Isnin, Oktober 05, 2009

Tentang Babak Klimaks Asylum

Sewaktu post-mortem show malam kedua di UTP tempoh hari, direktor Asylum ada memesan kepada semua pelakon untuk mencari 'source of energy' masing-masing.

Memang aku akui dan tak dapat dinafikan. Aku juga berasa amat letih. Hari-hari yang aku lalui. Walaupun tidur mencukupi. Tetapi tetap berasa letih apabila menjalani latihan teater. Mungkin stamina tidak tinggi. Kalau nak diikutkan, semua pelakon perlu menjalani latihan fizikal bagi meningkatkan stamina. Dan pemakanan juga harus dijaga. Che Mad pula ada menyarankan pelakon untuk mengambil makanan supplement.

Aku tidak risau akan lakonan pelakon. InsyaAllah. Akan bertambah baik latihan demi latihan.
Tetapi aku risau dengan stamina dan tenaga pelakon. Khuatir bila tiba waktu show di KL, tenaga pelakon tidak cukup tinggi. Nyatanya, perkara ini perlu diambilberat oleh semua krew produksi. Dan satu lagi, kesihatan para pelakon juga perlu dijaga. Sebab malam kedua show hari tu, aku pening kepala sebenarnya. Tapi aku tetap paksa diri aku untuk perform yang terbaik. Mungkin sebab paksaan tersebut menjadikan aku sangat letih selepas show habis.

Pada pandangan peribadi, babak klimaks yang dilakukan oleh pelakon Asylum tempoh hari memang tidak menjadi. Sebab aku sendiri pun tak buat sehabis baik. Ada satu ketika di mana sedang semua pelakon lari bertempiaran dan terjatuh berguling-guling, ada satu ketika dan waktu yang diisi dengan 'moment of silence' yang tidak sepatutnya berlaku. Entah. Aku rasa babak tersebut perlu diambil perhatian yang serius buat pengarah dan juga pelakon itu sendiri yang paling penting. Sama ada pengarah boleh mencari dan gunapakai teknik atau yang lebih baik, pengarah mengerahkan tenaga para pelakon supaya berlatih dengan bersungguh-sungguh. Bagi diri aku sendiri, aku akan cuba rasa lebih takut lagi pada babak klimaks tersebut dan dalam masa yang sama masih teringat akan perkara dunia seperti duit dan pangkat serta wanita dalam kes watak aku.

(Tiba-tiba teringat kegagalan aku untuk adegan klimaks dalam teater Transit dulu-dulu. Haha.)

Oh ya, sebut pasal Transit.

Aku bercadang hendak gabungkan skrip Transit 2 (yang baru siap satu babak) dengan idea terbaru aku (malam tadi baru dapat idea) menjadi sebuah teater semi-muzikal. Aku bercadang hendak ambil lagu-lagu ketuhanan daripada kumpulan Ungu. Kenapa aku pilih band dari Indonesia? Hmmmmm...

Minta-minta aku dapat buat skrip ni sikit-sikit. Ya lah, aku pun kena buat FYP juga...

Oh dan satu lagi. Selain babak klimaks Asylum itu, ada satu lagi babak yang perlu diperbaiki iaitu babak menari lagu nasyid dan hindi. Bak kata Che Mad lah, tarian tersebut tidak boleh nampak seperti orang biasa menari, tetapi koreografinya mestilah cantik dan nampak orang gila yang menari. Entah. Aku pun tak tergambar dan terbayang lagi macam mana nak buatnya.

Dan babak bangkit semula selepas mati itu rasanya lebih elok jika dilakukan. Mungkin Dr Shark ada sebabnya tersendiri kenapa dia suruh direktor potong babak tu tempoh hari sewaktu rehearsal. Dan aku pun tak tahu apa sebabnya. Apa pun, ini hanya pendapat aku sahaja. Keputusan pada sentuhan seni direktor.



ps: Aku dah berkorban banyak benda dan perkara untuk teater. Namun aku sedar, aku masih perlu 'purify' lagi otak seni aku. Kadang-kadang bercampur-baur dengan otak logik. Mungkin aku perlu belajar supaya lebih pandai mengawal kedua-dua belah otak ini. Kalau tidak, aku mungkin akan tersalah membuat keputusan pada dua situasi yang berlainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan