Rabu, Oktober 21, 2009

Tour 3: Day 2 - Matinee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Tak jawab? Tak jawab tak apa...

Satu minggu ni aku rasa ada masalah jiwa. Konflik diri sekejap. Mana taknya. Aku sepatutnya banyak kerja akademik terutamanya FYP dan FYDP. Tapi FYP aku dah lama tak sentuh. FYDP aku pulak nasib ada group member yang boleh teruskan kerja-kerjanya. Dalam masa yang sama ada interim report yang perlu dibuat dan disiapkan. Tapi di telinga aku masih terngiang-ngiang lontaran vokal dan sebutan dialog, terasa-rasa lagi peluh dek bahang lampu profil, terbayang-bayang lagi kelip-kelip lampu strobe.

Tapi aku tetap tak boleh tahan diri aku daripada menulis catatan ini. Nanti takut-takut dah lama dah basi pula. Tapi aku percaya. Satu kenangan indah lagi manis tak akan basi dek zaman.

Baiklah. Tanpa bercerita panjang lebar.

Sebermulanya hari kedua kami di KL.

Dari awal pagi hingga tengah hari. Semua krew yang terlibat sibuk dengan persediaan technical run Miao Miao Sang Arnab, Tok Janggut dan Asylum serta Mime. Asalnya cadang nak buat promosi lagi pagi tu tapi sebab tak sempat buat tech run lagi semalam jadi tak jadilah buat promosi. Sebab target kami memang nak cari audiens seramai yang mungkin. Bukan sebab nak dapatkan kutipan tiket yang banyak. Tetapi untuk sedapkan hati: Dah datang jauh-jauh dari Tronoh ke KL, tapi kalau setakat kerusi saja yang tengok buat apa kan...

[Mr Nicholas sedang sibuk adjust lampu]


[Tok Janggut rehearsal ketika lampu merah dinyalakan.]


[Tech run Asylum - Babak Fura Panda]


Miao Miao Sang Arnab dan Tok Janggut saja sempat buat full run. Ya lah. Primadiva kita seorang tu bukannya berlatih sangat pun selama ni. Tak tahulah kan kalau-kalau dia berlatih kat rumah dia. Tech run selesai pada waktu makan tengah hari. Tapi aku tak makan lunch. Aku terus bergegas pergi Plaza Low Yat untuk beli external HD. Aku beli external HD semata-mata untuk simpan gambar-gambar tour yang memang aku jangkakan akan mencapai saiz berGIGA-GIGA. Oh ya, aku pergi Low Yat tu seorang saja. Sengaja tak nak ajak orang lain. Takut kalau ada orang lain nanti jadi lambat pulak. Aku sampai Taman Budaya semula pukul 2.30 petang untuk nonton Tok Janggut dan Miao Miao Sang Arnab. Pementasan bermula pukul 3 petang. Patutnya 2.45 petang dah kena mula paling lambat pun.

[Sewaktu siapkan set pentas Tok Janggut]


[Rehearsal Miao Miao Sang Arnab - Babak Klimaks Arn bertukar]



Petang itu tak ramai sangat audiens yang datang. Mungkin sebab petang kot. Hanya dalam lebih kurang 30 orang saja. Okaylah tu kot... Okay ke? Haha.

Sedikit rebiu Tok Janggut dari segi persembahan (bukan dari segi sub-teks.. eh, ya lah.. eh eh tapi ada orang kata karya Tok Janggut ni tak ada sub-teks.. orang tu kata dia tak dapat DENGAR sub-teksnya... walaupun aku rasa semua karya seni teater ni mesti ada sub-teks tersendiri, sama ada orang tu nampak, eh dengar, eh nampak atau tak sajalah....):

Yang aku suka:
Babak Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya berperang.
Emosi Tok Janggut yang membuatkan aku menangis.
Babak akhir sekali di mana slide gambar Tok Janggut (sebenar) digantung terbalik sambil Tok Janggut (pelakon) berjalan keluar perlahan-lahan. Bagi aku ia sungguh dramatik.
Perjuangan yang belum selesai. Oh, aku sedih.
Selit-selit humor yang tidak melampau, iaitu tidak terlalu banyak.
Susun atur set yang berbeza walaupun minimal. Tok Janggut yang sudah mati bercerita akan flashbacknya di tengah di atas kain putih (yang aku kaitkan sebagai syurga). Set Sultan dengan kain kuning dan kain kuning bling-bling. Dan macam biasa, babak Sultan memang cantik. Tapi sayang waktu show siang, dah boleh nampak Sultan pakai kostum sebegitu. Seharusnya Sultan keluar berpakaian sebegitu dan penonton akan WOW!

Yang aku tak suka:
Tak ada! Hahahaha! Bias gila kan.


[Tok Janggut mengajar budak-budak mengaji Quran]


Oh ya, aku duduk di belakang.......... sekali. Dan aku masih dapat dengar patah perkataan yang pelakon sebutkan dalam dialog mereka. Cuma adalah sesetengah yang tak dengar sangat sebab masa tu dialog disebut secara berbisik.


Sedikit rebiu Miao Miao Sang Arnab:

Yang aku suka:
Adegan Arn keluar dari tubuh Mat dengan efek lampu flourescent.
Karaktor Mat yang sakit mental.
Karaktor Mat yang loser.
Adegan karaoke Mat dan Arn yang seronok.
Lakonan segar Khairil sebagai Pak Tam. Sebab sebelum ni aku tak pernah tengok dia bawa watak Pakcik.
Penggunaan dan permainan ruang yang bagus oleh semua pelakon.

Yang boleh diperbaiki:
Pacing. Teater ini sedikit draggy. Mungkin sebab tu Dr Shark pernah pesan pada Acab yang pernah jadi Arn dulu supaya jangan jadi Arnab Tua.
Ros boleh variasikan lagi permainannya atas pentas.


[Arn geram dengan Pak Tam yang selalu jaga tepi kain Mat sambil jual kain.]


Selesai show petang tu. Balik lodge untuk rehat sebelum show Asylum pada malamnya! Yeah!



Nantikan catatan Tour 3: Day 2 - Malam 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan