Rabu, November 04, 2009

Monolog "Zila Annis"

Monolog ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati. Semuanya adalah imaginasi fikiran dan hati Akin Muhammad. Entri ini juga adalah previu kepada monolog tersebut.



Zila tahu, Zila tak cantik. Zila tak pandai. Zila tak alim. Tak banyak ilmu agama. Tapi Zila pun manusia biasa. Punya hati dan perasaan.

Yang mana satu pilihan abang? Zila atau Annis?

X-raylah banyak-banyak kali pun hati aku ni. Kau tetap tak akan dapat tembus dan lihat apa yang ada tersembunyi di dalam. Heh, kau fikir. Kau cukup pandai hendak baca hati dan fikiran orang?

Walau apa pun yang berlaku, abang tetap akan setia pada yang satu. Zilalah satu-satunya kekasih abang sampai akhir hayat.

Volvo, BMW, Mercedes, erm.. apa lagi kereta mewah yang kita kena ada ya, sayang?

Untunglah kau, Annis. Dapat lelaki baik macam Qalam tu.

Tapi, ingat. Lelaki baik ni kadang-kadang di luar jangkaan kita, kaum Hawa.

Satu-satunya perkara yang semua perempuan rasa walaupun mereka tidak meluahkannya - cemburu bila lelaki pujaan hatinya berkasih lebih daripada satu.

Remuk hati aku kau tak tahu. Rosak jiwa hati aku kau tak tahu. Apa saja yang kau tahu tentang aku? Seks?

Qalam, aku rasa aku dah jatuh hati pada kau.

Perempuan, wanita, Hawa, ladies first orang kata. Orang lelaki kena utamakan orang perempuan. Tapi, siapa nak utamakan orang lelaki?

Orang perempuan ni ada kuasa ajaib. Boleh tambat hati lelaki kalau pandai dan kena caranya.

Nadi ini akan putus. Jiwa mati aku akan jadi saksi. Darah yang memancut-mancut nanti juga akan menjadi saksi.

Mengapa kau salahkan aku? Aku hanya seorang lelaki yang mencintai wanita. Aku yakin dan percaya perasaan cinta itu seharusnya suci. Kenapa kau tak dapat terima hakikatnya?

Lelaki? Hmph! Lelaki semuanya sama. Kau boleh cuba sedaya upaya kata pada aku yang lelaki itu baik, tetapi aku bukannya perempuan bodoh yang senang diperdaya. Aku banyak belajar daripada kisah silam aku. Lelaki tidak boleh dipercayai 100%!

Kalau lelaki boleh menduakan perempuan? Kenapa tidak perempuan menduakan lelaki? Wajarkah aku katakan perempuan punya lebih kesetiaan?

Iman kita boleh turun boleh naik. Turun naiknya itu bergantung kepada cara dan gaya hidup kita. Amal iaitu tingkah laku kita. Qalam, cepatlah bernikah. InsyaAllah selepas bernikah, jiwa kamu akan jadi tenang dan tenteram. Kemudian carilah cinta yang benar-benar dimasukkan nikmat ke dalamnya. Bukannya sengsara seperti yang kamu sedang alami kini.

Harum bunga? Hmph. Aku tak percaya pada kata-kata puitis, romantis berbunga-bunga sebegitu. Kenapa tidak terus berkata secara terus tanpa berlapik-lapik, tanpa berkias-kias? Menyusahkan orang lain saja.

Gigil tangan aku memegang kaca cermin ini. Dingin rasanya seluruh tubuh aku.

F***! Hei, perempuan. Kau fikir kau tu baik sangat? Kau fikir Qalam betul-betul sayangkan kau? Kau cermin diri kau tu dulu!

Emosi. Kalau tak dikawal memang akan memakan diri dan menghancurkan diri kita sendiri. Jadi, pupuklah emosi itu dengan iman. Harap-harap Qalam dapat buat keputusan yang terbaik.

Dalam cinta aku benci. Dalam sayang aku menyampah. Pedulikan semuanya. Persetankan semuanya. Cinta aku asalnya suci kau sudah cemarkan. Ini semua salah kau!

Cinta? HAHAHAHAHAHAHA! Cinta? Cinta lelaki cinta kotor. Dengar tu! Cinta kotor!

Betul. Aku mengaku aku bersalah dalam hal ni. Aku kini sedar, aku telah melakukan kesilapan terhadap kamu, Zila. Dan kamu juga Annis. Tapi aku nak kamu berdua tahu. Aku perlu membuat satu keputusan yang terbaik untuk kita bertiga. Supaya kita semua beroleh kebahagiaan hidup yang kita idam-idamkan. Zila, Annis, terimalah lamaran hati dari aku, Qalam.

Annis! Jumpa aku di pintu--


(JERITAN PEREMPUAN)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan