Sabtu, November 14, 2009

Ekstrak ABL (2)

LUZER masuk pejabat semula selepas lunch hour.

LUZER
Banyaknya kerja. Tapi kerja semua bosan-bosan. Aku bukannya tak ada kelayakan. Dasar bos Melayu. Dah pangkat tinggi tak nak tolong orang bawah. Hmmm.. Dengar lagu sambil buat kerja seronok jugak ni.

Lagu Belaian Jiwa

LUZER bangun dari meja dan ternampak seorang WANITA di hadapannya. Matanya terpukau memandang wanita tersebut.

LUZER
Wow! Siapa bilang gadis Melayu tak menawan?

WANITA tersenyum pada LUZER.

LUZER
Senyumannya manis memukau.

WANITA
Assalamualaikum, tumpang tanya, encik.

LUZER
Suaranya lembut lagi merdu bak buluh perindu.

WANITA
Encik?

LUZER
Penangan matanya terus menusuk ke hati.

WANITA
Encik? Saya nak tumpang tanya.

LUZER
(Tersedar) Hah? Apa? Ya, ya? Ada apa boleh saya bantu?

WANITA
(Tersenyum) Saya nak tumpang tanya, boleh tak saya berjumpa dengan Encik Ahmad Luzman bin Lazim?

LUZER
Err.. sayalah tu, cik. Ada apa ya?

WANITA
Ada surat dari bos saya. Dia nak saya hantar terus pada encik. Nah, ini dia.

LUZER
Surat?

WANITA
Saya pergi dulu ya.

LUZER
Surat daripada siapa pula ni? Surat cinta ke? Cik, siapa nama bos cik?

WANITA dah tiada.

LUZER
Aik? Hilang dah. Hmm.. Surat apalah ni. Setem tak ada. Cop tak ada. Sampul surat pun warna hitam. Pelik betul. Kat depan ni dia tulis guna liquid paper: Kepada insan yang loser.. Cis, sempat lagi mengata aku. Eh, kat belakang pun ada tulisan kecil.. Simpan surat ni betul-betul. Jangan sampai hilang. Buka hanya bila kau memerlukan.

Apa-apa sajalah. Tapi, perempuan tadi memang lawa lah..





ps: Lah, ada apa pula dengan surat tu? Hmmmm.... Hehehehe. Ini antara babak-babak awal yang kurang mengancam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan