Selasa, November 10, 2009

Surat Terbuka Untuk TTS

Surat ni bukan dalam bentuk surat. Supaya orang senang nak baca. Juga terus kepada isi tanpa ada kiasan meleret-leret atau adjektif terlampau.



Kepada TTS,


Presiden
Kau pilih dia maknanya kau sokong dia. Kau setuju untuk sokong dia. Maknanya kau kena tolong dia. Kau kena sokong dia. Ketua perlukan sokongan semua ahli-ahli di bawahnya. Bukan senang nak jadi ketua.

'High authorities'
Samaada ada perbezaan pendapat atau ideologi. Atau golongan atasan ini memang ada ego masing-masing. Wallahualam.

Konflik pelakon 'handalan'
Tak perlu ada perbezaan pelakon 'handalan' atau pelakon bukan 'handalan'. Semua sama. Yang membezakan adalah minat untuk terus belajar dan belajar untuk jadi pelakon yang berkualiti, bukan handalan. Kesungguhan dan komitmen adalah kayu ukur. Malah keduanya berkait rapat dengan hasilnya.

Emosional vs. Profesional
Dua perkara ni perlu seimbang dan selari dengan kerja yang dilakukan. Kalau berlakon perlukan emosi, jadilah emosional sehabis-habisnya. Kalau tidak berlakon buat kerja pengurusan atau produksi, jadilah profesional sehabis baiknya. Emosi tidak boleh terbawa-bawa masuk ke dalam kerja yang perlu kita bertindak profesional. Kurangkan alasan daripada diri sendiri. Kurangkan alasan menggunakan atau melibatkan orang lain. Kenali kekuatan dan kelemahan diri. Guna kekuatan diri sebaiknya. Kelemahan diri perlu diperbaiki supaya tidak menjadi faktor demotivator.

Masa depan
Semakin mencabar. Kerana generasi sekarang sudah berjaya menempah nama di kota besar. Tanggungjawab generasi seterusnya lebih berat berbanding sekarang. Jadi perlu ada kerjasama yang tiptop. Perlu ada penurunan ilmu dan pengalaman daripada generasi sekarang kepada generasi akan datang. Generasi akan datang pula perlu terus belajar dan timba pengalaman. Hubungan dua hala perlu baik.


Sekian.

Terima kasih.


Yang benar,


Akin Muhammad
Muhamad Yusuf Amat
Usop
Dr Boomer
Dr Kines
Akira Markinova
Subteks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan