Jumaat, Oktober 30, 2009

Arca Abstrak Untuk Kalian

Khamis malam Jumaat.
Ada parti majlis perpisahan serta graduasi TTS.
Meraikan 7 orang pelakon dan management TTS yang akan graduate dari UTP hujung semester ini.


Aini
Aku mula kenal Aini sewaktu semester pertama tahun asas aku di UTP.
Julai 2005. Dalam kelas ko-kurikulum Drama & Theatre I.
Dia dan aku dalam satu group untuk penilaian drama.
Aini masa tu pegang watak Emak. Emak yang menganaktirikan anak kandung sendiri. Kalau tak silap lah.
Aku pulak pegang watak abang kepada anak yang dianaktirikan tu.
Tak silap aku juga Aini menangis masa berlakon drama tu.
Dan ya. Aku juga menangis secara sebenar.
Sampailah sekarang. Apa-apa watak yang perlu nangis-nangis atau sebak akan dibawa oleh Aini (atau aku). Cuma memandangkan benteng ego aku sedikit tebal. Aku hanya akan menangis bila masa aku perlu menangis. Dan aku telah tunjukkan bahawa aku juga manusia biasa. Menangisi kesedihan. Punya jiwa yang lembut walaupun di luar tampak keras, garang, bengis, tak ramah, sombong, dan seumpamanya yang tak ramai orang menyukainya.

Tapi itulah aku.

Aku amat berbesar hati sebab aku adalah salah seorang yang membawa masuk Aini ke dalam TTS. Selepas Kak Ha-Ha graduate, TTS tidak punya bunga di taman. Semuanya lelaki. Lalu, kami mengalu-alukan kedatangan Aini di dalam TTS. Dan alhamdulilah, siapa sangka, Aini sudah menjadi satu produk TTS yang amat berkualiti dari segi lakonan, pengarahan dan pengurusan. Kalau ada anugerah Ahli TTS Terbaik Dalam Sejarah, Aini adalah orang yang sesuai untuk pegang anugerah tersebut.

Aku masih ingat lagi show pertama Aini iaitu Qum! yang diadakan di Main Hall UTP. Waktu tu Aini masih kekok dan tak biasa langsung dengan pentas. Senior Pot dan Pacel yang menunjuk ajar dan membimbingnya lebih-lebih lagi dari segi lontaran vokal yang biasanya menjadi masalah utama pelakon wanita.

Oh, tiba-tiba sekarang ni aku rasa macam baru semalam semua kenangan ini berlaku.

Apa pun aku respek tabik spring toing toing toing sebab Aini berjaya membawa TTS menaiki satu tahap yang lebih maju, walaupun dia pernah menjadi satu-satunya bunga di taman.


Anwar
Anwar dulu tidak setua sekarang. Dulu tidak semuda dulu. Aku lihat dia sebagai pemangkin dalam TTS. Kelebihannya dalam lakonan pentas. Komitmennya juga tiptop. Dari awal pembabitannya dalam TTS, dia tidak pernah berhenti atau berehat (sebab masa dulu tak cukup pelakon, terpaksalah kan.... hahahaha).

Anwar punya personaliti yang unik yang jarang dapat dilihat pada orang lain. Ucapan terima kasih dan tahniah tidak pernah lupa diucapkan olehnya selepas selesai apa-apa show sekalipun (walaupun dia memang pelupa sikit-sikit). Anwar juga pendorong semangat para pelakon, yang mana bertentangan dengan sifat aku. Sebab itu dalam satu kumpulan perlu ada pendorong dan pemangkin. Dan dalam TTS, Anwar adalah orangnya.

Anwar juga sedia membantu. Sewaktu aku hendak cari pelakon dan management (yang pertama) dulu, aku terpaksa buat poster dan flyers sendiri, gunting sendiri, dan Anwar menolong aku menampal flyers di setiap pintu bilik budak-budak sasaran. Dan aku masih ingat lagi saat-saat itu. Waktu malam itu.

Anwar punya idea menarik yang kelakar dalam kepala otaknya. Aku rasa kalau idea kelakarnya mampu ditafsirkan dan diwujudkan dalam bentuk jalinan kata-kata seterusnya muncul di atas kertas, aku rasa mungkin ada potensi untuk melahirkan satu teater superkomedi mengalahkan teater Asylum. Mungkin sajalah.

Walaupun Anwar sering kali ditypecastkan untuk bawa watak Pak Cik dan orang tua, namun aku percaya bahawa dia mampu bawa watak lain. Tapi.. tak tahulah kalau dia boleh bawa watak seorang hero yang loser seperti Putra. Hahaha (aku pun typecast kan...). Bergantung kepada mata tuan direktor lah.


Fauzan
Fauzan selalu mengagumi pemikiran dan jiwa seni aku, aku terima, dan itu menunjukkan bahawa Fauzan seorang yang menghormati orang lain. Aku pandang Fauzan sebagai seorang yang berpengaruh. Sebab itu aku pernah beritahu padanya bahawa dia sesuai jadi seorang Y.B. (Y.B betul ya, bukan Y.B Asylum).

Aku pernah beraksi di atas pentas bersamanya dalam teater Jebat tahun 2007. Dia memegang watak Jebat manakala aku pula Tuah. Sampai sekarang aku masih ingin beraksi kembali di atas pentas bersamanya, sebagai Jebat dan Tuah. Mungkin satu hari nanti, aku akan beraksi bersamanya, ya, sebagai Jebat dan Tuah.

Walaupun Fauzan dulu punya masalah biskut Chipsmore (mungkin sebab dia ada komitmen bagi event lain), tapi aku rasa ia dapat dimaafkan kerana Fauzan telah bersama-sama TTS dari awal sampai akhir, walaupun tak terlibat dalam show. Namun ingin aku tekankan di sini, latihan amat penting dalam teater. Tidak datang latihan atas sebab yang tidak munasabah adalah satu kesalahan yang amat besar pada pandangan aku. Kalau ada sebab tak apalah. Kalau saja-saja malas nak datang latihan, itu memang aku anti. (Garang kan aku? Ya...)

Fauzan juga jujur dalam memberi komen dan pendapat terutamanya tentang aspek-aspek yang boleh ditingkatkan dalam sesebuah show. Aku juga senang berkongsi pendapat dan pandangan aku dengannya. Bukan apa, aku punya sedikit kesukaran untuk berkongsi pandangan aku terhadap seni dengan orang lain. Setakat ini dengan Fauzan, dengan SEFA.. orang-orang ini lah yang sudi mendengar pandangan aku yang kadang-kadang membosankan dan mengarut dan dalam masa yang sama turut memberi komen balas terhadap pandangan aku. Maklumlah, siapa saja yang sudi dengar aku bercerita tentang seni? Oh, adalah seorang lagi kawan chatting. Dengan Dr Shark pun aku sukar hendak berkongsi pandangan seni aku. Dah dia baca blog aku pun dah tak faham...


Aku boleh katakan, aku wujud dalam bentuk Arca Abstrak.


Din
Din masuk TTS saing dengan Aini. Pembabitan asalnya sebagai pelakon namun terbaru sudah berpengalaman menjadi seorang stage manager yang mana tahap tugasnya adalah yang tertinggi selepas direktor. Din selalu berkongsi idea dan pendapatnya terhadap apa-apa aktiviti TTS, bukan hanya untuk show tetapi aktiviti luar pentas. Bila dia jadi SM, dia menggunakan jawatannya itu dengan baik dan bertanggungjawab, bersungguh-sungguh dan berdedikasi. Tegas dengan pelakon bila keadaan memerlukan. Bergurau senda dengan pelakon bila keadaan memerlukan. Pendek kata, Din seorang yang profesional dalam bekerja di atas pentas. Bila berlakon pula dia mampu menerima teguran dan arahan direktor, dan dalam masa yang sama tidak segan silu hendak berkongsi ideanya sendiri tentang gaya dan pembawaan watak yang dibawanya.


Zai
Aku tak dapat ingat bila kali pertama aku kenal Zai. Namun, dia adalah salah seorang ahli management pertama TTS yang masih kekal hingga sekarang bersama dengan Am yang juga ahli management pertama di bawah bekas presiden (tak rasmi) TTS, Rabanie suatu masa dahulu. Aku tak adalah rapat sangat dengan dia ni sebab aku adalah masalah sikit untuk rapat dengan kaum Hawa.
Zai bertindak sebagai Front of House sejak dulu lagi hingga sekarang. Aku pun tak dapat rasa bagaimana rasanya menjadi Front of House, menunggu penonton datang dan menjemput mereka masuk dengan senyuman dan keikhlasan, dan terpaksa untuk tidak dapat menonton persembahan sebenar dari awal sebab sah-sah lah kena tunggu kaunter Front of House untuk penonton yang ada datang lewat.
Apa pun Zai telah banyak menyumbang dalam TTS, sama ada para pelakon sedar atau tidak. Tugasnya nampak kecil, tetapi ia penting. Kalau tak ada Front of House, tak adalah penonton yang masuk (secara teorinya lah...).
Menjadi roomate kepada Aini, ia memberi satu kelebihan untuknya terus bersama dan bekerja dengan TTS. Seolah-olah tenaga daripada komitmen super Aini telah turut sama dipindahkan kepada Zai. Secara teknikalnya lah.. Eh, teater pun ada teknikalnya ke?


Izzi
Sememangnya Izzi telah masuk TTS lebih awal satu semester sebelum aku. Walaupun Izzi selalu berehat sebab dia juga punya minat dan komitmen pada tarian yang juga menjadi kerjaya seninya, namun apabila Izzi beraksi atas pentas, lakonannya cukup menyeronokkan dan meriah. Aku pernah beraksi bersamanya sebagai Gagak dan Anjing yang selalu bergaduh dan bertekak dalam cerita Sampah Oh Sampah, dan juga dalam Asylum 50 sebagai Mat Hijau dan Mat Merah yang juga selalu bergaduh. Chemistry aku dengan Izzi di atas pentas sangat kuat dan aku sukakan chemistry sebegitu. Walaupun di luar pentas kami agak berbeza. Haha. Maka ada benarnya teori SEFA yang mengatakan bahawa bonding sebenar ahli TTS adalah di atas pentas. Namun suka aku untuk menambah bahawa aktiviti-aktiviti sampingan di luar pentas juga perlu dan sedikit sebanyak membantu pelakon untuk mengikat dan menguatkan chemical bonding antara pelakon di atas pentas.
Izzi kerap kali mengakui bahawa dirinya innocent. Walaupun aku kerap kali juga meragui, tetapi aku rasa ada juga benarnya. Aku respek dan tabik pada sifat kasih sayang dan mengambil beratnya terhadap famili, tidak kira famili di kampung atau pun famili di kampus. Ia patut dijadikan contoh oleh orang lain. Sifat lain yang kurang elok tu seperti meroyan tak payah lah nak contohi. Haha. Gurau saja ya Izzi. Tapi, meroyan itu bagus ya. Ya, ibarat meluahkan apa yang perlu diluahkan dari dalam diri, dan exaggerate itu juga bagus ya dalam teater ajaran Shark.


HelHal
Inilah satu-satunya artis TTS yang telah berjaya pecah rekod pengajian TTS, fasttrack hanya selama satu semester (secara teorinya). Namun begitu secara realitinya aku sifatkan HelHal sebagai bayang TTS yang sudah lama menyokong TTS sejak awal lagi, dan akhirnya dia berjaya mewujudkan dirinya sebagai jasad yang nyata yang boleh disentuh dan dirasa. Apa yang aku respek pada HelHal ialah dia cepat 'masuk' dengan TTS dan ahli-ahli didalamnya walaupun baru menyertai TTS semester ini iaitu semester terakhirnya di UTP.
Satu lagi perkara yang aku respek adalah minatnya dalam teater. Dan siapa sangka, dia sudah pun memulakan langkah menulis skrip. Cuba-cubalah tengok di dalam blognya. Hehe. Minat yang mendalam dalam teater itu bukannya mudah untuk ditanam. Kadang-kadang ada orang yang minat menonton teater tetapi dia tidak bergiat dalam bidang teater.
Oh ya, malam waktu parti tadi juga HelHal ada bagitahu yang dia dah lama kenal aku, iaitu sejak aku menumpangnya balik menaiki motosikal selepas audition untuk kumpulan nasyid UTP suatu masa dulu. Tapi aku serius tak ingat.



Rasanya aku sudah ucapkan sedikit sebanyak pandangan aku terhadap ketujuh-tujuh graduates TTS semester ini.

Terima kasih, Aini.
Terima kasih, Anwar.
Terima kasih, Din.
Terima kasih, Zai.
Terima kasih, Fauzan.
Terima kasih, Izzi.
Terima kasih, HelHal.


Kau orang semua adalah satu set produk TTS yang tiptop kualitinya. Terima kasih sebab bersama-sama dengan TTS dari awal hingga akhir kehidupan kau orang di UTP sebagai pelajar. Sudah pasti, walaupun kalian sudah tidak ada di dalam UTP, namun aku percaya bahawa kalian akan turut serta dalam aktiviti TTS pada masa akan datang, walaupun tak dapat selalu, tetapi pasti akan ada satu masa di mana semua akan berkumpul kembali, mungkin sewaktu di majlis perkahwinan mana-mana ahli TTS yang akan mendirikan rumah tangga. (Siapa yang nak pecah rekod TTS yang akan kahwin ni.. Cepatlah yang dah lama kerja tu... Hehehe.)

Akhir kata, maafkan salah silap aku kalau aku ada terkasar bahasa selama ini. Maklumlah, bila aku dah duduk di kerusi direktor, macam kerusi tu yang mengawal aku. Eh, itu macam teater KERUSI ja...

Tahniah dan syabas kerana telah berjaya menuntut ilmu teater dalam TTS.

Tulus ikhlas dari hati,

Akin Muhammad
Yusuf Amat


Terimalah daripada aku, Arca Abstrak untuk kalian.




ps: Akhirnya setelah sekian lama aku ingin menangis dan mengalirkan air mata deras, aku berjaya juga merasai keseronokan menangis. Alhamdulillah.

3 ulasan:

  1. terima kasih Usop...
    ko dah bagi aku satu idea...
    "Bayang Jadi Jasad"...

    kena tulis ni...
    tapi tunggu dulu lah...
    habih present FYP kot..

    BalasPadam
  2. "Bayang Jadi Jasad"?
    woa. menarik.

    sefa, kau izhamku lah....

    BalasPadam