Sabtu, Oktober 24, 2009

Tour 3: Day 3 - Matinee 2 (& Malam 2)

Assalamualaikum.

Tiga. Tiga. Dua. Dua. (Petik jari) Satu!
Catatan terakhir.

Aku bangun seawal 6.15 pagi dan terus bersiap untuk pergi shooting pagi itu.

Pukul 8 pagi, semua yang diperlukan untuk shooting bergerak ke Hotel Quality, tempat Dr Shark dan staf UTP yang lain seperti Che Mad, Abg Khairul dan Abg Lehan menginap sepanjang Tour 3 di KL ini. Sebab kami dan suku sakat kami (aku tak maksudkan TTS ya) ada double malah triple standard, budak-budak ni hanya tidur di lodge. Tapi aku lagi suka di lodge daripada di hotel. Cuma...

Semua pergi naik kereta Dr Shark.
Dr Shark, Aini, Din, Anwar, Usop, Atul, Sultan, Timmy, Acab.

Shooting babak di kolam renang.
Kemudian shooting babak di tempat buang sampah.
Lepas tu shooting babak di restoran.
Lepas tu shooting babak di kuil. Timmy melarikan diri keluar dari temple dan terjumpa kertas 'Audition Teater'.

Buat julung kalinya (setelah sekian lama) aku paparkan gambar aku berlatarbelakangkan seorang bayi anak pungut dan seseorang yang berambut palsu (bukan isteri orang politik).



Tuan Direktor bagi arahan kepada 'unwanted' monk supaya menunjukkan mukanya secara profil.



Penat. Penat. Penat. Tidur hanya 3 jam sahaja.

Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Shooting tiga babak saja dah tengah hari dah. Terus balik ke Taman Budaya. Petangnya show mime dan Asylum.

Yeah!

Macam biasa. Aku tak makan lunch aku sebab penat. Tak lalu nak makan. Lain kali mungkin aku mintak tak payah potong elaun untuk makan. Sebab bukan makan sangat pun dah penat penat macam ni. Apa pun, aku kena dapatkan sumber energi aku. Sumber energi aku di KL adalah teh ais mapley. Habislah kalau jururawat dapat tahu aku selalu minum teh ais. Tak elok katanya. Banyak pewarna. Syyyy!

Show matinee ni memang lain macam sikit mood dia. Sebab petang kan. Lepas Zuhur pulak tu. Macam biasalah. Lepas Zuhur ni waktu yang paling syok untuk tidur siang. Oleh sebab itu, tahap energi Asylum petang tu sedikit kurang berbanding malam semalam. Audiens lebih kurang saja bilangannya, cuma respons audiens yang sedikit berbeza. Tak semeriahuolls malam semalam. Sebab itu waktu kat backstage, eh, sidestage, TBKL mana ada backstage (Oh, mungkin boleh buat imaginary backstage ataupun 'fake' backstage) krew memesan pelakon untuk naikkan energi setinggi-tingginya. Ah, ini tak boleh jadi. Kenapa pelakon boleh terkacau dek mood matinee dan respon audiens yang kurang?

Kali ni aku masuk belakang rostrum tanpa ada masalah teknikal. Krew Syaida dan Nuzul dua-dua orang tolong suluh aku untuk pastikan aku dalam keadaan yang selesa. Terima kasihlah kau orang berdua.

Aku keluar dari belakang rostrum dengan penuh bertenaga. Itu yang aku rasalah. Tapi memang betul pun kan. Mungkin sebab teman lama aku ada datang tengok kot. Hehehe. Teman waktu sekolah menengah dulu. Itu pun dia datang sebab aku yang belanja tiket masuk (kenapa orang ramai selalu mintak tiket free ya? Konfius aku. Eh, tapi tak apa.. konfius tu bagus ya. Konfius tu macam kita nak hidupkan fius dalam diri kita.). Tapi tak apalah, teman punya pasal kan. Bukannya selalu. Kan kan kan... =)

Energi Atendan dan Baby sedikit kurang sepanjang persembahan petang itu (watak lain aku tak perasan pulak macam mana). Seharusnya pelakon kena fokus dan tak boleh terkacau dek respons audiens yang kurang mahupun mood petang. Tapi, kalau macam ada gangguan kesihatan fizikal itu tak boleh dielakkan lah. Misalnya, pening kepala.

Tapi apa pun, secara keseluruhannya, persembahan petang itu tetap superb, WOW!, dan Walla!

Krew teknikal Mime dan Asylum sangat bagus. Tiada kesilapan teknikal pada petang itu. Oh ya, malam semalam masa show Asylum, muka aku tak nampak sepenuhnya kalau aku berdiri tegak. Tak setting betul-betul agaknya masa tech run. Sebab kalau aku tengok teater orang lain yang tak nampak muka pelakon sebab cahaya yang tak cukup, aku memang kritik bab-bab sebegitu.

Alhamdulillah.

Lepas selesai show Asylum petang tu ada post mortem sikit. Cik Direktor bagi komen tentang persembahan. Macam biasalah. Pasal energi...

Lepas tu tanggal make-up dan pakai kostum orang gila!!!


Pakai kostum orang gila. Dari kiri: Orang Gila 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 dan 11.


Ada shooting babak extended version Asylum The Movie. Bertambah-tambah penatlah jawabnya. Patutlah lepas tour ni aku letih nak mampos, eh, famous, eh mampos sampai 4-5 hari baru dapat balik semangat untuk buat kerja.

Shooting babak pakai baju orang gila tu memang best. Beli baju tu banyak-banyak semata-mata nak buat shooting filem pendek tu. Aku tahu lah, boleh guna untuk apa-apa show akan datang kan. Hmm. Menarik jugak tu.

Lepas tu rehat dan makan malam. Aku pun turut serta sekali dengan budak-budak lain ni makan-makan sambil borak-borak (gosip-gosip, umpat-umpat dan seumpamanya). Lebih-lebih lagi dengan senior-senior yang dah kerja tu... Sempat juga berkongsi pengalaman temuduga mencari kerja dan seumpamanya. Erk... Suka pulak buat 'erk...' sejak kebelakangan ni kan...

Show malam ni pula adalah Tok Janggut + Mime (extended) + Miao Miao Sang Arnab.

Kali ni aku duduk depan sekali untuk rakam kesemua show malam tu. Aku paling suka audiens yang duduk belakang aku. Diaorang tonton teater secara terhibur dan dalam masa yang turut menghayati sub-teksnya. Eh, betul... tak tipu ni. Monolog Tok Janggut ni memang ada sub-teks... Siapa kata tak ada... Kalau ada orang kata tak ada memang orang tu.... Erk, tak apalah. Memang tak ada kot. Siapalah kami. Hanya aktivis teater yang tak ada degree teater dan datang dari Universiti Teknologi PETRONAS. Siapalah kami, kan?

Monolog Tok Janggut malam ini sangat superb! Tapi macam biasalah, aku rasa masih ada beberapa babak dan konsep yang boleh diperbaiki supaya boleh jadi lebih baik lagi. Macam HelHal ada cakaplah, kena lebih nampakkan lagi 'kekejaman' British di sebalik 'budi baik' mereka terhadap kita. Rasa semangat Tok Janggut dalam perjuangannya itu sudah cukup dapat aku rasakan, cuma perasaan benci aku terhadap British masih belum dapat dirasai dengan penuh kebencian. Ini ikut apa yang aku rasa sajalah. Mungkin aku masih keras hati atau gelap hati. Mungkin sajalah, kan?

Miao Miao Sang Arnab pula lebih baik daripada petang semalam. Oh, mungkin sebab mood petang? Namun, aku merasakan ianya masih meleret-leret dari segi persembahan. Tapi, yang penting MMSA adalah satu lagi karya Dr Shark yang boleh dilahirkan melalui pelbagai interpretasi. Tambahan, MMSA kali ini adalah telah diberikan nafas baru. Boleh dikira sebagai MMSA versi terbaru dari segi konsep, teknik dan penceritaan. (Sebab ada Ros sebagai pencerita yang menjadikan MMSA ini sebagai prekuel kepada Cinta Sang Arnab, bak kata penulis skrip..)

Selesai saja show, selesai saja bergambar, tibalah masa yang ditunggu-tunggu...

BUMP OUT.

Tibalah saat perpisahan.
Perpisahan sementara antara TTS dan TQA.
Perpisahan sementara antara Tronoh dan KL.

Seluruh tenaga produksi TTS & TQA bergambar dengan banner The Shark Attack Theatre Tour buat saat-saat terakhir.


KL,
Walaupun aku pernah bergelumang dengan kegelapan kau suatu ketika dulu, namun aku tetap tidak gentar untuk berhadapan dengan kau semula dan ya, aku sudah buktikannya bersama rakan-rakan seperjuangan aku yang lain.

Masuk saja kereta dan bertolak pulang, aku tidak terkata.
Jiwa aku berkata-kata.
Fikiran aku juga berkata-kata.

Dek kerana terlalu penat. Aku lelap dan tidur selepas keluar plaza tol sehinggalah sampai di bawah blok V5A di kampus. Nasib baik pemandu tak tidur. Tak ada singgah mana-mana pun. Patutnya aku naik kereta lain. Boleh singgah sana sini. Hehehehehehehehehehehehehehehe.

Sekian saja catatan Tour 3.
Sekaligus menutupi secara rasminya catatan The Shark Attack Theatre Tour 2009, siri jelajah teater kami yang pertama.

Maafkan jika ada TERsalah TERsilap. Dah nama pun TEATER, mestilah ada TERitu TERini dalah TEATER. =)


Kepada TTS, TQA, Bayang-bayang TTS & TQA,



I love you all.



Yang Benar (Y.B.),

Akin Muhammad
Yusuf Amat
Usop Sontorian

2 ulasan:

  1. WOI USOOOPPP!!! PANDANG BELAKANG KO!!!

    BalasPadam
  2. nak gambooooooooooooooo haha

    aku paling suka gamba dlm tong tu...legend tu~~

    BalasPadam