Isnin, November 16, 2009

Kuih Lapis ABL

Assalamualaikum.

Baru selesai show tembak menembak, hentam menghentam tadi. Jadi beg yang aku sedang galas sekarang sudah semakin ringan. Show aku seterusnya adalah pada minggu hadapan. Ada dua show. Dua hari berturut-turut. Show yang aku suka. Belum show lagi aku dah rasa enjoy dengan show tersebut. Mungkin ini adalah salah satu manfaat bagi diri aku, menganggap peperiksaan itu sebagai satu show. Nampaknya ia berkesan, sekurang-kurangnya pada diri aku. Mungkin rakan pentas aku yang lain, tak kira di dalam atau di luar sana boleh mencuba. Tapi macam biasalah, lain orang lain kepalanya, lain caranya, lain gayanya. Yang penting ada cara. Ada gaya itu optional. Ada rupa lagilah optional.

Memandangkan show aku aku rasa masih lambat lagi, aku gunakan masa berehat hari ini untuk memikirkan perihal pentas untuk ABL. Bila makin lama fikir. Ada penemuan baru. Lapis interpretasi aku terhadap karya aku sendiri bertambah. Dan aku harap makin bertambah. Mungkin setakat ini, aku masih belum mampu hendak lapiskan setiap baris dialog dalam skrip, hanya sekerat-kerat saja, tapi aku bersungguh untuk memperbaiki. Kalau aku nak banding dengan skrip pertama aku, Siapa Sapari? amat jauh berbeza. Kalau baca balik, aku segan nak bagi orang baca. Hehe. Tapi kalau nak belajar, tak boleh lah segan-segan sentiasa. Kalau nak belajar juga, tak boleh ego-ego sentiasa. Kalau nak belajar juga, tak boleh nak emo-emo sentias. Hehehe. Siapa Sapari? itu kalau nak pentaskan pun kena buat semula. Kena remake, orang putih kata.

Aku tak berniat nak beritahu lapis lapis interpretasi aku pada orang ramai. Sebab aku takut nanti ada audiens yang sudah tahu siap-siap apa yang aku nak sampaikan. Lebih elok kalau audiens dengan interpretasi masing-masing. Tapi alang-alang aku dah tulis ni, elok juga kalau aku bagi hint sikit-sikit.

Pertama yang paling nampak, dari segi psikologi.
Kedua dari segi agama.
Ketiga dari segi politik.

Setakat ini itu saja yang baru aku jumpa. Oh ya, yang aku maksudkan intepretasi ini adalah dari segi keseluruhan cerita dan isu. Iaitu 'Loser vs. Winner'. Dan macam biasa, aku masukkan juga elemen dari teater TIANG dalam ABL ini. Iaitu Elemen 5. Ada 5 deria. Ada 5 jari bagi setiap anggota tangan/kaki. Ada 5 rukun. Ada 5 waktu. Ada 5 macam-macam. Hehehe. Dan bila aku belajar Malaysian Studies bab Rukun Negara tentang kenapa ada 5 rukun, ia menjadikan Elemen 5 ini bertambah menarik, sekurang-kurangnya pada pandangan aku lah. Hehehe.

Okay. Aku akan cuba kawal teater ABL ini. Tak mahu terlalu banyak elemen sampai bercelaru haru biru nanti. Kena juga tengok keadaan ekonomi pentas nanti. Ada juga term ekonomi pentas kan...



Aku juga sinonim dengan paracetamol. Atau nama komersialnya Panadol. Jururawat peribadi nasihat jangan selalu makan panadol. Tak elok katanya. Tapi aku selalu juga pening kepala. Lebih-lebih lagi bila menonton teater yang hampeh. Haha. Maaf ya. Kebetulan waktu aku nonton tu aku pening kepala. Bila nonton makin bertambah pening lah jawabnya. Tapi nanti aku kena atasi juga kecenderungan pening kepala ni. Aku tak nak jadi seniman sakit kepala pula. Oh, seniman sakit jiwa pun tak nak. Mungkin sebab seniman terlalu menggunakan jiwanya untuk berseni, sehingga melampaui batas jiwanya sendiri, terlalu banyak berfikir tentang seninya, sehingga jadi seniman sakit jiwa atau sakit mental. Minta dijauhkan.

Makanya, ada elok juga aku ada kecenderungan dan minat terhadap engineering. Macam yang kau orang selalu dengarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Hehehe.

Sekian saja. Lain kali aku mungkin akan cerita sikit pasal plan pentas ABL aku. Aku tulis kat dalam blog ni supaya nanti aku tak lupa apa yang aku nak buat bila tiba masa produksi bermula nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan