Isnin, November 02, 2009

Subteks

Tinggal berapa jam saja lagi sebelum aku kena bentang projek tahun akhir aku depan internal emotion, eh internal examiner. Maaflah maklumlah sekarang ni asyik-asyik emosi, tak habis-habis dengan emosi. Atau adakah aku memang sentiasa beremosi sepanjang hidup? Ah, memang lah kan. Tiap masa aku akan ada emosi. Kau orang ada emosi tak? Kau orang tahu ke emosi tu apa?

Pagi-pagi lagi aku kelam kabut edit report dan buat selaids. Walaupun projek tak adalah bagus sangat sebab tak berapa nak progresif, tapi aku macam biasa tetap macho buat apa yang mampu untuk berlakon depan penonton atau hakim. Dilarang menggunakan ruang penonton sebab apa guna buat pentas kalau tak guna pentas? Eh, tu dah masuk satu isu lain pulak. Maklumlah baru lepas habis menyakitkan otak sendiri secara sengaja dengan tujuan peribadi semalam. Menjadi gila dan semakin gila hingga capai satu tahap aku menjadi pendiam dan penyakit kepala. Aku sakit otak dan sakit kepala datang mengganggu dan mengacau aku hingga aku jadi racau dan kacau jiwa.

Dan lagi?

Menelan paracetamol dua biji sampai kunyah kunyah kunyah sampai lumat jadi serbuk biar rasa pahit tapi aku tahu aku perlu rasa pahit terlebih dahulu sebelum aku dapatkan ubat yang manis. Maniskah ubat itu? Manisnya tidak dapat dirasa oleh lidah tetapi hati. Mungkin dapat dilihat oleh mata kasar tetapi lebih indah dilihat dengan mata hati.

Dan tukaran seterusnya?

Menjadi seorang pencinta sejati. Cinta hakiki. Cinta pada Illahi. Dalaman siapa yang tahu?



ps: Sekarang aku sudah ada nama diri ketiga. Subteks.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan