Selasa, November 03, 2009

Nyah

Refleksi budak budak baru nak naik.


Rasanya elok kalau aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku menyertai bengkel teater di SMK Permaisuri Raja Bainun hujung minggu yang lalu. Sebagai kenangan juga pada masa lanjut usia nanti.

Hari Pertama

Adalah sedikit memenatkan. Bengkel dimulakan dengan sesi warm-up suara dan fizikal beramai-ramai di astaka. Ada lebih kurang 220 orang murid gabungan tingkatan 1 dan 3 yang baru selesai PMR dan tak ada kerja nak buat sertai English In Camp ni walaupun mungkin ada yang terpaksa, dipaksa atau terpaksa untuk memaksa dirinya untuk dipaksa menyertai.

Kali terakhir aku menjadi fasilitator adalah sewaktu tahun 2003. Ya, 6 tahun yang lalu. Betapa tak berpengalamannya aku.

Selepas warm-up beramai-ramai. Murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan. Ada 11 kumpulan semuanya. Dan macam biasalah. Aktiviti pertama: Pecahkan ais. Nak pecahkan ais bukanlah sukar. Malah, sebenarnya, kita tak perlu susah payah pecahkan ais tu. Boleh saja biarkan saja ais tu cair sendiri.

Aktiviti lepas Zuhur adalah lebih mencabar sebab waktu tu waktu mengantuk. Jadi waktu tersebut adalah waktu yang sesuai untuk lakukan aktiviti yang lebih berunsur main-main. Budak budak memanglah suka game. Bila aku sebut saja yang aku akan buat game, budak-budak ni baru bersemangat. Hmm.. Begitulah budak budak kan. Tapi budak-budak pun ada jenis juga. Budak besar. Budak kecik. Contoh budak besar adalah budak universiti tahun akhir yang gila kumpul model kereta roda panas dan suka singgah (kadang-kadang saja beli) di kedai mainan dan suka juga nonton kartun, Wonderpets, misalnya. Contoh budak kecik pula adalah budak yang kurang usianya berbanding budak besar tetapi minatnya dan tingkah lakunya memang macam budak-budak. Ha ha.

Tapi macam biasalah. Budak besar ke, budak kecik ke, ada subteksnya. Ya, subteks! Kenapa? Apa? Ada orang tak faham ke? Apa? Tahniah? Terima kasih... (HAHAHA)

Lepas habis aktiviti petang tu, pergi Jaya Jusco. Kami tak cukup gila untuk pergi nonton wayang petang tu. Jadi hanya jalan-jalan dan aku sempat timbang berat dan tinggi aku guna mesin penimbang ultrasonic baru di sana. BMI saja ideal tapi tekanan darah, kandungan gula tak pasti lagi. Dan akhirnya aku dapat beli kabel US. Er, maksud aku kabel USB. Walaupun orang sekarang dah potong. Dah tak pakai kabel. Tapi aku tetap yakin dan percaya. Kabel akan wujud sampai bila-bila. Kabel US. Er, maksud aku kabel USB.


Demonstrasi lakon Macbeth versi gila. SEFA sebagai Doctor. Tasha sebagai Lady Macbeth. Azizi sebagai Gentlewoman (Tiada dalam gambar).


Malamnya adalah demonstrasi Macbeth oleh TTS. Dr Shark bagi lecture kat budak-budak sekolah tu. Aku rasa kalau dia bagi lecture pasal Macbeth kat budak budak UTP mahu berapa kerat saja yang datang. Namun lepas tu ada demonstrasi lakonan sekali. Ada dua versi. Versi satu versi normal yang membosankan. Versi dua versi gila yang lebih menarik. Susah gila babi sebenarnya nak buat sesuatu daripada karya Shakespeare ni. Ibarat susah nak faham subteks lah. Ya lah. Subteks! Apa? Ada orang tak faham ke? (HAHAHA)

Budak budak sekolah tu suka yang versi gila tu sebab memang kegilaan itu kelebihan TTS. Atau, kelebihan TTS itu satu kegilaan? Hmm.. mari kita dengar subteksnya ya! (HAHAHA)

Selesai Macbeth, maka selesailah hari pertama bengkel yang memenatkan...

Namun urusan aku masih belum selesai lagi. Sebaik saja sampai di kampus, aku terus gagah dan gigih menyiapkan kerja-kerja akademik sampailah siap. Pukul 3 pagi aku terpaksa tidur dan hanya 3 jam tidur, pukul 6 pagi bangun balik dan bersiap untuk hari kedua bengkel.


Hari Kedua

pula fasilitator TTS semua datang lambat. Sampai pihak penganjur telefon tanya "mana fasilitator semua ni? dah pukul 8 pagi ni budak-budak dah berkumpul kat dewan". Dan sudah pasti semuanya masih OTW.

Macam biasa. Aktiviti pagi adalah exercise tanpa ada maksud kedua. Warm-up dalam dewan beramai-ramai. Tempat Dr Shark sebagai Head of Department, er, maksud aku Head of Facilitator diganti oleh Aini. Lepas warm-up budak-budak sekolah dapat situasi untuk tulis skrip sendiri. Jadi hari ni tugas fasilitator sedikit ringan. Hanya tengok-tengokkan dan tolong mana yang patut. Sampai tengah hari budak-budak sekolah ni semua buat skrip berdurasi lebih kurang 5 minit. Petangnya pula rehearsal.

Dan tibalah malam, masa untuk show! (Sebenarnya bahagian show ni saja yang aku nak cerita)

Semua fasilitator jadi hakim untuk show malam tu. Aku pula dah mula pening kepala sebab terlalu gila dengan emosi siang hari tadi. Mungkin itu kesan sampingannya. Apa pun, pening kepala bertambah bila aku tengok show budak-budak sekolah ni. Ada saja yang aku nak tergelak terbahak-bahak tengok gelagat budak-budak. Ada saja yang aku nak baling kasut Crocs aku kat budak-budak tu. HAHAHA.

Menonton budak-budak sekolah tu semua berlakon adalah satu pengalaman yang bermakna buat diri aku. Sedikit sebanyak aku dapat mengerti dan memahami sesuatu. Ya, sekali lagi. Subteks! Subteks! Subteks! HAHAHA.

Pertama. Banyak kumpulan yang mesti ada wujudkan karaktor pondan, nyah, bapok dan seumpamanya dalam show mereka. Hmm.. aku rasa perkara ni dah biasa. Show realiti dunia sebenar pun banyak perkara ni. Jadi tak hairanlah kalau show di atas pentas teater dilambakkan dengan watak-watak sebegitu rupa. Tapi sayang, tak ada watak gay. Aku suka nak nonton teater yang ada watak gay.

(Ramai juga budak lelaki yang betul-betul pakai baju perempuan, pakai tudung, pakai rambut palsu.)

Kedua. Banyak juga kumpulan yang mesti ada adegan bergadoh. Dan biasalah, budak-budak bila berlakon bergadoh macam bangang pun ada juga. Haha. Bergadoh, aku rasa adalah isu yang tak akan mati dek zaman sampai kiamat. Dan, ia adalah isu yang turut akan berlaku bukan saja di kalangan budak-budak sekolah, malah orang-orang dewasa juga. Jadi jangan lupa, tonton filem indie "GADOH", salah satu piece Nam Ron.

Apa pun. Aku paling suka show daripada kumpulan yang difasilitat oleh Tasha. Pertama, pelakon perempuan terbaik ada dalam kumpulan tu. Kedua, ada dua ekstrim. Ekstrim 1 - Realiti dunia sekarang. Ekstrim 2 - Anti-realiti dunia sekarang yang disampaikan secara didaktik. Lebih kurang nak macam TTS punya identiti pun ada. Sa perkara lagi, kumpulan Tasha juga baik dari segi persembahan. Baru betul-betul show namanya tu.

(Bagus, walaupun situasinya hanya di pasar basah!)

Inilah budak-budak group Kobar yang menang tu. Rompakan di bank.


Apa pun, kumpulan Tasha tak menang nombor 1. Kumpulan Kobar yang mempersembahkan situasi rompakan bank yang mana ada dua orang pondan menyamar dan merompak bank tersebut. Mungkin twist itu adalah faktor-X nya. Ya, faktor-X lah! Bukan subteks, bukan faktor-Y, faktor-Z, eh faktor-Z tu macam ada dalam chemical engineering... Compressibility factor ke? Haha.

(Aik, betul-betul sama macam nasib TTS kan... Patutlah kumpulan Tasha memang nombor 2 ja. HAHAHAHA)

Apa pun, tahniah buat semua budak-budak sekolah!


Ini pula budak-budak group aku. Monker Production. Aku pun tak tahulah kenapa budak-budak ni suka sangat perkataan monker tu. Rotan Tok Janggut pun ada tu.


Esok pukul 1 petang ada ujian Pencemaran Udara. Lepas tu ada rehearsal show Quality Day pukul 2 petang. Malam pula ada ujian Sumber Manusia.

Sumber manusia? Hmmm. Subjek yang menarik! Ada subteks tak? HAHAHAHAHA!




pesan/salam:

Kaulah cintaku, kasihku, sayangku, rinduku, jiwaku, hatiku, perasaanku, emosiku, hidupku... kaulah, yang satu. Namun aku hanya manusia yang lemah. Lemah bila jiwa disentuh, diuji, dicuit dengan permainan cinta ini. Zaman ini seharusnya sudah berlalu bagi aku. Sudah cukup lama aku berhadapan dengan cinta. Dari duu hingga kini. Dan aku tidak pernah lari dari kesemua permainan cinta itu. Aku akan hadapinya dengan fikiran yang waras, dengan emosi yang cukup, dengan hati yang terbuka.

Aku tidak akan menafikan cinta ini.

4 ulasan:

  1. tak ada watak gay? yang show pertama tu per kejadahnya tu? duduk atas riba, ko dah lupa kaaaaa?

    BalasPadam
  2. Apa sebenarnya nak ditonjolkan dalam watak GAY? Sifat kelakuan cinta pasangan gay ke? Karektor seorang gay ke? Realiti hidup golongan gay ke? Ataupun Apakah sebenarnya subteks gay tersebut?

    BalasPadam
  3. Try this http://www.annexegallery.com/index.php?view=details&id=11%3ASeksualiti+Merdeka&option=com_eventlist&Itemid=53

    BalasPadam