Rabu, November 04, 2009

Pasif

Buat yang kenal aku dengan baik.
Boleh tahu. Aku seorang yang berubah-ubah.
Kalau orang engineering kata. Unsteady state.
Tapi sekurang-kurangnya aku tahu dan yakin.
Aku adalah real case.

Pagi tadi ada rehearsal untuk show Quality Day yang akan berlangsung hari Khamis ni.
Show pendek saja. 5 minit. Berlakon jadi Mr. Hod, tukang kebun yang dijemput sebagai tetamu jemputan dalam rancangan The Fura Panda Baking Show.
Sketsa pendek tu dalam Bahasa Inggeris. Nasib juga berlakon jadi tukang kebun saja. Jadi broken English pun okay lah. Memandangkan sebutan English aku pun tak berapa nak memukau orang.
Tapi satu kerja juga nak kena hafal skrip ni...

Lepas saja balik daripada rehearsal, aku rebahkan diri atas katil.
Bangun kejap. Lepas tu aku rebahkan diri semula atas katil.
Sampai petang. Petang tu patutnya ada rehearsal lagi. Tapi aku tak pergi.
Pening kepala satu hal. Pening hati satu hal lagi.
Lantaklah. Esok bantai ja show tu.
Tapi sempat juga pergi pasar malam tu...

Malam ni pula kena buat persediaan untuk pembentangan projek sumber manusia esok pagi. Gila tak gila. Ada presentation pukul 9.30 - 10.00 pagi lepas tu terus kena siap-siap untuk show Quality Day tu.
Malam ni juga ada shooting sesi terakhir untuk Asylum The Movie - Giler Teater Giler. Babak di dalam bilik teknikal.

Jumaat ni pula masih ada kuliah yang terakhir beserta kuiz (sengaja buat nak suruh budak-budak datang). Tapi kalau aku rasa aku tak perlu markah kuiz tu. Aku tak datang lah kot. Petang Jumaat tu pula ada presentation lagi. EIA. Environmental Impact Assessment.

Sabtu pula ada TTS Final Gathering kat pantai Teluk Batik. Tak tahulah kalau tukar plan saat-saat akhir nanti. Aku harap dapat manfaatkan setiap saat terakhir bersama mereka.
Sabtu malam pula ada cerekarama Payung Siti Fatimah. Skrip yang ditulis oleh Dr Shark. Tontonlah dekat tivi. Pukul 10 malam. TV3.

Ahad? Haruslah aku mula menjadi seorang pelajar universiti sebenar. Bukan berlakon lagi.

Peperiksaan akhir semester aku akan bermula 13 November ini. Dan akan tamat pada 24 November. Aku sudah mula merindui kampung halamanku.

Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan