Isnin, Oktober 26, 2009

Sedih

Dari siang tadi sampai ke saat aku menulis ini.
Urat kat kepala aku berdenyut-denyut.
Tak sakit. Tapi rasa berdenyut-denyut.
Entah kenapa? Entah. Mungkin sebab perasaan sedih? Entah.

Minggu selepas selesai jelajah teater yang lalu sedikit bosan.
Tetapi diisi juga dengan beberapa aktiviti lagha.
Dalam aku terpaksa melalui satu keadaan drastik.
Aku terpukau dengan nyanyian lagu-lagu cinta, sedih dan kecewa.

Bagi aku merasai perasaan sedih adalah seronok.
Aku teringin nak mengalirkan air mata.
Sejak menonton Papadom hinggalah saat ini.
Aku cuba mengalirkan air mata.
Tapi. Ia tidak mengalir. Tersekat hanya di kelopak mata.

Aku nak menangis. Ya. Ini serius.
Aku nak cuba rasa bagaimana perasaan memaksa diri untuk menangis.
Memang sukar. Aku rasa aku sedih. Aku cuba untuk rasa sedih.
Bukan aku tak cuba hayati perasaan sedih itu.
Tapi mungkin hati aku belum sampai masa yang sesuai untuk bersedih.

Atau mungkin aku sudah banyak kali bersedih sebelum ini?
Menangisi pemergian wanita-wanita yang mengecewakan diri seorang lelaki yang loser ini.
Berbaloikah?

Berbaloikah semua ini?
Dalam kehidupan.
Sebagai manusia.

Dalam seminggu ini banyak perkara yang aku hendak ceritakan.
Tetapi masa banyak aku bazirkan untuk melayan perasaan yang kebanyakan masa hanya ilusi dan imaginasi terbang.

Sedih, itu seronok. Kalau dapat dihayati dengan penuh kesedihan lantas diserikan lagi wajah dengan air mata yang mengalir deras.
Oh, aku betul-betul inginkan sebegitu.

Tuhan.
Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan