Ahad, November 29, 2009

Bertemu "Kasih" di Toko Buku Radin

Tengah hari. Lepas pekena asam pedas dekat dengan pejabat pos Batu Pahat dan berhadapan dengan klinik gigi (oh my god ada siapa dalam klinik gigi tu?), aku lepak dekat Toko Buku Radin yang berhampiran dengan pejabat pos itu. Toko Buku Radin juga adalah ejen jualan buku-buku terbitan DBP, jadi aku memang sengaja pergi kedai buku yang tak ramai orang singgah tu tapi banyak buku yang hanya boleh didapati di kedai-kedai buku DBP. Dulu masa kecil-kecil aku selalu singgah Toko Buku Radin tu dengan mak aku tiap kali pergi bandar bayar bil-bil mahupun gunting rambut, beli komik Doraemon sampai penuh satu rak koleksi komik Doraemon. Dah besar panjang ni lain pula ceritanya. Aku mencari-cari buku yang menepati citarasa seni aku. Majalah Dewan Sastera yang tiap keluaran menyiarkan skrip teater/drama. Dan bila aku sudah dapat Dewan Sastera keluaran November 2009 yang menyiarkan skrip teater "Intan Yang Tercanai" (Noordin Hassan), aku teruskan mencari kot-kot ada buku himpunan skrip lama-lama. Dan akhirnya aku berjumpa dengan buku ini:


Ya. Edisi kedua. Tahun 2009. Tanpa fikir panjang atau masa depan kewangan perkahwinan aku, aku terus beli himpunan skrip Hatta Azad Khan ini. Seperti yang tertera ada Mayat, Patung-patung, Jebat, Kerusi dan Stesen. Aku pernah terlibat dalam Jebat dan Kerusi. Dan sudah pasti berbaloi bagi aku memiliki antalogi ini. (Baru teringat aku ada beli himpunan karya Shakespeare dengan harga yang sama - harga dirahsiakan - tapi entah bila aku boleh mampu membacanya. Mungkin satu hari nanti siapa tahu? Sebagaimana siapa tahu suatu hari nanti, iaitu kini, aku menjadi seorang aktivis teater? Hanya Allah Maha Mengetahui.)

Lepas tu aku terus ke BP Mall. Ada reunion budak-budak sekolah lama. Bertukar-tukar cerita dan progres masing-masing selepas hampir 5 tahun yang lalu. Ada yang banyak berubah, sederhana berubah, sedikit berubah dan tidak berubah.

Aku? Kau orang interpret lah sendiri ya. Hehe.

Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa hadir pada petang itu. Ada rezeki berjumpa lagi di lain masa.



ps: Dah beli 3 DVD game komputer baru. Dah macam samar-samar dah aktiviti seni aku waktu cuti ni... Nak baca banyak buku lagi, skrip lagi, nak refine ABL lagi, nak telitikan lagi plan konsep ABL aku, eh eh terlupa satu perkara penting: NAK BUAT FYP LAGI!!!

Jumaat, November 27, 2009

Welcome To Malaysia

Aku juga berseni dalam mengambil gambar.
Cuma aku tak berniat lagi ingin mendalami ilmu fotografi.
Mungkin pada masa akan datang.
Gambar yang aku ambil biasanya juga refleksi pandangan seni teater aku.
Seperti dua gambar di bawah ini.
(Jangan terlepas baca judul entri ini.)



Kadang-kadang susah kan nak faham?
Memanglah.
Baru seni namanya.

Khamis, November 26, 2009

Aku Bukan Kasanova Baca Kasanova

Kota Lumpur banyak sudah berubah. Sedikit demi sedikit. Pudu Raya. Stesen LRT. Sudah agak lama aku tidak menjenguk kota besar itu. Kali terakhir adalah sewaktu show teater bulan lepas. Baru sebulan. Tapi rasa macam lama. Ternyata bayangan kenangan itu masih jelas terpampang pada layar minda. Bila aku terjaga dari tidur yang lena dan panjang dari sebelum memasuki Batu Gajah dalam perjalanan menaiki bas itu, sudah dapat aku lihat cahaya lampu bangunan bangunan pencakar langit. Lantas aku tersenyum dalam hati. Walaupun jiwa aku bukan di kota. Tetapi aku tetap akan tersenyum setiap kali aku memasuki kota itu. Mungkin dalam kota itu ada isi-isi yang memberi makna kehidupan aku.

Begitulah kota. Sekejap benar akan berubah.

Mak dan ayah aku sudah berada di Putrajaya sejak Jumaat yang lalu. Isteri abang sulong aku baru saja melahirkan anaknya yang ketiga. Pada 2 Zulhijjah 1430H. Berjantina lelaki sejati. Diberikan nama Lukman Al-Rayyan bin Mohamad Faizal bin Amat. Jadi aku bermalam di Putrajaya sebelum pulang ke kampung bersama mak dan ayah pada keesokkan harinya. Sebelum pulang dapat juga singgah di rumah abang aku yang nombor dua di Seksyen 18 Shah Alam.

Singgah sana sini. Nampaknya.

Kampung tak banyak berubah. Boleh kata tak berubah apa pun. Cuma projek pembesaran jalan raya di depan kampung aku tu baru nampak ada progres sedikit. Tapi masih belum siap. Umpama budak tahun akhir yang buat FYP tapi tak ada progres tiga hingga bulan. Malah lagi teruk daripada perumpamaan itu. Yang lain masih sama. Parit yang tidak cantik yang sama. Rumput-rumput yang semak samun yang sama. Orang-orang kampung yang masih sama.

Begitulah kampung. Sememangnya berbeza daripada kota.

Aku masih lagi dalam mood ingin berehat. Tidak mahu berbuat apa-apa yang memerlukan aku berfikir. Okay, mungkin main game komputer perlu fikir sikit-sikit. Mungkin bila dah cukup rehat nanti aku akan pergi mengembara. Sama ada mengembara secara real mahupun imaginari.

Masa di rumah abang aku di Putrajaya, aku sempat baca satu buku teater yang aku pinjam tempoh hari. Kemudian anak buah aku sibuk juga mahu bukak dan baca buku cerita. Bagus juga macam tu. Kalau tak asyik main saja memanjang. Memanglah budak kecik selalu dan suka main tapi tak boleh lah asyik nak main saja kalau dah bersekolah tu. Aku tak buat keputusan lagi aku nak pakai topeng mana satu bila aku jadi ayah nanti.

Aku baca buku Pegangan Pementasan Drama oleh Kalam Hamidi. Ada sedikit asas-asas teater tapi aku malas nak baca sebab sedikit bosan. Maklumlah, orang lama yang tulis. Jadi aku terus baca skrip-skrip yang ada disertakan dalam buku tu. Skrip pertama, Nyiur Gading Puncak Mahligai. Genrenya tidak dijelaskan oleh penulis. Tapi bila baca macam bangsawan. Aku tak baca habis sebab sedikit membosankan. Terus aku baca penamatnya. Happy ending.

Kedua, skrip berjudul KASANOVA. Aku baca sinopsis... menarik!


Cerita rekaan ini berbentuk komedi. Ia mengisahkan seorang guru agama yang fanatik. Punya seorang anak bernama Zulkifli. Zulkifli mendapat pendidikan sekolah agama di Kelantan. Zulkifli baru sebulan bekerja sebagai ustaz di Sekolah Agama Datok Keramat, Kuala Lumpur.
Kerana minat dan berbakat, Zulkifli melibatkan diri dalam kumpulan teater dan terpilih sebagai pelakon utama dalam teater berjudul "KASANOVA".
Ketika gambar Zulkifli tersiar dalam akhbar dan majalah untuk publisiti, ia menggemparkan penduduk kampungnya terutama keluarganya dan keluarga tunangnya.
Untuk mengatasi masalah agar jangan sampai Zulkifli jatuh hati kepada heroin teater yang bernama Siti Norbaya seperti tersiar dalam akhbar, maka keluarga dua belah pihak bersetuju memanggil Zulkifli pulang segera dengan alasan ayahnya "mati" melalui telegram.
Ketika Zulkifli pulang nanti mereka merancang menangkap dan memaksa Zulkifli dinikahkan dengan tunangnya Siti Maryam.
Namun rancangan "kahwin tangkap" itu digagalkan oleh sahabat karib Zulkifli bernama Lebai Kidam dengan cara lebih dahulu mengirim telegram kepada Zulkifli.
Ketika Zulkifli pulang dengan Siti Norbaya semua terperanjat besar. Lebih-lebih lagi Zulkifli mengisytiharkan "Siti Norbaya" itu isterinya. Majlis gempar. Ayah pengsan dan tunang lari.



Apa yang menarik adalah isu-isu yang cuba disampaikan oleh penulis di dalam karya ini. Kalau TTS mahu pentaskan satu teater realism nanti, karya ini boleh jadi salah satu pilihan yang recommended. Tidak membosankan dan tidak terlalu kosong dari segi seni dan isi. Mungkin aku patut fotostat skripnya untuk simpanan masa depan.

Atau aku patut fotostat otak aku?

Selasa, November 24, 2009

TER-

satu prefix

dua kontradik

tiga logik

empat melankolik

balik lah

esok aku balik kampung lah

singgah di kota lumpur dulu lah

jumpa mak dan ayah lah

serta famili abang sulong aku lah

jadi ini mungkin entri yang

TER-

akhir. lah.

sebelum terlambat

selamat hari raya aidiladha

pada semua muslim





selamat bercuti panjang

buat diri aku

dengan izin Allah

cuti panjang aku tiadalah kosong

berisi diisi TER-

-isi.

Isnin, November 23, 2009

Pecah Kaca Pecah Gelas Pecah Kata Pecah Ikhlas

Penemuan terbaru:

Teater perlukan passion (dan soul).

Kekasih punya banyak kasih (kasih-kasih). Jadi kekasih bukan satu.

Anak buah seorang lagi. Menjadi kejutan. Menjadi kurniaan. Sempena Hari Raya Qurban.

Khutbah Jumaat tentang qurban. Trigger idea untuk menceritakan kisah Nabi Ibrahim dalam bentuk yang kreatif yang aku belum jumpa lagi bentuknya di atas pentas.

Karya aku "Lif" sudah jadi "L.I.F" (Lelaki-lelaki Itu-sambung sendiri).

Ada dapat idea baru untuk monolog/teater yang sengaja mengikut 'pasaran': U-Wei punya filem "Jalang" tayang hujung bulan ini.

Kemudian ada chatting dengan kawan lama trigger otak seni aku untuk buat cerita dengan judul yang lebih kurang sama.

Tapi sudah pasti aku tak mahu benda yang sama.

Si Jalang itu boleh jadi namanya.

Boleh jadi dia berasal dari negeri Terengganu.

Lebih eloklah kalau Jalang Pulang ke Pangkal Jalan.

Jadi "Jalan JalanG". Ada subteks ke? Tak ada? Tak mengapa.

Tipikal lah.

Dah ramai orang buat lah.

Memang pun.

U-Wei pun buat lagi.

Zaman dulu-dulu Sofea Jane bintangnya.

Cuma sekarang lebih terbuka kerana judul filem sebegitu dah boleh diluluskan.

Mana taknya. Adegan mandi bogel nampak sampai paras pinggang diambil dari sudut belakang dalam filem - eh kau orang carilah sendiri ya filem apa - boleh lepas.

Mengarut.

Berbaloi ke?

Pecah kaca

pecah gelas

Sudah baca

harap balas.

Pantun biasa budak sekolah rendah.

Pecah KATA

pecah IKHLAS.

Masih tak paham.

Kenapa U-Wei buat Jalang.

Mengeluh.

Tak didengari.

Marah.

Tak dirasai.

Teater perlukan passion dan soul.

Itu definisi teater aku.

Definisi teater kau?

Mesti lain.

Kan?

Ke tak?

Hmmmmmm....

Pecahlah kaca
pecahlah gelas
bahaya lah pecahkan gelas
nanti serpihan-serpihan kaca bertaburan atas tanah atas lantai atas apa-apa benda yang membolehkan sesuatu diletakkan di atasnya
bahaya bila gelas pecah
kalau kaki orang terpijak nanti luka berdarah merah pekat
luka memang boleh sembuh
tapi bekasnya tetap tak akan hilang
nak hilangkan secara fizikal boleh buat surgeri plastik
tapi secara tidak fizikalnya bekasnya tetap ada
di situ
ya di situ

di mana?
kau tak tahu di mana?
di situ lah... di mana lagi kalau bukan di...

HATI.

Oh?
Bukan JIWA?

Hati itu bukan jiwa ke?

Bukan.

Bukan, rasanya lah...

Habis tu, hati tu apa?

Jiwa tu pula apa?

Hati itu ibarat motokar.

Jiwa itu ibarat orang yang memandunya.

Oh...

Itu macam ka?

Ya.

Ya, macam itu lah.

Habis?

Habis?

Dah habis?

Oh? Ya, dah habis dah.

Dah boleh balik?

Balik? Balik mana?

Balik ke sana.

Oh. Boleh. Silakan lah.

Selamat tinggal.

(Bunyi kaca dipecahkan)

Jumaat, November 20, 2009

Black Box TTS

Biasanya bila aku sedang belajar dan ulang kaji pelajaran, ada saja idea teater yang muncul.

Plan konsep ABL sudah hampir siap sepenuhnya. Tekniknya, setnya, kostumnya. Cuma harus diteliti lagi. Sebab aku hanya conteng-conteng saja pada salinan skrip asal tu. Guna pen merah. Bersemangat sikit. Konon sajalah. Lagipun ABL guna warna hitam putih merah saja. Kalau boleh lah. Kalau tak boleh tak apa. Guna warna warni. Tak jadi masalah.

Kalau Bangsawan Jebat tak boleh dianjak dari Mac ke Jun 2010, penat juga nanti. Mungkin hanya dapat pentaskan ABL pada sebelum study week, macam sebelum-sebelum ini. Bulan Mei lah tu. Itu pun kalau ada orang yang sudi nak berlakon. Dan ada orang yang sudi nak nonton. Tapi di kampus ni paling cikai orang datang pun lebih daripada 20 orang. Harap-harap suatu hari nanti TTS dapat miliki sebuah bilik kecil di UTP yang boleh dijadikan black box. Jadi kalau purata audiens yang datang dalam 30 orang, black box tu boleh dikatakan nampak penuh. Maklumlah pelakon ni semua selalu mengharapkan audiens yang ramai baru perform bagus. Tapi ada benarnya juga. Ia satu faktor eksternal. Ada macam satu hubung kait antara bilangan audiens dengan energi pelakon. Macam sajalah. Tak tahulah betul ke tak? Ada kertas kerja ke? Entah.

Sebenarnya aku tersekat di perpustakaan kampus ini. Sedang tunggu hujan teduh. Tadi pergi pinjam beberapa buah buku tentang teater. Ada juga buku pasal teater di sini. Banyak dari Barat. Tak kisahlah. Asalkan boleh baca waktu cuti semester nanti. Buku pasal teater Melayu tak ada. Adalah sekeping dua. Itu pun tak banyak kandungannya. Mungkin waktu cuti nanti aku akan singgah KL untuk pergi lawat kedai buku DBP. Sah-sah banyak buku-buku lama pasal teater yang murah. Nak cari pasal bangsawan. Biar pun aku tak ada pegang apa-apa jawatan penting dalam produksi bangsawan nanti. Eh, ada. Pereka set. Kot? Bersama pasangan seni aku, SEFA. Dah dia pun mengaku dia pasangan seni aku. Aku pun dengan berfikiran terbuka dan tanpa rasa bersalah menerimanya. Sekurang-kurangnya, selain bertemankan Seni, ada juga teman berbicara tentang seni.

Melalui pembacaan artikel-artikel dalam internet dan blog-blog peribadi penggiat bangsawan, dapatlah sedikit gambaran macam mana bangsawan dipentaskan. Walaupun skop tugas aku hanya pada set tetapi aku ingin tahu secara keseluruhannya. Barulah seronok dan menarik. Mengikut kehendak produser dan pengarah dan diktator, aku dan SEFA perlu mereka set yang unik, pelik dan berbeza dengan set-set yang pernah dibuat oleh kumpulan bangsawan lain. Ya, aku boleh katakan idea itu satu idea berani. Berani untuk mencuba sesuatu yang baru, yang boleh menjadi isu pertikaian penggiat mahupun tokoh bangsawan yang aku rasakan berpegang teguh pada pendirian seni bangsawan mereka bagi mengekalkan adat tersebut. Tapi, dunia sekarang semakin mencabar bukan? Keterbukaan minda menjadi salah satu aspek penting yang dinilai oleh masyarakat. Ya, seni bangsawan asli perlu dikekalkan tapi dalam masa yang sama perlu mengikut arus kemodenan. Sama saja dengan asal usul sejarah teater dari zaman dulu dan berevolusi mengikut zaman kesan daripada situasi zaman tersebut. Well, aku tak arif lagi tentang sejarah teater. Mungkin lepas baca buku-buku yang aku pinjam tu, aku boleh tahu serba sedikit.

Hmm.. hujan masih belum berhenti sepenuhnya. Renyai-renyai masih. Membasahi bumi. Dan isi-isi bumi. Aku boleh dikatakan alergik dengan hujan renyai. Boleh jatuh sakit. Demam. Kalau kena hujan renyai kena cepat-cepat basuh kepala atau mandi terus. Itu pesan mak dulu-dulu. Tapi sekarang mungkin dah tak.

Hujan juga disifatkan seolah-olah satu sistem scrubber. Kalau ada partikulat mencemar pada udara, hujan memainkan peranannya seperti sebuah sistem scrubber, macam dah disebut tadilah. Malah, ada kira-kira berasaskan satu model berkenaan hujan sebagai scrubber. Aku rasa aku dah tertekan suis OFF otak seni pula. Maklumlah. Kadang-kadang aku begitu. Ini mesti sebab sepatutnya tengah ulangkaji benda tu sekarang tapi tak bawa nota kuliahnya pulak. (Walaupun boleh saja kalau nak buka di e-learning...)

Oh ya, aku akan balik kampung Selasa depan 24 hari bulan. Petang lepas Asar. Balik seawal mungkin selepas peperiksaan. Naik bas ke KL petang tu. Kalau keadaan tak mengizinkan aku untuk bermalam di KL, aku akan terus balik kampung. Dah lama juga tak balik kampung sejak Hari Raya tempoh hari. Entah apa jadi dengan projek pembesaran jalan depan kampung tu. Dah besar dah. Empat lorong. Tapi sebab kawasan situ kawasan kemalangan maut. Jadi kena besarkan lagi sikit jalan untuk buat simpang nak masuk ke dalam kampung dan pusingan U sekali. Kawasan Jalan Kluang tu memang kawasan maut. Kereta pun boleh tahan laju. Lebih teruk lagi, kenderaan besar dan berat jauh lebih laju berbanding kereta.

Nampaknya hujan macam dah berhenti. Lebih baik aku berhenti di sini. Redah sajalah pulang ke bilik. Kalau buku-buku ni basah lantaklah. Yang basah boleh dikeringkan. Yang kering jangan suka-suka nak basahkan. Jangan subtekskan ya, terutamanya buat Encik Mad (I tahu you baca blog I, macam ada seorang Profesor Bersekutu tu juga...)

Salam seni.



Akin M.

dari UTP IRC

Bangsawan Atau Bangsatwan Atau Bang Sawan?

Mungkin tak ramai yang tahu. Aku dibesarkan tanpa hiburan.

Persepsi aku dulu. Hiburan itu melalaikan. Yang tak melalaikan hanya yang Islamik. Jadi aku memang dengar nasyid sahaja untuk berhibur dan kalau tengok tivi bersama kedua orang tua aku, siaran akan ditukar apabila ada drama tivi yang ada perempuan seksi atau adegan disko atau dangdut. Dan kalau tiba waktu Maghrib. Mak ayah tak bagi tonton tivi. Walaupun aku tak pernah dirotan sebab aku memang tak pernah buat salah di rumah. Namun aku tak jadikannya sebagai satu keselesaan atau kelebihan untuk aku besar kepala atau tidak menghormati mereka.

Namun semakin meningkat dewasa. Semakin kedua orang tua aku 'melepaskan' aku untuk berdikari dan menjalani hidup dengan sendiri. Semakin aku meninggalkan gaya hidup aku yang dulu. Ya. Aku berani mengaku. Aku yang sekarang bukan seperti aku yang dahulu. Aku tidak sebaik yang dulu. Namun sudah jadi lumrah alam, setiap perkara ada pro's dan con's nya.

Petang semalam ada meeting tentang projek-projek besar TTS akan datang untuk tahun 2010.

Pertama: Bangsawan Jebat

Aku tak berapa kisah siapa jadi Stage Manager. Sebab aku akan hormat SM walaupun dia jauh lebih muda dari aku. Bila aku tiada di tempat yang melayakkan aku untuk memberi arahan atau bersuara, aku tak akan melebihi apa yang aku ada. Kalau aku hanya seorang pelakon, kedudukan aku tetap lebih rendah daripada SM, direktor apatah lagi produser. Kalau aku seorang direktor aku akan gunakan kuasa itu sehabis baik mengarah itu dan ini. Kadang-kadang ada juga aku teringin hendak jadi SM. Sekurang-kurangnya aku boleh dapat pengalaman jadi SM. Jadi SM itu satu perkara yang boleh dibanggakan.

Yang aku kisah dalam bangsawan ini adalah kebolehan TTS sendiri. Tiada pengalaman atau latar belakang bangsawan, menjadi cabaran utama dalam projek bangsawan ini. Semua aspek perlu dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Sekarang aku juga sedang mencari apa-apa info yang boleh didapati berkaitan bangsawan. Dan juga video rakaman. Terima kasih YouTube. Aku pun hanya pernah tonton bangsawan dua kali. Dua-dua kali tu aku tak tengok betul-betul pun.
Seperkara lagi yang mengganggu fikiran aku adalah konsep yang akan dibawa nanti. Sama ada tradisional atau moden? Dan aku tak pasti sama ada sudah wujud bangsawan moden atau pun tidak di Malaysia ini. Moden dari segi bagaimana itu pun aku masih memikirkan. Cuma pada pandangan aku, mungkin boleh buat bangsawan moden, tetapi perlu berasaskan konsep bangsawan tradisional juga. Jadi, kalau nak buat bangsawan moden, beban kerja adalah berganda. Namun ia terpulanglah kepada pengarah.

Kedua: The Shark Attack Theatre Tour 2010 (Season 2)

Masih lagi berteraskan program amal, TSATT-2 akan menampilkan masterpiece SEFA Bukan Cerita Palestin, cadangannya program bersama Aman Palestin. Modifikasi perlu dilakukan bagi memantapkan keseluruhan pementasan.

Malas nak tulis panjang lebar. Cuma kadang-kadang terkilan. Ada beza mengkritik dengan mengutuk teater orang lain. Mungkin kita kena lebih merendah diri. Mungkin kita perlu rendahkan ego kita. Mungkin kita kena saling hormat menghormati orang lain atas nama seni. Mungkin kita tak patut berasa kita lebih bagus daripada orang lain. Dari segi apa kita rasa kita bagus? Perjuangan kita? Benarkah?

Semoga bangsawan benar-benar jadi bangsawan, bukan bangsatwan atau bang sawan.

Sekian.


Zarah-zarah Abduh



ps: Siapa saja yang ada jiwa seni? Kau mengaku kau orang seni? Aku mengaku aku orang seni.

Khamis, November 19, 2009

titis tinta sakti dan sedikit tentang watak-watak dan perwatakan ABL

adalah sebuah puisi yang aku cipta khas untuk TTS
baru siap tadi
aku tak akan siarkan lagi
hanya selepas aku membacanya
bila aku memerlukan
aku cipta puisi itu
dengan 3 baris setiap perenggan
dan baris-baris pada setiap perenggan itu
bermula dengan
t
t
s
begitulah bentuknya
oh ya
ini memang puisi pertama aku untuk TTS


jadi sedikit tentang ABL
berikut senarai watak-watak serta perwatakan yang ada
watak-watak sampingan memang tak banyak dialog tapi banyak keluar masuk pentas
mungkin juga watak-watak sampingan akan jadi krew pentas juga nanti
tengok macam mana jadinya
lagipun tengah nak belajar sikit-sikit daripada video YouTube macam mana nak buat ensemble
mula-mula tak biasa ni macam tak berapa nak reti
tapi kena retikan jugaklah


Watak-watak utama:

Luz (Tua, Muda)
Yang muda: Lelaki yang loser, bermotivasi rendah, tertekan dengan hidupnya lantas jadi gila. Yang tua: Sudah jadi seorang yang winner dan bahagia dengan hidupnya

Winn
Perempuan, memerhati Luz sejak awal lagi, datang untuk cuba menolong dan menemani Luz, seorang yang seperti psychiatrist, simpati dan empati, penyayang, matang, sejuk mata memandang


Watak-watak sampingan:
Bos - garang dan selalu marah Luz tetapi baik dan miang dengan perempuan
Faiza - penolong peribadi Bos, cantik dan menggoda
Amoi - berbangsa Cina, penjual DVD cetak rompak
Macha - berbangsa India, penjual pelbagai jenis kacang
Wanita - pengutus surat, jenis perempuan Melayu terakhir
Linda - perempuan yang sedikit tomboy, Luz suka pada dia
Adik Linda - tak suka Luz
Samseng-samseng - cakap kencang, badan kurus, pengecut
Cikgu-cikgu - terdiri daripada cikgu pendidikan jasmani, cikgu BM, cikgu Pendidikan Islam
Orang Gila - orang gila yang pandai menyanyi (orang gila pun pandai nyanyi, orang tak gila? haha)
Orang Kaya - sangat angkuh dan memandang rendah orang lain
Orang Muda - 'innocent'
Orang Tua - nampak alim tapi sebenarnya tak pun
Businessman - segak, kacak, smart dan sukakan seks
Pekerja-pekerja/Orang-orang - tiada deskripsi khusus, hanya sebagai background actors, boleh jadi pelbagai karaktor


itulah dia serba sedikit deskripsi watak dan perwatakan
mungkin tak berapa nak unik dan menarik sebab watak-watak tu semua tipikal
yang biasa ditonton di kaca-kaca tivi

Rabu, November 18, 2009

L! 360

L!

Lelaki
Lalang
Lelap
Lelah
Lembap
Lambat
Lembut
Leleh
Lalai
Leka
Loser

L! berganda
Lelaki Loser

Nak bagi pesan
Nak bagi ingat
Nanti jadi pesanan
Nanti jadi ingatan

Bila atas pentas. Pelakon sebagai pemain. Pelakon kena guna ruang yang ada 360 darjah sebaik yang mungkin. Pelakon kena guna 100% tubuh badannya sebaik mungkin. Walaupun ruang kau hanya pada satu tempat yang statik. Kalau ruang kau luas lagilah senang kau nak bergerak. Tetapi bagi aku ia lebih sukar. Kau tak boleh suka-suka gerak ke sana ke mari atas pentas. Ambil satu contoh, Babak 0 dalam ABL. Aku letakkan Luz (Tua) asalnya duduk di satu kerusi sedang menikmati kopi sambil membaca sebuah buku. Kemudian dia berinteraksi dan bercerita dengan penonton. Pelakon boleh main dengan buku, dengan postur ketika duduk, boleh bangun berdiri waktu berinteraksi dengan penonton dan banyak lagi. Kalau pelakon tak main dengan baik, baru mula cerita sudah bosan. Dan ya. Ini sewius! Mesti bantu dia! Selamatkan pelakon! Selamatkan pelakon! Selamatkan pelakon!!!!!!

Ada sudah cadangan pada hari Raya Haji kedua nanti.
Reunion budak-budak SMK Sri Gading tingkat 3 RK 1, 3A, 5 Sains 1, 5 Sains 2 seperti berikut. Akhirnya setelah sekian lama, jumpa kawan-kawan lama untuk kemaskini progres masing-masing. Mungkin ada yang dah kahwin tapi tak jemput.

1. adam
2. adila
3. adnan (confirm)
4. ainoraha
5. anur
6. asmuny
7. asri
8. azizul
9. azniza
10. azyan (confirm)
11. botak (confirm)
12. celot
13. dina
14. ezmaliza
15. faisal
16. faizal
17. fara
18. faridah
19. hafez
20. hafizah
21. hairniyatie
22. hamizah
23. harith
24. hasan
25. hazwan
26. hisam
27. inan
28. isa jamil
29. isa mail
30. khusairi
31. lail
32. laila (confirm)
33. latep
34. liza (confirm)
35. mirul (confirm)
36. miza
37. muslim
38. nadia
39. nazirul (confirm)
40. nazrahanim
41. norhana
42. omar
43. rafidah
44. rahimah
45. rahmah
46. sabrina
47. sarah
48. shahrul
49. shida
50. solehen
51. suzana
52. tajol
53. usop (confirm)
54. uzair
55. yazid
56. zaidi kamsuri
57. zaza

(Entri ini sengaja bercampur baur untuk tunjukkan 360 darjahnya)

Masa melayari internet, melayari blog Amir Muhammad, aku terjumpa satu promosi ini. (Sila klik 'ini'. Dalam ini ada itu.)

Memandangkan skrip teater juga ada diterima untuk antalogi tersebut. Maka aku tanpa rasa bersalahnya menghantar skrip satu 10 minit aku iaitu LIF. Sebab LIF ada menyentuh beberapa isu seperti yang dicadangkan.

Kemudian aku tanya Half The Mime, "Apa yang kau fikir tentang 'lif'?'

"Lif tempat buat maksiat."

Aku balas, "Lif kan ada turun ada naik."

"Ini mesti ada unsur kelucuan."

Aku balas lagi, "Dalam lif ada 3 orang lelaki. Melayu, Cina, India."

(Nama wataknya - Ahh Mad, Ahh Chong, Ahh Singh. Jangan fikir bukan-bukan ya.)




Tiba-tiba aku baru nak suka dengan piece LIF aku tu.

Selasa, November 17, 2009

Imbasan IMBAS

Pagi Selasa. 17 hari bulan 11 tahun dua ribu 9.
10 minit melepasi 9 pagi.
Aku dapat SMS daripada superior teater aku.

"Mana review u tentang IMBAS? Hantar kat paper terus!"

Hari tu aku dah kata aku tak nak komen langsung pun tentang IMBAS sebab aku nak sampaikan maksud yang teater IMBAS itu boleh menyebabkan jiwa kau berasa kosong dan kepala kau bertambah makin pening kalau kau tengah pening. Okay. Pendek kata, kalau aku kritik teater tu, dan kalau aku di kerusi direktor, perkataan yang paling sesuai yang akan terpacul keluar dari mulut aku secara spontan adalah

SUCKS.

Eh eh jangan cepat melatah. Sebab ada TAPInya lagi.

Aku buat sedikit imbasan tentang IMBAS yang dah hampir dua minggu berlalu. Harap-harap masih dapat ingat lagi.

Secara keseluruhan, aku lihat teater IMBAS itu bergenre realism. Jadi semuanya kena menghampiri real.

Babak awal yang menampilkan askar British ditonjolkan dengan kesan florescence menggunakan black light. Aku tak tahu sama ada pengarah saja-saja nak tunjuk pada penonton yang dia pun reti nak guna teknik tu atau pun dia ada isi dan isu dia sendiri. Tapi aku rasa teknik yang digunakan tidak relevan dan tidak bersesuaian dengan genre teater itu sendiri iaitu realism. Mungkin saja pengarah mahu menarik perhatian penonton di saat-saat awal yang mana taktik itu bagus, cuma...

...sayangnya selepas itu hingga ke tengah cerita, daya tarikan sudah tiada. Semuanya harus bergantung kepada permainan pelakon di atas pentas yang boleh jadi amat sukar kalau TIDAK SEMUA pelakon pandai bermain di atas pentas. Kalau setakat seorang dua yang berlakon dengan cemerlang, tetapi ada pelakon watak sampingan yang mungkin diambil ringan yang tidak begitu cemerlang, hasilnya teater itu tetap akan jadi tidak cemerlang.

Perkara utama yang paling paling paling aku kritik adalah pemilihan watak yang amat amat amat salah! Mamak Kumbang. Apakah pengarah menganggap Mamak Kumbang ini sebagai watak yang bercampur aduk karaktornya? Sekejap slangnya macam orang Melayu, sekejap macam Cina, sekejap macam India. Mana karaktor yang represent 'Mamak Kumbang' pada watak tersebut?

Kemudian muncul pula watak Leman. Alamak, watak ini dibazirkan begitu saja! What a waste! Watak Mamak Kumbang dan Leman seharusnya mewujudkan satu chemistry dan akhirnya menghasilkan satu permainan yang memberikan humor sepanjang masa. Tapi kalau tak ada chemistry yang kuat, tak akan jadi. Tambahan, punchline entah ke mana? Stress words tak ada. Sebutan dialog tidak jelas. Leman ada melontarkan suaranya ke belakang pentas sewaktu menjenguk dari tingkap pejabat Sir Stamford Raffles tu. Kenapa pengarah bertindak sebegitu? Kenapa tak mahu penonton dengar apa yang si Leman tu cakapkan? Ini teater. Penonton nak TENGOK kau berlakon dengan raut wajah dan ekpresi. Penonton nak DENGAR apa yang kau cakapkan. Kalau penonton tak dapat DENGAR, macam mana penonton nak mentafsir maksud atau mesej yang kau cuba sampaikan? Lebih baik kau buat silent theatre kalau tak nak bagi penonton dengar dialog yang kau sebut. Perkara yang sama berlaku sewaktu Timah dan Judin mula bertengkar dari belakang pentas. Tak dapat dengar dengan jelas apa yang mereka tengkarkan. Tempoh berdialog di belakang pentas terlalu lama.

Sebutan Bahasa Inggeris Sir Stamford Raffles sangatlah Melayu. Malah ada perkataan yang tidak betul sebutannya. Begitu juga dengan watak Majistret. Perkara ini juga tidak boleh diambil ringan. Pelakon boleh mengambil inisiatif dan berusaha untuk berlatih menyebut slang British. Ini kerana perkara sebegini yang akan dipandang oleh para pengkritik yang menonton. Lontaran vokal Majistret juga bermasalah. Okay, masalah biasa pelakon teater wanita, jadi tak mahu cakap banyak.

Kredit hanya diberikan kepada watak Timah dan Chang Leng yang betul-betul memainkan watak mereka. Perkara ini dapat dilihat dan dirasa oleh aku sebagai penonton. Bila pelakon enjoy dengan watak mereka di atas pentas, maka penonton boleh lihat dan rasa enjoy juga. Watak Abdullah Munsyi juga tidak begitu menjadi masalah pada pandangan aku cuma sayangnya, lakonannya kurang bertenaga kalau hendak dibandingkan dengan Timah dan Jidun.

Salah satu kekurangan yang aku dapati adalah tiadanya faktor-X dalam teater ini. Faktor-X ini berlaku bila rata-rata penonton akan merasa WOW!!! walaupun bilangan penonton yang hadir tidak begitu ramai. Tahu-tahu sajalah orang Malaysia ni, bukannya tengok sangat teater-teater cikai ni. Kalau dekat Istana Budaya sana ya lah. Siap pakai baju cantik-cantik lagi macam nak pergi majlis makan malam. Eh, membebel pulak aku.

Kritik dan komen ini bukanlah yang terbaik yang dapat aku berikan. Sebab aku tak tengok teater tu sampai habis kerana mengejar hal lain dan waktu tu pun aku sedang pening kepala. Secara keseluruhannya, teater ini harus menjadi lebih menarik, tidak harus jadi membosankan, pacing kena tepat, silence moment harus juga dikurangkan, dan banyak perkara yang boleh diperbaiki. Dari segi lakonan beberapa pelakon harus juga dipuji. Oh ya, tentang set pentas pula, adalah lebih elok kalau jam antik di dinding itu betul-betul hidup dan bergerak.

Kalau nak hantar review ni kat paper kena edit jadi profesional sikit macam aku ada buat dulu-dulu.

Pen & Tas

aku hidangkan pada semua sedulang puisi carca merba pening kepala
tentang sebatang pensel dan sehelai kertas


Pen-
-sel
&
ker-
Tas

Tas
buat ikat
pen-
-sel
mata bola
bukan bulat
sfera
dimensional
2
3
4

tek-
-no-
-logi-
-k

pen
&
tas

tas ikat pen
pen melayang layang bagai layang layang tak bertali
awang awang kejar
tangkap dan ikat
pen ikat tas

pen-
-tas
man-
-usia

pen, tas
pentas

ikat jiwa

Isnin, November 16, 2009

Kuih Lapis ABL

Assalamualaikum.

Baru selesai show tembak menembak, hentam menghentam tadi. Jadi beg yang aku sedang galas sekarang sudah semakin ringan. Show aku seterusnya adalah pada minggu hadapan. Ada dua show. Dua hari berturut-turut. Show yang aku suka. Belum show lagi aku dah rasa enjoy dengan show tersebut. Mungkin ini adalah salah satu manfaat bagi diri aku, menganggap peperiksaan itu sebagai satu show. Nampaknya ia berkesan, sekurang-kurangnya pada diri aku. Mungkin rakan pentas aku yang lain, tak kira di dalam atau di luar sana boleh mencuba. Tapi macam biasalah, lain orang lain kepalanya, lain caranya, lain gayanya. Yang penting ada cara. Ada gaya itu optional. Ada rupa lagilah optional.

Memandangkan show aku aku rasa masih lambat lagi, aku gunakan masa berehat hari ini untuk memikirkan perihal pentas untuk ABL. Bila makin lama fikir. Ada penemuan baru. Lapis interpretasi aku terhadap karya aku sendiri bertambah. Dan aku harap makin bertambah. Mungkin setakat ini, aku masih belum mampu hendak lapiskan setiap baris dialog dalam skrip, hanya sekerat-kerat saja, tapi aku bersungguh untuk memperbaiki. Kalau aku nak banding dengan skrip pertama aku, Siapa Sapari? amat jauh berbeza. Kalau baca balik, aku segan nak bagi orang baca. Hehe. Tapi kalau nak belajar, tak boleh lah segan-segan sentiasa. Kalau nak belajar juga, tak boleh ego-ego sentiasa. Kalau nak belajar juga, tak boleh nak emo-emo sentias. Hehehe. Siapa Sapari? itu kalau nak pentaskan pun kena buat semula. Kena remake, orang putih kata.

Aku tak berniat nak beritahu lapis lapis interpretasi aku pada orang ramai. Sebab aku takut nanti ada audiens yang sudah tahu siap-siap apa yang aku nak sampaikan. Lebih elok kalau audiens dengan interpretasi masing-masing. Tapi alang-alang aku dah tulis ni, elok juga kalau aku bagi hint sikit-sikit.

Pertama yang paling nampak, dari segi psikologi.
Kedua dari segi agama.
Ketiga dari segi politik.

Setakat ini itu saja yang baru aku jumpa. Oh ya, yang aku maksudkan intepretasi ini adalah dari segi keseluruhan cerita dan isu. Iaitu 'Loser vs. Winner'. Dan macam biasa, aku masukkan juga elemen dari teater TIANG dalam ABL ini. Iaitu Elemen 5. Ada 5 deria. Ada 5 jari bagi setiap anggota tangan/kaki. Ada 5 rukun. Ada 5 waktu. Ada 5 macam-macam. Hehehe. Dan bila aku belajar Malaysian Studies bab Rukun Negara tentang kenapa ada 5 rukun, ia menjadikan Elemen 5 ini bertambah menarik, sekurang-kurangnya pada pandangan aku lah. Hehehe.

Okay. Aku akan cuba kawal teater ABL ini. Tak mahu terlalu banyak elemen sampai bercelaru haru biru nanti. Kena juga tengok keadaan ekonomi pentas nanti. Ada juga term ekonomi pentas kan...



Aku juga sinonim dengan paracetamol. Atau nama komersialnya Panadol. Jururawat peribadi nasihat jangan selalu makan panadol. Tak elok katanya. Tapi aku selalu juga pening kepala. Lebih-lebih lagi bila menonton teater yang hampeh. Haha. Maaf ya. Kebetulan waktu aku nonton tu aku pening kepala. Bila nonton makin bertambah pening lah jawabnya. Tapi nanti aku kena atasi juga kecenderungan pening kepala ni. Aku tak nak jadi seniman sakit kepala pula. Oh, seniman sakit jiwa pun tak nak. Mungkin sebab seniman terlalu menggunakan jiwanya untuk berseni, sehingga melampaui batas jiwanya sendiri, terlalu banyak berfikir tentang seninya, sehingga jadi seniman sakit jiwa atau sakit mental. Minta dijauhkan.

Makanya, ada elok juga aku ada kecenderungan dan minat terhadap engineering. Macam yang kau orang selalu dengarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Hehehe.

Sekian saja. Lain kali aku mungkin akan cerita sikit pasal plan pentas ABL aku. Aku tulis kat dalam blog ni supaya nanti aku tak lupa apa yang aku nak buat bila tiba masa produksi bermula nanti...

Ahad, November 15, 2009

Mencari d'Albuquerque

Assalamualaikum. Sebagai introduksi.


Art
is the process or product of deliberately arranging elements in a way that appeals to the senses or emotions. It encompasses a diverse range of human activities, creations, and modes of expression.

Art is a stimulation of feelings, expressions, ideas, lust which is used as a tool to provoke, inspire, satisfy and create those feelings, expressions, and ideas in an audience.


***


Esok pagi aku ada show. Show berjudul "Saya Pun Malaysian lah!".
100 butir peluru hidup diperlukan. Mudah-mudahan banyak yang kena bull's eye.
Masa baca teks dalam buku. Terbaca pula sedikit tentang Alfonso d'Albuquerque. Tapi bukan pasal itu yang aku nak ceritakan. Kalau nak tahu boleh saja Google.

Mencari d'Albuquerque aku ertikan sebagai mencari ilham. Bukan nama orang. Bukan. Ilham yang aku ertikan pula adalah maksud di sebalik kehidupan. Di sebalik kehidupan sudah pasti ada maksud yang diberikan dalam sejarah. Sejarah pula sudah pasti memberi makna kebenaran dalam kehidupan. Jadi mencari d'Albuquerque juga aku maksudkan sebagai mencari kebenaran. Kebenaran hati. Dalam mencari erti dan menelusuri bukit-bukau yang aku sudah gambar-gambarkan keindahannya, aku sudah pasti akan sesat. Aku dah tahu aku akan sesat. Jadi aku bawa peta sekali dengan aku. Nasib juga tak tertinggal kat rumah. Nasib juga aku sejenis orang yang membuat persediaan awal pada hampir kebanyakan masa sebelum pergi ke mana-mana. Aku tak tahu lagi aku akan sesat di mana dan berapa lama aku akan sesat. Yang aku pasti, aku akan sesat. Bagaimana aku boleh begitu pasti? Sebab aku sudah laluinya dalam hati, cuma aku belum laluinya secara realiti.

Mencari d'Albuquerque adalah mustahil. Mencari maksud di sebalik sejarah d'Albuquerque itu tidak mustahil. Walaupun ia amat sukar.

Jadi ada sesiapa mahu ikut aku pergi mencari d'Albuquerque? Satu perjalanan yang imaginari tetapi real dalam dunia nyata. Satu perjalanan singkat yang pasti akan sesat. Satu perjalanan mencari ilham, mencari maksud, mencari kebenaran. Kebenaran hati.


***

Merujuk semula kepada introduksi yang aku jadikan sebagai konklusi.
Yang tebal sekali. Yang akhir sekali. Itu juga penting. Tak harus dilupakan.
Bukan setakat emosi, perasaan, idea, nafsu atau seumpamanya.

Tapi. Masih, definisi seni masih boleh ada yang lain daripada ini, yang dipetik dari sumber rujukan popular masakini, Encik Wiki.

Tabung Uji

These people (theatre superactivists), they just don't know how to stop.

Belum habis peperiksaan lagi. Belum habis fikir pasal nak perihal pentas ABL lagi. Masa aku tonton filem Skrip 7707 sambil ulang kaji pelajaran semalam. Ada babak seorang isteri nak melahirkan anak yang didatangi oleh iblis yang menyamar menjadi bidan di kampung itu. Mencetuskan idea untuk cerita dalam salah satu piece aku berjudul TABUNG UJI.

Walaupun aku belum berkahwin lagi tetapi sudah pasti sebagai suami dan isteri mahukan cahaya mata.

TABUNG UJI mengisahkan pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan anak lagi. (Okay, cerita tipikal.) Mereka sudah pastinya berusaha sedaya upaya. Akhirnya, pada suatu hari si isteri hamil. Apa yang suami tahu adalah ianya atas usaha yang mereka lakukan selama ini dan ia kurniaan Tuhan. TETAPI, apa yang suami TAK TAHU? (Hehehehehe.) Cerita tentang apa yang suami TAK TAHU disampaikan dari sudut pandang bayi di dalam kandungan. (Terima kasih HelHal sebab bagi idea sudut pandang ini!)

Apakah benar ia satu kurniaan?

Objek tabung uji juga aku pandang sebagai kehidupan. Tabung itu kehidupan. Uji itu ujian. Maka sudah pasti kehidupan akan diuji. Apa yang diuji itu adalah apa yang ada dalam tabung uji itu. Sejauh mana tahap ujian hidup itu bergantung pada aras 'bendalir' dalam tabung uji itu.

Akhir sekali, macam yang aku pernah idam-idamkan, aku nak TABUNG UJI itu dipecahkan di atas pentas.

Sekian.

Sabtu, November 14, 2009

Ekstrak ABL (2)

LUZER masuk pejabat semula selepas lunch hour.

LUZER
Banyaknya kerja. Tapi kerja semua bosan-bosan. Aku bukannya tak ada kelayakan. Dasar bos Melayu. Dah pangkat tinggi tak nak tolong orang bawah. Hmmm.. Dengar lagu sambil buat kerja seronok jugak ni.

Lagu Belaian Jiwa

LUZER bangun dari meja dan ternampak seorang WANITA di hadapannya. Matanya terpukau memandang wanita tersebut.

LUZER
Wow! Siapa bilang gadis Melayu tak menawan?

WANITA tersenyum pada LUZER.

LUZER
Senyumannya manis memukau.

WANITA
Assalamualaikum, tumpang tanya, encik.

LUZER
Suaranya lembut lagi merdu bak buluh perindu.

WANITA
Encik?

LUZER
Penangan matanya terus menusuk ke hati.

WANITA
Encik? Saya nak tumpang tanya.

LUZER
(Tersedar) Hah? Apa? Ya, ya? Ada apa boleh saya bantu?

WANITA
(Tersenyum) Saya nak tumpang tanya, boleh tak saya berjumpa dengan Encik Ahmad Luzman bin Lazim?

LUZER
Err.. sayalah tu, cik. Ada apa ya?

WANITA
Ada surat dari bos saya. Dia nak saya hantar terus pada encik. Nah, ini dia.

LUZER
Surat?

WANITA
Saya pergi dulu ya.

LUZER
Surat daripada siapa pula ni? Surat cinta ke? Cik, siapa nama bos cik?

WANITA dah tiada.

LUZER
Aik? Hilang dah. Hmm.. Surat apalah ni. Setem tak ada. Cop tak ada. Sampul surat pun warna hitam. Pelik betul. Kat depan ni dia tulis guna liquid paper: Kepada insan yang loser.. Cis, sempat lagi mengata aku. Eh, kat belakang pun ada tulisan kecil.. Simpan surat ni betul-betul. Jangan sampai hilang. Buka hanya bila kau memerlukan.

Apa-apa sajalah. Tapi, perempuan tadi memang lawa lah..





ps: Lah, ada apa pula dengan surat tu? Hmmmm.... Hehehehe. Ini antara babak-babak awal yang kurang mengancam.

Objek-objek Berkuasa Subteks

Ada apa dengan kasut,
teddy kucing, jam pasir, rokok, payung dan pisau (belati?) dalam ABL?

Aku tak harap pun orang akan faham apa yang aku fikirkan dengan objek-objek tu
Aku cuma harap orang akan cuba faham apa yang mereka sendiri ingin maksudkan

Mungkin babak yang ada objek-objek tu nampak tak berapa nak betul, gila dan tak masuk akal, tak real atau seumpamanya
Dah aku tulis tu dari hati aku, ikut apa yang aku rasa dan aku tak fikir pun apa subteks yang aku nak masukkan dalam objek-objek tu
Bila fikir-fikir balik lepas baca-baca balik baru aku sedar banyak yang boleh dimaksudkan

Lagi sekali aku tak harap pun orang akan faham tulisan aku
Memang sejak azali pun tak ramai orang faham tulisan aku
Jadi aku tak hairan

Sebab aku dah lama idam nak guna lilin-lilin atas pentas
jadi aku nak letak banyak lilin atas pentas nanti

Lah, ada apa pula dengan lilin-lilin ni?

Macam banyak benda kena buat ni. Ada bajet kementerian pembangunan seni dan budaya TTS ke? Tak ada tak apa, buat pentas kosong saja. Kalau tak ada pentas pun tak apa. Lagi kosong lagi seni tu. Buat kat atas. Kat kerajaan langit.



ps: Sedang mencari kebenaran, adakah benar engineering itu menghubungkan sains dan seni? Ada satu pernyataan sebegini. Dalam subjek yang aku baru lepas duduki periksanya tadi. Lepas ni aku rasa aku kena hafal Federal Constitution pulak. Memang serba-serbi boleh kan?

Dua Jam Sebelum Jurutera (Terbunuh) Dalam Komuniti

Pagi-pagi ni. Dua jam sebelum periksa mula.
Aku terfikir.

Masa depan.

Kerjaya. Dan.

Teater.

Rumah tangga. Dan.

Teater.

Diri sendiri. Dan.

Teater.

Aku berpandangan bahawa semua perkara yang telah berlaku dalam sejarah silam kita adalah berkait rapat dengan apa yang kita lalui sekarang, secara teorinya, tetapi tetap tertakluk kepada takdir dan kuasa Tuhan.

Bayangkan satu orang.

Makan roti tawar yang sudah habis tarikh luputnya dua hari yang lalu.
Disapu dengan jem blackcurrant.

Kenapa dia masih makan roti yang dia sendiri tahu sudah luput tarikh eloknya?
Adakah dengan menyapu jem, dia dapat menyedapkan lidahnya lantas mindanya untuk merasakan roti itu masih sedap dimakan?
Tidak terfikirkah dia akan kesan daripada makan makanan yang sudah luput tarikh?

Begitulah kalau aku nak analogikan seorang pelajar UTP yang tiba-tiba merasakan dirinya sudah tidak patut lama teruskan dan belajar kejuruteraan sebab sudah kenal potensi dirinya sebenar, tetapi kena dia masih teruskan belajar?
Tidak terfikirkah dia kesan daripada terus belajar sedangkan passionnya bukan pada itu?

Sekadar analogi teruk dan hina daripada orang seni yang kadang-kadang tertutup sebelah matanya.

Faham ke? Haha.

Jumaat, November 13, 2009

Drama Jurutera + Perihal ABL

Pagi tadi sudah selesai satu show (peperiksaan bagi subjek pengurusan sumber manusia).
Esok pagi pula ada satu lagi show yang lain.
Aku judulkan ia "Drama Jurutera".
Sebab ada satu bahagian dalam nota kuliahnya berkenaan persepsi komuniti pada jurutera dan kejuruteraan menyatakan bahawa tiada drama tivi tentang jurutera.
Betul atau tidak?
Tak jawab?
Betul lah tu.

(Makan coklat Cadbury Dairy Milk)

Tentang perihal pentas ABL.

Nak buat suara berlapis LUZ dan WINN pada satu babak.
Nak buat WINN muncul dari awal pakai topeng yang pelbagai sampai babak dia berdialog baru dia tanggalkan topeng. (Hmm.. bila lagi nak utilize topeng-topeng tu kan....)
Nak double/triple-rolekan beberapa watak memandangkan banyak watak tapi tak banyak dialog pun.
Nak buat set yang multi-purpose. (Ada ke orang nak buat ni...)
Nak set yang bertangga-tangga. (Mana nak cari ni... Platform yang ada tak berapa nak cukup kot.) Ataupun hanya berseksyen-seksyen.
Nak buat ada adegan merokok sebenar. (Harap-harap Pegawai Keselamatan Pentas bagi kelolosan.)
Nak serikan dengan muzik. Perlukan seseorang untuk gubah satu lagu daripada satu bahagian skrip ni.
Nak gunakan sedikit ruang penonton. (Harap-harap tak ada isu kena disqualify.)
Nak buat adegan fast-forward guna kesan ON-OFF lampu.
Nak buat adegan macam dalam filem Butterfly Effect, adegan waktu dia masuk balik ke dalam lubang memorinya. (Susah susah susah!)
Nak gunakan background actors/actresses sebaik mungkin. (Pening kepala nak buat!)

(Baru telan sa chunk coklat Cadbury tadi)

Oh aku perlukan Direktor Seni! HAHAHAHA!

Dan ya, LUZ ada LUZ (Tua), LUZ (Muda), dan LUZ (Kecil)
Eh, mana aku nak cari budak kecik ni.... Haaaaa....

Khamis, November 12, 2009

Manusia Haram

Sebelum otak tepu. Tutup buku.
Buka semula esok pagi. Masuk dewan periksa dengan hati terbuka.
Hati gembira. Hati tenang. Dan hati yakin.
Semuanya soal hati.

Sekarang aku suka ibaratkan apa-apa peperiksaan itu sebagai sebuah show.
Lagipun memang dewan tu tempat biasa aku beraksi. Atas pentasnya lah.
Jadi bila ada periksa dalam dewan. Pasti akan nampak pentas di depan.
Maka terbayang-bayanglah pelbagai kenangan bersama rakan sepentas.
Stagemates, orang putih kata.

Show esok aku judulkan Manusia Haram.
Sedap juga bunyinya.
Bila aku ibaratkan exam itu sebagai show sudah pasti aku harapkan aku akan enjoy buat show.
Jadi aku akan enjoy jawab soalan exam.

Prestasi akademik aku setakat ini kekal di atas par.
Tiap semester pun rasa macam ni.
Banyak tidur dan kurang belajar.
Tapi biasalah. Manusia. Selalu terpedaya dengan perasaan sendiri.

Mungkin semester kali ini lebih teruk.
Sebab aku ada guna masa belajar untuk tulis skrip.
Tapi macam aku sebut tadilah. Perasaan sahaja. Manusia. Selalu terpedaya dengan perasaan sendiri.

Semoga aku enjoy dengan show esok.
Dan juga yang lain.

Oh ya. Aku dah baca ABL. Memang kena potong beberapa babak supaya tidak terlalu meleret. Rasa macam nak casting dan script reading terus saja. Tapi...

Mampu ke?

Berbaloi ke?

Mungkin lepas habis periksa nanti aku kena baca balik skrip ABL dan plan untuk pentas.

Ekstrak ABL (1)


LUZER

Ada rokok? Nak pinjam sebatang.

ORANG KAYA
Nak api?

LUZER
Tak nak. Tak elok makan api. Bahaya. Api ni kecil-kecil jadi kawan. Bila dah besar jadi lawan tau.

ORANG KAYA
Lah? Nak rokok tapi tak nak api? Gila ke apa?

LUZER
Kalau tak ada api, tak ada asap dari rokok. Asap dari rokok tu pun bahaya jugak tau. Jadi kalau tak ada api, kau tak payah merokok. Duit beli rokok tu kalau kumpul kumpul kumpul gumpal gumpal gumpal masuk celah baju celah seluar lama-lama jadi banyak. Boleh simpan dalam bank kampung buat beli tanah ke.. upah haji ke..

ORANG KAYA
Huh. Sah gila.

LUZER
Ni rokok ada filter ke tak ada abang? Ada safety precautions tak? Abang hisap kena pastikan selamat dulu tau.

ORANG KAYA
Kau dah dapat rokok kau, kau blah la. Nanti aku ambil balik baru tahu.

LUZER
Eh jangan lah. Buruk kepala siku abang nanti kalau ambil balik. Hehehe. Terima kasih abang bagi rokok ni. Mahal rokok ni. Ada mentol. Rokok pun ada mentol ya. Canggih betul. Oh ya, abang beringat ya simpan sikit duit beli rokok tu nanti dah susah-susah boleh guna duit simpanan bank kampong.

ORANG KAYA
Orang gila ada hati nak bagi nasihat kat orang? Huh.

Dua-dua Aku Tackle


Subteks kan gambar atas ni?




ABL Siap!!!

Assalamualaikum

masterpiece terbaru aku
teater AKU BUKAN LOSER sudah siap!

28 muka surat
line spacing single
saiz font 12
dialog pendek dan dialog panjang
14 babak termasuk Babak 0 dan Babak Akhir
anggaran durasi dekat 1 jam setengah kot?

idea asal sewaktu aku praktikal di KL dulu
asalnya nak buat monolog saja
kemudian ada pula konon-kononnya nak jadikan skrip drama tivi
tapi sekarang ia jadi skrip teater terlebih dahulu

nah
fuh
sekarang aku boleh belajar dan ulang kaji pelajaran dengan lebih tenang dan aman
sejak beberapa hari ni terganggu dengan otak berperihal seni ini
tapi aku tetap habiskan ulang kaji
pengurusan sumber manusia
dan
jurutera dalam masyarakat
oh
kena bersedia menghentam satu ratus soalan berpilihan jawapan bagi subjek
pengajian malaysia

yahoo

Rabu, November 11, 2009

Babak 9

Sudah masuk Babak 9 ABL.
Makin hampir ke klimaks.
Adrenalin tak berapa nak membuak-buak pun.
Sambil-sambil ulang kaji baca nota dan buku teks.
Sambil-sambil tulis skrip.
Jadi Microsoft Word sentiasa terbuka.
Nasib sekarang dah ada teknologi untuk tulis skrip.
Kalau dulu kena pakai dakwat tulis tangan.
Memang orang dulu hebat-hebat dan handal-handal.
Jadi siapa kata orang sekarang makin hebat?
Orang sekarang makin hebat manipulasi teknologi rasanya.

Tugasan pertama aku adalah untuk pentaskan ABL pada semester akan datang.
Cadangnya bulan Mac 2010. Itu pun kalau projek bangsawan boleh anjak ke bulan Jun.
Masih ada banyak masa untuk refine skrip lepas dah siap nanti.

Sedikit tentang ABL:

Ahmad Luzman bin Lazim, dikenali sebagai Luzer adalah seorang loser. Sejak dari kecil hidupnya selalu ditimpa nasib malang. Motivasi dirinya amat rendah menghampiri kosong. Dia tidak cemerlang dalam apa-apa kerja yang dilakukannya. Dia tidak punya teman wanita, kereta serta harta dan kerja yang baik. Namun, dia sebenarnya tidak sedar bahawa dirinya sering diperhatikan oleh seseorang yang bernama Winn. Semakin loser hidup Luzer, Winn datang mengawal keadaan. Namun begitu sudah terlambat kerana Luzer tertekan dan akhirnya menjadi kurang siuman. Hidup sebagai orang kurang siuman telah merubah pendirian Luzer. Setelah dimasukkan di pusat sakit mental, akhirnya Winn memperkenalkan siapa dirinya kepada Luzer. Nah, persoalannya siapa Winn tu? Haha.


Watak utama:
Luzer
Winn

Watak sampingan:
Banyak!

Watak ekstra:
Pun banyak!

Perlukan pemuzik untuk gubah satu lagu.

Ah, nantilah aku fikir. Banyak lagi aku kena baca untuk exam ni!

Babak 8

Malam ni aku rasa sedikit kosong. Maknanya jiwa ini kosong tanpa perasaan yang dominan.

Semester ini banyak subjek yang memerlukan aku membaca. Boleh dikatakan semua subjek perlu baca baris demi baris. Dua subjek major alam sekitar pula lebih kepada soalan terbuka (open-ended) beserta sedikit pengiraan yang mudah. Kalau masa awal-awal dulu otak sarat dengan rumus-rumus dan nombor-nombor serta simbol-simbol. Tapi sekarang dah tak. Sekarang otak perlu lebih banyak berfikir. Okay, senang kata, kena lebih pandai 'menggoreng'.

Dah lama tak buat matematik. Rindu matematik. Rindu differential equations.

Skrip teater ABL pula sudah masuk Babak 8. Daripada 12 babak. Mungkin ada tambah satu, dua babak lagi. Mudah-mudahan dapat siapkan sebelum exam aku tamat hujung bulan nanti. Lepas exam nanti pergi KL, balik kampung sambut Hari Raya Aidiladha, pergi KL lagi, balik kampung semula duduk rumah main game, jalan-jalan, cari ilham, gemukkan badan, dan pergi bercuti ke Cameron Highland sebelum naik semester baru Januari 2010, semester terakhir aku di kampus. InsyaAllah.

Waktu aku sedang menulis skrip ABL tu, aku terfikir dan terbayang macam mana nak jelmakan beberapa babak di atas pentas dengan cara yang menarik. Setting tempat dan waktu babak-babak tersebut berbeza. Ada di pejabat. Ada kebakaran di pejabat. Ada di sekolah. Ada di bus stop. Ada di gerai makan. Ada di pusat sakit mental. Hmmm. Macam mana nak satukan semuanya menjadi satu set yang mudah untuk diubah-ubah, atau tak perlu diubah-ubah pun?

Nampaknya masih banyak yang perlu difikir bagi mengisi kekosongan jiwa ini.. kekosongan teater ABL ini... Oh ya, dengarnya bajet untuk buat teater bangsawan dah lulus. Untuk slot Semarak Bangsawan bulan Mac 2010 di Panggung Bandaraya KL. Kalau benar, nampaknya akan maju setapak lagilah. TTS tak pernah buat bangsawan sebelum ni. Aku pun pernah tengok bangsawan dua kali saja. Tradisional. Tak pernah tengok bangsawan moden. Apa pun, kita tunggu dan lihat saja nanti.

Secara rasminya, peperiksaan akhir semester di UTP bermula pada hari ini, 11-11-09.
Jadi kepada semua, selamat berjaya diucapkan.

Selasa, November 10, 2009

Seni Itu Universal

Sedang aku baca nota Project Management.

Definition:
"The art of directing and coordinating human and material resources through the life of a project by using modern management techniques to achieve predetermined goals of scope, cost, time, quality and participant satisfaction" (PMI, 2000)


Huh.

Seni.
Manusia.

Memang kena.

Surat Terbuka Untuk TTS

Surat ni bukan dalam bentuk surat. Supaya orang senang nak baca. Juga terus kepada isi tanpa ada kiasan meleret-leret atau adjektif terlampau.



Kepada TTS,


Presiden
Kau pilih dia maknanya kau sokong dia. Kau setuju untuk sokong dia. Maknanya kau kena tolong dia. Kau kena sokong dia. Ketua perlukan sokongan semua ahli-ahli di bawahnya. Bukan senang nak jadi ketua.

'High authorities'
Samaada ada perbezaan pendapat atau ideologi. Atau golongan atasan ini memang ada ego masing-masing. Wallahualam.

Konflik pelakon 'handalan'
Tak perlu ada perbezaan pelakon 'handalan' atau pelakon bukan 'handalan'. Semua sama. Yang membezakan adalah minat untuk terus belajar dan belajar untuk jadi pelakon yang berkualiti, bukan handalan. Kesungguhan dan komitmen adalah kayu ukur. Malah keduanya berkait rapat dengan hasilnya.

Emosional vs. Profesional
Dua perkara ni perlu seimbang dan selari dengan kerja yang dilakukan. Kalau berlakon perlukan emosi, jadilah emosional sehabis-habisnya. Kalau tidak berlakon buat kerja pengurusan atau produksi, jadilah profesional sehabis baiknya. Emosi tidak boleh terbawa-bawa masuk ke dalam kerja yang perlu kita bertindak profesional. Kurangkan alasan daripada diri sendiri. Kurangkan alasan menggunakan atau melibatkan orang lain. Kenali kekuatan dan kelemahan diri. Guna kekuatan diri sebaiknya. Kelemahan diri perlu diperbaiki supaya tidak menjadi faktor demotivator.

Masa depan
Semakin mencabar. Kerana generasi sekarang sudah berjaya menempah nama di kota besar. Tanggungjawab generasi seterusnya lebih berat berbanding sekarang. Jadi perlu ada kerjasama yang tiptop. Perlu ada penurunan ilmu dan pengalaman daripada generasi sekarang kepada generasi akan datang. Generasi akan datang pula perlu terus belajar dan timba pengalaman. Hubungan dua hala perlu baik.


Sekian.

Terima kasih.


Yang benar,


Akin Muhammad
Muhamad Yusuf Amat
Usop
Dr Boomer
Dr Kines
Akira Markinova
Subteks

Isnin, November 09, 2009

Tirai M

Sekarang tengah suka guna perkataan 'tirai'. Dan wujudkan apa-apa jenis tirai yang boleh.

Sekarang tengah minggu belajar di kampus. Tapi budak budak sini tak sebut minggu belajar. Study week katanya. Sama sajalah maksudnya tu.

Aku masih ingat lagi. Dulu aku seorang yang rajin secara tiba-tiba bila tiba minggu belajar.
Aku pergi perpustakaan, oh maaf, orang sini sebut IRC, bukan perpustakaan.
Biasalah. Jurutera suka sesuatu yang dah simplified. Jadi sebut saja IRC mudah dan cepat.

Kebanyakan masa aku belajar seorang diri. Kadang-kadang saja ada diskusi dengan orang lain.

Dulu juga lepas belajar di IRC secara efisien sampai pukul 11.30 malam. Pergi IRC pinjam motor orang. Lepas tu melencong keluar pergi minum dekat mana-mana. Seorang diri. Layan blues.

Dulu lah.

Sekarang.

Belajar di bilik. Depan komputer riba yang sama yang tak tukar-tukar. Mungkin sebab aku jenis orang yang pandai menjaga harta benda atau apa-apa saja kepunyaan aku. Ya, itulah aku. Tak percaya? Percayalah.

Belajar di bilik kejap-kejap tengok komputer. Kejap-kejap tukar lagu. Nyanyi sekali. Suara tak sedap. Tak apa. Nak belajar menyanyi dengan kawan lepas ni. Boleh turut serta produksi muzikal. Boleh kembangkan sayap seni. Nak main muzik. Nak menari. Tak percaya aku boleh buat semuanya nanti? Aku percaya.

Tirai M
Maut
mampos
malapetaka
Malas

imaginasi teruk
melampau terlampau-lampau
tidak logik
tidak munasabah
mana seninya?
mana perginya?

TERUK!
BURUK!
BERUK!

(Gelak)

Tirai B

(Masih merangkak-rangkak ulang kaji pelajaran)



Tirai B
Bahaya di hadapan
bahaya di belakang
bahaya di tepi
bahaya di bawah
bahaya di atas
dari semua sudut
bahaya boleh menimpa

Bahaya banyak
bahaya wanita
bahaya pangkat
bahaya harta
bahaya dunia memang banyak
namun bagi aku
Tirai B
Bahaya wanita adalah signifikan

Nak elak bahaya
boleh
nak redah saja bahaya
boleh
nak lalu atas bahaya
boleh
nak melencong bahaya
boleh
nak rempuh bahaya
pun boleh
tapi nak lesapkan bahaya?
aku tak boleh kata
boleh
atau
tak boleh
sebab sepanjang jalan aku
bahaya sentiasa ada

Tirai B
Boleh!
aku boleh
kau pun boleh
dia pun boleh
mereka pun boleh
semuanya boleh
Boleh hadapi bahaya
bahaya apa-apa yang ada

Jangan lari dari bahaya
nanti aku takut
kau akan dilabel sebagai seorang

LOSER.



Jom jadi winner!
Jadi winner bagi diri kita sendiri.




ps: Kepada sesiapa yang diduga dengan kesakitan fizikal (mahupun mental) pada ketika ini, aku doakan agar kalian semua cepat sembuh dan dikuatkan semangat...

Tirai S: Menuju 111111

(Sedang merangkak-rangkak ulang kaji pelajaran)

111111

Bukan, bukan. Bukan nombor binari.
Bukan, bukan. Bukan nombor ekor 6D.

Menuju 111111
adalah ibarat menuju puncak hidup
walaupun ia bukan puncak hidup tertinggi
dalam masa yang singkat ini
dalam zaman yang serba mencabar ini
segalanya boleh jadi

Tirai S
Tirai Selamat
Selamat Pengantin Baru
kepada sesiapa yang berjaya mengharungi
maka bermulalah
setapak ke dalam dunia baru
yang lebih mencabar
berkongsi hidup
berkeluarga mertua
sama-sama
mendirikan rumah tangga

Selamat Pengantin Baru
pada 11 hari bulan 11 dua ribu 11

Ahad, November 08, 2009

Monolog KAMAL

Bukanlah niat aku nak tulis monolog berjudul KAMAL, mengambil nama watak suami dalam drama Payung Siti Fatimah yang aku tonton malam semalam, tetapi sekadar cuba berimaginasi meletakkan diri aku di tempat KAMAL.

Semalam aku dan separuh daripada semua stagemate aku pergi berkelah ke pantai Teluk Batik. Konsep berkelah tradisional tak adalah sangat. Macam biasalah. Masuk air. Keluar air. Tengok air. Tengok langit. Tengok orang. Duduk-duduk. Bawah pokok. Hirup udara pantai. Rasa bayu pantai. Main-main pasir. Main-main air. Lompat duduk. Duduk lompat. Lompat lompat. Baling masuk dalam air. Gelak gelak. Senyum senyum. Makan kek hari jadi. Jadi jadi. Sampai satu tahap - KEGEMBIRAAN.

Asalnya aku tak mahu masuk air. Ada hidrofobia kononnya. Tapi masuk air juga. Asalnya mahu cari ilham. Di pantai pantasi senang dapat ilham sebenarnya. Kalau duduk-duduk tu senang bagi aku untuk dapat ilham. Tengok orang lalu lalang. Tengok burung burung berterbangan bebas. Tengok bot pisang.

Di pantai pantasi sampai lewat petang. Terus bergerak ke Ipoh untuk menonton penilaian johan Festival Teater Perak tempoh hari. Dinilai semula untuk tentukan yang mana layak masuk ke peringkat kebangsaan. Sempat tengok teater IMBAS sekejap saja tak sampai habis sebab kena bergegas untuk nonton cerekarama di TV3 berjudul PAYUNG SITI FATIMAH. Cerita asal dan skrip oleh Dr Shark. Tak nak komen teater IMBAS. Sebab aku tak ada kelayakan teater pun. Tak ada degree teater. Memang bukan profesional pun. Tapi ia profesion aku.

Payung Siti Fatimah (PSF) pula cuba melontarkan idea yang melawan arus pemikiran masyarakat kita sekarang. Kes poligami. Tak perlu banyak sampai empat. Dua sudah cukup untuk sampaikan idea berkaitan kes poligami ini. Biasanya dalam kebanyakan drama Melayu seorang isteri sukar hendak terima perempuan yang lain sebagai madunya dengan penuh rela dan redha. Namun dalam drama PSF ini, nilai redha beserta dengan lumrah naluri wanita yang cemburu ditonjolkan dengan seimbang. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa naluri wanita yang akan merasa cemburu apabila berkongsi kasih suaminya, tetapi apabila wujudnya rasa redha yang kukuh dalam hati, dipacakkan dengan asas ketaatan kepada Allah yang mana menuju kepada satu mesej penting dalam drama ini iaitu cinta kepada Allah adalah jauh lebih hebat berbanding cinta sesama manusia, dalam konteks ini cinta yang halal antara suami isteri.

Dari segi penghayatan aku pula, drama ini mampu membuatkan jiwa aku berasa sebak hingga mencetus air mata yang bergelinangan di kelopak mata (tak mengalir ke pipi). Mungkin tidak cukup untuk menyentuh hati aku yang masih keras ini pada satu bahagian walaupun lembut pada satu bahagian yang lain. Sepanjang drama ini ditayangkan, aku memasukkan diri aku ke dalam watak Kamal, si suami. Dan meletakkan diri aku di tempatnya. Hasilnya? Tengoklah reaksi muka aku ni. Oh tak nampak ya.

Sa perkara lagi yang cuba ditonjolkan dalam drama ini adalah rahmat dan hikmat. Satu dugaan ditimpa pada hambaNYA. Mungkin satu nikmat ditarik. Orang yang tersayang dipanggil menghadapNYA. Seninya adalah hikmah di sebalik.

Aku namakan entri ini monolog KAMAL sebab aku memasukkan dan meletakkan diri aku sebagai Kamal sepanjang menonton drama tersebut.

Dan, sudah pasti. Monolog aku tetap monolog QALAM bersama ZILA dan ANNIS.

Oh ya, tentang skrip AKU BUKAN LOSER! pula. Sekarang pandangan aku terhadap cerita tersebut semakin berkembang. Ada sesuatu yang aku rasa ia menarik untuk dipentaskan. Apa dia? Syyyy.. Tunggu saja bila sudah siap nanti.

Sabtu, November 07, 2009

S, S, dan S

Aura biru yang tenang dan aman macam inilah rupanya dalam bentuk teknologi.



Ada tiga S.

Singgah
Sana
Sini

Subteks
Seni
Skrip

Suka
Study
Sukses

Sistem
Salah
Silap

Sepah
Sampah
Sarap

S--
S--
S--

apa-apa saja yang boleh mula dengan S
atau apa-apa saja yang ada huruf S

Misalnya,

Siti Fatimah.

Haha.

Jumaat, November 06, 2009

Final Exam Subjek Teater


Tertekan juga nak tulis skrip ni.
Banyak terimbau sejarah lama yang perit.

Skrip ni aku kira sebagai final exam subjek teater aku di kampus ni.

P&P

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sekarang sudah selesai semua urusan. Semua kerja dan tugasan. Semua pementasan. Semua dugaan. Semua, semuanya. Yang tinggal, hanyalah cebis-cebis kenangan yang sudah aku simpan rapi dalam peti fikiran dan perasaan. Ya, fikiran dan perasaan. Kedua-duanya adalah elemen terpenting dalam hidup aku. Dan, hidup manusia lain juga lah.

Apa yang menarik minat aku untuk berseni adalah seni itu sebenarnya indah. Seni itu membolehkan kita meneroka apa-apa saja. Diri kita. Alam kita. Orang sekitar kita. Ya, orang sekitar kita. Sememangnya aku asyik memperkatakan tentang manusia. Melihat manusia. Memerhati manusia. Meneroka manusia.

Dalam penerokaan seni ini, jalannya bukan mudah. Lebih-lebih lagi sebagai seniman. Artis. Pelakon ke. Penari ke. Penyanyi ke. Pelukis ke. Penulis ke. Pengukir ke. Pembaca ke. Dan banyak lagi. Persepsi orang bukan seni terhadap orang seni berbeza-beza. Penerimaan juga berbeza-beza.

P&P.
Persepsi, dan
penerimaan.

Persepsi kedua orang tuaku pada golongan artis dan pelakon adalah, mereka melihat golongan sebegitu teruk dari segi akhlak, banyak melakukan maksiat dan dosa. Pendek kata, kedua orang tuaku tidak menerima golongan artis sebagai golongan yang boleh dijadikan contoh tauladan dalam hidup. Ya, ini adalah hakikatnya. Aku pasti, ramai lagi diluar sana yang ada persepsi dan penerimaan yang sebegitu.

Namun, penglibatan aku dalam bidang seni yang mana aku juga, hendak atau tidak, tergolong dalam golongan berlabel pelakon, artis, seniman dan seumpamanya itu tidak ditentang oleh kedua orang tuaku. Kenapa? Kerana unsur seni yang dibawa. Bawaan seni. Asas seni yang dipegang, yang menjadi tiang tujuan dan matlamat. Tiang sebatang semata-mata tidak cukup. Kalau ada apa-apa perkara yang boleh menjatuhkan tiang itu, tanpa ada sokongan yang lain, tiang itu tetap akan jatuh runtuh. Jadi, perlu cara yang betul untuk pastikan tiang itu sentiasa tertanam dalam tanah, meskipun tidak sepanjang masa akan berdiri tegak.

Terima kasih kepada emak dan ayah aku sebab memahami dan menerima kehidupan seni anakmu ini.

Aku pun tidak pernah sangka bahawa aku akan jadi orang seni. Walaupun seni aku sekarang hanya tertumpu pada pentas, tetapi sudah pasti aku menyimpan hasrat untuk mengembangkan sayap seni aku. Banyak lagi yang boleh diteroka. Yang penting, tiang yang aku pegang kini perlu sentiasa berdiri. Dan kalau boleh, darah seni yang meresap ke dalam salur darah aku kini akan diturunkan kepada zuriat aku nanti. Bila aku sudah tiada.

Ya, sampai bila aku sudah tiada.

Khamis, November 05, 2009

Monolog AKIN - Terakhir?

Assalamualaikum.

Aku persembahkan. Satu monolog pendek. Monolog AKIN. Siri berjudul "Terakhir?"

Letih, penat, exhausted. Aku rasa diri ini ibarat ekzos yang tidak henti-henti mengeluarkan asap. Harap-harap asap yang aku keluarkan tidak cemarkan alam sekitar.

Hmm.. aku baru saja sampai di bilik aku di kampus ni. Walaupun dah tengah hari, tapi kondisi dalam bilik ini gelap. Sengaja tak buka langsir. Sengaja tak mahu cahaya luar terangi bilik ini. Rasa sejuk sedikit. Sebab langsir bilik ni warna biru, kondisi bilik pun beraura biru. Aura biru ini aku rasa bagai aura yang aman.

Aku baru balik dari show sebenarnya. Sebelum tu ada presentation projek. OKlah. Aku memang akan sentiasa jawab OK saja kalau ada orang tanya macam mana dengan presentation aku. Aku tidak seperti rakan-rakan kampus yang lain yang perfectionist, yang mana kalau dapat markah 49/50 pun, mereka masih berasa terkilan dan ingin dapatkan markah penuh. Aku tak ada rasa begitu. Bagi aku, apa yang aku dapat itu adalah apa yang aku buat daripada hasil usaha aku. Kalau aku dapat markah tinggi, aku bersyukur. Kalau gagal sekalipun, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya aku berpeluang merasa nikmat kegagalan itu.

Show tadi pun OK saja. Sebelum mula show pun masih hafal skrip lagi. Jadinya adalah terlangkau sedikit line. Sedikit sajalah. Tapi tak kantoi pun. Bantai saja. Syukur juga tak ada tersasul apa-apa. Aku rasa penonton yang terdiri daripada staf-staf UTP terhibur juga. Aku tak tahulah sama ada waktu tu supervisor FYP aku ada tengok ke tak. Kalau ada.. alamak.. segan pula jadinya nanti. Hehe. Tapi tak ada masalah pun. Saja saja. Aku selalu kata yang aku ni segan dan pemalu orangnya. Tapi memang itu pun diri aku. Masa berlakon saja lah tak segan. Apa pun, terima kasih banyak-banyak pada penulis skrip yang tulis skrip yang sinikal tu.

Skrip berjudul The Fura Panda Baking Show. Tukang kebunnya dijemput untuk buat kek. Tapi sebenarnya banyak isi skripnya pasal QUALITY. Quality Control lah, Quality Assurance lah, banyak lagi lah. Ala, macam skrip Asylum lah... Ada saja yang nak disindir. Patutlah penulis skrip kata staf-staf semua pandang-pandang dia waktu tengah show. Haha.

Aku tak nafikan. Aku memang penat dan letih sebab giat dan kuat sangat berteater. Masa banyak aku habiskan dengan teater. Dan masa aku tak bergiat dengan teater, aku kena buat kerja-kerja akademik pula. Dah tahun akhir ni memanglah dah boleh main-main atau ambil ringan sedikit. Tetapi aku masih sedar tanggungjawab utama aku sebagai pelajar universiti. Teringat pada mak dan ayah aku di kampung. Aku tahu, mereka berdua merindui aku sebagaimana aku merindui merindui mereka. Aku tahu mereka tak sabar tunggu aku balik kampung lepas final exam nanti...

Adakah show tadi adalah show terakhir aku semester ini? Tak tahulah. Tapi yang pasti ini bukan show terakhir aku di kampus ini. Semester depan adalah semester terakhir aku. Jadi aku nak gunakan masa yang tinggal sedikit ini, manfaatkannya bersama-sama dengan teman sepentas aku yang lain. Aku mungkin sedikit ego untuk menyatakan rasa sayang aku pada teman sepentas aku yang lain. Jadi, melalui blog inilah aku boleh nyatakan rasa hati aku. Yang aku benar-benar sayangkan TTS dan semua ahli di dalamnya.

Terakhir? Mungkin tidak.

Adakah yang pertama itu adalah yang terakhir? Mungkin ya, mungkin tidak. Aku sebagai manusia tidak tahu akan masa depan. Hanya melalui kehidupan ini dengan rasa, jiwa dan hati. Adakah yang pertama itu tidak bagus dan yang terakhir itu akan lebih bagus?

Dulu aku memang seorang yang loser. Walaupun kadang-kadang aku juga winner. Tapi, orang lain tetap anggap dan pandang aku seorang yang loser. Winner dalam loser.

Jadi aku cipta nama aku berdasarkan empat prinsip:

ASPIRASI
KONSISTENSI
INSPIRASI
NILAI MURNI

Aku harap suatu hari nanti lebih ramai manusia yang hidup dengan menikmati rasa, hidup dengan jiwa dan hati.

Terakhir? Yang pasti saat-saat terakhir ini aku perlu selitkan dengan pelbagai rasa. Dan akhiri dengan kesudahan yang menggembirakan. Sekurang-kurangnya, menggembirakan hati aku.

Rabu, November 04, 2009

Monolog "Zila Annis"

Monolog ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati. Semuanya adalah imaginasi fikiran dan hati Akin Muhammad. Entri ini juga adalah previu kepada monolog tersebut.



Zila tahu, Zila tak cantik. Zila tak pandai. Zila tak alim. Tak banyak ilmu agama. Tapi Zila pun manusia biasa. Punya hati dan perasaan.

Yang mana satu pilihan abang? Zila atau Annis?

X-raylah banyak-banyak kali pun hati aku ni. Kau tetap tak akan dapat tembus dan lihat apa yang ada tersembunyi di dalam. Heh, kau fikir. Kau cukup pandai hendak baca hati dan fikiran orang?

Walau apa pun yang berlaku, abang tetap akan setia pada yang satu. Zilalah satu-satunya kekasih abang sampai akhir hayat.

Volvo, BMW, Mercedes, erm.. apa lagi kereta mewah yang kita kena ada ya, sayang?

Untunglah kau, Annis. Dapat lelaki baik macam Qalam tu.

Tapi, ingat. Lelaki baik ni kadang-kadang di luar jangkaan kita, kaum Hawa.

Satu-satunya perkara yang semua perempuan rasa walaupun mereka tidak meluahkannya - cemburu bila lelaki pujaan hatinya berkasih lebih daripada satu.

Remuk hati aku kau tak tahu. Rosak jiwa hati aku kau tak tahu. Apa saja yang kau tahu tentang aku? Seks?

Qalam, aku rasa aku dah jatuh hati pada kau.

Perempuan, wanita, Hawa, ladies first orang kata. Orang lelaki kena utamakan orang perempuan. Tapi, siapa nak utamakan orang lelaki?

Orang perempuan ni ada kuasa ajaib. Boleh tambat hati lelaki kalau pandai dan kena caranya.

Nadi ini akan putus. Jiwa mati aku akan jadi saksi. Darah yang memancut-mancut nanti juga akan menjadi saksi.

Mengapa kau salahkan aku? Aku hanya seorang lelaki yang mencintai wanita. Aku yakin dan percaya perasaan cinta itu seharusnya suci. Kenapa kau tak dapat terima hakikatnya?

Lelaki? Hmph! Lelaki semuanya sama. Kau boleh cuba sedaya upaya kata pada aku yang lelaki itu baik, tetapi aku bukannya perempuan bodoh yang senang diperdaya. Aku banyak belajar daripada kisah silam aku. Lelaki tidak boleh dipercayai 100%!

Kalau lelaki boleh menduakan perempuan? Kenapa tidak perempuan menduakan lelaki? Wajarkah aku katakan perempuan punya lebih kesetiaan?

Iman kita boleh turun boleh naik. Turun naiknya itu bergantung kepada cara dan gaya hidup kita. Amal iaitu tingkah laku kita. Qalam, cepatlah bernikah. InsyaAllah selepas bernikah, jiwa kamu akan jadi tenang dan tenteram. Kemudian carilah cinta yang benar-benar dimasukkan nikmat ke dalamnya. Bukannya sengsara seperti yang kamu sedang alami kini.

Harum bunga? Hmph. Aku tak percaya pada kata-kata puitis, romantis berbunga-bunga sebegitu. Kenapa tidak terus berkata secara terus tanpa berlapik-lapik, tanpa berkias-kias? Menyusahkan orang lain saja.

Gigil tangan aku memegang kaca cermin ini. Dingin rasanya seluruh tubuh aku.

F***! Hei, perempuan. Kau fikir kau tu baik sangat? Kau fikir Qalam betul-betul sayangkan kau? Kau cermin diri kau tu dulu!

Emosi. Kalau tak dikawal memang akan memakan diri dan menghancurkan diri kita sendiri. Jadi, pupuklah emosi itu dengan iman. Harap-harap Qalam dapat buat keputusan yang terbaik.

Dalam cinta aku benci. Dalam sayang aku menyampah. Pedulikan semuanya. Persetankan semuanya. Cinta aku asalnya suci kau sudah cemarkan. Ini semua salah kau!

Cinta? HAHAHAHAHAHAHA! Cinta? Cinta lelaki cinta kotor. Dengar tu! Cinta kotor!

Betul. Aku mengaku aku bersalah dalam hal ni. Aku kini sedar, aku telah melakukan kesilapan terhadap kamu, Zila. Dan kamu juga Annis. Tapi aku nak kamu berdua tahu. Aku perlu membuat satu keputusan yang terbaik untuk kita bertiga. Supaya kita semua beroleh kebahagiaan hidup yang kita idam-idamkan. Zila, Annis, terimalah lamaran hati dari aku, Qalam.

Annis! Jumpa aku di pintu--


(JERITAN PEREMPUAN)

Pasif

Buat yang kenal aku dengan baik.
Boleh tahu. Aku seorang yang berubah-ubah.
Kalau orang engineering kata. Unsteady state.
Tapi sekurang-kurangnya aku tahu dan yakin.
Aku adalah real case.

Pagi tadi ada rehearsal untuk show Quality Day yang akan berlangsung hari Khamis ni.
Show pendek saja. 5 minit. Berlakon jadi Mr. Hod, tukang kebun yang dijemput sebagai tetamu jemputan dalam rancangan The Fura Panda Baking Show.
Sketsa pendek tu dalam Bahasa Inggeris. Nasib juga berlakon jadi tukang kebun saja. Jadi broken English pun okay lah. Memandangkan sebutan English aku pun tak berapa nak memukau orang.
Tapi satu kerja juga nak kena hafal skrip ni...

Lepas saja balik daripada rehearsal, aku rebahkan diri atas katil.
Bangun kejap. Lepas tu aku rebahkan diri semula atas katil.
Sampai petang. Petang tu patutnya ada rehearsal lagi. Tapi aku tak pergi.
Pening kepala satu hal. Pening hati satu hal lagi.
Lantaklah. Esok bantai ja show tu.
Tapi sempat juga pergi pasar malam tu...

Malam ni pula kena buat persediaan untuk pembentangan projek sumber manusia esok pagi. Gila tak gila. Ada presentation pukul 9.30 - 10.00 pagi lepas tu terus kena siap-siap untuk show Quality Day tu.
Malam ni juga ada shooting sesi terakhir untuk Asylum The Movie - Giler Teater Giler. Babak di dalam bilik teknikal.

Jumaat ni pula masih ada kuliah yang terakhir beserta kuiz (sengaja buat nak suruh budak-budak datang). Tapi kalau aku rasa aku tak perlu markah kuiz tu. Aku tak datang lah kot. Petang Jumaat tu pula ada presentation lagi. EIA. Environmental Impact Assessment.

Sabtu pula ada TTS Final Gathering kat pantai Teluk Batik. Tak tahulah kalau tukar plan saat-saat akhir nanti. Aku harap dapat manfaatkan setiap saat terakhir bersama mereka.
Sabtu malam pula ada cerekarama Payung Siti Fatimah. Skrip yang ditulis oleh Dr Shark. Tontonlah dekat tivi. Pukul 10 malam. TV3.

Ahad? Haruslah aku mula menjadi seorang pelajar universiti sebenar. Bukan berlakon lagi.

Peperiksaan akhir semester aku akan bermula 13 November ini. Dan akan tamat pada 24 November. Aku sudah mula merindui kampung halamanku.

Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Bulan

Oh.
Malam ini aku sangat gembira.
Bulan penuh.
Cantik.
Indah.
Sememangnya aku sentiasa mengagumi bulan penuh.
Bulan sentiasa berjaya menyentuh hati aku.
Menyapa cinta.
Menyerap rasa.

Sejak kebelakangan ini cinta menjadi isu aku dalam menulis.
Sampai ada saja yang bertanya apakah aku itu? Apakah aku ini?
Sedang dilamun cintakah aku? Sudah putus cintakah aku? Bermasalahkah aku? OK kah aku?
Namun percayalah. Ini hanya satu gejala yang biasa aku alami.
Berubah-ubah. Itulah aku.
Mungkin terlalu drastik.
Terlalu drastik ini bahaya. Takut-takut orang susah hendak terima.
Daripada giatnya aku berbicara tentang seni dan teater.
Tiba-tiba aku muncul dengan imej dan mesej-mesej cinta.
(Seperti sewaktu masa dahulu)

Terlalu banyak jenis permainan cinta.

Dan salah satunya adalah permainan loyalti.

Bulan,
aku tak perlu kau jadi saksi cinta sesiapa
itu bukan tugas kau

Bulan,
terangi malam aku
terangi gelap aku

Bulan,
pada celahan jari ini
jangan belaukan angin cinta

Selasa, November 03, 2009

Lanjutan Titik-titik

Sekarang ni aku ada tabiat gila. Kemaskini blog pada waktu-waktu terakhir sebelum bermula test. Kejap lagi ada test Pengurusan Sumber Manusia kalau dialihbahasa ke Bahasa Melayu. Aku lebih suka sebutnya dalam Bahasa Melayu. Dan banyak nama atau perkara lagi.

Kali ini. Masih lagi berkenaan dengan titik-titik. Aku rasa kondisi realiti ini menarik untuk aku kongsi pada khalayak ramai. Seperti biasa. Mungkin terlalu abstrak. Tapi tak mustahil untuk difahami. Sebab ada saja orang yang memahami.




Klu Kelu: Dot Love Dot Dot

Sekejap lagi aku ada test. Sebelum tu fahami dan hayati dulu entri pendek ini.

Bagaikan satu klu.
Klu kelu.
Kelu deria.
Klu untuk mencari kunci.
Kunci untuk membuka sebuah peti.
Peti hati.
Dalam peti hati.
Tersimpan rapi.
Sekeping hati.
Untuk dicintai.
Untuk dihargai.
Untuk dikasihi.
Sampai mati.

Dot
Tugasnya memberi tanda akhir.
Namun selepas dot tak semestinya ia akan berakhir di situ.
Sudah pasti boleh disambung selepas dot satu itu.

Love
Tugasnya memberi kehidupan pada manusia.
Namun selepas love tak semestinya manusia akan terus hidup.
Sudah pasti kehidupan akan disambung di akhirat nanti yang abadi.

Dot Dot
Titik titik terakhir ini.
Pasti akan jadi satu memori.
Yang akan aku simpan rapi.
Dalam diri.

Klu ini sungguh kelu.
Untuk mata berkata.
Untuk telinga melihat.
Untuk hidung mendengar.
Untuk kulit menghidu.
Untuk mulut merasa.

Nyah

Refleksi budak budak baru nak naik.


Rasanya elok kalau aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku menyertai bengkel teater di SMK Permaisuri Raja Bainun hujung minggu yang lalu. Sebagai kenangan juga pada masa lanjut usia nanti.

Hari Pertama

Adalah sedikit memenatkan. Bengkel dimulakan dengan sesi warm-up suara dan fizikal beramai-ramai di astaka. Ada lebih kurang 220 orang murid gabungan tingkatan 1 dan 3 yang baru selesai PMR dan tak ada kerja nak buat sertai English In Camp ni walaupun mungkin ada yang terpaksa, dipaksa atau terpaksa untuk memaksa dirinya untuk dipaksa menyertai.

Kali terakhir aku menjadi fasilitator adalah sewaktu tahun 2003. Ya, 6 tahun yang lalu. Betapa tak berpengalamannya aku.

Selepas warm-up beramai-ramai. Murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan. Ada 11 kumpulan semuanya. Dan macam biasalah. Aktiviti pertama: Pecahkan ais. Nak pecahkan ais bukanlah sukar. Malah, sebenarnya, kita tak perlu susah payah pecahkan ais tu. Boleh saja biarkan saja ais tu cair sendiri.

Aktiviti lepas Zuhur adalah lebih mencabar sebab waktu tu waktu mengantuk. Jadi waktu tersebut adalah waktu yang sesuai untuk lakukan aktiviti yang lebih berunsur main-main. Budak budak memanglah suka game. Bila aku sebut saja yang aku akan buat game, budak-budak ni baru bersemangat. Hmm.. Begitulah budak budak kan. Tapi budak-budak pun ada jenis juga. Budak besar. Budak kecik. Contoh budak besar adalah budak universiti tahun akhir yang gila kumpul model kereta roda panas dan suka singgah (kadang-kadang saja beli) di kedai mainan dan suka juga nonton kartun, Wonderpets, misalnya. Contoh budak kecik pula adalah budak yang kurang usianya berbanding budak besar tetapi minatnya dan tingkah lakunya memang macam budak-budak. Ha ha.

Tapi macam biasalah. Budak besar ke, budak kecik ke, ada subteksnya. Ya, subteks! Kenapa? Apa? Ada orang tak faham ke? Apa? Tahniah? Terima kasih... (HAHAHA)

Lepas habis aktiviti petang tu, pergi Jaya Jusco. Kami tak cukup gila untuk pergi nonton wayang petang tu. Jadi hanya jalan-jalan dan aku sempat timbang berat dan tinggi aku guna mesin penimbang ultrasonic baru di sana. BMI saja ideal tapi tekanan darah, kandungan gula tak pasti lagi. Dan akhirnya aku dapat beli kabel US. Er, maksud aku kabel USB. Walaupun orang sekarang dah potong. Dah tak pakai kabel. Tapi aku tetap yakin dan percaya. Kabel akan wujud sampai bila-bila. Kabel US. Er, maksud aku kabel USB.


Demonstrasi lakon Macbeth versi gila. SEFA sebagai Doctor. Tasha sebagai Lady Macbeth. Azizi sebagai Gentlewoman (Tiada dalam gambar).


Malamnya adalah demonstrasi Macbeth oleh TTS. Dr Shark bagi lecture kat budak-budak sekolah tu. Aku rasa kalau dia bagi lecture pasal Macbeth kat budak budak UTP mahu berapa kerat saja yang datang. Namun lepas tu ada demonstrasi lakonan sekali. Ada dua versi. Versi satu versi normal yang membosankan. Versi dua versi gila yang lebih menarik. Susah gila babi sebenarnya nak buat sesuatu daripada karya Shakespeare ni. Ibarat susah nak faham subteks lah. Ya lah. Subteks! Apa? Ada orang tak faham ke? (HAHAHA)

Budak budak sekolah tu suka yang versi gila tu sebab memang kegilaan itu kelebihan TTS. Atau, kelebihan TTS itu satu kegilaan? Hmm.. mari kita dengar subteksnya ya! (HAHAHA)

Selesai Macbeth, maka selesailah hari pertama bengkel yang memenatkan...

Namun urusan aku masih belum selesai lagi. Sebaik saja sampai di kampus, aku terus gagah dan gigih menyiapkan kerja-kerja akademik sampailah siap. Pukul 3 pagi aku terpaksa tidur dan hanya 3 jam tidur, pukul 6 pagi bangun balik dan bersiap untuk hari kedua bengkel.


Hari Kedua

pula fasilitator TTS semua datang lambat. Sampai pihak penganjur telefon tanya "mana fasilitator semua ni? dah pukul 8 pagi ni budak-budak dah berkumpul kat dewan". Dan sudah pasti semuanya masih OTW.

Macam biasa. Aktiviti pagi adalah exercise tanpa ada maksud kedua. Warm-up dalam dewan beramai-ramai. Tempat Dr Shark sebagai Head of Department, er, maksud aku Head of Facilitator diganti oleh Aini. Lepas warm-up budak-budak sekolah dapat situasi untuk tulis skrip sendiri. Jadi hari ni tugas fasilitator sedikit ringan. Hanya tengok-tengokkan dan tolong mana yang patut. Sampai tengah hari budak-budak sekolah ni semua buat skrip berdurasi lebih kurang 5 minit. Petangnya pula rehearsal.

Dan tibalah malam, masa untuk show! (Sebenarnya bahagian show ni saja yang aku nak cerita)

Semua fasilitator jadi hakim untuk show malam tu. Aku pula dah mula pening kepala sebab terlalu gila dengan emosi siang hari tadi. Mungkin itu kesan sampingannya. Apa pun, pening kepala bertambah bila aku tengok show budak-budak sekolah ni. Ada saja yang aku nak tergelak terbahak-bahak tengok gelagat budak-budak. Ada saja yang aku nak baling kasut Crocs aku kat budak-budak tu. HAHAHA.

Menonton budak-budak sekolah tu semua berlakon adalah satu pengalaman yang bermakna buat diri aku. Sedikit sebanyak aku dapat mengerti dan memahami sesuatu. Ya, sekali lagi. Subteks! Subteks! Subteks! HAHAHA.

Pertama. Banyak kumpulan yang mesti ada wujudkan karaktor pondan, nyah, bapok dan seumpamanya dalam show mereka. Hmm.. aku rasa perkara ni dah biasa. Show realiti dunia sebenar pun banyak perkara ni. Jadi tak hairanlah kalau show di atas pentas teater dilambakkan dengan watak-watak sebegitu rupa. Tapi sayang, tak ada watak gay. Aku suka nak nonton teater yang ada watak gay.

(Ramai juga budak lelaki yang betul-betul pakai baju perempuan, pakai tudung, pakai rambut palsu.)

Kedua. Banyak juga kumpulan yang mesti ada adegan bergadoh. Dan biasalah, budak-budak bila berlakon bergadoh macam bangang pun ada juga. Haha. Bergadoh, aku rasa adalah isu yang tak akan mati dek zaman sampai kiamat. Dan, ia adalah isu yang turut akan berlaku bukan saja di kalangan budak-budak sekolah, malah orang-orang dewasa juga. Jadi jangan lupa, tonton filem indie "GADOH", salah satu piece Nam Ron.

Apa pun. Aku paling suka show daripada kumpulan yang difasilitat oleh Tasha. Pertama, pelakon perempuan terbaik ada dalam kumpulan tu. Kedua, ada dua ekstrim. Ekstrim 1 - Realiti dunia sekarang. Ekstrim 2 - Anti-realiti dunia sekarang yang disampaikan secara didaktik. Lebih kurang nak macam TTS punya identiti pun ada. Sa perkara lagi, kumpulan Tasha juga baik dari segi persembahan. Baru betul-betul show namanya tu.

(Bagus, walaupun situasinya hanya di pasar basah!)

Inilah budak-budak group Kobar yang menang tu. Rompakan di bank.


Apa pun, kumpulan Tasha tak menang nombor 1. Kumpulan Kobar yang mempersembahkan situasi rompakan bank yang mana ada dua orang pondan menyamar dan merompak bank tersebut. Mungkin twist itu adalah faktor-X nya. Ya, faktor-X lah! Bukan subteks, bukan faktor-Y, faktor-Z, eh faktor-Z tu macam ada dalam chemical engineering... Compressibility factor ke? Haha.

(Aik, betul-betul sama macam nasib TTS kan... Patutlah kumpulan Tasha memang nombor 2 ja. HAHAHAHA)

Apa pun, tahniah buat semua budak-budak sekolah!


Ini pula budak-budak group aku. Monker Production. Aku pun tak tahulah kenapa budak-budak ni suka sangat perkataan monker tu. Rotan Tok Janggut pun ada tu.


Esok pukul 1 petang ada ujian Pencemaran Udara. Lepas tu ada rehearsal show Quality Day pukul 2 petang. Malam pula ada ujian Sumber Manusia.

Sumber manusia? Hmmm. Subjek yang menarik! Ada subteks tak? HAHAHAHAHA!




pesan/salam:

Kaulah cintaku, kasihku, sayangku, rinduku, jiwaku, hatiku, perasaanku, emosiku, hidupku... kaulah, yang satu. Namun aku hanya manusia yang lemah. Lemah bila jiwa disentuh, diuji, dicuit dengan permainan cinta ini. Zaman ini seharusnya sudah berlalu bagi aku. Sudah cukup lama aku berhadapan dengan cinta. Dari duu hingga kini. Dan aku tidak pernah lari dari kesemua permainan cinta itu. Aku akan hadapinya dengan fikiran yang waras, dengan emosi yang cukup, dengan hati yang terbuka.

Aku tidak akan menafikan cinta ini.