Khamis, Oktober 15, 2009

Tak Ada Life

"Aku memang tak ada life. Life aku di atas pentas saja." - Akin.M, 2009

Malam tadi adalah full run terakhir di UTP sebelum bertolak ke KL untuk acara kemuncak The Shark Attack Theatre Tour 2009. Tak adalah full run sangat sebenarnya pun. Hanya susun atur cue saja. Maklumlah pentas Taman Budaya KL tak ada backstage. Kena susun atur cue keluar masuk pelakon. Yang mana sesuai.

Jumaat pagi ni aku dan pelakon-pelakon yang lain akan bertolak. Adalah beberapa orang krew produksi lain yang bertolak lewat sedikit. Jadi aku tak ada di UTP mulai Jumaat hinggalah lewat tengah malam Ahad ini. Harap maklum buat semua.

Sudah pasti. Ada kerja akademik yang perlu dibawa bersama ke KL. Bawa sajalah. Buatnya tak tentu lagi. Apa yang aku harapkan. Semua urusan berjalan lancar. Pelajaran aku lancar. Teater aku lancar. Dan seumpamanya.

Aku bukan orang yang terlalu mengejar kejayaan. Aku orang yang lebih suka memahami erti di sebalik kejayaan mahupun kegagalan dalam hidup ini. Sebab aku percaya. Hidup ini penuh dengan erti-erti, makna-makna, maksud-maksud, tafsiran-tafsiran. Sama ada tersurat atau tersirat. Tetapi aku lebih suka yang tersirat. Yang tersorok. Yang tersembunyi. Yang terselindung. Di sebalik sesuatu yang nyata.

Aku juga percaya. Apa yang aku dapat adalah apa yang aku berhak dapat dan ia adalah yang terbaik, optimum, buat diri aku. Sudah pasti. Allah lebih mengetahui, bukan?

Manusia adalah satu subjek (dan boleh jadi objek) yang sangat seni. Itu apa yang aku pandanglah. Mengkaji manusia bukan satu kerja mudah. Sebab ia sangat seni. Sebab itu ia sangat susah. Tetapi, seseorang yang lain boleh juga mengatakan seni itu seharusnya mudah. Nah, sifat seni itu sendiri juga terbuka dan tidak ada yang tetap.

Sejujurnya. Aku merasa amat gembira dan seronok (dan sedih dalam masa yang sama) kerana dapat bertemu dengan manusia-manusia yang berlainan karakternya, di atas pentas, pentas teater. Sudah pasti. Aku akan berasa sedih untuk meninggalkan kampus ini, dengan satu sebab yang pasti, iaitu pentas teater di sini. Ya. Memang aku boleh teruskan bergiat di kawasan lain. Namun sudah pasti akan ada cabaran yang perlu ditempuh.

Sejak akhir-akhir ini, aku sering terbayangkan kesedihan yang kemungkinan besar akan dirasai oleh diri aku. Aku mungkin boleh menangis nanti. Mungkin juga aku dirikan tembok ego yang tinggi dan tebal.

Aku tak ada darah seni.
Ayah aku memang berdarah engineering.
Oh, mungkin mak aku ada darah seni sikit.
Dia pandai melukis.
Tapi aku tak pandai melukis pun.
Pendek kata, aku tak ada darah seni.
Tapi aku boleh jatuh cinta pada seni.
Aku boleh hidup dengan seni.
Aku boleh hidup dengan seni.
Aku boleh hidup dengan seni.



ps: Ada sister wadnya berkahwin pada 17-18 Oktober ni. Di Johor. Aku ke KL. Dia ke Johor. Tak apa. Macam kelakar pun ada. Apa pun. Masih memikirkan bagaimana hendak laksanakan ulang tahun dalam masa yang sama tak mahu miss bengkel teater nanti. Hmmmmm.

2 ulasan:

  1. huhu.... life tu akan lbey sweet kalo kite leh memvariasikan keadaan. Kipitdap for your art activities.

    BalasPadam
  2. kesian ko sop.. da nak grad da.. tak pa.. nnt jumpa lagi.. seb baik ustat nazmi ader memberi sedikit nasihat pada kita semua

    BalasPadam