Jumaat, November 20, 2009

Bangsawan Atau Bangsatwan Atau Bang Sawan?

Mungkin tak ramai yang tahu. Aku dibesarkan tanpa hiburan.

Persepsi aku dulu. Hiburan itu melalaikan. Yang tak melalaikan hanya yang Islamik. Jadi aku memang dengar nasyid sahaja untuk berhibur dan kalau tengok tivi bersama kedua orang tua aku, siaran akan ditukar apabila ada drama tivi yang ada perempuan seksi atau adegan disko atau dangdut. Dan kalau tiba waktu Maghrib. Mak ayah tak bagi tonton tivi. Walaupun aku tak pernah dirotan sebab aku memang tak pernah buat salah di rumah. Namun aku tak jadikannya sebagai satu keselesaan atau kelebihan untuk aku besar kepala atau tidak menghormati mereka.

Namun semakin meningkat dewasa. Semakin kedua orang tua aku 'melepaskan' aku untuk berdikari dan menjalani hidup dengan sendiri. Semakin aku meninggalkan gaya hidup aku yang dulu. Ya. Aku berani mengaku. Aku yang sekarang bukan seperti aku yang dahulu. Aku tidak sebaik yang dulu. Namun sudah jadi lumrah alam, setiap perkara ada pro's dan con's nya.

Petang semalam ada meeting tentang projek-projek besar TTS akan datang untuk tahun 2010.

Pertama: Bangsawan Jebat

Aku tak berapa kisah siapa jadi Stage Manager. Sebab aku akan hormat SM walaupun dia jauh lebih muda dari aku. Bila aku tiada di tempat yang melayakkan aku untuk memberi arahan atau bersuara, aku tak akan melebihi apa yang aku ada. Kalau aku hanya seorang pelakon, kedudukan aku tetap lebih rendah daripada SM, direktor apatah lagi produser. Kalau aku seorang direktor aku akan gunakan kuasa itu sehabis baik mengarah itu dan ini. Kadang-kadang ada juga aku teringin hendak jadi SM. Sekurang-kurangnya aku boleh dapat pengalaman jadi SM. Jadi SM itu satu perkara yang boleh dibanggakan.

Yang aku kisah dalam bangsawan ini adalah kebolehan TTS sendiri. Tiada pengalaman atau latar belakang bangsawan, menjadi cabaran utama dalam projek bangsawan ini. Semua aspek perlu dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Sekarang aku juga sedang mencari apa-apa info yang boleh didapati berkaitan bangsawan. Dan juga video rakaman. Terima kasih YouTube. Aku pun hanya pernah tonton bangsawan dua kali. Dua-dua kali tu aku tak tengok betul-betul pun.
Seperkara lagi yang mengganggu fikiran aku adalah konsep yang akan dibawa nanti. Sama ada tradisional atau moden? Dan aku tak pasti sama ada sudah wujud bangsawan moden atau pun tidak di Malaysia ini. Moden dari segi bagaimana itu pun aku masih memikirkan. Cuma pada pandangan aku, mungkin boleh buat bangsawan moden, tetapi perlu berasaskan konsep bangsawan tradisional juga. Jadi, kalau nak buat bangsawan moden, beban kerja adalah berganda. Namun ia terpulanglah kepada pengarah.

Kedua: The Shark Attack Theatre Tour 2010 (Season 2)

Masih lagi berteraskan program amal, TSATT-2 akan menampilkan masterpiece SEFA Bukan Cerita Palestin, cadangannya program bersama Aman Palestin. Modifikasi perlu dilakukan bagi memantapkan keseluruhan pementasan.

Malas nak tulis panjang lebar. Cuma kadang-kadang terkilan. Ada beza mengkritik dengan mengutuk teater orang lain. Mungkin kita kena lebih merendah diri. Mungkin kita perlu rendahkan ego kita. Mungkin kita kena saling hormat menghormati orang lain atas nama seni. Mungkin kita tak patut berasa kita lebih bagus daripada orang lain. Dari segi apa kita rasa kita bagus? Perjuangan kita? Benarkah?

Semoga bangsawan benar-benar jadi bangsawan, bukan bangsatwan atau bang sawan.

Sekian.


Zarah-zarah Abduh



ps: Siapa saja yang ada jiwa seni? Kau mengaku kau orang seni? Aku mengaku aku orang seni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan