Jumaat, Oktober 23, 2009

Tour 3: Day 2 - Malam 1

Assalamualaikum.

Fuh. Akhirnya dapat juga kemaskini catatan tour ni. 'Hantu' tour ni memang cukup tegar. Sedikit sebanyak mengganggu produktiviti akademik aku. Dan sejak kebelakangan ni aku berperangai sedikit pelik. Aku semakin kerap memegang kepala otak. Tak tahu kenapa. Jangan gila sudahlah. Muda-muda dah gila masalah juga tu.

Malam pertama show Asylum. Macam biasalah. Lepas Maghrib terus siap pakai kostum dan make-up. Warm-up dan bersedia untuk keluar pentas. Penonton pada malam tu boleh tahan ramai juga. Itu pun ramai yang datang dari KPMIM, Kuantan. Apa pun, alhamdulillah, sekurang-kurangnya tak adalah sedikit sangat penonton yang hadir.

Tahap tenaga persembahan malam itu cukup baik dan stabil. Sebaik saja watak Nana masuk, seluruh panggung sudah merasai kehangatannya. Diteruskan pula dengan watak Polis yang sudah cukup cantik pacingnya dan tidak draggy seperti sewaktu di Ipoh. Dan sejurus Mat Merah dan Mat Hijau masuk diikuti dengan Pak Cik, tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke teater Asylum!

Teater Asylum pada pandangan seni aku adalah cukup berwarna-warni. Cukup dengan segala perasa. Kalau tengok gambar-gambar yang diambil pun, boleh nampk warna warni. Kostum juga telah memainkan peranan di sini. Dan bila sudah ada mood visual, lakonan yang real dan humor juga telah menambahkan lagi seri warna warni teater Asylum ini.

Itu dari segi luaran.

Dalamannya juga cukup warna warni. Hitam, putih, merah - semua ada. Isu yang cuba dibawa dan disampaikan melalui teater ini sepastinya akan relevan sama ada pada masa lampau, mahupun masa sekarang dan masa hadapan. Pelbagai interpretasi boleh dibuat. Mungkin ada yang mendapati bahawa teater Asylum ini sarkastik. Banyak berkisar tentang politik. Mungkin juga ada yang mendapati bahawa teater ini didaktik. Mungkin ada yang mendapati bahawa teater ini islamik. Well, semuanya betul! Sebab. Semuanya memang ada!

Kadang-kadang pelakon pentas ni mudah terkacau. Sebab itu latihan fokus dan konsentrasi itu penting. Misalnya kalau ada technical glitches macam show malam tu lah. Masa slide pembukaan sebelum Atendan keluar memperkenalkan Institut Psikotik Negara dalam ucapan alu-aluannya. Masa tu aku sudah kena siap sedia sorok belakang rostrum. Aku cuba panggil krew belakang pentas untuk datang tolong aku pasangkan platform kecil aku tu sebab kaki platform tu tak dipasang dengan betul lagi. Sampailah tirai dibuka dan lampu pentas dipasang. Aku terpaksa menyorok ke ruang dalam rostrum tersebut dan memasang kaki platform kecil tu sewaktu babak Penonton 1 dan 2 berebut kerusi. Nasib baik dapat pasang dengan elok. Dan nasib juga konsentrasi aku tak terganggu. Aku masih dalam karakter Y.B.

Yeah!

Adegan demi adegan. Babak demi babak. Semuanya berjalan amat amat amat lancar sekali. Syukur sangat-sangat. Syukur lagi apabila respon audiens sangatlah baik.

Oh ya, aku selalu terlupa nak sebut pasal mime. Mime juga berjaya dipersembahkan dengan amat baik. Maaflah aku tak reti nak komen pasal mime ni. Tak ada pengalaman lagi. Hehehe. Kalau semua cakap bagus dan baik. Maka bagus dan baiklah aku boleh katakan.

Yang aku suka bagi setiap watak: (Yang aku kurang suka aku tulis bagi catatan hari esok)

Atendan
Karakter Atendan yang garang dan betul-betul garang.
Karakter Kamariah Bee apabila berdialog dengan Nana.

Pak Cik
Aksi paling WOW oleh Pakcik yang unik iaitu mencapai kepalanya dengan membengkokkan kaki ke belakang.
Karakter Pakcik yang kadang-kadang ironik.

Baby
Cubaan terbaik Acab dalam sejarah membawa watak yang comel. Dua ibu jari!
Tidak terlalu hiper, tidak terlalu 'tua'.

Mat Merah & Mat Hijau
Ke tepi!!! yang unik dan tersendiri.
Mampu kekalkan tahap energi yang tinggi. Penat woo jadi MM & MH.

Penagih & Pengedar
Aku sentiasa terkejut takut bila Pengedar meninggikan suara "Diam!!!" ketika mendapat kad kredit yang Penagih bagi.
Teringat Zul CJ yang memegang watak Penagih pada tahun 2007. Susuk tubuh yang lebih kurang sama.
Aku selalu terbayangkan Zahiril Adzim bila tengok Pengedar selepas make-up.

Polis
Entah macam mana agaknya Bro Hilmi jadi Polis masa Asylum pertama dulu. Tapi casting Polis kali ni lebih tepat dari segi fizikalnya. Haha. (Apa? Tak faham? Saja nak bagi tahu kenapa Polis banyak yang berbadan besar.... Tak tahu? Aik? Dah berapa lama kau buat/tengok teater Asylum?)

Fura Panda
Gedik yang menyampah. Apa pun aku dah tak gerun dengan babak ini semasa di KL. Nicely done!

Wartawan
Dia dah tak buat intonasi yang pelik-pelik dan tak bersesuaian.

Uncle Sam
Uncle Sam ada advantage. Komen balas salah seorang penonton mengatakan Uncle Sam memang betul-betul nampak gila. Mana taknya, dia seorang saja yang sangat blur dari awal sampai akhir. Tiba-tiba masuk babak dia, jadi orang yang ada authority pulak yang psiko. Ditambah lagi dengan babak dia masuk mengedarkan tisu. Namun begitu, teater perlukan variasi karaktor. Tak boleh nak buat semua orang blur. Kalau itu semata-mata yang diperlukan untuk orang nampak gila. Gila masing-masing dengan cara tersendiri. Karaktor tersendiri perlu ada. Karaktor yang bukan diri pelakon itu.

Penonton 1 & 2
Jadi watak ni kena menghayati watak. Kena menonton teater tu. Kalau aku, aku takut saja terlupa cue nak masuk line. Tapi diaorang tak lupa. Syukurlah.


Maka haruslah aku katakan, teater Asylum kali ni Faktor-X nya adalah Uncle Sam yang blur dan psiko. Faktor-X kedua adalah skil pakcik membengkokkan kaki tu. Faktor-X ketiga adalah...

ENSEMBLE yang amat lengkap, terbaik dan sempurna! Lakonan berkualiti daripada semua pelakon secara ENSEMBLE. Tanpa adanya ENSEMBLE yang baik, teater Asylum ini akan hancur menjadi sebuah teater Melayu yang teruk.

Jadi jangan dilupa. ENSEMBLE, ENSEMBLE, ENSEMBLE.


Sedutan babak klimaks teater Asylum, "Ombak Besar Tsunami & Kematian". Takut pula bila taip caption gambar ni...



Habis show malam tu yang superb. Ada shooting untuk Asylum The Movie pulak. Dr Shark ada bagi short briefing kejap pada penonton. Alhamdulillah penonton semuanya sporting dan bagi kerjasama yang sangat, WOW! Aku suka babak Fura Panda menang dan ambil hadiah dalam filem pendek tu. Tak sabar nak tengok filem tu siap.

Lepas selesai shooting, semua pelakon dan krew bergambar dengan penonton, rata-rata dari KPMIM, Kuantan tu. Lama jugak bergambar.

Lepas tanggal make-up kena temuramah sekejap dengan wartawan Metro.

Lepas tu semuanya, TTS & TQA, pergi makan di Bangsar Selera. Makan nasi lemak mampos.. eh, famous.

Malam itu merupakan kenangan yang paling bermakna dalam hidup aku. Aku dah penat jadi tak berapa lalu nak makan. Minum saja yang banyak. Kat tempat makan tu jugak kitaorang sambut sekali ulang tahun kelahiran SEFA, Cairell, Acab dan Hisyam KISAS. Selamat Hari Jadi.

Sampai di lodge semula lebih kurang dekat pukul 3 pagi. Esok kena bangun awal sebab ada shooting lagi. Selamat malam semua!


Cast & Crew bersama para penonton yang sporting!


Nantikan Catatan Tour 3: Day 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan