Ahad, Oktober 04, 2009

Rebiu Tak Rasmi: Tour 1 Malam 2

Pertama sekali. Alhamdulillah. Sebab Tour 1 Shark Attack sudah selesai. Dan mendapat kutipan yang paling banyak sepanjang sejarah penubuhan TTS. Ini sudah pasti satu kejayaan buat pihak kami.

Namun. Sedikit sebanyak pelakon dan krew belakang tabir terkesan dek bilangan penonton yang kurang berbanding Malam 1.

Energi secara keseluruhan adalah rata. Tidak setinggi semalam. Ya, sebab bilangan audiens kurang, sudah tentu respons audiens juga kurang. Ini memberi kesan pada pelakon. Tetapi perkara ini tidak boleh jadi alasan. Pelakon tidak boleh terlalu mengharap respons daripada audiens. Dan kalau audiens tidak memberi respons yang baik, pelakon tidak boleh tergugat dengan sebab itu. Pelakon harus kekal dalam karakternya dan kekal tahap energinya. Kalau tidak, jadilah macam malam semalam tu. Dan haruslah diingati, energi dalam teater saling berhubung kait antara setiap pelakon dan juga krew.

Banyak juga pelakon yang tersasul-sasul. Termasuk juga aku. Sekali.

Dari segi lakonan. Setiap pelakon sudah tunjukkan tahap lakonan yang baik. Memang banyak peningkatan. Khususnya pelakon-pelakon baru. Pelakon lama aku tak payah cerita lah. Dah tentu dah banyak pengalaman dan lakonan tidak menjadi masalah.

Tapi aku sebut setiap satu karakter di sini:

Atendan
Emosi atendan dalam teater ni kebanyakkannya adalah marah dan fed up.
Dalam babak-babak awal atendan. Atendan terlalu menjerit. Ya. Memang dia boleh menjerit pada bahagian tertentu tetapi bukan bila marah saja, jerit, marah saja, jerit. Dan pentas teater bukanlah untuk pelakon menjerit, tetapi untuk pelakon melontarkan vokal mereka. Dan sewaktu aku menunggu Q untuk masuk pentas, aku dapat dengar yang atendan ad lib dalam energi yang amat rendah. Maksudnya, atendan ad lib tetapi perlahan suaranya.

Pakcik
Karakter ini dicipta oleh penulis skrip untuk menjadi centre of attraction dalam teater Asylum ini. Karakter ini memang patut jadi kelakar habis. Dan sememangnya casting Anwar sebagai Pakcik adalah sangat tepat (memang dari dulu lagi tak ada orang lain selain Anwar, Lutfi atau SEFA yang jadi Pakcik.. oh adalah jugak Fauzan jadi Pakcik sekali). Apa pun oleh sebab Pakcik kali ini menggunakan loghat Negeri Sembilan, Pakcik perlu berhati-hati dengan tiap patah perkataan yang keluar harus jelas didengari.

Baby
Apa yang aku nampak Baby sudah berusaha sehabis baik untuk menjadi Baby yang comel. Acab yang memainkan watak tersebut sudah ada apa yang diperlukan. Iaitu fizikal yang comel. Tahap energinya juga dimainkan dengan baik, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu hiper. Untuk show yang akan datang, aku mengharapkan untuk melihat 'sesuatu' yang lebih daripada Baby. Iaitu aku ingin melihat Acab menonjolkan 'peranan' sebenar watak Baby dalam teater Asylum ini.

Mat Merah & Mat Hijau
Sebagai bekas Mat Merah, aku rasa Daus tiada masalah membawa watak ini. Reaksi dan ekpresinya serta chemistrynya bersama Mat Hijau sudah cukup bagus. Dan aku percaya untuk 4 show akan datang lagi, Daus akan jadi lebih bodoh dan bongok. Dan seperti biasa, Daus cenderung untuk melontarkan dialognya secara TERlaju. Jadi perlu berhati-hati di situ. Takut tersasul macam aku semalam kan.....
Mat Hijau pula sudah cukup bongok. Cuma untuk kostumnya perlu diselesaikan secepat mungkin. Perlu kostum baru yang sama padan dengan Mat Merah. Tempoh hari habis basah kuyup baju T Mat Hijau itu.
Mat Merah & Mat Hijau memang perlu ada chemistry yang kuat. Bila dah ada chemistry tu, tak ada masalah sudah.

Pengedar
Sebagai pelakon baru, lakonan Ayie banyak peningkatan. Kalau dulu dia tak reti langsung nak variasikan dialog dan tak dapat bezakan antara menjerit dan meninggikan energi, tetapi hari demi hari, latihan demi latihan, peningkatan dapat dilihat melalui lakonannya. Itulah gunanya latihan kan... Dan, casting Ayie untuk watak tersebut juga adalah tepat. Asalnya, aku dapat watak Pengedar tu dulu. Tapi sebab SEFA tidak dapat jadi Y.B, maka aku yang menggantikan tempat Y.B dan watak Pengedar dapat ke Ayie.

Penagih
Azizi juga memainkan watak Penagih dengan baik jika hendak dibandingkan sewaktu latihan awal-awal dulu yang memang tak kena dan tak jadi. Dan kalau Azizi boleh jadi lebih lagi i.e lebih sejuk lagi, lebih menggigil lagi, lebih high lagi, lebih desperate lagi, aku rasa pasti akan jadi lebih lebih lebih bagus!

Polis
Haha. Watak Polis juga watak yang bongok. Karakter Polis bongok yang dimainkan oleh Sultan sudah ada. Dan kalau lebih exaggerate lagi mesti lagi best dan seronok. Apa pun babak antara Pengedar dan Penagih makin lama makin baik. (Mungkin sebab selalu kena tegur masa latihan kan... Hehe)

Fura Panda & Wartawan
Aku sedikit gerun dengan babak ni sebab ia melibatkan dua orang watak utama dalam babak tersebut dengan watak sampingan di belakang. Takut overshadow berlaku. Untuk memastikan masalah overshadow tidak berlaku, Fura Panda dan Wartawan perlu lebih menguasai babak mereka itu. Karakter Fura Panda sudah ada dan menarik dan berlainan dengan Fura Panda sebelum ini. Masalah overshadow yang ketara berlaku apabila Pakcik menyebut line 'Kepala hotak dia?!". Pada pandangan aku, langkah ini kurang bijak kerana Pakcik sudah pun mencapai tahap WOWnya sebelum babak Fura Panda itu. Pada aku, kerana satu line Pakcik itu, seolah-olah 'mencuri' perhatian penonton yang sepatutnya menonton dan mengWOWkan watak Fura Panda yang tidak kurang juga hebatnya. Dan Fura Panda hanya ada satu babak itu sahaja yang harus diperguna sehabis baik. Itu pandangan aku sahajalah... Hehe.
Oh ya, dan Wartawan pula. Aku harap Cik Direktor atau senior yang berpengalaman dapat asah lakonan Hisyam yang merupakan pelakon baru. Ada banyak poin-poin yang boleh menjatuhkan energi persembahan. Sebab tu aku gerun bila babak ini sampai.

Uncle Sam
Dan sudah tiba masanya untuk komen bagi watak yang dinanti-nantikan oleh semua... Uncle Sam, yang dimainkan oleh Timmy Ong.
Okay. Ramai pelakon dan krew yang pelik kenapa watak Uncle Sam mendapat WOW oleh audiens. Jawapannya tiada yang mutlak. Tapi pada pandangan aku, inilah yang aku sebut sebagai Faktor-X.
Pertama sekali. Timmy adalah the one and only pelakon berbangsa Cina yang terlibat dalam kerja teater TTS. Masih ingat apabila Moorthi berlakon dalam Taqdir tempoh hari? Dia juga the one and only pelakon berbangsa India dalam produksi TTS. Dan Moorthi juga mendapat WOW dari penonton. TTS amat berbesar hati adanya Timmy dan Moorthi dalam produksi kami.
Kedua. Ekspresi wajah Timmy yang psiko. Aku yang menonton (eh aku berlakon lah) dari rostrum dapat melihat Timmy melebih-lebihkan ekspresi wajahnya (exaggerate lah). Walaupun gaya jalan Timmy memang dari dulu sama macam tu, tapi dia menggunakannya untuk merasai keseronokan di atas pentas.

Dengan kejayaan Tour 1 di UTP ini, di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada:

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (Sebab luluskan bajet)
Tronoh Theatre Shop, UTP (Sebab sediakan platform, ruang dan peluang untuk mementaskan show)
Unit Ko-kurikulum UTP (Sebab sediakan tempat latihan Blok B)
Maintenance & Security UTP (Sebab sediakan tempat latihan dan show MPH)
ITMS UTP (Sebab sediakan khidmat media dan IT sewaktu rehearsal dan show di MPH)

Dr Shark & famili (dan dia punya front desk department)
Che Mad Haris
En Ahmad PG
Mr Rahmat Iskandar (yang memerhati dari jauh)

Dan semua krew The Shark Attack Theatre Tour 2009. (Banyak sangat nak tulis semua kat sini. Dah habis Tour 3 nanti bolehlah...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan