Rabu, Oktober 07, 2009

Bicara: Hubung Kait Seni & Sains?

"Menjadi diri sendiri adalah sebahagian daripada seni hidup." - Akin.M, 2009

Masa aku praktikal di pejabat PMU dulu. Ada seorang staf muda di situ yang menampal satu poster kecil yang menyebut tentang betapa tepatnya ukuran/kiraan permeability dasar laut.
Dan akhirnya, ada disebut:

"Permeability juga adalah satu seni!"

Dan staf engineer seorang lagi yang mengajar aku serba sedikit tentang seismic pula merasa bahawa map seismic itu cantik, dan boleh nampak dia sangat sukakan seismic.
Dan aku juga menganggap:

"Seismic juga adalah satu seni!"

La? Kalau dah sains pun dianggap/diibaratkan macam seni, habis tu, takkan semua perkara di dunia ni seni belaka? Apakah benar wujudnya jurang antara seni dan sains? Apakah seni dan sains itu sewajarnya berhubung kait? Apakah seni itu tidak boleh dihubung kait dengan sains? Apakah seni itu tidak boleh berstruktur? Apakah seni itu harus wujud dengan kadar fleksibiliti yang tinggi?

Soalan-soalan sebegini selalu terpacul keluar dalam kotak otak aku.

Lalu, di mana pula duduknya agama antara seni dan sains? Adakah di bawah agama itu letaknya seni dan sains? Atau adakah agama itu seni dan dalam masa yang sama juga adalah sains? Atau haruskah dikatakan agama itu penghubung kait antara seni dan sains?

Aku tahu. Soalan-soalan sebegini pun sudah cukup untuk memeningkan kepala hotak. Dan pastinya, ada sel-sel otak yang akan mati.

Tentang seni yang berstruktur dan yang tak berstruktur.
Tentang seni yang tak ada sains dan yang ada sains.

Kalau seni tak berstruktur, produksi sukar untuk wujud dan bergerak.
Jadi misalnya, sudah ada skrip. Tetapi tidak ada organisasi (struktur). Mungkin skrip itu hanya akan terperap sahaja. Tidak dapat dipentaskan.
Dalam kes ini, penulis skrip adalah asli. Dia tidak mahu berlakon atau mengarah. Dia hanya menulis skrip.

Malah, adanya jawatan pengurus pentas, pengarah, itu semua menunjukkan struktur produksi teater perlu berstruktur bagi mewujudkan satu produksi.
Kalau tak ada pengarah, macam mana pelakon-pelakon ni nak berlatih? Berlatih buta-buta macam tu tanpa ada hala tuju? Tanpa ada pantauan?
Kalau tak ada pengurus, lagilah haru-biru.

Kalau tak ada sains, tak ada lah lampu nak pancarkan kat muka pelakon-pelakon ni. Dah lah show biasanya buat waktu malam. (Kenapa? Carilah sendiri jawapannya, kenapa show teater biasa buat waktu malam...).

Pendek kata, pada pandangan aku, seni dan sains saling melengkapi.
Seni boleh jadi sesuatu yang asli dari segi konsep asalnya. Tetapi secara praktikalnya, seni perlu sains untuk jadi lengkap (dalam kes yang aku sebut ni: seni teater). Dan sains perlu seni (seni manusia) untuk jadi lebih tepat.

Wallahualam...

3 ulasan:

  1. buek la paper pasal benda nih.. mesti dapat dwet..

    BalasPadam
  2. SENIAM Bt Abdul Rahman nama ibu saya yg tercinta.....so?

    BalasPadam
  3. Seniam adalah nama ibu saya yg tercinta......lagi unik?

    BalasPadam