguna sebab ia salah satu medium komunikasi antarabangsa.
Orang cool tak belajar english dari NST semata-mata.
Atau baca buku semata-mata.
Tapi orang cool belajar english dari pelbagai sumber.
Orang-orang cool kena pandai variasikan sesuatu.
Boleh belajar english dari movie omputih. Game omputih. Lagu omputih.
Lepas belajar. Praktikkan.
Itu adalah antara cara-cara fofular orang-orang cool belajar speaking London.
Bagi sesiapa yang memiliki lidah fleksibel dan mudah lentur (sama kan?) bolehlah cuba cara belajar English dari Pak Eminem dengan lagu Rythm And Poetry.
Atau kalau nak yang local, ada Too Phat dan banyak lagi artis rap underground dari Malaysia dan Singapore.
Kalau nak yang sopan sikit boleh cuba Linkin Park.
Eh? Sopan ke? Lagu diaorang bingit sikit.

Apa pun Pak Akin tak kisah korang nak belajar english macam mana sekalipun.
Asalkan korang pandai-pandai nak hidup.

AKHIRAT

Semalam aku bersama parent aku pergi ziarah saudara belah ayah aku yang baru meninggal dunia. Di JB.
Bila ingat kematian. Ingat barzakh.
Bila ingat barzakh. Ingat akhirat.
Bila ingat akhirat. Aku teringat filem Akhirat.
...bermulanya sebuah kesudahan.
Di mana sepatutnya akhirat adalah di mana bermulanya sebuah kehidupan yang abadi, berakhirnya kehidupan duniawi.
Judul Akhirat tidak sepatutnya dijijikkan dengan kegiatan sosial anak-anak bandar ataupun anak-anak kampung masuk bandar yang kurang sihat.
Bahkan aku rasa siapa yang tukang letak judul filem ni jatuh sakit seperti demam barangkali pada waktu itu.

Jumaat, Jun 06, 2008

MENUJU PUNCAK (VERSI PLKN)

Hari tu aku tengok tivi tapi tak tengok sangat.
Aku sibuk geledah CD-CD lama.
Bila terdengar lagu tema PLKN aku pun usha-usha lah kat tivi.
Tengok-tengok. Aku terasa deria geli aku terangsang.
Seolah-olah ada seseorang yang aku tak nampak sedang menggeletek ketiak aku.
Urat-urat geli geleman aku pun tertegang dek melihat gelagat adik-adik PLKN sedang menjalani latihan (eg kawad, kembara halangan dll.) sambil menyanyi dan menari-nari dengan koreografi yang semakin menggamit urat-urat ketiak aku.
Nasib baik diaorang tak buat step macam tarian Menuju Puncak AF yang ada macam otomen tu.
Kalau tak mahu mulut aku atau ketiak aku jadi cramp.
Tapi stylo jugak menyanyi sambil meredah halangan 'monkey rack'.

Beberapa hari lepas tu, aku tengok iklan PLKN yang lain.
Turut ada koreografi. Adik-adik PLKN dengan uniform celoreng biru-putih-hitam yang cukup bersih, keras dan teguh, tidak berkedut, kecut sedang mereka asyik menyanyi sambil mendirikan khemah dan menangkap ikan (3 orang teruna) sambil diperhatikan dari jarak yang agak dekat di seberang sungai (3 orang dara. dara ke? hanya dia dan Tuhan yang mengetahui. atau mungkin yang curi dara dia pun tahu).
kemudian mereka bermain-main air pulak.
bohong betul.
tak adanya nak main-main air kat tempat latihan.
maksud aku main-main dengan perempuan.
sebab apa?
sebab jurulatih-jurulatih (JL) mesti akan potong stim budak-budak laki.
JL-JL pun gatal.
Oh ini bukan cerita bohong.
Ini pengalaman sebenar aku.
Kisah benar. Stylo sikit.

Tiap tahun PLKN pasti akan menghasilkan beberapa mayat yang tak bersalah.
Sesi aku dulu pun. Ada seorang budak laki Cina mati tanpa niat.
Sebab apa?
Sebab virus penyakit.
Sewaktu menjalani latihan khidmat komuniti.
Ala yang bersihkan kawasan rumah orang tu.. main cat-cat.. main sapu-sapu.. main bakar-bakar.. main pancut-pancut....
...air...
...pili...

Bagi aku, PLKN tidak perlu diwajibkan kepada mereka yang bernasib malang terpilih.
Tetapi penyertaan PLKN perlu dibuka.
Sebab ramai juga yang berminat hendak menjalani PLKN.
Dan ada juga yang berminat tetapi tidak terpilih.
Kasihanilah mereka itu.

AKADEMI MACAM-MACAM

Dulu kita ada Akademi Seni Kebangsaan (ASK).
Lepas tu dia tukar nama jadi ASWARA. Dah dekat-dekat dengan nama Proton ISWARA.
Tapi itu cerita lain.
Kemudian ada Akademi Fantasia, AF.
Aku sejujurnya tidak tahu akan kewujudan AF sehinggalah Mawi sudah jadi finalis musim ke-3 dan akhirnya menjadi juara.
Banyak-banyak bintang AF, Mawi yang paling banyak pencapaian.
Ketara sungguh.
Selepas aku kenal Mawi, baru aku kenal Vince AF1 dan Zahid AF2 dan Adam AF2.
Agak terlambat di situ, nampaknya.
Maklumalh dulu aku budak tak cool.
Selepas itu muncullah Akademi al-Quran sebagai 'rival' kepada AF.
Aku tak nak lah sebut 'rival' tapi nampaknya begitulah.
AQ pula sudah sampai musim ke-3.
Terbaru pula Akademi Nasyid.
Menjadi assistant 'rival' kepada AF.
Aku tak nak lah sebut 'rival' tapi nampaknya begitulah.
OK lah... Aku betulkan ayat aku.
Aku tak nak lah sebut 'rival' tapi aku rasa ketiga-tiga akademi ini bersama-sama berjuang di bawah suatu bumbung bernama SENI.
Apa pun Pak Akin ucapkan Selamat Berjaya untuk ketiga-tiga akademi.
AF. AQ. AN.
Tapi kat TV9 ada rancangan drama bersiri Akademi Polis.
Arahan Yusof...
... Kelana. Bukan Haslam.
Tapi aku rasa tak ada lainnya pun.

CHE' DOLL - ILHAM YANG KU PUJA

Ilham tak muncul-muncul.
Dia pergi mana ni?

Aku perlukan kau Ilham...
Aku tak boleh teurskan hidup tanpa kau...

Kaulah inspirasiku.
Kaulah sinar hidupku.

Tanpa kau aku buntu.
Kembalilah padaku, Ilham.

Aku sedar yang aku bukan gay.
Sebab tu aku perlukan kau untuk tulis skrip teater aku yang baru...

Khamis, Jun 05, 2008

EKSPRES SELAT KERIS

Bas ni paling fakap dan sak dalam sejarah hidup aku.
Masa tu aku lambat beli tiket.
Tiket bas yang fofular dan gelamor semua sudah habis pada hari itu.
Jadi aku TERpaksa rela naik bas tambahan yang macam bas hantu.
Drebar siap pesan lagi kalau bas kena tahan dengan pegawai penguatkuasa, dan ditanya, bas tersebut ke Lumut.
Aku tak ada masalah sangat la kalau macam tu.

Perjalanan bermula.
Kemudian aku berasa kelakar yang fakap bila bas tersebut lalu Ayer Hitam.
Aku dari BP ke JB untuk naik bas tu, kemudian bas dari JB tu lalu Ayer Hitam.
Itu OK lagilah.
Aku tak ada masalah sangat la macam tu.

Kemudian aku tidur.
Aku terjaga dan aku sempat melihat papan tanda stesen minyak PETRONAS (Terima kasih PETRONAS! - sebagai tanda terima kasih kerana membiayai pengajian ijazah aku, bukan sebab lain) dan...
aku berada di Hutan Melintang!
Aku tak tahu dan tak pernah dengar nama tempat tu.
Aku fikirkan hutan tapi hutan mana ada jalan raya.
Tapi aku agak aku masih berada di kawasan Selangor.
Jadi aku sambung tidur.
Aku terjaga semula pukul 6 pagi.
Aku lihat sekeliling.
Aku tak pernah tengok tempat tu.
Tak pernah lalu tempat tu.
Aku tak bertanya pemandu bas.
Kerana aku memang ada masalah sikit dengan drebar bas ni dari dulu.
Entah kenapa.

Jadi aku terus layan feeling 'lost' dengan tanggapan baik yang aku masih belum sampai Ipoh lagi.

Bila hari sudah terang dalam pukul 7 aku dapat tengok papan tanda jalan dengan jelas.
Aku sememangnya sudah sesat apabila aku lihat papan tanda ke Setiawan tidak berapa jauh lagi.
Sememangnya aku pernah sampai Setiawan sebelum ini dan sudah pasti aku sudah terlajak atau lebih tepat lagi tersasar dari destinasi Tronoh aku.
Nasib baik bas tu ada berhenti di stesen bas di Manjung. Manjung lah agaknya.
Aku pun tak pasti sebab yang aku fikir pada waktu tu hanya aku perlu balik ke Tronoh pagi itu jugak!
Aku masih buat muka relaks.
Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Maklumlah ada beberapa orang lain.
Jangan panik... Jangan panik... Cool... Cool... Aku kan orang cool!
Kemudian ada seorang pak cik teksi hon aku.
Aku tanpa berfikir panjang terus bertanya pada pak cik tu sama ada boleh hantar aku ke Tronoh atau tak.
Boleh katanya tapi tambang RM80.
Nak mampos?!
Duit kat tangan aku waktu tu hanya maksima RM30.
Tapi pak cik tu nak jugak hantar aku sebab katanya memang hari ni dia tak cari penumpang sebab dia nak barukan lesen bawak penumpang dia hari tu.
Dan dia kata dia nak ambil dulu bos dia dan kemudian ke Ipoh.
Jadi selamatlah aku sampai ke Tronoh...
Begitu panjang perjalanan aku.
Tapi bak kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman.
Dan memang aku dah banyak pengalaman naik bas ekspres.

EKSPRES K.K.K.L

Aku dah lama tak naik bas ekspress KKKL.
Dan hari tu aku lepas gian naik bas ni balik dari KL. Pulang ke BP.

Aku dah lama tak naik bas ni sebab aku bajet nak boikot.
Dulu aku pernah naik bas ni nak ke Pulau Pinang.
Berhenti rehat di tempat makan hot kat Slim River.
Kemudian bila hendak jalan balik bas sudah rosak.
Aku dan penunggang bas yang lain terpaksa menunggu kehadiran bas lain yang ada kekosongan ke Pulau Pinang.
Ada satu bas tu banyak juga yang kosong.
Tapi aku yang BAIK HATI ni bagi prioriti kepada orang lain yang macam nak cepat ada urusan.
Masa tu aku tak ada urusan penting sangat.
Aku nak pergi bercuti sahaja. Jadi tak kisahlah lambat.
Tapi ada seorang mak cik tua ni dengan maknya yang sudah tahap nenek.
Dengan 4 orang anak-anaknya yang masih kecil.
Aku bersama mereka adalah antara yang bernasib malang kerana terpaksa menunggu selama 4 jam untuk menumpang bas lain ke Pulau Pinang.
Setelah 4 jam aku menahan sabar (dengan mengabaikan perkataan fakap dan sak yang selalu jugak keluar dari mulut dan hati aku), aku berjaya juga akhirnya menumpang bas lain...
... ke Butterworth!

Sampai ke Butterworth aku menaiki feri yang terakhir pula untuk ke Pulau Pinang.
Itulah kali pertama aku menaiki feri.
Nasib baik aku tak mabuk laut.
Baru aku tahu. Ha ha.
Dan sesudah sampai aku TERpaksa menaiki teksi yang menghentam aku dengan tambang yang membebankan rakyat untuk ke destinasi yang aku hendak tuju sejak dari awal perjalanan lagi.

Begitulah ceritanya kenapa aku sudah lama tidak naik bas KKKL.

Hari tu pun aku naik bas KKKL sebab aku consider bas dia SVIP jadi adalah can aku duduk seat single yang lebar.
Kalau tidak jangan harap lah.

Dan setelah aku memaparkan imej buruk KKKL, aku nak bodek sikitlah.
Hari tu lu bawak manyak laju wo.
3 jam sudah sampai dari KL ke BP. Biasa itu mau 4 jam wo.

EKSPRES CEPAT

Ada nama bas ekspres Cepat.
Tapi aku pernah dengar cerita yang bas ekspres ni lambat.
Siapa yang tukang bagi nama ni?
Kalau aku bos, aku pecat dia.

Rabu, Jun 04, 2008

PAK WILLY. WEE!!!

Hari ini baru aku perasan.
Hari itu aku beli buku baru.
The Complete Works of William Shakespeare.
Tapi aku panggil dia Pak Willy je.
Buku setebal 749 muka surat. Font type tak dinyatakan.
Size font 8 rasanya.
Tapi ini tak penting.
Yang penting design covernya.
Separuh daripada covernya ada lukisan lucah.
Ada lukisan wanita dengan O-O-nya terpampang luas.
Dan aksi bercumbu lelaki dan perempuan.
Lelaki itu macam Pak Willy.
Tapi bukan rasanya.

Pak Willy ada bikin 154 Sonnet.
Sonnet yang paling fofular kat Malaysia adalah yang ke-18.
Itu pun sebab TERpaksa belajar kat sekolah menengah.
Masa aku kat sekolah menengah dulu aku tak suka sastera.
Tak kisahlah sastera Melayu ke atau English literature ke.
Memang tak suka.
Tapi baru aku sedar.
Jiwa seni aku memang sudah sedia wujud.
Ia tersingkap tatkala aku menaruh harapan pada seseorang.
Perempuan!
Sejak itu aku mula menulis.
Ya. Semuanya bermula dengan perempuan.
Sejak itulah aku mula menulis.
Walaupun aku telah mula menulis sejak tadika.
Sehinggalah kini aku menulis dan menulis dengan variasi gaya dan stail.
Pra-bermula dengan gaya ritma ala-ala Eminem.
Bermula dengan gaya motivasi ala-ala Dr Hang Tuah.
Kemudian hasil gaya aku yang sendiri.
Dengan sentuhan sentimental, blue,
eh, tertinggal huruf 's', blues,
romantis, puitis, jiwang dan lama-lama jadi karat setelah aku putus cinta sampai aku jadi gila.
Dan aku ditakdirkan jadi Mat Merah.
Yang seterusnya mengilhamkan aku empat elemen dalam stail penulisan aku.
Madah. Bicara. Suara. Kata.
Dan kini aku berikan sedikit sentuhan pop.
Namun belum lagi ada sentuhan rock kerana sentuhan rock itu milik Luth dan Port yang tegar menyuntik virus rock kapak dan rock lama-lama ke dalam salur darah orang-orang muda seperti aku ni.
Aku memang muda dan awet muda.
Walaupun ramai orang kata aku ni nampak matang.
Tetapi aku memang muda dan awek muda.
Typo lagi! Awet muda.

NAFSU

Dulu aku penulis.
Puisi.
Lirik.
Cerpen. Tapi tak pernah siap.
Novel. Jauh sekali.

Dulu aku menulis.
Untuk diri sendiri.
Untuk kepuasan sendiri.
Untuk nafsu sendiri.

Nafsu banyak jenis lah.
Tapi nafsu seks paling top. Lebih-lebih lagi buat lelaki sejati.
Kalau dipuaskan nafsu tu meletop alamatnya.
Kalau dibuaskan nafsu tu habislah kondom bersepah-sepah.
Ini realiti.
Kondom bersepah-sepah di suatu padang.
Di pagi yang hening.
Setelah buaya-buaya dan ayam-ayam balik pulang ke kandang kambing.
Di mana tengah malam mereka menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!
Hinanya pekerja yang tukang bersihkan kondom-kondom.
Alahai apalah nasib kondom-kondom terbiar.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

Selasa, Jun 03, 2008

PUISI UNTUK BABY

Jauh di mata. Dekat di hati.
Ah! Tipikal sangat.
TV9 pun tipikal. Dekat di hati. Ustaz ajar mengaji turut sama.
Ustaz dibayar.
Engkau laksana bulan.
Ini tiru P Ramlee daa.

Ehem. Ehem. Ku persembahkan
puisi untukmu, babyku.
dariku.


"Elektron dan Proton"

Aku mempersona
terpesona
pesona dunia baru
Kau yang mempersona
menghilangkan terus ingatan aku
di dunia lama
tiap kelipan kelopak
matamu
mengalirkan elektron
kepadaku
yang bercas negatif
kesan bencana alam dunia lama
kau yang proton
kau punya cas-cas positif
lantas menarikku
secara spontan
dan natural
semakin dekat ke arahmu
tubuhmu
Lalu
hingga terlalu dekat
mikro dekatnya
suatu medan daya terhasil
daya itu cukup kuat ikatan kimianya
antara kau
dan aku
kerana kau
dan aku
adalah mortal
kerana itu
selagi kau mortal
selagi kau organik
selagi itu kau adalah kimia
selagi itu aku juga kimia
selama itulah aku
dan kau
tak akan pernah terlepas
dari daya
dari medan daya yang kuat
itu.
Kau mortal
aku mortal
tetapi cinta kau
dan cinta aku
cinta kita berdua
immortal!

MIMI, MIKI, BUN, DAYEN, NONENG, PAKTAM, CITAM, NONENG II, ANJANG, STOKEN DLL.

Di atas ini adalah antara nama-nama kucing yang pernah dimiliki oleh keluarga aku.
Terlalu banyak kucing yang dipelihara dari awal lagenda IBU (nama kucing paling asas dalam hierarki kucing-kucing kami) sehinggalah ke lagenda terakhir ANJANG yang ejaanya sudah dekat dengan ANJING yang merupakan kucing terakhir yang M.I.A (Missing In Action) dan tidak ada meninggalkan waris langsung.
Waris Tapak Kaki Kucing.

Entah siapa (atau apa) yang menculik kucing-kucing kami sehingga kami terpaksa menutup kes dengan membuat kesimpulan, kucing-kucing tersebut telah hilang dan berstatus M.I.A.

Barangkali lepas ni kalau ada kucing hilang cepat-cepatlah aku buat poster dengan headline "Di Mana (nama kucing yang hilang)?" dan gambar kucing yang ditampal adalah sewaktu dia melentokkan kepalanya.

Barangkali - Aku bukan orang Singapore.

MIMI pula baru diangkut dari pasar tempat membuang kucing paling hot di Parit Raja.
Tidak tahan dengan gelagat dan aksi CTikus-CTikus yang menghorrorkan mimpi sewaktu ahli rumah sedang nyenyak tidur.
Ditambah lagi horror dengan kehadiran Cik Snake yang berehat-rehat di R&R Sofa Merah di ruang tamu sambil menanti tuan rumah menghidangkan jus tikus.
Membuatkan kami mengambil keputusan mengambil kucing angkat untuk menceriakan keadaan.
Supaya mimpi-mimpi indah menjelma sewaktu tidur.
Tiada lagi mimpi horror.

LELAKI, PEREMPUAN, DAN DOT DOT TOTTTT!!!

Ada satu lagu berjudul Lelaki Buaya Darat atau abreviasinya - L.B.D.
Kalaulah boleh aku nak cipta lagu Perempuan Ayam Cocok/Bandar/Kampung/Laut (lawan kepada Darat) yang akan dinyanyikan oleh artis rakaman L.B.D - Lembaga Belia Daerah Batu Pahat, yang tidak asing lagi, Sarip Dol.
Oh itu Sarip seperti nama JKKKKKKKKKKKKKKK kampung sebelah dan Dol itu nama singkatan anak tok bomoh di kampung ini yang belum sempat mewarisi bakat pembomohan dari bapanya.
Sarip punya hobi.
Hobi dia memegang jawatan dalam suatu organisasi.
Dol pula baik orangnya.
Dan dia memang baiklah orangnya.

Lelaki sering dikaitkan dengan Buaya.
Dan perempuan sering dikaitkan dengan Ayam.
Aku pun tak tahu kenapa lelaki ada hubung kait dengan buaya.
Dan perempuan pula ada hubung kait dengan ayam.
Padahal lelaki dan perempuan itu manusia (atau moral bak kata salah seorang soljah sindiket).
Buaya dan ayam pula binatang.
Oh ya!
Binatang pun mortal kan...
Manusia pun mortal...
Oh aku dah dapat dah hubung kait dia.
Sekian.

KISAH NUR & FATH.

Aku kagum dengan jemaah solat jumaat di Masjid An-Nur.
Penuh satu masjid.
Masing-masing kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan masjid.
Kawasan masjid ada dua.
Satu yang confined. Satu lagi yang mesra alam.
Area dalam yang sejuk dengan penghawa dingin yang berjenama (rasanya).
Dilitupi pula dengan pintu tekan-untuk-bukanya menambahkan lagi rasa ingin bertafakur kepadaNya.
Sesiapa yang datang lambat tak dapatlah nak merasa salah satu nikmat alam itu.
Duduk sahaja di kawasan luar yang berbatu marmar yang boleh tahan sejuk juga kalau waktu malam.
Kat dalam lantainya marmar juga tapi dibaluti karpet menggantikan sejadah.
Tetapi boleh juga kepada mereka yang tebal muka menyelit-nyelit di celahan ketiak jemaah.
Nak rasa lebih selesa, selitlah dekat dengan jemaah yang sedang khusyuk mendengar khutbah jumaat.
Bukan setakat khusyuk, malah mereka memahami dan menghayati setiap mesej yang disampaikan dengan mengangguk-angguk kepala dengan kadar yang ketara sebagai tanda faham.

Lain pula situasinya di Kampung Parit Samijan.
Kampung sayalah tu.
Jemaahnya tidak seramai di Masjid An-Nur.
Ya lah. Berapa ramai sangatlah orang kampung yang tinggal di situ yang solat jumaat. Eh?
Bukan. Berapa ramai sangatlah orang kampung yang tinggal di situ yang masih tinggal di situ untuk solat jumaat? Eh??
Makin pelik.
Apa pun itu tidak penting.
Walaupun masjid ini panas dan tidak ada kipas yang cukup kuat.
Tetapi jemaah tetap tulus mengerjakan ibadah.
Jika nak dikomen tentang saf pula.
Sudah pasti An-Nur tidak dapat lawan Fathul-Ulum, masjid kampungku.
Dari segi ukuran gap antara bahu satu manusia dengan manusia yang lain dimenangi oleh Fathul-Ulum.
Tomakninahnya pula begitu cekap.
Cekap yang membawa maksud PDRM yang memang tersangatlah CEKAP membanteras jenayah.
Contohnya, Gerak Khas.

Tahniah untuk Fath. Macam nama perempuan pulak.
Perempuan?
Wah! Ini cerita lain.

Tapi apa pun, aku tetap bangga dengan kampung aku yang begitu hebat sekali.

Isnin, Jun 02, 2008

BUDAK JAWA KOMEN BINI AKU.

Budak Jawa kat kawasan kampung saya memang ramai yang sangap dan bengap.
Tengok aku punya bini dah puji macam-macam kat bini aku.
Kat aku tak ada apa-apa pun.
Baguslah diaorang itu bukan gay.
Tengoklah siapa laki dia?
Aku kan.

ANWAR KATA NAK TURUNKAN HARGA MINYAK. PAK LAH?

Minyak naik dan naik lagi.
Rakyat banyak yang merungut.
Tetapi tidak di Kampung Parit Samijan.
Kampung aku lah tu.
Penduduk kampung ini bergelak ketawa walaupun minyak naik.
Di warong kopi.
Sambil goyang kaki.
Tidak goyang punggung.
Pelik tapi benar.
Tak percaya?
Jemput datang ke kampung aku.

MARI DENGAR APA KATA ORANG-ORANG COOL.

Hidup sebagai seorang pelajar tegar memang bosan.
Orang-orang cool kata, 'tak ada life!'
Haa! Macam tu lah dia.
Aku ada baca kat paper seorang mahasiswi belajar larut malam sebab risau tak dapat jawab quiz, test dan exam dengan cemerlang.
Last-last dapat sakit imsonia.
Tak guna jugak beb.
Kerja nanti bukan kisah sangat pun pasal akademik.
Jadi tak perlulah risau sangat pasal akademik.
Tak perlu risau pun sebenarnya.
Sebenarnya, hanya perlu fikir.
Tak perlu risau.
Sebab risau itu negatif.
Fikirlah.
Fikir itu positif.
Baru positif.
Mak bapak pun kenalah faham dan peka.
Tak semestinya anak masuk unibersiti kena dapat 4.00 ja!
Suruhlah anak dapatkan banyak sikit 10,000 ka.. 1,000,000 ka..
Letak lah simbol RM depan angka tu. Jadilah kaya raya!
Ini tidak. 4.00 je?

Apa guna 4.00 jika tak dapat hasil RM 1,000,000?
Sia-sia.

"Oh tak perlu hasil apa-apa. Gua dah dapat 4.00.
Tapi mak bapak gua kaya raya.
Jadi gua goyang kaki dan punggung saja..."

Macam drama tivi pulak.

Ahad, Jun 01, 2008

Remy; Muzikal Remy. Asalnya

Setelah aku tak dapat menonton P Ramlee The Musical Season 1.
Belum mula show tiket sudah sold out.
Maklumlah Datuk CT berlakon...
Akhirnya aku dapat juga menonton Season 2 punya pada 31 Mei 2008 show malam.
Dapat duduk di seat agak hadapan, jadi dapat lihat dengan lebih jelas ekpresi muka pelakon.

Sejujurnya memang itu kali pertama aku tengok teater muzikal stail Malaysia.
Mengujakan jugaklah sebab kali pertama.
Yang paling aku suka adalah design setnya, lebih-lebih lagi KEPALA...
.... keretapi.
Nasib baik aku dapat tengok KEPALA...
.... keretapinya.
Tertunai hajat aku.
Puas nafsu aku.

Ada beberapa scene yang membosankan aku.
Lagi-lagi dengan muzik yang melentokkan aku pada waktu malam.
Tapi aku bagi penghormatan jugaklah pada semua.
Ya lah.
Bukan senang nak buat produksi grand macam tu.
Teknik/konsep/teori asasnya sama seperti yang aku belajar dari Doc Shark, cuma ia dipersembahkan dengan grand dan bersungguh-sungguh.
Dan sudah pasti, tajaan yang platinum, emas, perak dan gangsa.
Bukannya tajaan yang habuk pun tarak.

Bagi aku, berbaloi jugaklah tiket Kelas F berharga RM38 selepas diskaun 30%.
Ya lah. Budak-budak mentah lagi mana ada duit banyak-banyak...

Nak komen pula pasal pelakon wanita yang seksi sebab tayang dada, betis dan peha.
Lelaki yang tengok tu jangan tipulah tak tengok punggung dan dada perempuan-perempuan tu...
Kalau tak tengok dan berasa biasa tu gay lah tu.

Nak cari duit.
Bisnes teater. Mana main pakai sopan beb...
Kat KL lah bro. Kat kampung yang ada KL - Kedai Leman (yang dah tutup sebab tauke kencing manis) pun ramai pakai seksi beb. Yang pakai seksa pun ada...
Tapi itu kalau betul-betul nak cari duit lah.
Kalau nak cari duit dengan bisnes teater Islamik, kena cari sasaran penonton yang betul lah. Bukannya tak boleh.
Tapi perempuan mesti ada...
Tak lengkap dunia ni kalau tak ada perempuan, kan? Kan?