Selasa, November 17, 2009

Imbasan IMBAS

Pagi Selasa. 17 hari bulan 11 tahun dua ribu 9.
10 minit melepasi 9 pagi.
Aku dapat SMS daripada superior teater aku.

"Mana review u tentang IMBAS? Hantar kat paper terus!"

Hari tu aku dah kata aku tak nak komen langsung pun tentang IMBAS sebab aku nak sampaikan maksud yang teater IMBAS itu boleh menyebabkan jiwa kau berasa kosong dan kepala kau bertambah makin pening kalau kau tengah pening. Okay. Pendek kata, kalau aku kritik teater tu, dan kalau aku di kerusi direktor, perkataan yang paling sesuai yang akan terpacul keluar dari mulut aku secara spontan adalah

SUCKS.

Eh eh jangan cepat melatah. Sebab ada TAPInya lagi.

Aku buat sedikit imbasan tentang IMBAS yang dah hampir dua minggu berlalu. Harap-harap masih dapat ingat lagi.

Secara keseluruhan, aku lihat teater IMBAS itu bergenre realism. Jadi semuanya kena menghampiri real.

Babak awal yang menampilkan askar British ditonjolkan dengan kesan florescence menggunakan black light. Aku tak tahu sama ada pengarah saja-saja nak tunjuk pada penonton yang dia pun reti nak guna teknik tu atau pun dia ada isi dan isu dia sendiri. Tapi aku rasa teknik yang digunakan tidak relevan dan tidak bersesuaian dengan genre teater itu sendiri iaitu realism. Mungkin saja pengarah mahu menarik perhatian penonton di saat-saat awal yang mana taktik itu bagus, cuma...

...sayangnya selepas itu hingga ke tengah cerita, daya tarikan sudah tiada. Semuanya harus bergantung kepada permainan pelakon di atas pentas yang boleh jadi amat sukar kalau TIDAK SEMUA pelakon pandai bermain di atas pentas. Kalau setakat seorang dua yang berlakon dengan cemerlang, tetapi ada pelakon watak sampingan yang mungkin diambil ringan yang tidak begitu cemerlang, hasilnya teater itu tetap akan jadi tidak cemerlang.

Perkara utama yang paling paling paling aku kritik adalah pemilihan watak yang amat amat amat salah! Mamak Kumbang. Apakah pengarah menganggap Mamak Kumbang ini sebagai watak yang bercampur aduk karaktornya? Sekejap slangnya macam orang Melayu, sekejap macam Cina, sekejap macam India. Mana karaktor yang represent 'Mamak Kumbang' pada watak tersebut?

Kemudian muncul pula watak Leman. Alamak, watak ini dibazirkan begitu saja! What a waste! Watak Mamak Kumbang dan Leman seharusnya mewujudkan satu chemistry dan akhirnya menghasilkan satu permainan yang memberikan humor sepanjang masa. Tapi kalau tak ada chemistry yang kuat, tak akan jadi. Tambahan, punchline entah ke mana? Stress words tak ada. Sebutan dialog tidak jelas. Leman ada melontarkan suaranya ke belakang pentas sewaktu menjenguk dari tingkap pejabat Sir Stamford Raffles tu. Kenapa pengarah bertindak sebegitu? Kenapa tak mahu penonton dengar apa yang si Leman tu cakapkan? Ini teater. Penonton nak TENGOK kau berlakon dengan raut wajah dan ekpresi. Penonton nak DENGAR apa yang kau cakapkan. Kalau penonton tak dapat DENGAR, macam mana penonton nak mentafsir maksud atau mesej yang kau cuba sampaikan? Lebih baik kau buat silent theatre kalau tak nak bagi penonton dengar dialog yang kau sebut. Perkara yang sama berlaku sewaktu Timah dan Judin mula bertengkar dari belakang pentas. Tak dapat dengar dengan jelas apa yang mereka tengkarkan. Tempoh berdialog di belakang pentas terlalu lama.

Sebutan Bahasa Inggeris Sir Stamford Raffles sangatlah Melayu. Malah ada perkataan yang tidak betul sebutannya. Begitu juga dengan watak Majistret. Perkara ini juga tidak boleh diambil ringan. Pelakon boleh mengambil inisiatif dan berusaha untuk berlatih menyebut slang British. Ini kerana perkara sebegini yang akan dipandang oleh para pengkritik yang menonton. Lontaran vokal Majistret juga bermasalah. Okay, masalah biasa pelakon teater wanita, jadi tak mahu cakap banyak.

Kredit hanya diberikan kepada watak Timah dan Chang Leng yang betul-betul memainkan watak mereka. Perkara ini dapat dilihat dan dirasa oleh aku sebagai penonton. Bila pelakon enjoy dengan watak mereka di atas pentas, maka penonton boleh lihat dan rasa enjoy juga. Watak Abdullah Munsyi juga tidak begitu menjadi masalah pada pandangan aku cuma sayangnya, lakonannya kurang bertenaga kalau hendak dibandingkan dengan Timah dan Jidun.

Salah satu kekurangan yang aku dapati adalah tiadanya faktor-X dalam teater ini. Faktor-X ini berlaku bila rata-rata penonton akan merasa WOW!!! walaupun bilangan penonton yang hadir tidak begitu ramai. Tahu-tahu sajalah orang Malaysia ni, bukannya tengok sangat teater-teater cikai ni. Kalau dekat Istana Budaya sana ya lah. Siap pakai baju cantik-cantik lagi macam nak pergi majlis makan malam. Eh, membebel pulak aku.

Kritik dan komen ini bukanlah yang terbaik yang dapat aku berikan. Sebab aku tak tengok teater tu sampai habis kerana mengejar hal lain dan waktu tu pun aku sedang pening kepala. Secara keseluruhannya, teater ini harus menjadi lebih menarik, tidak harus jadi membosankan, pacing kena tepat, silence moment harus juga dikurangkan, dan banyak perkara yang boleh diperbaiki. Dari segi lakonan beberapa pelakon harus juga dipuji. Oh ya, tentang set pentas pula, adalah lebih elok kalau jam antik di dinding itu betul-betul hidup dan bergerak.

Kalau nak hantar review ni kat paper kena edit jadi profesional sikit macam aku ada buat dulu-dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan