Sabtu, Oktober 03, 2009

Rebiu Tak Rasmi: Malam 1 Tour 1

Lain orang. Lain pendapat. Lain pandangan. Lain interpretasi.
Lantas aku terfikir. Kelainan ini adalah bukti kehebatan kuasa Pencipta.
Lalu walaupun orang lain-lain dari pelbagai sudut. Perlu ada sesuatu yang mengintegrasikan kesemuanya. Ummat.

Cik Direktor Aini sudah pun memberi komen dari sudut pandangnya. Che Mad Haris juga sudah memberi komen peribadinya. Tidak kurang juga dengan SEFA. Berkomen di dalam blognya sebaik selepas show. Kalau ada Dr Shark sekali sudah pasti dia orang yang pertama yang akan beri komen (sebab dia tak boleh balik lewat sangat). Kalau ada Mr Rahmat Iskandar yang sekarang ini jauh dari kita sekali pun, mesti ada komen yang berlainan darinya. Dan kalau ada Encik Ahmad PG sekali pun, sudah pasti akan ada sedikit kata-kata daripadanya. Dan kalau ada Pacel sekali pun, mesti dia disuruh untuk memberi sedikit komen.

Aku pun nak komen sikitlah ya pasal dunia seni kita ni... Eh, bukan apa... nanti dah tua kerepot aku boleh jadikan komen-komen semua ini sebagai rujukan untuk aku berkarya nanti...

Malam itu kali pertama aku terlupa skrip sepanjang sejarah hidup teater aku di dunia fana' ini.
Jadi aku tidak hairan kalau ramai yang datang pada aku dan terus mengatakan:

"Kau lupa skrip tadi kan?"

"Kau lupa line tadi ya?"

Dan seumpamanya. Sedangkan Izzi pun siap menyatakan dalam blognya secara khusus yang aku lupa skrip. Jadi orang yang dah biasa dengan teater, sama ada yang dah biasa terlibat dalam kerja teater atau hanya sudah biasa menonton, boleh tahu seorang pelakon itu lupa skrip atau pun tidak.

Energi aku pada malam itu memang tidak setinggi waktu latihan dan rehearsal sebelum ni. Kalau tanya aku kenapa, aku pun tidak tahu jawapannya. Bagi aku, energi itu juga sesuatu yang subjektif dan seni. Kita tidak nampak dengan mata kasar akan wujudnya energi itu. Energi itu dapat dirasa. Dan kalau hendak lebih kompleks lagi, energi itu aku kaitkan dengan sesuatu yang lebih besar, iaitu Yang Maha Besar.

Untuk show malam ini, aku sudah pun tanggalkan Q sheet aku yang aku guna semalam. Malam tadi kali pertama aku sediakan Q sheet untuk show dan kali itu jugalah kali pertama aku terlupa skrip. Jadi, maknanya aku memang bukan jenis orang yang boleh guna Q sheet.

Perjalanan seni aku masih jauh sebenarnya. Sehingga ke nafas terakhir, dengan izin Allah, aku akan bergiat dalam bidang seni.

Aku harap rakan-rakan seperjuangan seni aku yang lain juga begitu...




"Teater adalah satu cabang seni yang 'berkuasa' merubah manusia." -Akin.M, 2009



ps: Aku inginkan sesi dialog tentang "Ke mana hala tuju perjuangan seni kalau bukan kepadaNYA?". Panel-panelnya aku rasa kau orang pun dah boleh agak...

1 ulasan:

  1. beb,

    gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.

    selambe..

    utp chemeng 00-04

    BalasPadam