Sabtu, Oktober 31, 2009

English In Camp - Through A Drama Workshop

Aku sedikit sibuk dengan bengkel teater untuk budak-budak sekolah menengah tingkatan 1 dan 3 hujung minggu ni.
Lokasi SMK Raja Permaisuri Bainun.
Dianjurkan oleh All-About Communique Sdn Bhd.
Khidmat TTS diperlukan sebagai fasilitator. Lebih kurang 11 orang semuanya.


Day One

0800 - 0900: Students registration (Grouping & Program Briefing)

0900 - 1030: Workshop 1 - Body & Vocal Warm-up, Ice-Breaking and Vocal Expression Enhancement

1030 - 1100: Coffee-break/interaction opportunity

1100 - 1230: Workshop 2 - Vocal Expression (Emotions)

1230 - 1430: Lunch/rest/prayers

1430 - 1730: Workshop 3 - Improvisation & Ensemble (Via Theatre of The Oppressed)

1730 - 2000: Rest

2000 - 2230: Workshop 4 - Script Reading (The Tragedy of Macbeth)

2230: Supper and end of day one


Day Two

0800 - 1030: Workshop 5 - Scenario Planning & Script

1030 - 1100: Coffee break/interaction opportunity

1100 - 1230: Workshop 6 - Rehearsals & First Elimination

1230 - 1430: Lunch/rest/prayers

1430 - 1730: Workshop 7 - Semifinals

1730 - 2000: Rest

2000 - 2230: Workshop 8 - Final Performance

2230: Supper and end of program



ps: Minta-minta dapat siapkan persediaan untuk pembentangan FYP aku Isnin nanti. Haha. Ini namanya kerja gila. Tahu ada kerja FYP, tapi gatal nak turut serta bengkel teater ini.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Titik Akhir

(Belum sampai lagi di titik akhir)

Titik Pusing

sedang aku tiba
pada satu titik yang lain
aku mula pusing
pening
keliru
runsing

aku terfikir-fikir
untuk pusing
patah balik
atau terus
ke arah yang lain

aku pusing memikir-mikir
kata hati
kata minda
menentang satu sama lain
kejap aku kiri
kejap aku kanan
yang mana satu
yang mana perlu
yang mana benar

dalam membengkok niat
terpasak tiang patah yang rekah
yang pasti tiada kepastiannya lagi
aku masih pusing
memikir-mikir
kata hati
kata minda

yang mana satu harus ku tuju?
mampukah aku kalau aku tuju kedua-duanya?
adakah dua watak yang aku pegang sekarang perlu dipisahkan?

ah, aku pusing dan terus pusing
di atas titik pusing ini
aku berdiri masih
tegak terkadang terbengkok

harap tidak tersesat

Titik Mula

dalam kekang
aku cabang
pada satu titik
aku statik
di situ aku mula
pada dua titik
aku konflik
di situ aku mulakan
kehidupan

sesak dalam tenang
hela nafas
hembus
sa detik
yang penuh
dengan kehidupan
begitu pantas

aku pilih titik mula
jauh lama sudah
hingga kini tidak kelihatan

mana titik mula aku?

Kabus Buntu

kuyu
layu
sayu
sedu
malu
mahu
kamu
aku
penuh syak dalam mimpi
penuh sangka dalam impi

cemburu
buntu
kalbu
pintu
hati adakah akan terbuka
kamu
aku
malu
penuh pinta dalam doa
penuh harap dalam kata

duduknya
di situ
pada suatu
sudut dari pandangan
hari pada mata
deria pada jiwa
dalam pada aku
gelisah
di sini
di situ
aku memerah saraf kuat
dalam sukar tak
tercapai
aku terlupa
denyutan nadi
yang lebih mudah

adakah kemerahan ini
anugerah
atau ia keparahan
akibat nanah

nafas tersekat-sekat
dalam kabus buntu
pada Allah
aku berserah




Akin Muhammad
30/10/2009
6.50 pagi
UTP

Menulis Dalam Gelap

Sejak majlis perpisahan malam tadi aku tidak upaya untuk tidur.
Mata aku juga tidak memaksa tubuh aku untuk rebah.
Jadi waktu Subuh ini aku mendapat ilham.
Untuk aku menulis sesuatu tanpa menaip.
Menggunakan pen berdakwat dan berwarna merah, simbolik perasaan ini.



"MENULIS DALAM GELAP"

Dinihari ini hening
dingin
dalam kamar aku sunyi
menyendiri
langit masih gelap
dan aku
menulis dalam gelap

Andai jiwa ini
bertemu cinta
katakan saja luahan rasa
terumbang-ambing
dihanyut rasa
tiap masa
teringat aku akan
senyumannya
manis wajahnya
begitu indah
pandangan mata

Aku selalu ingin mencuba
dalam gelap
bukan sekadar mahu menulis
malah melukis kehidupan
namun kertas itu sudah pun
diisi dengan lukisan
yang sedia ada elok
dan cantik rupanya
keindahan nikmat cinta
yang dirasa
akan manis dan pahitnya

Namun aku tidak mampu
menipu
aku hanya ada satu kertas
untuk aku tulis, lukis
tetapi
aku tetap mahu menulis, melukis
yang baru-baru
lalu
menulis aku dalam gelap
melukis aku dalam gelap




Akin Muhammad
30/10/2009
6.20 pagi
UTP

I Love You


Ya. Ya.

Aku tahu.
Dah sa-per enam tahun tidak bersua.

Kau kata.
Ibarat dah sa tahun tidak bersua.

Kita tak dapat sambut ulang tahun bersama.
Tak apa.

Terima kasih.
Sebab memahami hidup seni aku.

Andai kata kau akan baca ini suatu hari nanti.
Aku nak katakan.



I love you.



Yusuf.



Arca Abstrak Untuk Kalian

Khamis malam Jumaat.
Ada parti majlis perpisahan serta graduasi TTS.
Meraikan 7 orang pelakon dan management TTS yang akan graduate dari UTP hujung semester ini.


Aini
Aku mula kenal Aini sewaktu semester pertama tahun asas aku di UTP.
Julai 2005. Dalam kelas ko-kurikulum Drama & Theatre I.
Dia dan aku dalam satu group untuk penilaian drama.
Aini masa tu pegang watak Emak. Emak yang menganaktirikan anak kandung sendiri. Kalau tak silap lah.
Aku pulak pegang watak abang kepada anak yang dianaktirikan tu.
Tak silap aku juga Aini menangis masa berlakon drama tu.
Dan ya. Aku juga menangis secara sebenar.
Sampailah sekarang. Apa-apa watak yang perlu nangis-nangis atau sebak akan dibawa oleh Aini (atau aku). Cuma memandangkan benteng ego aku sedikit tebal. Aku hanya akan menangis bila masa aku perlu menangis. Dan aku telah tunjukkan bahawa aku juga manusia biasa. Menangisi kesedihan. Punya jiwa yang lembut walaupun di luar tampak keras, garang, bengis, tak ramah, sombong, dan seumpamanya yang tak ramai orang menyukainya.

Tapi itulah aku.

Aku amat berbesar hati sebab aku adalah salah seorang yang membawa masuk Aini ke dalam TTS. Selepas Kak Ha-Ha graduate, TTS tidak punya bunga di taman. Semuanya lelaki. Lalu, kami mengalu-alukan kedatangan Aini di dalam TTS. Dan alhamdulilah, siapa sangka, Aini sudah menjadi satu produk TTS yang amat berkualiti dari segi lakonan, pengarahan dan pengurusan. Kalau ada anugerah Ahli TTS Terbaik Dalam Sejarah, Aini adalah orang yang sesuai untuk pegang anugerah tersebut.

Aku masih ingat lagi show pertama Aini iaitu Qum! yang diadakan di Main Hall UTP. Waktu tu Aini masih kekok dan tak biasa langsung dengan pentas. Senior Pot dan Pacel yang menunjuk ajar dan membimbingnya lebih-lebih lagi dari segi lontaran vokal yang biasanya menjadi masalah utama pelakon wanita.

Oh, tiba-tiba sekarang ni aku rasa macam baru semalam semua kenangan ini berlaku.

Apa pun aku respek tabik spring toing toing toing sebab Aini berjaya membawa TTS menaiki satu tahap yang lebih maju, walaupun dia pernah menjadi satu-satunya bunga di taman.


Anwar
Anwar dulu tidak setua sekarang. Dulu tidak semuda dulu. Aku lihat dia sebagai pemangkin dalam TTS. Kelebihannya dalam lakonan pentas. Komitmennya juga tiptop. Dari awal pembabitannya dalam TTS, dia tidak pernah berhenti atau berehat (sebab masa dulu tak cukup pelakon, terpaksalah kan.... hahahaha).

Anwar punya personaliti yang unik yang jarang dapat dilihat pada orang lain. Ucapan terima kasih dan tahniah tidak pernah lupa diucapkan olehnya selepas selesai apa-apa show sekalipun (walaupun dia memang pelupa sikit-sikit). Anwar juga pendorong semangat para pelakon, yang mana bertentangan dengan sifat aku. Sebab itu dalam satu kumpulan perlu ada pendorong dan pemangkin. Dan dalam TTS, Anwar adalah orangnya.

Anwar juga sedia membantu. Sewaktu aku hendak cari pelakon dan management (yang pertama) dulu, aku terpaksa buat poster dan flyers sendiri, gunting sendiri, dan Anwar menolong aku menampal flyers di setiap pintu bilik budak-budak sasaran. Dan aku masih ingat lagi saat-saat itu. Waktu malam itu.

Anwar punya idea menarik yang kelakar dalam kepala otaknya. Aku rasa kalau idea kelakarnya mampu ditafsirkan dan diwujudkan dalam bentuk jalinan kata-kata seterusnya muncul di atas kertas, aku rasa mungkin ada potensi untuk melahirkan satu teater superkomedi mengalahkan teater Asylum. Mungkin sajalah.

Walaupun Anwar sering kali ditypecastkan untuk bawa watak Pak Cik dan orang tua, namun aku percaya bahawa dia mampu bawa watak lain. Tapi.. tak tahulah kalau dia boleh bawa watak seorang hero yang loser seperti Putra. Hahaha (aku pun typecast kan...). Bergantung kepada mata tuan direktor lah.


Fauzan
Fauzan selalu mengagumi pemikiran dan jiwa seni aku, aku terima, dan itu menunjukkan bahawa Fauzan seorang yang menghormati orang lain. Aku pandang Fauzan sebagai seorang yang berpengaruh. Sebab itu aku pernah beritahu padanya bahawa dia sesuai jadi seorang Y.B. (Y.B betul ya, bukan Y.B Asylum).

Aku pernah beraksi di atas pentas bersamanya dalam teater Jebat tahun 2007. Dia memegang watak Jebat manakala aku pula Tuah. Sampai sekarang aku masih ingin beraksi kembali di atas pentas bersamanya, sebagai Jebat dan Tuah. Mungkin satu hari nanti, aku akan beraksi bersamanya, ya, sebagai Jebat dan Tuah.

Walaupun Fauzan dulu punya masalah biskut Chipsmore (mungkin sebab dia ada komitmen bagi event lain), tapi aku rasa ia dapat dimaafkan kerana Fauzan telah bersama-sama TTS dari awal sampai akhir, walaupun tak terlibat dalam show. Namun ingin aku tekankan di sini, latihan amat penting dalam teater. Tidak datang latihan atas sebab yang tidak munasabah adalah satu kesalahan yang amat besar pada pandangan aku. Kalau ada sebab tak apalah. Kalau saja-saja malas nak datang latihan, itu memang aku anti. (Garang kan aku? Ya...)

Fauzan juga jujur dalam memberi komen dan pendapat terutamanya tentang aspek-aspek yang boleh ditingkatkan dalam sesebuah show. Aku juga senang berkongsi pendapat dan pandangan aku dengannya. Bukan apa, aku punya sedikit kesukaran untuk berkongsi pandangan aku terhadap seni dengan orang lain. Setakat ini dengan Fauzan, dengan SEFA.. orang-orang ini lah yang sudi mendengar pandangan aku yang kadang-kadang membosankan dan mengarut dan dalam masa yang sama turut memberi komen balas terhadap pandangan aku. Maklumlah, siapa saja yang sudi dengar aku bercerita tentang seni? Oh, adalah seorang lagi kawan chatting. Dengan Dr Shark pun aku sukar hendak berkongsi pandangan seni aku. Dah dia baca blog aku pun dah tak faham...


Aku boleh katakan, aku wujud dalam bentuk Arca Abstrak.


Din
Din masuk TTS saing dengan Aini. Pembabitan asalnya sebagai pelakon namun terbaru sudah berpengalaman menjadi seorang stage manager yang mana tahap tugasnya adalah yang tertinggi selepas direktor. Din selalu berkongsi idea dan pendapatnya terhadap apa-apa aktiviti TTS, bukan hanya untuk show tetapi aktiviti luar pentas. Bila dia jadi SM, dia menggunakan jawatannya itu dengan baik dan bertanggungjawab, bersungguh-sungguh dan berdedikasi. Tegas dengan pelakon bila keadaan memerlukan. Bergurau senda dengan pelakon bila keadaan memerlukan. Pendek kata, Din seorang yang profesional dalam bekerja di atas pentas. Bila berlakon pula dia mampu menerima teguran dan arahan direktor, dan dalam masa yang sama tidak segan silu hendak berkongsi ideanya sendiri tentang gaya dan pembawaan watak yang dibawanya.


Zai
Aku tak dapat ingat bila kali pertama aku kenal Zai. Namun, dia adalah salah seorang ahli management pertama TTS yang masih kekal hingga sekarang bersama dengan Am yang juga ahli management pertama di bawah bekas presiden (tak rasmi) TTS, Rabanie suatu masa dahulu. Aku tak adalah rapat sangat dengan dia ni sebab aku adalah masalah sikit untuk rapat dengan kaum Hawa.
Zai bertindak sebagai Front of House sejak dulu lagi hingga sekarang. Aku pun tak dapat rasa bagaimana rasanya menjadi Front of House, menunggu penonton datang dan menjemput mereka masuk dengan senyuman dan keikhlasan, dan terpaksa untuk tidak dapat menonton persembahan sebenar dari awal sebab sah-sah lah kena tunggu kaunter Front of House untuk penonton yang ada datang lewat.
Apa pun Zai telah banyak menyumbang dalam TTS, sama ada para pelakon sedar atau tidak. Tugasnya nampak kecil, tetapi ia penting. Kalau tak ada Front of House, tak adalah penonton yang masuk (secara teorinya lah...).
Menjadi roomate kepada Aini, ia memberi satu kelebihan untuknya terus bersama dan bekerja dengan TTS. Seolah-olah tenaga daripada komitmen super Aini telah turut sama dipindahkan kepada Zai. Secara teknikalnya lah.. Eh, teater pun ada teknikalnya ke?


Izzi
Sememangnya Izzi telah masuk TTS lebih awal satu semester sebelum aku. Walaupun Izzi selalu berehat sebab dia juga punya minat dan komitmen pada tarian yang juga menjadi kerjaya seninya, namun apabila Izzi beraksi atas pentas, lakonannya cukup menyeronokkan dan meriah. Aku pernah beraksi bersamanya sebagai Gagak dan Anjing yang selalu bergaduh dan bertekak dalam cerita Sampah Oh Sampah, dan juga dalam Asylum 50 sebagai Mat Hijau dan Mat Merah yang juga selalu bergaduh. Chemistry aku dengan Izzi di atas pentas sangat kuat dan aku sukakan chemistry sebegitu. Walaupun di luar pentas kami agak berbeza. Haha. Maka ada benarnya teori SEFA yang mengatakan bahawa bonding sebenar ahli TTS adalah di atas pentas. Namun suka aku untuk menambah bahawa aktiviti-aktiviti sampingan di luar pentas juga perlu dan sedikit sebanyak membantu pelakon untuk mengikat dan menguatkan chemical bonding antara pelakon di atas pentas.
Izzi kerap kali mengakui bahawa dirinya innocent. Walaupun aku kerap kali juga meragui, tetapi aku rasa ada juga benarnya. Aku respek dan tabik pada sifat kasih sayang dan mengambil beratnya terhadap famili, tidak kira famili di kampung atau pun famili di kampus. Ia patut dijadikan contoh oleh orang lain. Sifat lain yang kurang elok tu seperti meroyan tak payah lah nak contohi. Haha. Gurau saja ya Izzi. Tapi, meroyan itu bagus ya. Ya, ibarat meluahkan apa yang perlu diluahkan dari dalam diri, dan exaggerate itu juga bagus ya dalam teater ajaran Shark.


HelHal
Inilah satu-satunya artis TTS yang telah berjaya pecah rekod pengajian TTS, fasttrack hanya selama satu semester (secara teorinya). Namun begitu secara realitinya aku sifatkan HelHal sebagai bayang TTS yang sudah lama menyokong TTS sejak awal lagi, dan akhirnya dia berjaya mewujudkan dirinya sebagai jasad yang nyata yang boleh disentuh dan dirasa. Apa yang aku respek pada HelHal ialah dia cepat 'masuk' dengan TTS dan ahli-ahli didalamnya walaupun baru menyertai TTS semester ini iaitu semester terakhirnya di UTP.
Satu lagi perkara yang aku respek adalah minatnya dalam teater. Dan siapa sangka, dia sudah pun memulakan langkah menulis skrip. Cuba-cubalah tengok di dalam blognya. Hehe. Minat yang mendalam dalam teater itu bukannya mudah untuk ditanam. Kadang-kadang ada orang yang minat menonton teater tetapi dia tidak bergiat dalam bidang teater.
Oh ya, malam waktu parti tadi juga HelHal ada bagitahu yang dia dah lama kenal aku, iaitu sejak aku menumpangnya balik menaiki motosikal selepas audition untuk kumpulan nasyid UTP suatu masa dulu. Tapi aku serius tak ingat.



Rasanya aku sudah ucapkan sedikit sebanyak pandangan aku terhadap ketujuh-tujuh graduates TTS semester ini.

Terima kasih, Aini.
Terima kasih, Anwar.
Terima kasih, Din.
Terima kasih, Zai.
Terima kasih, Fauzan.
Terima kasih, Izzi.
Terima kasih, HelHal.


Kau orang semua adalah satu set produk TTS yang tiptop kualitinya. Terima kasih sebab bersama-sama dengan TTS dari awal hingga akhir kehidupan kau orang di UTP sebagai pelajar. Sudah pasti, walaupun kalian sudah tidak ada di dalam UTP, namun aku percaya bahawa kalian akan turut serta dalam aktiviti TTS pada masa akan datang, walaupun tak dapat selalu, tetapi pasti akan ada satu masa di mana semua akan berkumpul kembali, mungkin sewaktu di majlis perkahwinan mana-mana ahli TTS yang akan mendirikan rumah tangga. (Siapa yang nak pecah rekod TTS yang akan kahwin ni.. Cepatlah yang dah lama kerja tu... Hehehe.)

Akhir kata, maafkan salah silap aku kalau aku ada terkasar bahasa selama ini. Maklumlah, bila aku dah duduk di kerusi direktor, macam kerusi tu yang mengawal aku. Eh, itu macam teater KERUSI ja...

Tahniah dan syabas kerana telah berjaya menuntut ilmu teater dalam TTS.

Tulus ikhlas dari hati,

Akin Muhammad
Yusuf Amat


Terimalah daripada aku, Arca Abstrak untuk kalian.




ps: Akhirnya setelah sekian lama aku ingin menangis dan mengalirkan air mata deras, aku berjaya juga merasai keseronokan menangis. Alhamdulillah.

Khamis, Oktober 29, 2009

Video Klip Keparat TTS

Masa aku sedang praktikal aku terfikir satu idea untuk buat satu video korporat untuk TTS.
Tapi sebab idea itu hanya kekal dalam kepala dan tak dikeluarkan dari kotak minda, jadi tiada apa-apa yang berlaku. Idea hanya tinggal idea.

Namun begitu beberapa hari yang lepas idea itu telah di-trigger oleh seseorang yang lain. Dan selepas aku selesai pembentangan projek FYDP semalam. Baru saja tadi aku terfikir semula (asyik fikir pasal TTS ja, aku kena fikir anak bini jugak) dan terus terbayang-bayang apa yang boleh dibuat bagi merealisasikan video keparat TTS itu.

Durasi dalam 2 minit.


---

Beberapa cut secara pantas - sedutan apa-apa babak klimaks (atau yang suspense) dalam apa-apa teater - diakhiri dengan dialog yang sesuai

Voice over suara komersial untuk establish kawasan Tronoh seterusnya tentang Tronoh Theatre Shop

Cut interview close-up Dr Shark / Che Mad - beberapa quote

Beberapa cut secara pantas - mimik-mimik muka berlainan ditunjukkan oleh para pelakon handalan

Memperkenalkan aktiviti TTS secara ringkas - teater, sketsa, mime - sedutan-sedutan dengan voice over Dr Shark / Che Mad / suara komersial

Akhir sekali harus ada moto TTS - Perjuangan Seni Hanya UntukNYA

Logo dan hakcipta TTS


---


Idea ini hanya kasar sekasar-kasarnya dan orang yang nak buat kena mantap dan pandai main perisian video editing.
Idea ini juga boleh ditokok tambah malah diubah suai sekalipun.
Video keparat ini boleh jadi betul-betul keparat atau korporat, boleh jadi profesional atau hanya sempoi sempoi selambaba.

Sekian.

Rabu, Oktober 28, 2009

Arnab Inspirasi

Selepas menonton filem Papadom tempoh hari bersama-sama rakan pentas di tengah malam yang hening.
Aku tertarik dengan karaktor Mat atau nama penanya Wajib Tayang.
Walaupun aku tak adalah sepelik atau se-geek mamat tu tapi aku rasakan aku ada banyak kaitan dengan karaktor tersebut.
Yang paling menggamit jiwa adalah 'Singa Inspirasi'.
Maka, aku pun, apa salahnya, kalau wujudkan satu lagi watak imaginary iaitu 'Arnab Inspirasi'?
Kawan imaginary aku pun suka kalau aku wujudkan satu lagi watak imaginary.
Dia kata, boleh dia berteman dan berkawan.
Sebab aku pun dah lama tak jumpa kawan imaginary aku tu.
Sejak dulu... dulu-dulu lagi...

Sehinggalah sekarang. Kini.
Aku dah ada kawan imaginary semula. Tapi aku dah sedia ada kawan reality.
Imaginary dan reality adalah dua perkara yang berlawanan.
Tapi tak apalah. Aku akan tetap gelar kedua-duanya...




"ARNAB INSPIRASI"




Kedua-dua Arnab ini adalah peneman setia aku. Ke mana jua aku pergi. Bila-bila masa jua aku dengan diri sendiri.

Nah. Tataplah gambar sebahagian daripada lisan aku dikepit rapat, dikucup sayang dan manja oleh dua Arnab, ARNAB INSPIRASI.






ps: Inspirasi ARNAB INSPIRASI oleh Miao Miao Sang Arnab dan Papadom.

ps: Kredit pada arnab milik Half dan gambar yang diambil oleh Kobar.

Carutan Cinta


Lihat pentas itu.
Kebanyakan ruangnya masih kosong.
Yang ada hanya sebuah kerusi di satu sudut yang jauh.
Sehelai plastik.
Sehelai kertas.
Sebuah beg.
Sebuah kotak.
Tapi yang menyerikannya.
Adalah.
Warna warni.

Begitulah.
Dan inilah.
Warna warni kehidupan aku.

Bagi mewarnai lagi kehidupan ini.
Teringin aku menulis satu jalinan kata-kata.
Dijudulkan sebagai
"Carutan Cinta"


Cinta
itu asalnya tidak wujud
Tiada berwajah
Tiada berupa
Tiada berbentuk
Tiada apa-apa
Kerana ia tidak wujud
Yang mewujudkannya
adalah kita
yang punya rasa
yang lahir dari jiwa
maka wujudlah cinta

Cinta
rasanya pelbagai
manis, masam, masin, pahit (dan pedas? hahahahaha)
bila kita mula bercinta
kita tidak boleh untuk tidak merasai
semua rasa yang ada pada
cinta
Rasa-rasa ini
berupaya membentuk perasaan manusia
gembira, sedih, kecewa
Perasaan ini
berupaya membentuk diri kita
bermotivasi tinggi, berkualiti atau... seorang loser

Cinta bukanlah
suatu mitos
atau bayang-bayang
atau angan-angan
meskipun ia asalnya tidak wujud
dalam bentuk yang nyata pasti
Cinta adalah
suatu realiti
yang kita perlu hadapi

Jadi, kepada semua orang yang sedang dilamun cinta mahupun yang dicintai, hadapilah cinta.

Cinta yang wujud setelah diberikan makna dan dimasukkan rasa ke dalamnya.

Hadapilah cinta.
Fahamilah ia.
Rasailah ia.




ps: Selamat Ulang Tahun, Sayang... (Imran Ajmain)


Isnin, Oktober 26, 2009

Dedikasi Murni di Luar Kedai Karaoke

Seperti orang biasa yang kadang-kadang nak kemaskini blognya tetapi tiada idea atau tidak berkesempatan untuk menaip dek terlalu sibuk (lah sangat kan...), jadi hanya lirik sebuah lagu yang aku tujukan khas buat rakan-rakan sepentas iaitu TTS & TQA, khususnya, dan orang-orang seni yang lain, amnya.

Terimalah. "Bukan Kerana Nama" oleh Ramli Sarip.



Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu



Rujukan:
[1] Saja-saja tiada apa-apa makna
[2] Cubalah tengok kalau nak kalau tak nak tak apa tak paksa

Per Empuan Per Hiasan

Salah satu hiasan dunia.
Sekejap. Hiasan atau perhiasan?
Atau per-hiasan?

Aku adalah lelaki sebagaimana kebanyakan lelaki yang lain di mana nalurinya menaruh hati pada perempuan yang berjaya mengetuk pintu hati.

Perempuan adalah subjek yang kritikal.

Perempuan bagi aku semuanya asalnya hiasan yang cantik.
Itu pun kalau benar perempuan itu hiasan.
Memang aku tahu tapi tak dapat jawapan kenapa perempuan suka berhias cantik-cantik walaupun ada saja yang nampak tak suka berhias cantik-cantik tapi bila mana sudah bernama dan bernaluri perempuan sudah pasti bercantik-cantik itu kemestian bagi hiasan atau perhiasan.

Kepada perempuan-perempuan, bayang-bayang perempuan, hiasan dan perhiasan yang pernah aku lihat, miliki atau yang pernah aku buang atau pecahkan pasu, eh, kenapa pasu? oh ya ada bunga dalam pasu tu yang mana bunga tu perempuan, pasu tu lelaki agaknya lebih kurang macam tu lah, siapa tahu?

Jadi. Aku nak ucapkan...


Selamat Hari Perempuan.



=)

Oktober 25

Banyak perkara berlaku.

Patutlah urat kepala denyut-denyut.

Banyak perkara berlaku.

Patutlah jiwa kacau.




Inilah buktinya.
Satu kebetulan yang betul-betul kebetulan.


Oh, kalau kita (manusia) sedar dan perasan. Hidup ini terlalu unik dan menarik untuk diabaikan atau diisi dengan rasa kekosongan atau negativiti yang lain!

Ya, betul!


Sedih

Dari siang tadi sampai ke saat aku menulis ini.
Urat kat kepala aku berdenyut-denyut.
Tak sakit. Tapi rasa berdenyut-denyut.
Entah kenapa? Entah. Mungkin sebab perasaan sedih? Entah.

Minggu selepas selesai jelajah teater yang lalu sedikit bosan.
Tetapi diisi juga dengan beberapa aktiviti lagha.
Dalam aku terpaksa melalui satu keadaan drastik.
Aku terpukau dengan nyanyian lagu-lagu cinta, sedih dan kecewa.

Bagi aku merasai perasaan sedih adalah seronok.
Aku teringin nak mengalirkan air mata.
Sejak menonton Papadom hinggalah saat ini.
Aku cuba mengalirkan air mata.
Tapi. Ia tidak mengalir. Tersekat hanya di kelopak mata.

Aku nak menangis. Ya. Ini serius.
Aku nak cuba rasa bagaimana perasaan memaksa diri untuk menangis.
Memang sukar. Aku rasa aku sedih. Aku cuba untuk rasa sedih.
Bukan aku tak cuba hayati perasaan sedih itu.
Tapi mungkin hati aku belum sampai masa yang sesuai untuk bersedih.

Atau mungkin aku sudah banyak kali bersedih sebelum ini?
Menangisi pemergian wanita-wanita yang mengecewakan diri seorang lelaki yang loser ini.
Berbaloikah?

Berbaloikah semua ini?
Dalam kehidupan.
Sebagai manusia.

Dalam seminggu ini banyak perkara yang aku hendak ceritakan.
Tetapi masa banyak aku bazirkan untuk melayan perasaan yang kebanyakan masa hanya ilusi dan imaginasi terbang.

Sedih, itu seronok. Kalau dapat dihayati dengan penuh kesedihan lantas diserikan lagi wajah dengan air mata yang mengalir deras.
Oh, aku betul-betul inginkan sebegitu.

Tuhan.
Allah.

Sabtu, Oktober 24, 2009

Tour 3: Day 3 - Matinee 2 (& Malam 2)

Assalamualaikum.

Tiga. Tiga. Dua. Dua. (Petik jari) Satu!
Catatan terakhir.

Aku bangun seawal 6.15 pagi dan terus bersiap untuk pergi shooting pagi itu.

Pukul 8 pagi, semua yang diperlukan untuk shooting bergerak ke Hotel Quality, tempat Dr Shark dan staf UTP yang lain seperti Che Mad, Abg Khairul dan Abg Lehan menginap sepanjang Tour 3 di KL ini. Sebab kami dan suku sakat kami (aku tak maksudkan TTS ya) ada double malah triple standard, budak-budak ni hanya tidur di lodge. Tapi aku lagi suka di lodge daripada di hotel. Cuma...

Semua pergi naik kereta Dr Shark.
Dr Shark, Aini, Din, Anwar, Usop, Atul, Sultan, Timmy, Acab.

Shooting babak di kolam renang.
Kemudian shooting babak di tempat buang sampah.
Lepas tu shooting babak di restoran.
Lepas tu shooting babak di kuil. Timmy melarikan diri keluar dari temple dan terjumpa kertas 'Audition Teater'.

Buat julung kalinya (setelah sekian lama) aku paparkan gambar aku berlatarbelakangkan seorang bayi anak pungut dan seseorang yang berambut palsu (bukan isteri orang politik).



Tuan Direktor bagi arahan kepada 'unwanted' monk supaya menunjukkan mukanya secara profil.



Penat. Penat. Penat. Tidur hanya 3 jam sahaja.

Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Shooting tiga babak saja dah tengah hari dah. Terus balik ke Taman Budaya. Petangnya show mime dan Asylum.

Yeah!

Macam biasa. Aku tak makan lunch aku sebab penat. Tak lalu nak makan. Lain kali mungkin aku mintak tak payah potong elaun untuk makan. Sebab bukan makan sangat pun dah penat penat macam ni. Apa pun, aku kena dapatkan sumber energi aku. Sumber energi aku di KL adalah teh ais mapley. Habislah kalau jururawat dapat tahu aku selalu minum teh ais. Tak elok katanya. Banyak pewarna. Syyyy!

Show matinee ni memang lain macam sikit mood dia. Sebab petang kan. Lepas Zuhur pulak tu. Macam biasalah. Lepas Zuhur ni waktu yang paling syok untuk tidur siang. Oleh sebab itu, tahap energi Asylum petang tu sedikit kurang berbanding malam semalam. Audiens lebih kurang saja bilangannya, cuma respons audiens yang sedikit berbeza. Tak semeriahuolls malam semalam. Sebab itu waktu kat backstage, eh, sidestage, TBKL mana ada backstage (Oh, mungkin boleh buat imaginary backstage ataupun 'fake' backstage) krew memesan pelakon untuk naikkan energi setinggi-tingginya. Ah, ini tak boleh jadi. Kenapa pelakon boleh terkacau dek mood matinee dan respon audiens yang kurang?

Kali ni aku masuk belakang rostrum tanpa ada masalah teknikal. Krew Syaida dan Nuzul dua-dua orang tolong suluh aku untuk pastikan aku dalam keadaan yang selesa. Terima kasihlah kau orang berdua.

Aku keluar dari belakang rostrum dengan penuh bertenaga. Itu yang aku rasalah. Tapi memang betul pun kan. Mungkin sebab teman lama aku ada datang tengok kot. Hehehe. Teman waktu sekolah menengah dulu. Itu pun dia datang sebab aku yang belanja tiket masuk (kenapa orang ramai selalu mintak tiket free ya? Konfius aku. Eh, tapi tak apa.. konfius tu bagus ya. Konfius tu macam kita nak hidupkan fius dalam diri kita.). Tapi tak apalah, teman punya pasal kan. Bukannya selalu. Kan kan kan... =)

Energi Atendan dan Baby sedikit kurang sepanjang persembahan petang itu (watak lain aku tak perasan pulak macam mana). Seharusnya pelakon kena fokus dan tak boleh terkacau dek respons audiens yang kurang mahupun mood petang. Tapi, kalau macam ada gangguan kesihatan fizikal itu tak boleh dielakkan lah. Misalnya, pening kepala.

Tapi apa pun, secara keseluruhannya, persembahan petang itu tetap superb, WOW!, dan Walla!

Krew teknikal Mime dan Asylum sangat bagus. Tiada kesilapan teknikal pada petang itu. Oh ya, malam semalam masa show Asylum, muka aku tak nampak sepenuhnya kalau aku berdiri tegak. Tak setting betul-betul agaknya masa tech run. Sebab kalau aku tengok teater orang lain yang tak nampak muka pelakon sebab cahaya yang tak cukup, aku memang kritik bab-bab sebegitu.

Alhamdulillah.

Lepas selesai show Asylum petang tu ada post mortem sikit. Cik Direktor bagi komen tentang persembahan. Macam biasalah. Pasal energi...

Lepas tu tanggal make-up dan pakai kostum orang gila!!!


Pakai kostum orang gila. Dari kiri: Orang Gila 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 dan 11.


Ada shooting babak extended version Asylum The Movie. Bertambah-tambah penatlah jawabnya. Patutlah lepas tour ni aku letih nak mampos, eh, famous, eh mampos sampai 4-5 hari baru dapat balik semangat untuk buat kerja.

Shooting babak pakai baju orang gila tu memang best. Beli baju tu banyak-banyak semata-mata nak buat shooting filem pendek tu. Aku tahu lah, boleh guna untuk apa-apa show akan datang kan. Hmm. Menarik jugak tu.

Lepas tu rehat dan makan malam. Aku pun turut serta sekali dengan budak-budak lain ni makan-makan sambil borak-borak (gosip-gosip, umpat-umpat dan seumpamanya). Lebih-lebih lagi dengan senior-senior yang dah kerja tu... Sempat juga berkongsi pengalaman temuduga mencari kerja dan seumpamanya. Erk... Suka pulak buat 'erk...' sejak kebelakangan ni kan...

Show malam ni pula adalah Tok Janggut + Mime (extended) + Miao Miao Sang Arnab.

Kali ni aku duduk depan sekali untuk rakam kesemua show malam tu. Aku paling suka audiens yang duduk belakang aku. Diaorang tonton teater secara terhibur dan dalam masa yang turut menghayati sub-teksnya. Eh, betul... tak tipu ni. Monolog Tok Janggut ni memang ada sub-teks... Siapa kata tak ada... Kalau ada orang kata tak ada memang orang tu.... Erk, tak apalah. Memang tak ada kot. Siapalah kami. Hanya aktivis teater yang tak ada degree teater dan datang dari Universiti Teknologi PETRONAS. Siapalah kami, kan?

Monolog Tok Janggut malam ini sangat superb! Tapi macam biasalah, aku rasa masih ada beberapa babak dan konsep yang boleh diperbaiki supaya boleh jadi lebih baik lagi. Macam HelHal ada cakaplah, kena lebih nampakkan lagi 'kekejaman' British di sebalik 'budi baik' mereka terhadap kita. Rasa semangat Tok Janggut dalam perjuangannya itu sudah cukup dapat aku rasakan, cuma perasaan benci aku terhadap British masih belum dapat dirasai dengan penuh kebencian. Ini ikut apa yang aku rasa sajalah. Mungkin aku masih keras hati atau gelap hati. Mungkin sajalah, kan?

Miao Miao Sang Arnab pula lebih baik daripada petang semalam. Oh, mungkin sebab mood petang? Namun, aku merasakan ianya masih meleret-leret dari segi persembahan. Tapi, yang penting MMSA adalah satu lagi karya Dr Shark yang boleh dilahirkan melalui pelbagai interpretasi. Tambahan, MMSA kali ini adalah telah diberikan nafas baru. Boleh dikira sebagai MMSA versi terbaru dari segi konsep, teknik dan penceritaan. (Sebab ada Ros sebagai pencerita yang menjadikan MMSA ini sebagai prekuel kepada Cinta Sang Arnab, bak kata penulis skrip..)

Selesai saja show, selesai saja bergambar, tibalah masa yang ditunggu-tunggu...

BUMP OUT.

Tibalah saat perpisahan.
Perpisahan sementara antara TTS dan TQA.
Perpisahan sementara antara Tronoh dan KL.

Seluruh tenaga produksi TTS & TQA bergambar dengan banner The Shark Attack Theatre Tour buat saat-saat terakhir.


KL,
Walaupun aku pernah bergelumang dengan kegelapan kau suatu ketika dulu, namun aku tetap tidak gentar untuk berhadapan dengan kau semula dan ya, aku sudah buktikannya bersama rakan-rakan seperjuangan aku yang lain.

Masuk saja kereta dan bertolak pulang, aku tidak terkata.
Jiwa aku berkata-kata.
Fikiran aku juga berkata-kata.

Dek kerana terlalu penat. Aku lelap dan tidur selepas keluar plaza tol sehinggalah sampai di bawah blok V5A di kampus. Nasib baik pemandu tak tidur. Tak ada singgah mana-mana pun. Patutnya aku naik kereta lain. Boleh singgah sana sini. Hehehehehehehehehehehehehehehe.

Sekian saja catatan Tour 3.
Sekaligus menutupi secara rasminya catatan The Shark Attack Theatre Tour 2009, siri jelajah teater kami yang pertama.

Maafkan jika ada TERsalah TERsilap. Dah nama pun TEATER, mestilah ada TERitu TERini dalah TEATER. =)


Kepada TTS, TQA, Bayang-bayang TTS & TQA,



I love you all.



Yang Benar (Y.B.),

Akin Muhammad
Yusuf Amat
Usop Sontorian

Jumaat, Oktober 23, 2009

Tour 3: Day 2 - Malam 1

Assalamualaikum.

Fuh. Akhirnya dapat juga kemaskini catatan tour ni. 'Hantu' tour ni memang cukup tegar. Sedikit sebanyak mengganggu produktiviti akademik aku. Dan sejak kebelakangan ni aku berperangai sedikit pelik. Aku semakin kerap memegang kepala otak. Tak tahu kenapa. Jangan gila sudahlah. Muda-muda dah gila masalah juga tu.

Malam pertama show Asylum. Macam biasalah. Lepas Maghrib terus siap pakai kostum dan make-up. Warm-up dan bersedia untuk keluar pentas. Penonton pada malam tu boleh tahan ramai juga. Itu pun ramai yang datang dari KPMIM, Kuantan. Apa pun, alhamdulillah, sekurang-kurangnya tak adalah sedikit sangat penonton yang hadir.

Tahap tenaga persembahan malam itu cukup baik dan stabil. Sebaik saja watak Nana masuk, seluruh panggung sudah merasai kehangatannya. Diteruskan pula dengan watak Polis yang sudah cukup cantik pacingnya dan tidak draggy seperti sewaktu di Ipoh. Dan sejurus Mat Merah dan Mat Hijau masuk diikuti dengan Pak Cik, tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke teater Asylum!

Teater Asylum pada pandangan seni aku adalah cukup berwarna-warni. Cukup dengan segala perasa. Kalau tengok gambar-gambar yang diambil pun, boleh nampk warna warni. Kostum juga telah memainkan peranan di sini. Dan bila sudah ada mood visual, lakonan yang real dan humor juga telah menambahkan lagi seri warna warni teater Asylum ini.

Itu dari segi luaran.

Dalamannya juga cukup warna warni. Hitam, putih, merah - semua ada. Isu yang cuba dibawa dan disampaikan melalui teater ini sepastinya akan relevan sama ada pada masa lampau, mahupun masa sekarang dan masa hadapan. Pelbagai interpretasi boleh dibuat. Mungkin ada yang mendapati bahawa teater Asylum ini sarkastik. Banyak berkisar tentang politik. Mungkin juga ada yang mendapati bahawa teater ini didaktik. Mungkin ada yang mendapati bahawa teater ini islamik. Well, semuanya betul! Sebab. Semuanya memang ada!

Kadang-kadang pelakon pentas ni mudah terkacau. Sebab itu latihan fokus dan konsentrasi itu penting. Misalnya kalau ada technical glitches macam show malam tu lah. Masa slide pembukaan sebelum Atendan keluar memperkenalkan Institut Psikotik Negara dalam ucapan alu-aluannya. Masa tu aku sudah kena siap sedia sorok belakang rostrum. Aku cuba panggil krew belakang pentas untuk datang tolong aku pasangkan platform kecil aku tu sebab kaki platform tu tak dipasang dengan betul lagi. Sampailah tirai dibuka dan lampu pentas dipasang. Aku terpaksa menyorok ke ruang dalam rostrum tersebut dan memasang kaki platform kecil tu sewaktu babak Penonton 1 dan 2 berebut kerusi. Nasib baik dapat pasang dengan elok. Dan nasib juga konsentrasi aku tak terganggu. Aku masih dalam karakter Y.B.

Yeah!

Adegan demi adegan. Babak demi babak. Semuanya berjalan amat amat amat lancar sekali. Syukur sangat-sangat. Syukur lagi apabila respon audiens sangatlah baik.

Oh ya, aku selalu terlupa nak sebut pasal mime. Mime juga berjaya dipersembahkan dengan amat baik. Maaflah aku tak reti nak komen pasal mime ni. Tak ada pengalaman lagi. Hehehe. Kalau semua cakap bagus dan baik. Maka bagus dan baiklah aku boleh katakan.

Yang aku suka bagi setiap watak: (Yang aku kurang suka aku tulis bagi catatan hari esok)

Atendan
Karakter Atendan yang garang dan betul-betul garang.
Karakter Kamariah Bee apabila berdialog dengan Nana.

Pak Cik
Aksi paling WOW oleh Pakcik yang unik iaitu mencapai kepalanya dengan membengkokkan kaki ke belakang.
Karakter Pakcik yang kadang-kadang ironik.

Baby
Cubaan terbaik Acab dalam sejarah membawa watak yang comel. Dua ibu jari!
Tidak terlalu hiper, tidak terlalu 'tua'.

Mat Merah & Mat Hijau
Ke tepi!!! yang unik dan tersendiri.
Mampu kekalkan tahap energi yang tinggi. Penat woo jadi MM & MH.

Penagih & Pengedar
Aku sentiasa terkejut takut bila Pengedar meninggikan suara "Diam!!!" ketika mendapat kad kredit yang Penagih bagi.
Teringat Zul CJ yang memegang watak Penagih pada tahun 2007. Susuk tubuh yang lebih kurang sama.
Aku selalu terbayangkan Zahiril Adzim bila tengok Pengedar selepas make-up.

Polis
Entah macam mana agaknya Bro Hilmi jadi Polis masa Asylum pertama dulu. Tapi casting Polis kali ni lebih tepat dari segi fizikalnya. Haha. (Apa? Tak faham? Saja nak bagi tahu kenapa Polis banyak yang berbadan besar.... Tak tahu? Aik? Dah berapa lama kau buat/tengok teater Asylum?)

Fura Panda
Gedik yang menyampah. Apa pun aku dah tak gerun dengan babak ini semasa di KL. Nicely done!

Wartawan
Dia dah tak buat intonasi yang pelik-pelik dan tak bersesuaian.

Uncle Sam
Uncle Sam ada advantage. Komen balas salah seorang penonton mengatakan Uncle Sam memang betul-betul nampak gila. Mana taknya, dia seorang saja yang sangat blur dari awal sampai akhir. Tiba-tiba masuk babak dia, jadi orang yang ada authority pulak yang psiko. Ditambah lagi dengan babak dia masuk mengedarkan tisu. Namun begitu, teater perlukan variasi karaktor. Tak boleh nak buat semua orang blur. Kalau itu semata-mata yang diperlukan untuk orang nampak gila. Gila masing-masing dengan cara tersendiri. Karaktor tersendiri perlu ada. Karaktor yang bukan diri pelakon itu.

Penonton 1 & 2
Jadi watak ni kena menghayati watak. Kena menonton teater tu. Kalau aku, aku takut saja terlupa cue nak masuk line. Tapi diaorang tak lupa. Syukurlah.


Maka haruslah aku katakan, teater Asylum kali ni Faktor-X nya adalah Uncle Sam yang blur dan psiko. Faktor-X kedua adalah skil pakcik membengkokkan kaki tu. Faktor-X ketiga adalah...

ENSEMBLE yang amat lengkap, terbaik dan sempurna! Lakonan berkualiti daripada semua pelakon secara ENSEMBLE. Tanpa adanya ENSEMBLE yang baik, teater Asylum ini akan hancur menjadi sebuah teater Melayu yang teruk.

Jadi jangan dilupa. ENSEMBLE, ENSEMBLE, ENSEMBLE.


Sedutan babak klimaks teater Asylum, "Ombak Besar Tsunami & Kematian". Takut pula bila taip caption gambar ni...



Habis show malam tu yang superb. Ada shooting untuk Asylum The Movie pulak. Dr Shark ada bagi short briefing kejap pada penonton. Alhamdulillah penonton semuanya sporting dan bagi kerjasama yang sangat, WOW! Aku suka babak Fura Panda menang dan ambil hadiah dalam filem pendek tu. Tak sabar nak tengok filem tu siap.

Lepas selesai shooting, semua pelakon dan krew bergambar dengan penonton, rata-rata dari KPMIM, Kuantan tu. Lama jugak bergambar.

Lepas tanggal make-up kena temuramah sekejap dengan wartawan Metro.

Lepas tu semuanya, TTS & TQA, pergi makan di Bangsar Selera. Makan nasi lemak mampos.. eh, famous.

Malam itu merupakan kenangan yang paling bermakna dalam hidup aku. Aku dah penat jadi tak berapa lalu nak makan. Minum saja yang banyak. Kat tempat makan tu jugak kitaorang sambut sekali ulang tahun kelahiran SEFA, Cairell, Acab dan Hisyam KISAS. Selamat Hari Jadi.

Sampai di lodge semula lebih kurang dekat pukul 3 pagi. Esok kena bangun awal sebab ada shooting lagi. Selamat malam semua!


Cast & Crew bersama para penonton yang sporting!


Nantikan Catatan Tour 3: Day 3

Aku Ditenggelami Titik-titik


Aku.
Aku adalah orang.
Aku adalah manusia.
Aku ada peri.
Aku ada nama.
Aku Usop.
Aku Akin.
Dua orang yang berbeza.

Tengok titik-titik tu.
Ada empat titik.
Di sebalik titik-titik itu kita tak tahu apa yang sebenarnya.
Aku boleh letak huruf-huruf nama aku di belakang titik itu.
Aku boleh letak sejarah kisah silam aku di belakang titik itu.
Aku boleh buat apa saja yang aku rasa nak buat terhadap titik-titik itu.
Kau pun sama.
Boleh buat sebegitu.

Jadi, apa yang kau nampak dan apa yang kau letak di sebalik titik-titik itu?





ps: Aku ditenggelami titik-titik emosi. Satu titik itu gembira. Satu titik itu sedih. Satu titik itu keliru. Satu titik itu lagi... cinta.

ps: Aku hidup dengan cinta. Heh, semua orang pun kan? Tapi boleh jadi juga orang tu hidup dengan kekecewaan.

Beri & Terima

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Hari ini aku tertekan. Tekanan mental. Lantas jadi tekanan jiwa juga.
Banyak kerja tertangguh. Itu puncanya.
Jadi sekarang nak tak nak kena siapkan kerja tertangguh itu sebelum datelines.

Dalam masa yang sama aku sedang seimbangkan kerja-hidup aku.

Kadang-kadang aku terfikir.

Realitinya.

Orang yang betul-betul berkualiti adalah orang yang betul-betul menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
Bukan hanya omong kosong.

Orang yang berkualiti orang yang menerima sebaiknya dan seadanya dan memberi sebaiknya dan seadanya.
Bukan yang hanya reti menerima tetapi tidak reti memberi.

Orang yang hasilkan sesuatu.
Kita boleh nampak dan akui yang dia memang memberi dan menerima.
Dalam sanubari masing-masing.

Tak perlu dilontar-lontarkan. Tidak perlu mikrofon atau pembesar suara.

Wallahualam.

Rabu, Oktober 21, 2009

Tour 3: Day 2 - Matinee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Tak jawab? Tak jawab tak apa...

Satu minggu ni aku rasa ada masalah jiwa. Konflik diri sekejap. Mana taknya. Aku sepatutnya banyak kerja akademik terutamanya FYP dan FYDP. Tapi FYP aku dah lama tak sentuh. FYDP aku pulak nasib ada group member yang boleh teruskan kerja-kerjanya. Dalam masa yang sama ada interim report yang perlu dibuat dan disiapkan. Tapi di telinga aku masih terngiang-ngiang lontaran vokal dan sebutan dialog, terasa-rasa lagi peluh dek bahang lampu profil, terbayang-bayang lagi kelip-kelip lampu strobe.

Tapi aku tetap tak boleh tahan diri aku daripada menulis catatan ini. Nanti takut-takut dah lama dah basi pula. Tapi aku percaya. Satu kenangan indah lagi manis tak akan basi dek zaman.

Baiklah. Tanpa bercerita panjang lebar.

Sebermulanya hari kedua kami di KL.

Dari awal pagi hingga tengah hari. Semua krew yang terlibat sibuk dengan persediaan technical run Miao Miao Sang Arnab, Tok Janggut dan Asylum serta Mime. Asalnya cadang nak buat promosi lagi pagi tu tapi sebab tak sempat buat tech run lagi semalam jadi tak jadilah buat promosi. Sebab target kami memang nak cari audiens seramai yang mungkin. Bukan sebab nak dapatkan kutipan tiket yang banyak. Tetapi untuk sedapkan hati: Dah datang jauh-jauh dari Tronoh ke KL, tapi kalau setakat kerusi saja yang tengok buat apa kan...

[Mr Nicholas sedang sibuk adjust lampu]


[Tok Janggut rehearsal ketika lampu merah dinyalakan.]


[Tech run Asylum - Babak Fura Panda]


Miao Miao Sang Arnab dan Tok Janggut saja sempat buat full run. Ya lah. Primadiva kita seorang tu bukannya berlatih sangat pun selama ni. Tak tahulah kan kalau-kalau dia berlatih kat rumah dia. Tech run selesai pada waktu makan tengah hari. Tapi aku tak makan lunch. Aku terus bergegas pergi Plaza Low Yat untuk beli external HD. Aku beli external HD semata-mata untuk simpan gambar-gambar tour yang memang aku jangkakan akan mencapai saiz berGIGA-GIGA. Oh ya, aku pergi Low Yat tu seorang saja. Sengaja tak nak ajak orang lain. Takut kalau ada orang lain nanti jadi lambat pulak. Aku sampai Taman Budaya semula pukul 2.30 petang untuk nonton Tok Janggut dan Miao Miao Sang Arnab. Pementasan bermula pukul 3 petang. Patutnya 2.45 petang dah kena mula paling lambat pun.

[Sewaktu siapkan set pentas Tok Janggut]


[Rehearsal Miao Miao Sang Arnab - Babak Klimaks Arn bertukar]



Petang itu tak ramai sangat audiens yang datang. Mungkin sebab petang kot. Hanya dalam lebih kurang 30 orang saja. Okaylah tu kot... Okay ke? Haha.

Sedikit rebiu Tok Janggut dari segi persembahan (bukan dari segi sub-teks.. eh, ya lah.. eh eh tapi ada orang kata karya Tok Janggut ni tak ada sub-teks.. orang tu kata dia tak dapat DENGAR sub-teksnya... walaupun aku rasa semua karya seni teater ni mesti ada sub-teks tersendiri, sama ada orang tu nampak, eh dengar, eh nampak atau tak sajalah....):

Yang aku suka:
Babak Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya berperang.
Emosi Tok Janggut yang membuatkan aku menangis.
Babak akhir sekali di mana slide gambar Tok Janggut (sebenar) digantung terbalik sambil Tok Janggut (pelakon) berjalan keluar perlahan-lahan. Bagi aku ia sungguh dramatik.
Perjuangan yang belum selesai. Oh, aku sedih.
Selit-selit humor yang tidak melampau, iaitu tidak terlalu banyak.
Susun atur set yang berbeza walaupun minimal. Tok Janggut yang sudah mati bercerita akan flashbacknya di tengah di atas kain putih (yang aku kaitkan sebagai syurga). Set Sultan dengan kain kuning dan kain kuning bling-bling. Dan macam biasa, babak Sultan memang cantik. Tapi sayang waktu show siang, dah boleh nampak Sultan pakai kostum sebegitu. Seharusnya Sultan keluar berpakaian sebegitu dan penonton akan WOW!

Yang aku tak suka:
Tak ada! Hahahaha! Bias gila kan.


[Tok Janggut mengajar budak-budak mengaji Quran]


Oh ya, aku duduk di belakang.......... sekali. Dan aku masih dapat dengar patah perkataan yang pelakon sebutkan dalam dialog mereka. Cuma adalah sesetengah yang tak dengar sangat sebab masa tu dialog disebut secara berbisik.


Sedikit rebiu Miao Miao Sang Arnab:

Yang aku suka:
Adegan Arn keluar dari tubuh Mat dengan efek lampu flourescent.
Karaktor Mat yang sakit mental.
Karaktor Mat yang loser.
Adegan karaoke Mat dan Arn yang seronok.
Lakonan segar Khairil sebagai Pak Tam. Sebab sebelum ni aku tak pernah tengok dia bawa watak Pakcik.
Penggunaan dan permainan ruang yang bagus oleh semua pelakon.

Yang boleh diperbaiki:
Pacing. Teater ini sedikit draggy. Mungkin sebab tu Dr Shark pernah pesan pada Acab yang pernah jadi Arn dulu supaya jangan jadi Arnab Tua.
Ros boleh variasikan lagi permainannya atas pentas.


[Arn geram dengan Pak Tam yang selalu jaga tepi kain Mat sambil jual kain.]


Selesai show petang tu. Balik lodge untuk rehat sebelum show Asylum pada malamnya! Yeah!



Nantikan catatan Tour 3: Day 2 - Malam 1

Highlights Minggu Ini

Sebelum aku siarkan catatan Tour 3: Day 2, saksikan highlights minggu ini...



Apa lagi yang aku boleh katakan?

Selasa, Oktober 20, 2009

Tour 3: Day 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Entri kali ini lebih berbentuk diari catatan perjalanan jelajah teater TTS, dari sudut pandangan aku.

Malam sebelum bertolak tu aku tak tidur. Sebab aku khuatir aku tak dapat bangun pukul 5 pagi. Jadi pukul 5 pagi tu aku dah siap serba-serbi.
Namun begitu macam biasalah. Kena tunggu budak-budak lain jugak. Jadi pukul 6 jugak kami semua bertolak.

(Skip bahagian-bahagian asas seperti berhenti solat Subuh, berhenti sarapan dan seumpamanya)


[Sebaik sampai di Plaza Tol.]


Lebih kurang pukul 11 pagi kami semua sampai di Taman Budaya KL. Terus kami keluarkan semua props dan bawa masuk ke dalam. Kami tak dapat bas UTP yang kami minta kerana keutamaan telah diberikan kepada program UTP yang lain. Jadi kami hanya bawa props yang mampu dimasukkan ke dalam kereta sahaja. Nasib juga set teater kami memang tidak banyak.

Lepas tu semua pelakon Asylum kena siap-siap untuk shooting filem pendek Asylum The Movie. Kalau ikut skrip yang Dr Shark tulis, tajuk dia "Giler Teater". Tapi idea asalnya patut kredit pada aku kot.. Kot kot sajalah.. Tak kredit pun tak apa sebab bukan aku pun yang tulis skrip dan jalan ceritanya.

[Check in Matahari Lodge. Gaya masuk lodge pun dah macam artis masing-masing.]


Dah siap-siap make-up dan pakai kostum. Kami berjalan keluar dari Taman Budaya dan sempat shooting beberapa babak sebelum check-in di Matahari Lodge.

Shooting sampailah petang...

Memandangkan team TTS (kecuali TQA) adalah musafir. Maka kami pun menjalankan penggambaran sewaktu solat Jumaat. Petang itu kali pertama aku melakukan kerja yang memalukan diri sendiri. Memakai kostum Y.B dan berjalan-jalan di sekitar KL. Dan ada satu babak aku menjadi Y.B di lorong laluan pejalan kaki Central Market. Maka ramailah rakyat jelata (yang bukan bumiputera) mengerumuni dan melihat kami menjalankan penggambaran. Maka HelHal pun menjalankan tugasnya mengedarkan flyers kepada orang ramai yang menonton penggambaran itu. Tapi bila dah ramai-ramai tak adalah perasaan malu sangat.

[Salah satu sesi penggambaran di CM.]


Lepas selesai penggambaran di CM. Team mime pula turun untuk membuat gimik promosi di hadapan Annexe, CM. Namun tak dapat buat lama sebab (aku rasa pihak CM tak bagi kita buat promosi kat situ). Entahlah. Mungkin nampak mencurigakan kot mime ni...

[Mime SEFA dan Ash buat promosi depan Annexe CM.]


Sebut pasal mencurigakan ni. Masa tengah shooting kat gerai mamak untuk makan tengah hari pun kami tak dibenarkan membuat penggambaran dekat situ (tapi dah buat pun! hahaha).

Malam pula technical run untuk Asylum. Nak setting audio dengan lighting tu yang lama. Akhirnya tak sempat nak buat tech run untuk Asylum. Buat esok paginya. Dalam masa yang sama ada satu team Front of House bersama Mimers pergi Balai Budaya DBP untuk buat promosi atas keizinan produksi UiTM FACT yang ada buat show Lingkaran Kapur pada malam tu.

Apa pun. Aku sangat seronok sebab dapat bertemu dengan rakan-rakan teater yang lain yang ada di KL. Suatu pertemuan yang besar.

[Selepas selesai sesi penggambaran di Taman Budaya, semua bergerak keluar ke lodge.]


Penat rasanya. Dahlah malam tak tidur. Sampailah tengah malam baru dapat tidur. Bajet nak study untuk test Environmental Law tapi tak dapat study banyak mana pun. Otak sudah letih. Badan pun sudah penat. Jadi perlulah bersedia untuk hari esok yang lebih memenatkan.

Nantikan catatan Tour 3: Day 2

Jurutera Dalam Masyarakat

Sewaktu kelas Engineers in Society pagi Isnin.

Pensyarah:
What is your role in society? What do you do?

Aku:
To know more about myself and other people. Whether I--

Pensyarah:
--whether you are fit to be an engineer or not? So are you?

Aku:
I'm still thinking.

Pensyarah:
You're still thinking? You have two more months to think and decide. But that's good. It's always good to think.



Penteater juga aku boleh katakan sebagai

'Jurutera' dalam masyarakat.

Kan?

Isnin, Oktober 19, 2009

Ucapan Terakhir Y.B.

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan.
Apa khabar semua?

(Hanya Pacel seorang saja yang menjawab salam pada kedua-dua show)

Tak jawab! Tak jawab tak apa.. Tapi ingat, dosa tau!

Alhamdulillah.
Kerana TTS selamat pergi dan balik Kuala Lumpur.

Alhamdulillah.
Kerana TTS dan TQA berjaya mementaskan Asylum, Medley of Mimes, Miao Miao Sang Arnab dan Tok Janggut dalam jelajah teater yang kami labelkan sebagai "The Shark Attack Theatre Tour" bagi tahun 2009, yang merupakan siri pertama kami.

Alhamdulillah.
Allah kurniakan aku kesihatan fizikal dan mental sepanjang dua show di KL tempoh hari.
Aku tidak pening kepala walaupun sesaat.
(Sedetik tu ada juga. Tapi aku kawal minda aku supaya tidak pening kepala.)

Alhamdulillah.
Perasaan dalam hati ini pelbagai. Bercampur baur.
Gembira. Puas. Lega. Seronok. Sedih. Sayu. Pilu.

Dan...

Rindu.
Sayang.
Kasih.



CINTA.




Y.B.
Asylum
2009





ps: Teruskan mengikuti 3S dari masa ke semasa untuk kemaskini mutakhir berkenaan Tour 3 di KL tempoh hari.

ps: Sampai di UTP pukul 2 pagi. Menghadap komputer riba sebentar. Terus tidur. Ajaibnya, walaupun aku sangat keletihan. Tetapi aku tetap mampu pergi ke kelas seharian ini. Dan ada test pukul 2 petang. Syukur juga dapat jawab. Studynya tak seberapa pun. Di KL pun hanya sempat selak-selak dan belek-belek nota. Pagi tadi baru sempat ulangkaji semua nota yang perlu dibaca. Itu pun terpaksa tidak menumpukan perhatian pada kuliah yang disampaikan.

ps: Aku suka kuliah yang menjadikan pelajar lebih berfikir dan akhirnya lebih cerdik, bukan kuliah yang hanya berasaskan teori menghafal rumus dan seumpamanya.

Khamis, Oktober 15, 2009

Sa-hari Sebelum Kemuncak Season Finale

Okay. Aku tak dapat sorok lagi perasaan ini. Hiper yang tak seberapa.

Sekarang awal pagi Jumaat. Tapi aku dah rasa excited menuju puncak Tour 3 di KL pada Sabtu dan Ahad ni.
Aku boleh katakan. Ini adalah show besar terakhir aku sewaktu bergelar pelajar universiti.
Boleh kata, season finale kot.
Lepas habis belajar. Dah kerja. Lain cerita lah. Harap-harap TQA akan bergerak maju. Boleh buat show besar di KL.

Dalam masa aku masih skeptikal.
Aku melewati garis realiti.
Realiti yang menjanjikan segalanya.
Menewaskan fantasi yang hanya tampil dalam bayang.


Tour 1
Malam 1 - Energi aku tidak cukup tinggi.
Malam 2 - Aku tersasul sekali.

Tour 2
Malam 1 - Tiada kurang tiada lebih.
Malam 2 - Aku ter-blank dua saat.

Tour 3
Malam 1 - ?
Matinee - ?


Apa yang akan isi ruang ?
Itu kita tidak tahu.
Tiada kurang tiada lebih pun sudah amat syukur.
Kalau lebih pun apa salahnya.
Kalau kurang pun sudah nama pun manusia.

Inilah dia.
Kemuncak kepada season finale aku.
Mulanya aku dengan Asylum.
Akhirnya aku (di sini) dengan Asylum.

Tukaran seterusnya?

Teruskan bersama Akin Muhammad. Walau di mana anda berada. Walau siapa anda. Selagi anda menghargai seni dan mempercayai manfaatnya dalam agama. Selagi itu Akin Muhammad akan hidup dalam bayang, di belakang dan di hadapan langsir, di atas dan di belakang pentas, di ruang duduk panggung. Di mana saja seni disuarakan, ditunjukkan, diilhamkan, dilontarkan.



ps: Krew produksi akan bertolak seawal pukul 5 pagi. Sa-hari ini aku asyik terbayang auditorium taman budaya KL.

Tak Ada Life

"Aku memang tak ada life. Life aku di atas pentas saja." - Akin.M, 2009

Malam tadi adalah full run terakhir di UTP sebelum bertolak ke KL untuk acara kemuncak The Shark Attack Theatre Tour 2009. Tak adalah full run sangat sebenarnya pun. Hanya susun atur cue saja. Maklumlah pentas Taman Budaya KL tak ada backstage. Kena susun atur cue keluar masuk pelakon. Yang mana sesuai.

Jumaat pagi ni aku dan pelakon-pelakon yang lain akan bertolak. Adalah beberapa orang krew produksi lain yang bertolak lewat sedikit. Jadi aku tak ada di UTP mulai Jumaat hinggalah lewat tengah malam Ahad ini. Harap maklum buat semua.

Sudah pasti. Ada kerja akademik yang perlu dibawa bersama ke KL. Bawa sajalah. Buatnya tak tentu lagi. Apa yang aku harapkan. Semua urusan berjalan lancar. Pelajaran aku lancar. Teater aku lancar. Dan seumpamanya.

Aku bukan orang yang terlalu mengejar kejayaan. Aku orang yang lebih suka memahami erti di sebalik kejayaan mahupun kegagalan dalam hidup ini. Sebab aku percaya. Hidup ini penuh dengan erti-erti, makna-makna, maksud-maksud, tafsiran-tafsiran. Sama ada tersurat atau tersirat. Tetapi aku lebih suka yang tersirat. Yang tersorok. Yang tersembunyi. Yang terselindung. Di sebalik sesuatu yang nyata.

Aku juga percaya. Apa yang aku dapat adalah apa yang aku berhak dapat dan ia adalah yang terbaik, optimum, buat diri aku. Sudah pasti. Allah lebih mengetahui, bukan?

Manusia adalah satu subjek (dan boleh jadi objek) yang sangat seni. Itu apa yang aku pandanglah. Mengkaji manusia bukan satu kerja mudah. Sebab ia sangat seni. Sebab itu ia sangat susah. Tetapi, seseorang yang lain boleh juga mengatakan seni itu seharusnya mudah. Nah, sifat seni itu sendiri juga terbuka dan tidak ada yang tetap.

Sejujurnya. Aku merasa amat gembira dan seronok (dan sedih dalam masa yang sama) kerana dapat bertemu dengan manusia-manusia yang berlainan karakternya, di atas pentas, pentas teater. Sudah pasti. Aku akan berasa sedih untuk meninggalkan kampus ini, dengan satu sebab yang pasti, iaitu pentas teater di sini. Ya. Memang aku boleh teruskan bergiat di kawasan lain. Namun sudah pasti akan ada cabaran yang perlu ditempuh.

Sejak akhir-akhir ini, aku sering terbayangkan kesedihan yang kemungkinan besar akan dirasai oleh diri aku. Aku mungkin boleh menangis nanti. Mungkin juga aku dirikan tembok ego yang tinggi dan tebal.

Aku tak ada darah seni.
Ayah aku memang berdarah engineering.
Oh, mungkin mak aku ada darah seni sikit.
Dia pandai melukis.
Tapi aku tak pandai melukis pun.
Pendek kata, aku tak ada darah seni.
Tapi aku boleh jatuh cinta pada seni.
Aku boleh hidup dengan seni.
Aku boleh hidup dengan seni.
Aku boleh hidup dengan seni.



ps: Ada sister wadnya berkahwin pada 17-18 Oktober ni. Di Johor. Aku ke KL. Dia ke Johor. Tak apa. Macam kelakar pun ada. Apa pun. Masih memikirkan bagaimana hendak laksanakan ulang tahun dalam masa yang sama tak mahu miss bengkel teater nanti. Hmmmmm.

Selasa, Oktober 13, 2009

Skeptikalku

Oh!
Dia seniman.
Dia orang seni.

Oh!
Dia tampak seniman.
Dia tampak orang seni.

Oh!
Dia pelakon.
Dia hanya berlakon.

Oh!
Dia pelakon yang real.
Dia hanya berlakon.

Oh!
Dia pakai macho.
Dia pakai handsome.
Dia pakai cantik.
Dia pakai anggun.
Dia hanya pakai.

Oh!
Dia pakai seniman.
Dia pakai orang seni.
Dia hanya pakai.

Oh!
Dia popular.
Dia terkenal.
Dia hanya popular.
Dia hanya terkenal.

Oh!
Dia loser.
Dia pula loser dalam winner.
Dia pula winner dalam loser.

Oh, oh, oh!!! (Jeritan prima!)



ps: Khas untuk orang seni.

Apa Lagi?

Apa lagi?

Selepas selesai TSATT'09 nanti. Hujung minggu yang berikutnya. Ada bengkel teater pula.
Di SMK Raja Permaisuri Bainun. 24-25 Oktober bagi murid-murid Tingkatan 1 dan 4.
Entah kenapa aku gatal juga nak turut serta. Walaupun aku sedar. Interim Report untuk kedua-dua FYP dan FYDP adalah pada hari yang sama, 26 Oktober 2009.

Apa lagi?

Biasanya aku tak fikir sangat akan sisi negatif sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang aku betul-betul minat.
Jadi sisi positifnya akan memaksa aku supaya menyiapkan semua tugasan akademik sebelum 24 Oktober itu.
Sisi positif satu lagi menambahkan lagi pengalaman aku dalam bidang teater ini. Sebab fasilitator kena belajar Shakespeare. Dan aku tak pernah belajar Shakespeare. Sekurang-kurangnya sebelum graduate ni aku ada belajar Shakespeare. Jadi aku boleh kata yang aku graduate dua degree. Satu degree Chemical Engineering. Satu lagi degree Teater (tak rasmi). Okay. Mungkin aku patut letak satu lagi ayat dalam kurungan: Degree Teater (Ajaran Shark).

Apa lagi?

Ahad lepas ada demo untuk bengkel tersebut. Dr Shark yang buat demo dengan bantuan beberapa orang budak Asylum. Skrip Shakespeare yang akan digunakan adalah The Tragedy of Macbeth. Act V, Scene 1. Dan sudah pasti. Sel otak aku mati sedikit.

Dalam bengkel teater itu nanti. Selama dua hari. Ada modul:
Body and vocal warm-up.
Expression enhancement.
Vocal expression.
Script reading.
Improvisation, Oppression theatre, Ensemble, Scenario planning.
Script development.
Rehearsals & production preparation.
Technical run.
Drama performance.


Aku tak tahu apa yang akan terjadi nanti. Sebab aku tak pernah turut serta dalam bengkel teater sebegini. Silap-silap, fasilitator sendiri yang akan 'jadi macam peserta bengkel'!

Apa lagi?
Aku rasa aku kena bersedia mental untuk tekanan dan bebanan kerja akademik dan teater dalam masa yang sama akan datang.

Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.


psst:

Dah lama tak jumpa si dia. Aku sibuk. Dia pun sibuk. Masing-masing sibuk dengan kerja dan kerjaya. Tapi bagus juga. Kurang jumpa. Kurang dosa. Tak begitu? Tetapi tak mengapa. Selesai semuanya. Bersua juga di suatu ketika. Lama lagi nak tunggu 11/11/11. Hehehehe.

I miss you.
I love you.

Isnin, Oktober 12, 2009

Rebiu Tak Rasmi: Tour 2

Alhamdulillah.
Sebelum graduate ni. Dapat juga merasa hidup ber-tour. Maknanya. Dapat merasa keletihan dan kepadatan jadual harian. Mana taknya. Hujung minggu show dua malam. Hari bekerja (hari kuliah) sebelumnya sudah pasti ada latihan pada waktu malam. Sedangkan. Orang lain buat kerja pada waktu latihan itu. Maknanya. Lepas tengah malam baru aku dapat buat kerja. Atau aku curi-curi masa yang ada untuk buat kerja.

Alhamdulillah.
Sebelum graduate ni. Dapat juga merasa memiliki dan memakai sehelai baju uniform TTS. Bangga rasanya memakai baju tu. Ya. Aku bangga menjadi salah seorang aktivis dalam TTS.

Alhamdulillah.
Walaupun balik selepas selesai Tour 2 tadi. Seluruh kaki aku sedikit kejang. Mungkin sebab berdiri di belakang rostrum sepanjang pementasan dua malam berturut-turut. Ditambah pula dengan bas coaster yang boleh tahan dinginnya.

Alhamdulillah.
Tour 2 selesai dengan jayanya. Hasil kutipan dianggarkan lebih kurang Satu K. Terima kasih kepada semua yang hadir menonton. Terima kasih kepada semua krew produksi. Terima kasih. Terima kasih.

Secara keseluruhannya, persembahan pada kedua-dua malam adalah cemerlang (seperti kata Direktor) dan macam biasalah, ada perkara-perkara kecil (yang detail) yang perlu diambil kira dan diperbaiki untuk show akan datang.



Walaupun pada Malam 2 ramai pelakun yang terlupa line.

Dan aku pula, psst, ter-blank kejap dua saat. Haha. Macam tu lah dalam teater ni, bila ada seorang yang TER-itu, TER-ini, akan turut memberi kesan pada pelakun yang lain.

Bukankah itu juga sesuatu yang seni? Yang kita tidak nampak secara terus dengan mata kasar?


Hmm.

Ahad, Oktober 11, 2009

Tour 2 Malam 1

Alhamdulillah. Ucapan pertama yang perlu terpacul keluar dari mulut.
Semuanya berjalan lancar. Tahniah. Syabas. Terima kasih. Esok ada satu show lagi di Ipoh.
Sebelum menyerang kawasan sasaran utama kami: KUALA LUMPUR.
Di sana adalah tempat yang mencabar kami semua untuk membuktikan pada penggiat teater di KL, bahawa pelajar engineering juga mampu berteater.
Setinggi atau sejauh mana tahap pementasan teater kami, itu bergantung kepada penonton di KL nanti untuk menilai dan menentukan.

Sekian.


ps: Rebiu tak rasmi akan datang...

Rabu, Oktober 07, 2009

Bicara: Hubung Kait Seni & Sains?

"Menjadi diri sendiri adalah sebahagian daripada seni hidup." - Akin.M, 2009

Masa aku praktikal di pejabat PMU dulu. Ada seorang staf muda di situ yang menampal satu poster kecil yang menyebut tentang betapa tepatnya ukuran/kiraan permeability dasar laut.
Dan akhirnya, ada disebut:

"Permeability juga adalah satu seni!"

Dan staf engineer seorang lagi yang mengajar aku serba sedikit tentang seismic pula merasa bahawa map seismic itu cantik, dan boleh nampak dia sangat sukakan seismic.
Dan aku juga menganggap:

"Seismic juga adalah satu seni!"

La? Kalau dah sains pun dianggap/diibaratkan macam seni, habis tu, takkan semua perkara di dunia ni seni belaka? Apakah benar wujudnya jurang antara seni dan sains? Apakah seni dan sains itu sewajarnya berhubung kait? Apakah seni itu tidak boleh dihubung kait dengan sains? Apakah seni itu tidak boleh berstruktur? Apakah seni itu harus wujud dengan kadar fleksibiliti yang tinggi?

Soalan-soalan sebegini selalu terpacul keluar dalam kotak otak aku.

Lalu, di mana pula duduknya agama antara seni dan sains? Adakah di bawah agama itu letaknya seni dan sains? Atau adakah agama itu seni dan dalam masa yang sama juga adalah sains? Atau haruskah dikatakan agama itu penghubung kait antara seni dan sains?

Aku tahu. Soalan-soalan sebegini pun sudah cukup untuk memeningkan kepala hotak. Dan pastinya, ada sel-sel otak yang akan mati.

Tentang seni yang berstruktur dan yang tak berstruktur.
Tentang seni yang tak ada sains dan yang ada sains.

Kalau seni tak berstruktur, produksi sukar untuk wujud dan bergerak.
Jadi misalnya, sudah ada skrip. Tetapi tidak ada organisasi (struktur). Mungkin skrip itu hanya akan terperap sahaja. Tidak dapat dipentaskan.
Dalam kes ini, penulis skrip adalah asli. Dia tidak mahu berlakon atau mengarah. Dia hanya menulis skrip.

Malah, adanya jawatan pengurus pentas, pengarah, itu semua menunjukkan struktur produksi teater perlu berstruktur bagi mewujudkan satu produksi.
Kalau tak ada pengarah, macam mana pelakon-pelakon ni nak berlatih? Berlatih buta-buta macam tu tanpa ada hala tuju? Tanpa ada pantauan?
Kalau tak ada pengurus, lagilah haru-biru.

Kalau tak ada sains, tak ada lah lampu nak pancarkan kat muka pelakon-pelakon ni. Dah lah show biasanya buat waktu malam. (Kenapa? Carilah sendiri jawapannya, kenapa show teater biasa buat waktu malam...).

Pendek kata, pada pandangan aku, seni dan sains saling melengkapi.
Seni boleh jadi sesuatu yang asli dari segi konsep asalnya. Tetapi secara praktikalnya, seni perlu sains untuk jadi lengkap (dalam kes yang aku sebut ni: seni teater). Dan sains perlu seni (seni manusia) untuk jadi lebih tepat.

Wallahualam...

Isnin, Oktober 05, 2009

Tentang Babak Klimaks Asylum

Sewaktu post-mortem show malam kedua di UTP tempoh hari, direktor Asylum ada memesan kepada semua pelakon untuk mencari 'source of energy' masing-masing.

Memang aku akui dan tak dapat dinafikan. Aku juga berasa amat letih. Hari-hari yang aku lalui. Walaupun tidur mencukupi. Tetapi tetap berasa letih apabila menjalani latihan teater. Mungkin stamina tidak tinggi. Kalau nak diikutkan, semua pelakon perlu menjalani latihan fizikal bagi meningkatkan stamina. Dan pemakanan juga harus dijaga. Che Mad pula ada menyarankan pelakon untuk mengambil makanan supplement.

Aku tidak risau akan lakonan pelakon. InsyaAllah. Akan bertambah baik latihan demi latihan.
Tetapi aku risau dengan stamina dan tenaga pelakon. Khuatir bila tiba waktu show di KL, tenaga pelakon tidak cukup tinggi. Nyatanya, perkara ini perlu diambilberat oleh semua krew produksi. Dan satu lagi, kesihatan para pelakon juga perlu dijaga. Sebab malam kedua show hari tu, aku pening kepala sebenarnya. Tapi aku tetap paksa diri aku untuk perform yang terbaik. Mungkin sebab paksaan tersebut menjadikan aku sangat letih selepas show habis.

Pada pandangan peribadi, babak klimaks yang dilakukan oleh pelakon Asylum tempoh hari memang tidak menjadi. Sebab aku sendiri pun tak buat sehabis baik. Ada satu ketika di mana sedang semua pelakon lari bertempiaran dan terjatuh berguling-guling, ada satu ketika dan waktu yang diisi dengan 'moment of silence' yang tidak sepatutnya berlaku. Entah. Aku rasa babak tersebut perlu diambil perhatian yang serius buat pengarah dan juga pelakon itu sendiri yang paling penting. Sama ada pengarah boleh mencari dan gunapakai teknik atau yang lebih baik, pengarah mengerahkan tenaga para pelakon supaya berlatih dengan bersungguh-sungguh. Bagi diri aku sendiri, aku akan cuba rasa lebih takut lagi pada babak klimaks tersebut dan dalam masa yang sama masih teringat akan perkara dunia seperti duit dan pangkat serta wanita dalam kes watak aku.

(Tiba-tiba teringat kegagalan aku untuk adegan klimaks dalam teater Transit dulu-dulu. Haha.)

Oh ya, sebut pasal Transit.

Aku bercadang hendak gabungkan skrip Transit 2 (yang baru siap satu babak) dengan idea terbaru aku (malam tadi baru dapat idea) menjadi sebuah teater semi-muzikal. Aku bercadang hendak ambil lagu-lagu ketuhanan daripada kumpulan Ungu. Kenapa aku pilih band dari Indonesia? Hmmmmm...

Minta-minta aku dapat buat skrip ni sikit-sikit. Ya lah, aku pun kena buat FYP juga...

Oh dan satu lagi. Selain babak klimaks Asylum itu, ada satu lagi babak yang perlu diperbaiki iaitu babak menari lagu nasyid dan hindi. Bak kata Che Mad lah, tarian tersebut tidak boleh nampak seperti orang biasa menari, tetapi koreografinya mestilah cantik dan nampak orang gila yang menari. Entah. Aku pun tak tergambar dan terbayang lagi macam mana nak buatnya.

Dan babak bangkit semula selepas mati itu rasanya lebih elok jika dilakukan. Mungkin Dr Shark ada sebabnya tersendiri kenapa dia suruh direktor potong babak tu tempoh hari sewaktu rehearsal. Dan aku pun tak tahu apa sebabnya. Apa pun, ini hanya pendapat aku sahaja. Keputusan pada sentuhan seni direktor.



ps: Aku dah berkorban banyak benda dan perkara untuk teater. Namun aku sedar, aku masih perlu 'purify' lagi otak seni aku. Kadang-kadang bercampur-baur dengan otak logik. Mungkin aku perlu belajar supaya lebih pandai mengawal kedua-dua belah otak ini. Kalau tidak, aku mungkin akan tersalah membuat keputusan pada dua situasi yang berlainan.

Ahad, Oktober 04, 2009

Rebiu Tak Rasmi: Tour 1 Malam 2

Pertama sekali. Alhamdulillah. Sebab Tour 1 Shark Attack sudah selesai. Dan mendapat kutipan yang paling banyak sepanjang sejarah penubuhan TTS. Ini sudah pasti satu kejayaan buat pihak kami.

Namun. Sedikit sebanyak pelakon dan krew belakang tabir terkesan dek bilangan penonton yang kurang berbanding Malam 1.

Energi secara keseluruhan adalah rata. Tidak setinggi semalam. Ya, sebab bilangan audiens kurang, sudah tentu respons audiens juga kurang. Ini memberi kesan pada pelakon. Tetapi perkara ini tidak boleh jadi alasan. Pelakon tidak boleh terlalu mengharap respons daripada audiens. Dan kalau audiens tidak memberi respons yang baik, pelakon tidak boleh tergugat dengan sebab itu. Pelakon harus kekal dalam karakternya dan kekal tahap energinya. Kalau tidak, jadilah macam malam semalam tu. Dan haruslah diingati, energi dalam teater saling berhubung kait antara setiap pelakon dan juga krew.

Banyak juga pelakon yang tersasul-sasul. Termasuk juga aku. Sekali.

Dari segi lakonan. Setiap pelakon sudah tunjukkan tahap lakonan yang baik. Memang banyak peningkatan. Khususnya pelakon-pelakon baru. Pelakon lama aku tak payah cerita lah. Dah tentu dah banyak pengalaman dan lakonan tidak menjadi masalah.

Tapi aku sebut setiap satu karakter di sini:

Atendan
Emosi atendan dalam teater ni kebanyakkannya adalah marah dan fed up.
Dalam babak-babak awal atendan. Atendan terlalu menjerit. Ya. Memang dia boleh menjerit pada bahagian tertentu tetapi bukan bila marah saja, jerit, marah saja, jerit. Dan pentas teater bukanlah untuk pelakon menjerit, tetapi untuk pelakon melontarkan vokal mereka. Dan sewaktu aku menunggu Q untuk masuk pentas, aku dapat dengar yang atendan ad lib dalam energi yang amat rendah. Maksudnya, atendan ad lib tetapi perlahan suaranya.

Pakcik
Karakter ini dicipta oleh penulis skrip untuk menjadi centre of attraction dalam teater Asylum ini. Karakter ini memang patut jadi kelakar habis. Dan sememangnya casting Anwar sebagai Pakcik adalah sangat tepat (memang dari dulu lagi tak ada orang lain selain Anwar, Lutfi atau SEFA yang jadi Pakcik.. oh adalah jugak Fauzan jadi Pakcik sekali). Apa pun oleh sebab Pakcik kali ini menggunakan loghat Negeri Sembilan, Pakcik perlu berhati-hati dengan tiap patah perkataan yang keluar harus jelas didengari.

Baby
Apa yang aku nampak Baby sudah berusaha sehabis baik untuk menjadi Baby yang comel. Acab yang memainkan watak tersebut sudah ada apa yang diperlukan. Iaitu fizikal yang comel. Tahap energinya juga dimainkan dengan baik, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu hiper. Untuk show yang akan datang, aku mengharapkan untuk melihat 'sesuatu' yang lebih daripada Baby. Iaitu aku ingin melihat Acab menonjolkan 'peranan' sebenar watak Baby dalam teater Asylum ini.

Mat Merah & Mat Hijau
Sebagai bekas Mat Merah, aku rasa Daus tiada masalah membawa watak ini. Reaksi dan ekpresinya serta chemistrynya bersama Mat Hijau sudah cukup bagus. Dan aku percaya untuk 4 show akan datang lagi, Daus akan jadi lebih bodoh dan bongok. Dan seperti biasa, Daus cenderung untuk melontarkan dialognya secara TERlaju. Jadi perlu berhati-hati di situ. Takut tersasul macam aku semalam kan.....
Mat Hijau pula sudah cukup bongok. Cuma untuk kostumnya perlu diselesaikan secepat mungkin. Perlu kostum baru yang sama padan dengan Mat Merah. Tempoh hari habis basah kuyup baju T Mat Hijau itu.
Mat Merah & Mat Hijau memang perlu ada chemistry yang kuat. Bila dah ada chemistry tu, tak ada masalah sudah.

Pengedar
Sebagai pelakon baru, lakonan Ayie banyak peningkatan. Kalau dulu dia tak reti langsung nak variasikan dialog dan tak dapat bezakan antara menjerit dan meninggikan energi, tetapi hari demi hari, latihan demi latihan, peningkatan dapat dilihat melalui lakonannya. Itulah gunanya latihan kan... Dan, casting Ayie untuk watak tersebut juga adalah tepat. Asalnya, aku dapat watak Pengedar tu dulu. Tapi sebab SEFA tidak dapat jadi Y.B, maka aku yang menggantikan tempat Y.B dan watak Pengedar dapat ke Ayie.

Penagih
Azizi juga memainkan watak Penagih dengan baik jika hendak dibandingkan sewaktu latihan awal-awal dulu yang memang tak kena dan tak jadi. Dan kalau Azizi boleh jadi lebih lagi i.e lebih sejuk lagi, lebih menggigil lagi, lebih high lagi, lebih desperate lagi, aku rasa pasti akan jadi lebih lebih lebih bagus!

Polis
Haha. Watak Polis juga watak yang bongok. Karakter Polis bongok yang dimainkan oleh Sultan sudah ada. Dan kalau lebih exaggerate lagi mesti lagi best dan seronok. Apa pun babak antara Pengedar dan Penagih makin lama makin baik. (Mungkin sebab selalu kena tegur masa latihan kan... Hehe)

Fura Panda & Wartawan
Aku sedikit gerun dengan babak ni sebab ia melibatkan dua orang watak utama dalam babak tersebut dengan watak sampingan di belakang. Takut overshadow berlaku. Untuk memastikan masalah overshadow tidak berlaku, Fura Panda dan Wartawan perlu lebih menguasai babak mereka itu. Karakter Fura Panda sudah ada dan menarik dan berlainan dengan Fura Panda sebelum ini. Masalah overshadow yang ketara berlaku apabila Pakcik menyebut line 'Kepala hotak dia?!". Pada pandangan aku, langkah ini kurang bijak kerana Pakcik sudah pun mencapai tahap WOWnya sebelum babak Fura Panda itu. Pada aku, kerana satu line Pakcik itu, seolah-olah 'mencuri' perhatian penonton yang sepatutnya menonton dan mengWOWkan watak Fura Panda yang tidak kurang juga hebatnya. Dan Fura Panda hanya ada satu babak itu sahaja yang harus diperguna sehabis baik. Itu pandangan aku sahajalah... Hehe.
Oh ya, dan Wartawan pula. Aku harap Cik Direktor atau senior yang berpengalaman dapat asah lakonan Hisyam yang merupakan pelakon baru. Ada banyak poin-poin yang boleh menjatuhkan energi persembahan. Sebab tu aku gerun bila babak ini sampai.

Uncle Sam
Dan sudah tiba masanya untuk komen bagi watak yang dinanti-nantikan oleh semua... Uncle Sam, yang dimainkan oleh Timmy Ong.
Okay. Ramai pelakon dan krew yang pelik kenapa watak Uncle Sam mendapat WOW oleh audiens. Jawapannya tiada yang mutlak. Tapi pada pandangan aku, inilah yang aku sebut sebagai Faktor-X.
Pertama sekali. Timmy adalah the one and only pelakon berbangsa Cina yang terlibat dalam kerja teater TTS. Masih ingat apabila Moorthi berlakon dalam Taqdir tempoh hari? Dia juga the one and only pelakon berbangsa India dalam produksi TTS. Dan Moorthi juga mendapat WOW dari penonton. TTS amat berbesar hati adanya Timmy dan Moorthi dalam produksi kami.
Kedua. Ekspresi wajah Timmy yang psiko. Aku yang menonton (eh aku berlakon lah) dari rostrum dapat melihat Timmy melebih-lebihkan ekspresi wajahnya (exaggerate lah). Walaupun gaya jalan Timmy memang dari dulu sama macam tu, tapi dia menggunakannya untuk merasai keseronokan di atas pentas.

Dengan kejayaan Tour 1 di UTP ini, di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada:

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (Sebab luluskan bajet)
Tronoh Theatre Shop, UTP (Sebab sediakan platform, ruang dan peluang untuk mementaskan show)
Unit Ko-kurikulum UTP (Sebab sediakan tempat latihan Blok B)
Maintenance & Security UTP (Sebab sediakan tempat latihan dan show MPH)
ITMS UTP (Sebab sediakan khidmat media dan IT sewaktu rehearsal dan show di MPH)

Dr Shark & famili (dan dia punya front desk department)
Che Mad Haris
En Ahmad PG
Mr Rahmat Iskandar (yang memerhati dari jauh)

Dan semua krew The Shark Attack Theatre Tour 2009. (Banyak sangat nak tulis semua kat sini. Dah habis Tour 3 nanti bolehlah...)