Khamis, November 05, 2009

Monolog AKIN - Terakhir?

Assalamualaikum.

Aku persembahkan. Satu monolog pendek. Monolog AKIN. Siri berjudul "Terakhir?"

Letih, penat, exhausted. Aku rasa diri ini ibarat ekzos yang tidak henti-henti mengeluarkan asap. Harap-harap asap yang aku keluarkan tidak cemarkan alam sekitar.

Hmm.. aku baru saja sampai di bilik aku di kampus ni. Walaupun dah tengah hari, tapi kondisi dalam bilik ini gelap. Sengaja tak buka langsir. Sengaja tak mahu cahaya luar terangi bilik ini. Rasa sejuk sedikit. Sebab langsir bilik ni warna biru, kondisi bilik pun beraura biru. Aura biru ini aku rasa bagai aura yang aman.

Aku baru balik dari show sebenarnya. Sebelum tu ada presentation projek. OKlah. Aku memang akan sentiasa jawab OK saja kalau ada orang tanya macam mana dengan presentation aku. Aku tidak seperti rakan-rakan kampus yang lain yang perfectionist, yang mana kalau dapat markah 49/50 pun, mereka masih berasa terkilan dan ingin dapatkan markah penuh. Aku tak ada rasa begitu. Bagi aku, apa yang aku dapat itu adalah apa yang aku buat daripada hasil usaha aku. Kalau aku dapat markah tinggi, aku bersyukur. Kalau gagal sekalipun, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya aku berpeluang merasa nikmat kegagalan itu.

Show tadi pun OK saja. Sebelum mula show pun masih hafal skrip lagi. Jadinya adalah terlangkau sedikit line. Sedikit sajalah. Tapi tak kantoi pun. Bantai saja. Syukur juga tak ada tersasul apa-apa. Aku rasa penonton yang terdiri daripada staf-staf UTP terhibur juga. Aku tak tahulah sama ada waktu tu supervisor FYP aku ada tengok ke tak. Kalau ada.. alamak.. segan pula jadinya nanti. Hehe. Tapi tak ada masalah pun. Saja saja. Aku selalu kata yang aku ni segan dan pemalu orangnya. Tapi memang itu pun diri aku. Masa berlakon saja lah tak segan. Apa pun, terima kasih banyak-banyak pada penulis skrip yang tulis skrip yang sinikal tu.

Skrip berjudul The Fura Panda Baking Show. Tukang kebunnya dijemput untuk buat kek. Tapi sebenarnya banyak isi skripnya pasal QUALITY. Quality Control lah, Quality Assurance lah, banyak lagi lah. Ala, macam skrip Asylum lah... Ada saja yang nak disindir. Patutlah penulis skrip kata staf-staf semua pandang-pandang dia waktu tengah show. Haha.

Aku tak nafikan. Aku memang penat dan letih sebab giat dan kuat sangat berteater. Masa banyak aku habiskan dengan teater. Dan masa aku tak bergiat dengan teater, aku kena buat kerja-kerja akademik pula. Dah tahun akhir ni memanglah dah boleh main-main atau ambil ringan sedikit. Tetapi aku masih sedar tanggungjawab utama aku sebagai pelajar universiti. Teringat pada mak dan ayah aku di kampung. Aku tahu, mereka berdua merindui aku sebagaimana aku merindui merindui mereka. Aku tahu mereka tak sabar tunggu aku balik kampung lepas final exam nanti...

Adakah show tadi adalah show terakhir aku semester ini? Tak tahulah. Tapi yang pasti ini bukan show terakhir aku di kampus ini. Semester depan adalah semester terakhir aku. Jadi aku nak gunakan masa yang tinggal sedikit ini, manfaatkannya bersama-sama dengan teman sepentas aku yang lain. Aku mungkin sedikit ego untuk menyatakan rasa sayang aku pada teman sepentas aku yang lain. Jadi, melalui blog inilah aku boleh nyatakan rasa hati aku. Yang aku benar-benar sayangkan TTS dan semua ahli di dalamnya.

Terakhir? Mungkin tidak.

Adakah yang pertama itu adalah yang terakhir? Mungkin ya, mungkin tidak. Aku sebagai manusia tidak tahu akan masa depan. Hanya melalui kehidupan ini dengan rasa, jiwa dan hati. Adakah yang pertama itu tidak bagus dan yang terakhir itu akan lebih bagus?

Dulu aku memang seorang yang loser. Walaupun kadang-kadang aku juga winner. Tapi, orang lain tetap anggap dan pandang aku seorang yang loser. Winner dalam loser.

Jadi aku cipta nama aku berdasarkan empat prinsip:

ASPIRASI
KONSISTENSI
INSPIRASI
NILAI MURNI

Aku harap suatu hari nanti lebih ramai manusia yang hidup dengan menikmati rasa, hidup dengan jiwa dan hati.

Terakhir? Yang pasti saat-saat terakhir ini aku perlu selitkan dengan pelbagai rasa. Dan akhiri dengan kesudahan yang menggembirakan. Sekurang-kurangnya, menggembirakan hati aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan