Rabu, Disember 30, 2009

Di Sebalik Nama Tiga Es

Kebanyakan masa aku tak berkongsi tentang kisah hidup aku di luar, di dunia sebenar, sebaliknya lebih banyak di sini, di ruang maya ini, dunia siber ini, di singgahsana sini. Sebab itulah aku namakan singgahsana sini. Aku anggap ruang blog ini sebagai singgahsana aku. Macam raja. Boleh cakap apa saja, boleh buat apa saja di singgahsana ini. Itulah idea asalnya aku menamakan Singgah Sana Sini. Maka jadilah 3S. Maka selepas itu jadilah Tiga Es, dengan idea untuk menterjemahkan diri aku daripada seorang yang sangat skematik dan matematik kepada orang yang lebih menghargai bahasa, sastera dan seni. Maka jadilah Tiga Es, nama yang kekal hingga kini.

(Baru sekarang ke kau sedar kenapa aku tulis sebutan huruf S sebagai Es?)

Hm, aku percaya. Blogger yang lain pasti ada sebab dan maksud dia sendiri dalam menamakan blog masing-masing.

Sebut tentang singgahsana, aku teringat pasal bangsawan.

TTS akan pentaskan bangsawan, dan, dengan 'gaya' bangsawannya tersendiri.
Aku pula sudah diberi amaran supaya tidak terlalu taksub dengan seni bina istana dahulu kala. Sebab bangsawan yang nak dipentaskan nanti hendak jadi abstrak, katanya.
Aku tak ada masalah dengan bangsawan gaya TTS, atau bangsawan abstrak. Sebab aku memang tak ada masalah dengan abstrak.
Dan aku pun tak kisah apa orang lain, penggiat bangsawan sebenar misalnya, akan kata atau kritik. Kalau dapat kritik lagi bagus. Sebab TTS jarang dapat kritik yang menghentam. Kadang kala kena dapat kritik yang buruk juga.

Apa yang aku kisah hanya satu:

Elemen yang penting dalam tradisi bangsawan harus ada.

Kalau tidak aku tak akan akui bahawa ia adalah teater bangsawan. Lebih baik aku akui bahawa ia hanya sebuah lagi teater kontemporari.

Dan kalau percubaan pertama ini nanti menjadi, aku akan akuinya sebagai teater bangsawan kontemporari atau bangsawan moden.

Apa pun, aku tak sabar hendak memulakan perjalanan bangsawan TTS akan datang. Ya, semester terakhir aku di UTP, ada FYP dan FYDP yang perlu disiapkan, dan aku harap semuanya berjalan lancar.

Selamat tahun baru Masihi kepada semua manusia yang menyambutnya.

Aku akan akhiri entri terakhir tahun 2009 ini dengan sebuah puisi.


"Pepijat 9 Tahun Selepas Y2K"

Pepijat.
Bug.
Kumbang.
Kambing.
Hitam.
Putih.
Pijat.
Kelawar.
Hitam.
Terbang.
Dalam rumah.
Serang tuan.
Makan tuan.
Serang hendap.
Hendap tuan.
Intai tuan.
Yang sedang mandi.
Mandi telanjang.

Pepijat.
Atas bendul.
Atas almari.
Dalam teddy bear.
Webcam.
Disorok.
Elok-elok.
Ada plan.
Surveillance.
CCTV.
Mengesan.
Menjejak.

Kena kantoi!

Ops.
Silap.
Ada bom!
Pepijat bom.
Bom masa.

KEBABOM!

(Bunyi angin)

(Senyap)

(Montaj rancangan TERJAH!)

(Gelak tawa orang)

3R - Refresh, Reboot, Rerun

Hidup kita sedang berjalan, berhenti (untuk rehat), berjalan kembali, dan ada masanya kita berlari... kita running.

Penat, berhenti untuk rehat, kita... kita segarkan satu badan kita. Kita refresh.

Refresh.

Satu tahun ini sudah hampir ke penghujungnya.
Satu tahun lagi akan datang sebagai ruang waktu manusia meneruskan hidupnya.
Nak atau tidak, manusia perlu teruskan hidup sebagai manusia. Atau sebagai sebahagian manusia. Atau sebagai bukan manusia.
Dan perjalanan hidup manusia memenuhi ruang masa.
Okay, aku rasa aku tak boleh teruskan melalut tentang metafizik.
Lagipun aku tak bercadang nak hasilkan karya yang aku dah mula tulis berjudul "Molekul" suatu masa dahulu.
Biarkan saja idea tersebut berlegar-legar dalam kepala otak aku.
Tentang jisim dan jirim, tentang ruang, tentang molekul, tentang atom.
(Ada tajuk rancangan Halaqah TV9 hari tu membicarakan tentang 'Atom', sangat menarik.)
(Dan mungkin, mungkin saja si Atom dan si Pokok ada hubungan intim.)

Bila dah jauh dan lama sangat kita berjalan dan berlari, mesti kita akan tersangkut dekat mana-mana. Tak kiralah di mana-mana pun. Kita... kita tersangkut, kita hang.

Hang.
Sangkut.

Kita tak boleh berhenti macam tu saja. Kita tak boleh biarkan kita sangkut dekat situ saja sampai bila-bila. Kita kena terus berjalan dan berlari. Jadi kita kena juga abaikan apa yang dah berlaku pada kita. Kita buat-buat tak tahu kali ni. Buat bodoh. Berlakon sekejap. Kita.. kita abaikan apa yang buat kita tersangkut sebelum ni. Kita.. reboot.

Reboot.

Bila tiba tahun baru, orang sibuk berazam itu ini, itu itu, ini itu, ini ini.
Bagus. Berazam memang bagus. Maknanya ada niat dan cita-cita. Itu bagus.
(Secara teknikalnya lah.)
Tapi hidup bukan hanya pada teknikalnya saja.
Praktiknya juga perlu ada.
Macam biasa, bila ada teknik mesti ada praktik.
Ibarat bila ada lelaki mesti ada wanita.
Walaupun hukum alam ini sudah pun ditentang akhir zaman ini.
Jadi kalau AZAM itu TEKNIK, mesti ada PRAKTIK.
Apa PRAKTIKnya?
Itu.. lu pikirlah sendiri!

Kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku dalam hidup kita akan datang.
Seperti Forrest Gump berkata, "Hidup ini ibarat sekotak cokelat, kita tak akan tahu cokelat apa yang kita akan dapat."
Jadi sudah pasti akan ada satu titik pusing dalam hidup kita.
Titik pusing yang berupaya merubah hidup kita, malah berupaya merubah diri kita menjadi seorang yang lain, sama ada seorang yang lebih baik atau yang lebih buruk.
Tapi jangan dicela pula orang yang jadi lebih buruk. Mungkin juga pengalaman hidup dia menjadi seorang yang lebih buruk itu berupaya menjadikan dia orang yang lebih baik pada masa akan datang.
Jadi bila kita lalui titik pusing itu, kita kena mulakan hidup sebagai seorang yang baru atau hidup dalam suasana yang baru, maka kita rerun.. kita berjalan dan berlari lagi dalam suasana yang baru atau sebagai orang yang baru.

Rerun.

Dan sepanjang hayat hidup kita, kitaran hidup berbentuk sebegitu.
Mungkin itu paten hidup manusia yang hanya Dia Maha Mengetahui.
Maka selagi hayat hidup, kitaran akan berlaku.

Recycle.




p/s:

Azam tahun 2010 aku ada tiga secara spesifiknya (selepas baca blog Salju Putih tentang azam yang kena spesifik):


1. Pegang dan gulung kertas.
2. Tandatangan atas kertas.
3. Tanda dan ikat. Kali ni tak ada kertas.



Apa sebab aku harus tidak berkias lagi? :)

Selasa, Disember 29, 2009

Tragedi Disember

Bulan 12, selain terkenal dengan musim orang kahwin, juga terkenal dengan musim hujan.
Tiap tahun pun begitu.

Kita sudah lihat realitinya.
Bulan 12 ini banyak mencatat kisah tragedi. Tak payah pergi jauh.
Lihat saja dalam Malaysia.

Yang paling diingati sudah pasti Tragedi Tsunami.
Tahun 2004.

Namun bagi aku sebagai penduduk negeri Johor pula.
Yang paling diingati adalah Banjir Besar.
Tahun 2006.

Alah, banjir saja pun?
Kat Kelantan dan Terengganu selalu kot.
Ya, memang.
Tapi di Johor bukan selalu, dan pada tahun 2006 itu, adalah banjir terburuk pernah dialami oleh hampir seluruh kawasan Johor.
Sama ada petanda dari Tuhan? Wallahualam. :)

Jadi aku tak mahu cerita panjang kali ni, dan aku mahu cuba jadi orang normal yang secara tipikalnya memuatnaik beberapa gambar untuk tatapan pembaca sebagai salah satu cara mudah bercerita walaupun aku lihat subteksnya sebagai salah satu cara (malas) untuk bercerita ataupun salah satu cara mudah (sebagai alasan) dek terlalu sibuk dengan urusan lain. He he he. Harap tiada sesiapa yang terasa. Maklumlah, dah terajar dengan sindiran dan penyindiran terbuka. Siapalah yang ajar aku ya. Mungkin diri aku sendiri. :P


Sebelum Banjir

Adalah kenduri kahwin abang aku yang nombor 2.
Alhamdulillah, nasib memang baik.
Sejurus selepas selesai saja majlis petang tu, terus hujan lebat mencurah-curah tak berhenti selama beberapa hari yang akhirnya menyebabkan berlakunya banjir besar.


Semasa Banjir

Titi dalam rumah.


Antara banyak-banyak gambar, aku hanya siarkan satu saja gambar keadaan di dalam rumah aku yang sedang banjir yang tak terlalu dalam tu. Masa tu masih tak dalam dan rumah masih boleh didiami. Bila aras air makin naik akhirnya mak dan ayah aku terpaksa bergerak ke Johor Bahru menumpang rumah sewa abang aku yang baru berkahwin tu.


Selepas Banjir

Okay, kali ni biar gambar bercerita.


Ni asalnya pokok rambutan. Dah jari arwah dah.


Ni asalnya pokok manggis. Dah jadi arwah dah.


Kawasan seberang parit depan rumah aku dulu diteroka. Tengok gaya macam nak dibangunkan buat rumah. Tapi sekarang dah jadi semak samun dah.



Gambar selepas dibanjir diambil lebih kurang dua bulan selepas banjir. Jadi dah ada rumput yang dah mula tumbuh.



Dan terbaru ada lagi kisah tragedi yang meragut nyawa manusia.
Bila hidup mesti ada mati.
Jadi bukanlah skema namanya bila kita ingat mati.
Tak ada skema-skema dalam mengingati mati.
Sebab kita pasti akan mati.
Semua, ya, semuanya.


Akin Si Penulis Wannabe



Rasanya tak ramai orang tahu yang aku pernah cipta beberapa buah lagu.

Masa tu masih berusia 16 -17 tahun.

Memandangkan masa tu aku sedang dalam mood 'Westlife', maka lagu-lagu yang aku cipta pun ada gaya sebegitu. (Okay dalam masa yang sama adalah lagu rap sepam dua aku buat)

Ah pendek kata mood jiwang lah.

Siapa kata jiwang tak macho?

Siapa kata garang tak gentlemen?

Aku tak percaya dengan memandang orang dan mengata orang tanpa mengenal orang.

Lagipun memang tak elok mengata orang. Takut apa yang dikata tidak disukai oleh tuan punya badan (siapa tahu kan?), sudah jadi perkara lain - mengumpat - yang sangat sia-sia dan tak disukai oleh ...... kau-tahu-siapa-kan?

Jadi ada lah beberapa buah lagu yang sedap pada pendengaran telinga aku. Tak tahulah pada pendengaran orang lain.

Lirik-liriknya masih ada, tapi cuma sebahagian. Banyak yang dah hilang. Fail audio pun entah hilang ke mana.

Ini satu lagu rap yang tinggal. Rap Islamik lah kot kalau baca liriknya.


"A.K.I.N"


Yeah, A.K.I.N

Aku Kini Insan Nisda
Tiada berguna lagi hidup di dunia ini
Hanya menunggu masa untuk diambil nyawa
Terasa bersalah terasa pula rendah
Diriku ini lemah tak sekuat Engkau Yang Esa
Cuma seorang manusia yang tak punya apa
Tiada harta tiada mutiara diri
Juga tiada permata hati
Kini aku mengharapkan belas kasihMu
Untukku melalui laluan berduri itu
Selama ini ku sedari ku selalu melupakanMu
Terimalah insafku dan taubatku
semoga aku dapat mengabdikan
diri kepadaMu

[Korus]
Pulanglah kepada Yang Esa
Kembalilah kepadaNya
Tinggalkan segala noda
Lupakan hidupmu yang lama

Kita semua sama sahaja
Tiada bezanya
Walau berpangkat ataupun berharta
Semua adalah hamba
(Manusia)
Tak terlepas dari kesilapan
Tanpa menghiraukan persamaan antara insan
Semua sama ada lebihnya dan kekurangan
Hanya manusia sendiri yang suka membandingkan
Tukarlah parakdimamu agar kau sendiri tahu
Yang kita semua adalah asalnya dari satu
Dan kita mesti sembah pada Yang Satu
Yang Satu itu Esa, tiada hak bagi yang lain
Pesanan ini bukannya saja-saja
Jangan kau permain
Ini satu ingatan, ini satu pedoman
Ingatkan Illahi, nescaya hidup diberkati

Aku Kini Insan Nombor 1
Pertama yang gagal, pertama jua yang berjaya
Kekuatan diri aku guna dalam dunia
Penuh pancaroba dan itu dunia remaja
Meningkat dewasa banyak halangannya
Stress kerja, perasaan dan tekanan macam-macam
Hal ehwal cinta harap jangan mengabaikan
pelajaranmu lebihlah penting untuk masa depanmu
Tanam cita-cita dan impian apa yang kamu inginkan
Jika kau mahu berjaya, dengan usaha dan ikhtiar
Maka hasilnya, dengan izin Maha Kuasa
Kau takkan menyesal

[Korus]

Kita semua sama sahaja
Tiada bezanya
Walau berpangkat ataupun berharta
Semua adalah hamba
(Manusia)
Tak terlepas dari kesilapan

[Korus]

Aku kini insaf nasuha
Atas kasih Illahi nanti
Aku yakiniNya
Aku mengharapkan restuMu yang satu
Agar kan ku capai citaku yang baru
Untuk aku menghadirkan rasa cinta di hati
Dan kasihku kepadaMu sepenuh hati
Tiada cinta yang agung melainkan kepadaMu
Aku sedar aku tak sezuhud imam
Aku jua sedar yang aku tak solat malam
Tetapi kini aku menyesalinya
Aku tak mahu diriku mengulanginya
Nur cahaya daripadaMu
Kan kugunakan untukku taat kepadaMu
Dan segala dosaku yang lalu
Hapuskanlah ia biar ia berlalu


---------------


Dan ini pula lagu selepas aku geram dengan isu penahanan Dato' Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwatnya.


"DIMANA KEBENARAN?"


Mereka itu buta hati
Tak mahu kenal erti
Kebenaran...
Mereka itu gelap hati
Tak mahu memahami
Kebenaran...

[Korus]
Ohh...
Dimanakah nilai kebenaran
Tiada lagi persefahaman
Antara kita
Walau satu negara

Mereka itu buta hati
Tak tahu apa itu demokrasi
Keadilan...
Mereka itu sudah mati
Tak mahu ambil kisah lagi
Kebenaran...

[Korus]

Geram dengan keadaan
Mereka buta
Mereka juga dusta

[Korus]


---------------


Dan ini adalah salah satu lirik lagu kegemaran aku, dan aku masih ingat lagi lagunya macam mana.


"GAMBARAN, SINARAN, PERGILAH SAYANG"


Selamat tinggal kuucapkan
Semoga engkau melupakan
Pahit getir hidupmu itu
Janganlah engkau bersembunyi
Senyumanmu itu ku tak mengerti
Gambaran sinaran pergilah sayang

[Chorus]
Ku gambarkan
Pengalamanmu itu
Ku sinari
Masa depanmu itu
Ku katakan
Pergilah sayang
Ku katakan
Pergilah mencari cintamu itu

Selamat jalan kuucapkan
Semoga engkau mengingati
Kenangan manismu itu
Janganlah engkau mengatakan
Diriku ini tidak bererti
Gambaran sinaran pergilah sayang

[Chorus]

Ku mencari-cari serpihan hatimu
Ku terseksa oleh kaca hati itu
Dibawa pergi – pergi sendiri
Di mana engkau harus ku cari

[Chorus repeated until the end]

---------------

Dan ini pula lirik lagu yang kemungkinan besar terpengaruh selepas membaca buku motivasi Dr HM Tuah Iskandar, yang pernah hadir berceramah di UTP suatu masa dahulu, buat yang tak tahu. Ha ha.


"TIADA NASIHAT LAGI"

Jiwaku mengatakan
Betapa tingginya nilai
Sebuah puisi hati
Ternyata ku tersilap
Bila ku mengatakan
Yang sebenarnya engkau yang berdusta

[Chorus]
Oh dimana silapnya
Hidupku ini
Terbukti ku bersalah
Tidak mengerti
Oh dimana silapnya
Ucapanku ini
Ternyata ku berdosa
Hakikatnya
Tiada nasihat lagi

Terpulang kepadamu
Tuk menentukan masa depanmu itu
Hanya engkau seorang
Yang dapat menerangi gelita itu
Bersama ku
Ku katakan

[Chorus]

Tidak kumahu memaksa mu
Tidak kujua sanggup melihat mu
Begitu saja
Tanpa sesiapa di sisimu
Hanyalah aku
Seorang

[Chorus]



Dan banyak lagi lagu yang aku telah cipta yang aku tak siarkan di sini sebab mungkin sangat jiwang sampai tahap aku sendiri pun tak sanggup nak baca lirik tu mahupun dengar lagu tu.



p/s:
Aku percaya bahawa sebelum jadi penulis profesional, perlu jadi penulis wannabe dulu. Sekarang aku baru penulis wannabe. Pelakon pun pelakon wannabe. Ada sesiapa yang perasan dia dah jadi pelakon profesional? Atau dia rasa dia ada 'gaya' jadi pelakon pro? HA HA! Lama dan jauh lagi perjalanan ni beb. Perlu kaut sebanyak-banyak pengalaman yang ada.

Teater (Kanak-kanak?) "Mama Pokok"


Cerita yang sangat mudah. Sangat tipikal. Tentang pokok yang hidup membesar dengan subur. Kemudian ada masalah yang dihadapi. Dan akhirnya... happy ending. (SEFA tak akan suka cerita ni, rasanya.)

Menampilkan;


Mama Pokok.
Papa Pokok.
Abang Pokok.
Kakak Pokok.
Adik Pokok.
Penanam Pokok.
Penyiram Pokok.
Penebang Pokok.
Pokok Penumpang.

- atau -

Pokok Utama
Pokok Pembantu
Pokok Sampingan
Pokok Tambahan





ps 1:
Tapi bukan pasal pokok aku nak ceritakan. Pasal (perkara) pokok.

ps 2:
Alah, kau ni asyik nak berkias saja. Bukannya orang faham pun. Buat penat kau saja berkias.

ps 1:
Tak silap aku, kau lebih rajin baca Quran daripada aku. Aku rasa kau patut faham maksud kata-kata dalam percakapan aku sehari-hari.

ps 2:
?



Sepetik Jari Manis (Mengiyakan Teori Eksistensialism)


Sejujurnya kali pertama aku tahu tentang teori eksistensialism adalah selepas menonton filem Papadom.

Lantas aku terus Google 'existentialism'.

Sumber AllAboutPhilosophy [http://www.allaboutphilosophy.org/existentialism.htm] menyatakan,

"Existentialism in the broader sense is a 20th century philosophy that is centered upon the analysis of existence and of the way humans find themselves existing in the world. The notion is that humans exist first and then each individual spends a lifetime changing their essence or nature.

In simpler terms, existentialism is a philosophy concerned with finding self and the meaning of life through free will, choice, and personal responsibility. The belief is that people are searching to find out who and what they are throughout life as they make choices based on their experiences, beliefs, and outlook. And personal choices become unique without the necessity of an objective form of truth. An existentialist believes that a person should be forced to choose and be responsible without the help of laws, ethnic rules, or traditions."


Bunyi petikan jari (yang aku hasilkan) biasanya terhasil dari jari telunjuk dan ibu jari.
Ada juga orang yang tak pandai petik jari.
Boleh, petik tu petik, tapi tak ada bunyi.

Manusia yang sempurna ada 5 jari pada setiap belah tangan dan kaki.
Fokus pada jari-jari tangan.

Jari Ibu. (Disebut ibu jari)
Jari Telunjuk.
Jari Hantu.
Jari Manis.
Jari Kelingking.

Setiap jari mesti ada peranannya.

Ibu Jari
Identifikasi diri yang unik

Jari Telunjuk
Penunjuk pada objek atau suatu direksi

Jari Hantu
Penambah rasa sumpahan seranah atau penambah rasa katalis keceriaan

Jari Manis
Penyeri cincin-cincin

Jari Kelingking
Pengikat janji manis atau trademark penembak sel kanser


Dan seperti memetik jari, lebih daripada satu jari diperlukan, iaitu ibu jari dan jari hantu.
Jadi dengan kesedaran akan eksistensial jari-jari, dan kebolehan jari-jari bekerja antara satu sama lain bagi menghasilkan sesuatu, tidak hairanlah bahasa jari boleh menjadi pengantara komunikasi bagi yang pekak atau bisu.

Eksistensial.
Jadi eksistensial sial itu bila...


Sial 1. tidak beruntung (selalu gagal dlm mendapat sesuatu dll), tidak bernasib baik (se lalu ditimpa kemalangan, selalu susah, dll), celaka, malang: kami juga mengisahkan tuah ~ masa hadapan anak-anak kami; ~ benar nasib mereka; ~ dangkalan sial benar; 2. (yg) mendatangkan kecelakaan (kemalang an dll), (yg) tidak mendatangkan keuntung an (kebahagiaan dll): menurut kepercayaan Inggeris, nombor 13 ialah suatu angka yg ~; besok mari ikut aku, kita tinggalkan tempat ~ ini; 3. jahanam, si celaka (kata maki an): jangan sebut-sebut lagi nama perem puan ~ itu! ~ bercampur malang prb kehidupan orang yg sangat sengsara (segala yg dihajati tidak diperoleh); bagai menjenguk jerat ~ prb pergi ke sesuatu tempat tetapi utk sebentar sahaja, orang yg gemar berjalan-jalan; menyialkan mendatangkan sial: tidak cukup engkau dgn sial dirikau, kausialkan orang lain pula; sialan 1. orang yg (mendatangkan) sial; 2. Id jahanam, celaka (kata makian): ~ lu! kesialan perihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditum panginya jadi kacau.
(Kamus Dewan Edisi Empat)




ps 1:

B.J. memang menampakkan isu aku dengan orang baik dan orang tak baik.

Orang baik dan orang tak baik ada peranan masing-masing dalam dunia ini.

Wallahualam. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Aku tak percaya dengan orang baik yang tiba-tiba jadi baik. Maaf kalau ada yang rasa aku berbahasa kasar.

Aku percaya orang tak baik boleh jadi baik, vice versa.

Kau tak percaya dengan apa yang aku percaya?

Peduli apa aku? Kenapa aku perlu tak percaya apa yang aku percaya sebaliknya percaya kepada kau yang tak percaya pada apa yang aku percaya?

Ya, aku dan isu, aku dan isu, aku dan isu

dan semua orang pun begitu, ada isunya tersendiri.

Seteruk dan hina aku di dunia ni pun aku kenal diri aku sendiri.

Kau kenal diri kau?

Nak aku pinjamkan cermin diri aku?

Percuma saja. Ya, percuma.

Kenapa? Tak percaya? Sebab zaman sekarang ni mana ada benda percuma?

Benda yang percuma sekarang ni semuanya ada bayaran tersembunyi.

Tapi memang betul ada satu benda saja yang percuma zaman sekarang ni.

Teka lah apa dia?

(Aku senyum)




ps 2:

Aku pernah jadi baik.

Aku pernah jadi jahat.

Aku pernah jadi baik kembali.

Aku pernah jadi jahat kembali.

Aku baik, orang jahat.

Aku jahat, orang baik.

Aku baik, orang baik.

Aku jahat, orang jahat.

Baik, Jahat.

Jahat, Baik.

- Teringat karya Wan Azli Wan Jusoh berjudul Aghi Ni Jadi Jjaha' (Hari Ini Jadi Penjahat), bacalah di laman e-sasterawannya, pautannya ada di blog ni -

Dan aku harap aku mati sebagai orang baik.

Aku tahu, semua orang mengharapkan sebegitu.

(Aku senyum)




ps 3:

Semua orang pernah melakukan kesilapan.

Adil, bukan?

(Aku senyum)


Sabtu, Disember 26, 2009

Pedo Man Pela Kon (Yang Bermain Ping Pong Sebagai Metafora)


Dipetik daripada "Acting Essentials - A Practical, Beginning Acting Handbook" oleh Alex Golson; buat bacaan TTSian khususnya, dan pelakon lain amnya.


Actor Ethic, Etiquette and Traditions:


  1. Don't relate to others like a prima donna or a star.
  2. Treat all other actors, designers, and production people with respect.
  3. Be on time.
  4. Don't miss rehearsals. The only excuse for missing a rehearsal is death-your own.
  5. Come to rehearsal prepared to work. (That is wear appropriate clothing, be physically and vocally warmed up, and have all personal props with you.)
  6. Walk around the stage before each rehearsal and performance to check for any changes or safety hazards.
  7. Do not do anything that could cause serious or permanent physical or emotional harm to yourself or any other actor or crew member. No show is more important than ensuring everyone's safety and well-being.
  8. Never eat, drink, or smoke in costume, unless you have the director's and designer's permission.
  9. Do not play music or turn on the television backstage or in the dressing rooms unless all actors agree to it. Make sure it is not so loud that you or others cannot hear time calls.
  10. Always acknowledge time calls with a thank you or other appropriate response.
  11. Do not disturb other actors twenty minutes before their first entrance. They may be preparing.
  12. Never argue with the director or stage managers in public. Discussions should be held in private.
  13. Always try anything the director asks you to do, unless it is unsafe.
  14. Take care of your props and costumes; you are responsible for their care. Before each performance, make sure they are in their proper place and in working order, and put them back in their proper places after using them.
  15. Never direct or give suggestions to other actors. Talk to the director or stage manager about all concerns.
  16. Bring a pencil and paper to all rehearsals.
  17. Write down all notes and work on them.
  18. Work on lines and character outside rehearsal at least as many hours as during rehearsal.
  19. Attend and participate in all strikes. (Unless it is not allowed by your union or theatre company.)
  20. Consider giving cast cards or a small gift to the technical director, stage manager, director and any appropriate crew people and designers at the last performance. In most theatres, it is a tradition.
  21. Never alter your appearance with such changes as a hair cut, more or less facial hair, a new hair color, or tattoo without the director's and/or the costume designer's permission.
  22. Report all safety concerns to the stage manager.
  23. Don't borrow or use any other actor's make-up, sponges, or personal items without permission.
  24. Don't gossip and don't listen to gossip.


Mak aku:
Tahun depan (2010) ada teater lagi ke?

Aku:
Ada lagi.

Mak aku:
Ye? Selagi masih belajar lagi ni lah kan nak aktif teater.

Aku:
Lepas belajar pun boleh lagi teruskan.


Perbualan terhenti.



Handbook yang aku baca tu banyak tips berguna.
Ditulis daripada pelakon, kepada pelakon.
Ada banyak acting exercises menarik yang boleh dipraktikkan.
Mungkin aku patut fotostat buku ni memandangkan ia tak begitu tebal.



ps: Sebab aku rasa macam ada sedikit halangan untuk aku belajar bidang teater secara profesional dan rasmi (iaitu ambil diploma/degree dalam teater) - halangan internal dan eksternal yang tidak diterangkan di sini - jadi buat masa ni aku hanya baca apa-apa buku tentang teater yang termampu oleh daya baca aku yang tak seberapa ini.

Fonik Es (Satu Serpihan Bom Kebaratan) Tentang Dilema Melayu Yang Ta' Hilang di Dunia Bak Kata Hang Tuah (atau Hang Too Ah?)



Melayu memang tak habis-habis di dalam dilema.

Melayu merasakan dirinya dan jiwanya cukup Melayu.
Tetapi tak sedar hidupnya sudah terlalu berat kebaratannya.

Minta dia senaraikan apa-apa yang ada pada diri dia (sekarang) yang benar-benar Melayu:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.


Minta dia senaraikan apa-apa yang ada pada diri dia (sekarang) yang bercirikan Barat:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.


Konteks bangsa.
Konteks agama.

"Melayu itu Islamlah."
"Islam itu Melayulah."
Apakah ini juga perlu menjadi dilema Melayu?

Apakah ia tentang pemikiran?
Apakah ia tentang persepsi?
Apakah ia hanya sekadar sebuah dilema dalam drama realiti hidup?

Ternyata sudah.
Di akhir zaman ini.
Umat cepat keliru.
Dan sesat.
Dan salah pilih jalan.
Tanpa Nabi.
Ulama' pewaris Nabi.
Namun umat masih mudah keliru.
Umat masih mudah berada dalam dilema drama.
Mungkin sudah ada ulama' yang makan gaji.

Ah, betapa jelasnya yang kini adalah zaman-zaman terakhir dunia manusia!



ps: Senarai tu dikosongkan untuk kau orang yang membaca ni isi sendiri lah!

Khamis, Disember 24, 2009

Kejamnya Pelayan Chicken Chop Itu

Manusia memang tak pernah puas dengan nikmat dunia.
Pelbagai.
Tiada apa yang aku hendak katakan kali ini.
Pada malam Hari Natal ini.
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia.
Yang hidup di bumi Malaysia.
Aku ucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian.


"Aku teruja. Teruja dengan bayangan dalam kenangan. Dalam bayangan susun atur setiap segi bisa mempermain minda, fikiran dan jiwa. Titis air mata itu hanyalah luahan bayangan dalam kenangan yang tercurah keluar. Anggaplah ia sebagai tanda persahabatan. Hujan emas dan hujan batu aku ungkapkan sebagai kenangan yang sudah pun silam tatkala aku masih menyairkan dalam pengkhayalan harian. Hujan emas dan hujan batu. Aku ingin menyanyi menghirup bayu pagi yang dingin membeku."


Dan aku juga manusia seperti manusia yang lain.
Tidak pernah puas dengan nikmat dunia.
Antaranya nikmat berkarya.
Penat menulis B.J. tidak dapat aku rasakan.
Sebab B.J. adalah karya 'instant'.
Main bedal tulis saja.
Tak ada fikir apa-apa sangat.
Jadi mungkin kurang bermutu atau berkualiti.
Dan kurang kuat dari segi isinya.

Oleh sebab penat menulis B.J. tidak aku rasai, aku sudah bercadang hendak menulis satu lagi masterpiece.
Jalan cerita sudah ada sebab aku nak tulis berdasarkan kisah benar.
Kisah benar tersebut pada pandangan aku menarik kalau dipentaskan.
Ada isu perselisihan fahaman agama.
Aku rasa macam berat isu tu nak diwujudkan dalam bentuk teater.
Tapi tak semestinya.
Kadang-kadang teater ada saja yang banyak isu berat tapi gayanya ringan.

Jadi dalam masa terdekat ini, macam biasa, ikut stail aku, akan buat sinopsis, konsep dan babak-babak.

"Kejamnya Pelayan Chicken Chop Itu"


Sengaja kali ni aku letak judul sedikit panjang. Kalau boleh aku nak panjangkan lagi tajuk tu. Ya, aku rasa aku harus panjangkan lagi tajuknya.

Oleh sebab aku baru sedar yang aku ada genap sebulan lagi cuti, jadi apa salahnya aku siapkan piece terbaru aku ini.

Dah naik sem nanti dah tak ada masa nak berkarya (harap-harap aku TAK berkarya, biarlah aku berkarya dengan HYDRATE pulak) dan sibuk dengan projek bangsawan pula.

Ada hati nak buat ABL konon. Macam lah sempat dan cukup orang.
Aku syak-wa-sangka tak cukup orang nanti.
Sebab memang sebelum ni asyik tak cukup orang.
Salah satu petanda akhir zaman ke?

Dr Shark ada SMS,
"Dalam bangsawan Sinbad ada naga (+kapal sebenarnya), Megat Terawis ada kapal, Jebat?"

Nak saja aku jawab,
"Kapal."

Bergantung kepada cerita dan skrip.
Kalau skrip berdasarkan skrip 'jebat' (Hatta Azad Khan) - Dr Hatta judulkan skrip dia tu sebagai 'jebat', huruf 'j' kecil, supaya perkataan jebat boleh ada prefiks dan suffiks seperti 'menjebatkan', katanya - maka props penggegar pentas boleh jadi....

kapal.

(Tentu menarik kalau dapat buat kesan khas keris terbang...)

(Mesti cantik kalau dapat buat backdrop istana Sultan Melaka dengan teliti dan halus...)

(Begitu juga dengan singgahsana Sultan Melaka, jika teliti dan halus serta merelit-relit, mesti cantik...)

(Tidak dilupa juga backdrop untuk suasana kampung...)

(Dan apakah sudah sampai masanya TTS buat set rumah? Mesti ada orang tak setuju. :P)

(Misal kata adegan Jebat Digulai Dengan Janji Manis seperti dalam karya asal jebat tu, dan rombongan menghantar Hang Jebat ke istana tu, haruslah ditonjolkan dengan lebih teliti lagi, serba-serbi, lebih-lebih lagi props dan kostumnya.)

(Ya lah, alat kebesaran diRaja ni macam-macam...)


Lantas aku terus Google Image "singgahsana sultan melaka".
Walaupun di paparan muka pertama tidak banyak yang relevan malah header blog aku pun termasuk sekali.


(Atau, nak kosongkan pentas terus? Guna backdrop saja? Set yang detail hanya singgahsana saja?)


Apa-apa pun, asasnya, nak buat bangsawan ikut stail bangsawan sebenar atau tidak?




Keratan dari entri Tiga Es Versi Satu; tentang BATU.


Sabtu Salju.

Salju itu membeku. Membeku jiwa raga.
Raga yang terkandung batu-batu dan juga pasir-pasir.
Raga berliang. Pasir-pasir itu halus pun mampu keluar dari raga dengan sendirinya.
Alhamdulillah dipermudahkan kita olehNya.
Dua beban jadi satu sudah.
Batu-batu sahaja yang tinggal.
Itulah perkara yang kita perlu usahakan sebagai makhluk.
Kita angkat sahajalah batu-batu itu keluar dari raga.
Tetapi batu-batu itu pula bermacam-macam jenis…
Tapi ada juga batu-batu yang cantik.
Boleh disimpan. Berat pun tak seberapa.
Eloklah kita simpan ya.
Sabtu Salju.
Salju di kala sendu.
Senduku tidak menentu.
Dek emosi syaitan laknatullah.
Itulah musuh manusia.
Jauhkanlah.
Dengan pertolonganNya.
Juga dengan daya kita sendiri.

Rawak Musim 'Mengawan' (Profil Rendah)

Hujung tahun, tengah tahun, pendek kata, waktu cuti sekolah, memang musim orang kahwin, musim mengawan pada pandangan binatang, tapi manusia bukan binatang, jadi istilah tersebut tidak harus digunakan melainkan manusia tu memang berperangai macam binatang tapi ada hati jugak nak kahwin, well, at least, dia kahwin.

Dan rata-rata budak universiti berjantina lelaki bernafsu lurus bila dah di tahun akhir, sibuk memasang niat dan hasrat untuk berumah tangga pada masa yang terdekat. Mereka yang belum ada pasangan, waktu tahun akhir di universiti boleh jadi juga dimanfaatkan untuk mencari pasangan yang bakal menjadi teman hidup. Mungkin mereka berpendapat yang akan agak sukar untuk mencari pasangan bila sudah kerja nanti. Tetapi itu bergantung kepada pandangan individu. Mereka yang sudah sedia berpasangan pula sudah mula memikirkan tentang perancangan ke arah mendirikan rumahtangga pada masa yang terdekat.

Dalam masa sedang merancang ke gerbang perkahwinan (persediaan fizikal), jangan dilupa persediaan mental dan spiritual amatlah penting dan tak boleh diabaikan.

Persediaan fizikal paling kritikal adalah wang walaupun yang sebenarnya ia bukanlah paling kritikal. Persediaan spiritual lebih penting. Namun masyarakat kini sedang hidup dalam komuniti yang 'mendesak'. Aku harap pembaca semua sudah faham maksud komuniti yang 'mendesak' ini. Jangan salah faham pula. Tak faham sila bertanya terlebih dahulu.

Anggap jumlah besar kos minimum yang diperlukan ialah RM 15,000

Jika aku sudah mula menyimpan sejak tahun asas seperti sekarang, paling kurang RM100 sebulan, RM 100 x 12 bulan x 5 tahun = RM 6,000, sudah dapat menampung 2/5 daripada jumlah kos tersebut.

Namun tak mengapa. Masih belum terlambat untuk mulakan simpanan. :)

Segala-galanya adalah duit.
Tapi duit bukanlah segala-galanya.

Lain maksudnya tu ye.

Semua kena ada.

Fizikal.

Mental.

Spiritual.

Akhir sekali, syukur juga aku masih simpan kitab munakahat sekolah agama dulu-dulu.

Lantas sa-belahan diri aku bertanya, "simpan saja ke?"

Dan sa-belahan diri aku yang satu lagi menjawab, "ha ha!"



p/s:

(Lampu) profil rendah.

Rabu, Disember 23, 2009

Buat Liyana Qistina, Firaz Adam, Luqman Al-Rayyan

Iaitu anak-anak buah aku yang comel dan nakal.


Entah bila dapat berjumpa dan bermain-main dengan mereka lagi.
Nenek (dan atok) mereka pun dah rindu. (Aku letakkan 'dan atok' dalam kurungan sebab atoknya tak tunjukkan pun yang dia rindu kat cucunya, biasalah, ego lelaki.)

Koleksi pelekat kartun pelbagai itu aku beli di Amcorp Mall, Petaling Jaya.
(Tak termasuk cube 1x1x3 buatan Cina, Monopoly, Jutaria dan permainan kad yang dibeli untuk kegunaan hiburan sendiri.)
Aku memang mudah tertarik dengan benda-benda yang unik dan pelik yang jarang boleh didapati di pusat-pusat membeli belah terkemuka.
Mungkin ia juga satu refleksi diri aku yang sedikit pelik ini.

Waktu jalan-jalan di mall pada hari itu baru aku sedar bahawa Ben10 sangat berleluasa.
Mana taknya filem Ben10 pun sudah terbit.
Bukan setakat kartun animasinya.
Aku tak layan lagi kartunnya.
Mungkin bila dah berkeluarga dan ada anak nanti aku akan selalu nonton siaran kartun di Astro.
Dan aku rasa tak salah kalau baru nak jadi penggemar kartun-kartun.
Masih tak terlambat kalau usia belum mencecah 30 tahun.
Alah, sedangkan ada bapa yang dah berusia 50 tahun pun nonton kartun Wonderpets tu.

Kartun-kartun penuh dengan propaganda.
Mangsa di luar sedar - Anak-anak generasi akan datang!


ps: Uncle memang sayangkan kamu semua anak-anak buah, cuma biasalah kadang-kadang ego lelaki...

Selasa, Disember 22, 2009

B.J. Tentang Maksud

B.J. Tiada maksud yang tetap.

Demam.
Sekarang.
Memang.
Musim.

Aku baru pulang.
Dan pergi.
Dan pulang semula.
Dan akan pergi lagi.
Dan akan pulang semula.
Pergi.
Pulang.
Pergi dan pulang.
Pulang dan pergi.
Saling berganti.
Berganti-ganti.
Membawa satu erti.
Pada tiap satu hari.
Aku pergi.

Aku pergi tidak lama.
Aku pulang tidak lama.
Aku pergi sekejap.
Aku pulang dan tak akan pergi lagi dalam masa yang sekejap.
Aku akan pergi lagi dalam masa yang lama.
Aku pergi lagi dan terus pulang lagi dalam masa yang sekejap dan lama.

Musim.
Sekarang.
Bersilih ganti.
Memang.
Demam.

Masterpiece kedua aku sudah siap.
Siap pada malam sebelum aku bertolak pergi tempoh hari.
24 muka surat.
Single spacing.
Huruf Arial bersaiz 12.
Walaupun hanya 5 babak tetapi agak panjang.

Baris terakhir adalah...


NAFSU.



Drama cinta ini memang tipikal.
Yang lainnya cuma ia memang 'tipikal'.

Dan bila aku makan dadah ubat selesema.
Aku terus mengantuk tidak lama lepas itu.
Dan terus menyambung mimpi yang pelik-pelik.
Bangun tersedar.
Lantas merebahkan diri semula.
Menyambung mimpi yang pelik-pelik, iaitu...


...mimpi B.J.



p/s: Tahniah kepada Lutfi & Zanira yang baru saja melangsungkan majlis perkahwinannya hujung minggu lalu. Semoga semakin bercambah iman pada pohon bunga cinta dan melalui jangka hidup pohon tersebut di bawah atmosfera rahmat dan berkat, hingga akhir hayat, hingga di akhirat.

Jumaat, Disember 18, 2009

Teaser Paling Cantik





B.J. - Budak Jawa, Budak Johor etc.


Yang buat aku seronok dan teruja dengan B.J. adalah
aku boleh jadikan B.J. itu singkatan bagi pelbagai perkataan
kalau boleh aku mahu penonton, selepas menonton, memberi maksud mereka sendiri dalam singkatan B.J. itu.

Karya B.J, aku kira, lengkap dari segi set watak.
Biasanya ada watak utama lelaki dan wanita.
Watak pembantu lelaki dan wanita.
Dan watak sampingan yang bodoh-bodoh, bangang-bangang.
Lengkap lah tu kan? Lengkap lah kot. Haha.

Berbeza dengan karya ABL.
Hanya ada satu watak utama lelaki dan wanita.
Yang lain adalah ensemble untuk watak-watak sampingan.

Malam ni aku dah sambung menulis skrip B.J.
Itu pun ilham datang lepas tengok ada orang dapat tokoh sempena maal hijrah.
Sebelum aku pergi ke Kuala Lumpur pada hari esok.

Selamat bermime untuk Ash "Mmuu" dan Hisham Suka Suki
yang akan beraksi di pentas Tembang Di Kuale.

Selamat Pengantin Baru buat rakan pentas aku, Lutfi Othman
yang memulakan pemangkahan muka bujang-bujang TTSian



ps: Jangan jadi bujang lapok sudah lah.

Rabu, Disember 16, 2009

Papa Razi

Bila aku dengar lagu Paparazzi oleh Lady Gaga di radio, aku dapat rasa yang lagu ni ada 'sesuatu' yang bernilai, sekurang-kurangnya, buat diri aku.
Jadi aku pun teringin nak muat turun MP3nya. Tapi memandangkan waktu tu sedang minggu belajar, dan perkongsian DC++ pun sudah tiada, aku hanya muat turun video klipnya dari YouTube.
Macam yang aku kata tadi, aku dapat rasa yang lagu ni ada 'sesuatu'.
Bila aku tengok video klipnya sambil dengar lagunya, aku berasa sungguh teruja dan Wow!
Bagi aku, video klipnya cukup menarik perhatian seni aku.
Ia sungguh berseni.
Dah macam surrealism pun ada.

Kepada peminat nasyid sahaja dan anti-hedonis, aku tak akan cadangkan untuk nonton video klipnya. Mungkin kalian akan berasa terganggu dengan adegan foreplay atau wanita berpakaian seksi atau aksi bermain-main lidah mahupun aksi menggigit jari. Jadi lebih baik, jangan.
Tetapi kalau anda berfikiran terbuka, boleh abaikan semua adegan tersebut dan fokus pada subteksnya, erm maksud aku, subimejnya!
Tetapi kepada peminat setia Lady Gaga dan pendengar muzik, tontonlah video klipnya berulang-ulang kali. Sebab aku rasa ada 'sesuatu' dalam lagu dan video tersebut.

Dalam liriknya. Antara bait-bait yang aku suka selain korusnya.
I'll be your girl backstage at your show
velvet ropes and guitars, yeah 'cause you're my rockstar

in between the sets, eyeliner and cigarettes
shadow is burnt, yellow dance and we turn

my lashes are dry, purple teardrops I cry

it don't have a price, loving you is cherry pie
'cause you know that baby I


real good, we dance in the studio
snap snap, to that shit on the radio

don't stop for anyone

we're plastic but we still have fun


Dan antara shot-shot yang aku suka.




[dan juga shot-shot wanita yang mati!]


Video klip ini sungguh bersungguh-sungguh.
Aku kira sukar nak siapkan satu video klip sebegini.
Banyak isu yang diketengahkan.
Banyak perasaan yang boleh diluahkan.
Tentang keganasan seks terhadap kaum wanita.
Semuanya bermain-main dalam kepala otak aku.
Dan bila aku gali sikit lubang internet ni, aku jumpa dengan [link] ini yang juga menyatakan
"it’s really worth watching the entire video–it’s something else."

Kesimpulannya, haruslah kita lebih berseni dalam menghasilkan video klip mahupun filem.
Mungkin berdiri di atas bukit tatkala bayu rekaan memukul-mukul tubuh yang memakai baju yang sedondon sama ada baju batik atau baju formal dengan formasi vokalis utama jadi fokus di hadapan dan vokalis latar di belakang bukan satu contoh video klip dengan unsur seni yang baik.

Maaf kalau terkasar! Hanya satu pandangan jujur.



ps: Dan baru-baru ini ada sa-orang tu menyamar guna nama Abg Gaga!

Identiti B.J.

B.J. - Boleh Jalan!!!

Mengenal diri sendiri adalah satu perkara penting dalam hidup.
Proses tersebut bukanlah sekejap. Yang pasti memakan masa.

Aku kenal diri aku.
Aku juga sudah jumpa identiti aku.
Dan aku akan mengjangkakan aku akan jumpa satu identiti yang lain pada masa akan datang.
Dan sudah pasti mengekalkan identiti sekarang.
Dan identiti yang dulu.
Identiti 1 + Identiti 2 + ... + Identiti n = IDENTITI
Ini teori yang aku baru reka.
Manusia akan ada beberapa sub-identiti yang membentuk satu identiti yang akhirnya akan dikenalpasti oleh dirinya sendiri.
Boleh ke aku cipta teori aku sendiri berdasarkan observasi aku? Hah!

Begitu juga dalam seni teater yang aku terjun sejak tahun 2006.
Lebih khusus lagi apabila berkarya.
Setiap pengkarya akan menghasilkan sesuatu yang unik.
Yang tidak sama dengan karya orang lain.
Selagi mana pengkarya itu jujur dengan diri dan karyanya sendiri.
Sebab sekarang ni dah banyak berlaku isu ciplak atau curi hakcipta karya.
Tidak kira dalam filem mahupun pentas.
Bagi aku pengkarya sebegitu tidak jujur dengan seni.
Menjadikan karya lain sebagai inspirasi tak mengapa.

Entah kenapa. Sekarang ni aku banyak melihat manusia di dalam lingkungan hidup aku yang mempersoalkan perkara-perkara berkaitan kejujuran.
Ada yang jadi takut untuk jadi terlalu jujur.
Ada yang berani menjadi terlalu jujur.
Ada yang masih ragu-ragu tentang kejujuran.
Dan ada juga yang tidak kisah tentang kejujuran.

Identiti B.J. adalah mengikut identiti teater aku.
Elemen5 pasti ada.
Simbolism juga mesti ada.
Tidak logik dan anti-realism.
Dan yang paling pokok, kebanyakan isinya menampilkan inversi sesuatu (kesongsangan).
Ya, inversi juga salah satu identiti aku dalam karya teater aku.
Sesuatu yang mudah dan normal jadi abnormal.
Bila aku fikir balik ada benarnya juga ia boleh jadi satu refleksi pada situasi masa kini yang mana transeksual berlaku, homoseksual berlaku, dan seumpamanya yang mana semuanya ini aku kira sebagai menentang hukum alam.
Dan sudah tertulis pula dalam karya B.J. aku ini satu ayat '...asalkan jangan menentang hukum alam!"
Satu lagi identiti karya teater aku adalah aku suka bermain-main dengan maksud yang boleh diwujudkan melalui angka-angka dan abjad-abjad.
Tapi setakat ni aku tak bermain-main lagi dengan bentuk-bentuk objek seperti bulat, segi empat, segitiga dan lain-lain.
Tiba-tiba teringat karya teater Sasau yang pernah dipentaskan dulu.
Bagi aku karya itu memang tegar keseniannya.
Kalau sekadar membaca sahaja sudah pasti bosan.
Oleh sebab itulah adanya seni pementasan.
Haruslah menjadikan karya yang kalau sekadar dibaca itu bosan menjadi menarik.
Tapi kalau tak berapa nak reti buat pementasan, boleh jadi bosan juga.
Aku rasa kalau Dato' Zahim Albakri pentaskan skrip Sasau tu mesti jadi menarik dan tak bosan, aku rasa sajalah...

Dan oleh sebab itu bukan senang nak mengarah sesebuah teater.
Bagi aku lebih mudah menulis berbanding mengarah.
Cuma kalau ilham tak muncul-muncul, memang susah juga nak menulis.
Macam sekarang ni lah aku tengah sangkut skrip B.J. Babak 4 / Adegan 2.
Babak tersebut penting sebab babak klimaks.
Ternyata, klimaks memang penting.

Ya, penting... kan?

Ahad, Disember 13, 2009

Previu B.J.

Khas dan khusus serta istimewa buat para pembaca Tiga Es.
Suka aku untuk berkongsi keseluruhan babak yang ada dalam teater B.J. iaitu masterpiece aku yang akan datang tak lama lagi.
(Tiba-tiba teringat piece HelHal akan datang yang diinspirasikan oleh aku iaitu "Bayang Jadi Jasad". B.J. jugak tu! B.J.J.)


BABAK 1 – PERLU KISAH ORANG LAIN?
(Berdialog tentang pengaruh perasaan dan fikiran orang lain.)

BABAK 2 – SEKEBUN CINTA BERBUNGA
(Berdialog tentang bunga yang layu serta bunga yang kecil dan besar.)

BABAK 3 – DOT DOT DOT MULA OPS
(Kumpulan Dot menghendap B dan J. Semua ahli kumpulan Dot bertelagah tentang pakatan jahat memisahkan B dengan J.)

BABAK 4 – MATI MAKAN BUNGA & KUMBANG BERACUN
(B dan J diperdaya oleh Dot. B mati dipaksa makan bunga racun. J mati dipaksa makan kumbang beracun.)

BABAK 5 – KASIH, SAYANG & CINTA ITU SUCI DAN INDAH, TAPI...
(Identiti B, J dan Dot-dot dibuka. Rahsia masing-masing diberitahu. Kebenaran dinyatakan.)


Semoga aku dapat hasilkan B.J. dengan penuh perasaan. Haha!



ps: Macam mana dengan Tabung Uji, Sangkakala, Berhala, Latex tu semua? Belum ada perasaan nak teruskan lagi lah... Itu semua piece masa hadapan.



B.J. / Babak 2 - Sekebun Cinta Berbunga

Alhamdulillah.
Babak 2 - Sekebun Cinta Berbunga dalam karya "B.J." aku baru saja siap.
Terkini sudah 10 muka surat.
Perlu teruskan menulis.
Ada 3 babak lagi perlu disiapkan.
Sementara aku masih teruja hendak menulis ni, jadi tak bolehlah peluang perasaan ini disia-siakan.

Babak 2 tersebut bagi aku menarik dan unik.
B dan J kembali dating di kebun bunga, tempat perkenalan mereka dan berdialog tentang betul vs. salah, kecil vs. besar dan menjurus kepada isu utama baik vs. jahat.

Buat mereka yang mengikuti blog aku ni.
Suka aku hendak kongsi sinopsis cerita B.J. beserta watak-watak dan perwatakannya secara ringkas.

Teater "B.J."
Drama cinta 'tipikal' antara lelaki dan wanita.

Sinopsis:
Burhan J. (B) dan Jasmin B. (J) mula mengenali diri masing-masing di sebuah Kebun Bunga. Perbezaan dan persamaan diteroka bersama. Sehinggalah mereka berdua bercinta. Sebaik sahaja B dan J mula bercinta, ada sekumpulan makhluk yang suka buat kacau. Mereka adalah Dot-dot. Dot-dot memang tak boleh tengok orang lain senang. Apa-apa usaha B dan J untuk merapatkan hubungan mereka diganggu oleh perancangan jahat Dot-dot. Akhirnya kisah cinta B dan J berakhir dengan tragedi. Dot-dot ‘menang’ dan berjaya lagi.


Watak-watak:

B (Burhan Jamil)
Seorang lelaki pencinta wanita.

J (Jasmin Bakri)
Seorang wanita pencinta lelaki.

Dot 1
Seorang anti B yang besar (Mata). Juga merangkap ketua kumpulan Dot.

Dot 2
Seorang anti J yang kecil (Telinga). Merangkap penolong peribadi Dot 1.

Dot 3
Seorang pengikut kumpulan Dot yang asyik menghilang (Mulut).

Dot 4
Seorang pengikut kumpulan Dot yang selalu kehilangan (Hidung).

Dot 5
Seorang pengikut kumpulan Dot yang telah hilang (Kulit).




ps: Perhatikan, di antara B dan J, ada Dot-dot dalam judul "B.J.". Sebab itulah judulnya sebegitu. Lagipun, B.J. itu Baik-Jahat yang menjadi isu utama cerita ni.

ps#2: Tajuk Babak 2 - Sekebun Cinta Berbunga pula diambil daripada lirik salah satu lagu nyanyian Ziana Zain.

Lutfi

Memandangkan pada 20 Disember 2009 ni aku akan ke Kajang
menghadiri walimatulurus rakan sepentas TTS/TQA, saudara Lutfi Othman
maka aku nak cerita sedikit tentang majlis perkahwinan
(dan oleh sebab itu entri ini pun dijudulkan "Lufti")

Tentang duit menyumbang.

Di sini kalau ada majlis kenduri kahwin, tetamu yang dijemput dan hadir mesti akan bagi sumbangan ikhlas berbentuk wang ringgit yang dimasukkan siap-siap dalam sampul, tak kira sampul surat ataupun sampul duit raya.
Dan duit sumbangan tu akan dibagi pada tuan rumah, biasanya ibu atau bapa pihak pengantin sewaktu bersalam dan berjabat tangan waktu tetamu hendak pulang. Biasanya perlakuan itu dilakukan secara mengeruk. Jadi orang kata, salam sambil mengeruk.

Namun di sebalik amalan mulia tersebut.
Terselit beberapa kisah yang ironik.

Sebenarnya, tak kisah lah kau sebagai tetamu yang dijemput nak bagi duit sumbangan tu ke tak. Sebab dah nama pun sumbangan ikhlas dan tak berdosa pun kalau tak bagi.
Tapi biasalah, kalau tak bagi nanti, ada sajalah mulut-mulut yang mengata, lokek lah, kedekut lah, tahi hidung masin lah. Jadi perkara sebeginilah yang menjadi salah satu faktor yang seolah-olah 'memestikan' tetamu memberi duit sumbangan tu.

Sehinggakan..

Ada yang memasukkan dalam sampul dan memberi duit yang sudah rosak.
(Tak tahulah duit tu duit palsu atau tulen?)
Ada juga yang memasukkan tisu.
Ada juga yang memasukkan tiket bas.
Dan ya, ini adalah kisah benar, bukan rekaan, bukan dongeng, bukan mitos mahupun fiksi.

Apa pun, ada satu nilai dan pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah ini.

Berlaku jujur sememangnya sukar terutamanya apabila berada dalam komuniti yang 'mendesak'.
('Mendesak' dengan maksud: Menjadikan adat itu seperti satu kemestian atau apa juga kondisi yang menyebabkan kita rasa macam bersalah kalau tak buat perkara tu dalam komuniti tu.)

Pendek kata, berilah, sumbanglah, seikhlas hati.
Sebagaimana bercinta dan berseni seikhlas hati.
Kerana setiap perkataan itu adalah informasi. Eh?

HA HA!

Cuti Dengan Makna Cuti Yang Sebenar

Kadang-kadang aku akan duduk.
Fokus.
Dan cuba dengar bunyi alam.
Aku akan cuba dengar seberapa banyak bunyi yang ada.
Salah satu cara menajamkan deria dengar.
Biasanya aku akan lakukan benda ni waktu aku seorang diri.
Takkan nak buat tiba-tiba waktu ada partner kat sebelah.

Dan waktu aku menulis ini adalah pukul 2.15 pagi.
Ada bunyi ranting-ranting pokok dipijak di sekitar rumah aku ni.
Aku suspek haiwan liar yang menjadi pemangsa kucing-kucing di rumah aku ni.
Terbaru yang hilang bernama Dini.
Baru beberapa hari hilang.
Tak balik-balik rumah.
Tak lain tak bukan. Dimakan oleh binatang liar.
Bukan sekali dua. Tetapi kerap kali.
Sebulan sekali pasti ada kucing hilang.

Sekarang, anak-anak kucing itu tinggal tiga beranak tanpa ibu susuannya... (ibu kandung pun dah lama hilang.)

Rasanya bagaimana perasaan anak-anak kucing tu?
Rasanya mungkin hampir sama seperti anak-anak kecil yang kematian ibu dan bapanya.

Selagi masih ada peluang dan masa yang banyak di rumah bersama keluarga.
(Dah kerja, dah berumah tangga masa bersama ibu bapa pasti berkurang.)
Selagi itulah aku akan menghargai setiap detik bersama mereka.

Cukup. Tak perlu kau orang semua denial! Hahaha! Berkorban masa cuti untuk buat FYP?! (Okay, untuk mereka yang kena buat eksperimen kat dalam makmal okay lah. Okay okay, buat mereka yang kena suruh-paksa oleh SV mereka untuk buat waktu cuti pun okay lah...).
Hahahaha!

Kepada orang yang terasa tu, maaflah ya! Sengaja saja. Hahaha!


ps: Aku memberi makna 'cuti' dengan makna cuti yang sebenar!


Sabtu, Disember 12, 2009

M.M.S / Bajet Tak Lulus / Tasmat

Mari Menulis Skrip

Tulis ikut apa kau fikir dan rasa.
Tulis saja!

Aku memang minat membaca skrip.
Aku lebih pantas membaca skrip berbanding membaca novel.
Walaupun jumlah perkataannya sama.
Dan kalau aku tengah high, aku minat menulis skrip.
Apa saja aku akan tulis.
Ya, apa saja yang terlintas pada minda dan hati.

Aku mahu tulis untuk ini [klik link]

Ya. Drama radio.
Sedikit berbeza berbanding skrip drama pentas.
Tapi ia masih skrip!

Ada empat kategori:
- Panggung Drama (30 minit)
- Drama Khas (30 minit)
- Drama Bersiri (12 episod)
- Sketsa (5 minit)

Skrip Panggung Drama dan Drama Khas perlulah sebanyak 23 muka surat melibatkan 4 hingga 5 orang pelakon. Tema Panggung Drama adalah bebas manakala bagi Drama Khas pula temanya berkaitan dengan perayaan (Maulidur Rasul, Hari Pekerja, Hari Keputeraan SPB YDP Agong, Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Malaysia & Maal Hijrah).
(Jumlah 23 + 23 = 46 muka surat)

Skrip Drama Bersiri perlulah lengkap sebanyak 12 episod dengan 7 muka surat bagi setiap episod dan melibatkan 4 hingga 5 orang pelakon. Tema adalah berkaitan golongan remaja.
(Jumlah 84 muka surat)

Skrip sketsa perlu disediakan dalam 3 muka surat yang melibatkan 2 orang pelakon. Setiap penyertaan mestilah menghantar sekurang-kurangnya 12 skrip sketsa. Tema sketsa adalah berkaitan isu-isu semasa seperti wabak denggi, mat rempit, kes ragut, keselamatan jalanraya, cara hidup sihat dan sebagainya.
(Jumlah 36 muka surat)

Jumlah besar kalau tamak nak buat semua: 46 + 84 + 36 = 166 muka surat

Tarikh tutup penyertaan 28 Feb 2010.

Tiba-tiba aku teringat nak teruskan skrip drama aku berjudul "Bidadari".
Drama berdasarkan kisah benar.
Sesuai untuk kategori Panggung Drama atau Drama Bersiri.
Untuk Drama Khas mungkin aku kurang berminat untuk buat skrip bertemakan sempena perayaan.
Untuk Sketsa pula mungkin sedikit mudah tetapi perlu hasilkan banyak isu.
Banyak isu banyak cerita lah.
Banyak cerita banyak pening lah.
Memandangkan penyertaan terbuka untuk pelajar IPT, jadi aku harus gunakan peluang dan masa yang hanya tinggal satu semester bergelar pelajar IPT ini untuk turut serta.

Tulis saja lah!
Tapi kalau target nak menang, kenalah tulis skrip yang boleh memenangi hati pembaca!
Tapi peduli apa aku menang ke tidak?
Aku pedulikan karya.

Aku tak nak menempah nama dengan tangan yang kosong.
Aku nak menempah nama "Akin Muhammad" dengan genggaman tangan yang berisi.
Mungkin sebagai orang baru dalam dunia seni, genggaman aku masih berliang.
Namun makin banyak isi dalam genggaman.
Makin padatlah hendaknya.

Lagi sekali aku tanya.
"Apa itu seni?"

(Senyum)

(Bunyi tapak kaki berjalan)

Oh, rancangan asal aku untuk ke KL hujung minggu ini terbatal.
Bajet tak diluluskan. Sebab bajet untuk ke Kajang minggu depan dah lulus.
Gila ke apa nak ke KL tiap-tiap minggu?
Pergi sekali dah habis paling kurang RM50 untuk tambang pergi balik sahaja. Kalau tiga minggu darablah dengan tiga.
Haha. Berkira sangat dengan duit. Maklumlah orang tak kaya (lagi) memang kena kira-kira bajetnya.
Kalau aku pergi KL jugak minggu ni mesti habis aku. Habis habis.
Memanglah tonton bangsawan percuma. Tapi kalau aku dah ke Pasar Seni.. hujung minggu ni ada banyak program menarik sempena Art For Grabs X-Mas di Central Market. Jadi kalau aku dah singgah ke sana tak sah kalau aku tak bawak balik sesuatu yang seni. Lagi-lagi kalau terjumpa himpunan skrip ke.. DVD short film indie ke.. habislah aku. Kena ada seseorang yang boleh menahan dan meredakan nafsu seni aku tu. Siapalah orang tu ye... Hehehe.

(Bunyi hembusan nafas kuat)

(Bunyi bingit LRT bergerak)

(Bunyi rakaman suara manja perempuan: "Next station, ....")



ps: Tasmat dalam bangsawan. Improvisasi dalam bangsawan. Mari, mari! Aku sedia belajar bangsawan! Sila tunjuk ajar aku.

(Konon-konon) Pra-produksi ABL

Dalam aku sedang berkarya BJ aku, aku masih tidak melupakan ABL.
Kadang-kadang ilham datang tanpa diundang.

BJ aku baru 4 muka surat. Jalan cerita penuh sudah ada.
Bercadang untuk buat 5 babak sahaja.
Satu babak dalam 4 muka surat.
4 muka surat dalam 5 minit.
5 darab 4 sama dengan 20 minit.
Hanya kiraan anggaran.
Hasilnya nanti boleh jadi 30 - 45 minit juga hendaknya.
BJ adalah karya yang berakhir dengan tragedi.
Tiada happy ending.
ABL happy ending.
Tapi mungkin ada sedikit twist pada saat-saat akhir cerita.
(Tak ditulis dalam skrip, ditulis dalam kepala otak.)

Sebenarnya aku nak siarkan satu komentar daripada satu-satunya pembaca skrip ABL setakat ini.
Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku tak bagi rakan sepentas baca terlebih dahulu.
Sebaliknya aku bagi pada seorang kawan aku ni yang lebih memahami kewujudan aku dalam dunia ini sebagai seorang yang split personality.
Dan dia juga dapat paham apa yang aku tulis dalam blog Tiga Es aku sejak dulu lagi.
(Blog Tiga Es versi lama lagi pening kepala! Kiasan merata-rata!)
Jadi siaran komentar ini boleh kira macam pra-produksi lah.
Silakan dan sudikanlah baca. Aku malas nak edit jadi aku buat kopi dan pastri saja.


From a reader viewside as im not 'professional komentar' (kalo dipentaskan myb aku ada pndangan lain plak..hahaha):

1) ABL overall (refer kpd excitement aku dlm mbaca skrip nih)

Kalo skrip ni terbahagi kpd 2; luzer normal n luzer gila.. aku lebey suka part mse luzer gila tuh dr skripnye.. aku rase busan skit awal2 cerita nih.. not all, start babak 3, aku dh rase excited utk trus mbaca..
But not bad at all for introduction.. save the best for the last!! Aku suka pada intricacy, at least ade satu surprise kat akhir cerita, ko timbulkan persoalan sape itu Winn for intro & u save the answer till da end..
Part 1 aku suka introduction pd Winn..
Part 2 aku suka pada olahan skrip ko utk smpaikan the important msg..
Nice ending!!

2) Timeline

Aku suka dgn kronologi yang ko susun.. guna flashback.. ade skit introduction by luzer tua utk babak2 seterusnya.. x byk sgt intro tuh.. so x ilangkan element of surprise kpd penonton... at least for a 'light-minded reader' ko juz bg penonton sedikit guideline utk faham msg yg selanjutnye.. nice one!!
At least aku xde la rase mcm tgk muvi susuk or ocean 13... kebanyakan misteri terbongkar mse ending.. mse ending je aku fhm seme perkara.. haha..

3) Storyline

Part 1:
Ahmad Luzman bin Lazim, dikenali sebagai Luzer adalah seorang loser. Sejak dari kecil hidupnya selalu ditimpa nasib malang.

ditimpa nasib malang: Mase aku mula2 bc sipnosis nih.. aku igt ko nk ceritakan nsib malang luzer dr segi perkara luar kawalan... cth: kematian, jodoh.. tapi bile aku baca skrip nih, aku rase luzer bukanlah 'bernasib malang' tp seseorg yg 'memilih utk jadik malang'.
'bernasib malang' disini mungkin lambat bertemu jodoh, pejabat bos terbakar (kehilangan pekerjaan), tergelincir mase berjalan, diganggu samseng...'memilih utk jadik malang' disini mungkin dimarahi Bos kerana lewat, xde kwn kerana tidak pndai bergaul, selalu tukar kerja kerana tidak bersungguh...
tapi when go tru along da script, aku fhm jgk ur objektif.. kalo letakkan semua perkara luar kwln aje, xjadik plak 'Luzer adalah seorang loser coz he chooses to be a loser'.. He has the options.. Tuhan xkan merubah nasib sesuatu kaum melainkan.....

Part 2:
well, aku expect part 2 ko akan ceritakan how he will improve himself specifically.. i mean in his career life or what so ever.. naseb bek ko jadikan luzer gile as some part of ending.. sbb nnt aku yg gile busan.. tipikal punye ending.. haha..
aku suka pada msg 5 perkara n olahan cerita yg kreatif utk smpaikan msg.. dan msg yg ko smpaikan ada byk lg terselit in the storyline either in part 1 or part 2... ade tersirat n ade tersurat.. x perlu la aku sebut satu persatu msg tu..
part 1 n part 2 xde relationship secara direct... maksud aku part 2 doesnt involve luzer's lifestory.. indirectly, ko ceritakan how to be a winner secara general in a life.. i like this element so as it has been called 'teater'..

juz aku harap penonton notice the relationship between those two parts and will get all the msg.. lain individu lain pula tafsirannya.. tafsiran aku myb len antara bc skrip dgn bile dipentaskan.. cth: aku x suka skrip tp myb aku suka bile ianya dipentaskan.. or vice versa.. satu lg cth: suka tonton anime naruto tp x semestinye gemar bc manga naruto kan?? hahaha.. joking :P



Amacam?
Ada bran nak buat teater yang SUSAH ni?
Teknikal dia SUSAH. Bukan macam Barabah atau Asylum.
Kalau berjaya buat memang aku tabik spring toing toing.
Kalau tak berjaya buat mungkin boleh cuba tingkatkan prestasi dan kualiti.

Dr Shark, jadi Produser?
Syakir Saniy, jadi Stage Manager aku?
Khairil Nizam, jadi Assistant Director aku? (Ke kau nak jadi Luzer?)
SEFA, jadi Music Director aku? (Eh, lupa kau praktikal.)
Timmy Ong/Ermie Fadhullah, jadi Music Director aku?
Nuzul, jadi Lighting Manager aku?
Esah, jadi Audio Manager aku? (Ke kau nak cuba berlakon? Sebab ada orang suruh aku ambil kau jadi pelakon.)
Che Mad, jadi Costume & Make-up I?
Syaida Hazira, jadi Set Manager aku?

Eh, sekejap. Tak tak tak. Aku perlu 'ajar' budak-budak baru. Asyik orang sama saja buat benda sama. Bukankah TTS platform untuk 'orang baru' kenal seni? Bukannya platform nak melampiaskan 'nafsu seni' atau 'impian seni tak tercapai'?

Eh sekejap, siapa nak jadi Art Director?

Akin M: Haa! Usop, jadi Art Director aku?

Usop: Oh. Okay.



ps: Mungkin ABL yang ada terbelah dua itu refleksi diri aku yang ada split personality?

Jumaat, Disember 11, 2009

"B.J." - Sebuah Teater Bosan Akan Datang

Karya "B.J." aku cuba untuk menyatakan beberapa perkara:

Mana betul, mana salah?
Siapa baik, siapa jahat?
Kecil atau besar?

Karya ini ada banyak dialog.
Dua atau lebih watak sering berdialog mempersoalkan.
(Amaran awal, teater ini mungkin membosankan dan sasaran penonton utama mungkin bukan pelajar universiti kejuruteraan.)

Kita kalau boleh, kena selalu merendah diri.
Pertama sekali pada Tuhan.
Kedua sekali pada diri sendiri.
Ketiga sekali pada orang lain.

Tetapi bukan senang.
Memang bukan mudah.
Hidup ini tidak boleh diambil dan dianggap mudah sentiasa.
Kerana pada mata hamba ini, hidup ini kompleks.

Aku persoalkan,
mana satu pihak yang betul dan yang salah?
Dalam politik misalnya.
Adakah kerajaan itu betul, dan pembangkang itu salah?
Atau sebaliknya?
Apa asas kau mengatakan yang pihak itu betul, dan satu lagi itu salah?
Apa asasnya?

Ada yang jadikan pendirian sebagai asas.
Ada yang jadikan pegangan agama sebagai asas.
Ada yang jadikan pengetahuan sebagai asas.
Ada yang jadikan pencapaian sebagai asas.
Ada yang jadikan perasaan sebagai asas, yang mana, adalah amat aku persoalkan di dalam karya "B.J." ini.

Persoalan orang itu baik atau jahat juga satu persoalan yang cukup subjektif.
Soalannya mudah, tetapi subjektif.
Begitu juga dengan pilihan yang kecil atau yang besar?
Kita nak pilih sesuatu yang kecil atau yang besar?
Dua-dua ada pro's dan con'snya.
Kalau kau pilih perkara/isu yang kecil, kau guna cara yang kecil dan sederhana juga.
Kalau kau pilih perkara/isu yang besar, kau guna cara yang lebih besar dan signifikan.
Misal kata dalam kelas tingkatan 5.
Nak pilih siapa layak jadi ketua kelas?
Perkara ini kecil saja. Skop dia pun kecil.
Tetapi perkara kecil sebegini pun boleh bikin gaduh.
Misal kata dalam berteater.
Nak pilih berteater untuk menang pertandingan dengan cuba membawa karya hak asasi kemanusiaan (kononnya) seperti kisah hidup pelacur (walaupun dia dah insaf)?
Atau nak sampaikan suara mangsa kekejaman di Palestin?
(Ya, karya ini juga satu tribut untuk menyokong usaha SEFA memperjuangkan niatnya membawa BCP dalam jelajah atau festival teater.)

Jadi pendek kata.
Dalam karya "B.J." aku, aku mengutarakan satu kenyataan.
Kau boleh pilih yang kecil atau yang besar (boleh pilih nak bertelagah dalam satu parti politik atau berbincang tentang masa depan alam sekitar).
Asalkan jangan besar-besarkan perkara kecil.
Dan memperkecilkan perkara besar.
Kalau tidak, menentang hukum alam jadinya nanti.
Well, itu hanya satu pernyataan yang aku akan letakkan dalam karya tersebut.

Dalam usia yang aku kira masih muda ini.
Aku mahu memberi seberapa banyak sumbangan tenaga dan idea yang termampu oleh aku dalam dunia seni.
Seni itu haruslah dihayati, bukan sekadar dipelajari.



ps: Huruf N dalam akronim A.K.I.N merujuk kepada NILAI. Aku lebih pentingkan nilai sesuatu itu. Sekarang kau tanya diri kau sendiri, apa nilai kau dalam seni?

Rabu, Disember 09, 2009

RM1 Selit di Celah

Satu lagi gambar yang boleh membunuh dan mematikan sel otak manusia.


Lokasi: Masjid
Objek: Tabung duit bayaran air mineral


Kepada yang sudi, silakan dan selamat memberi maksud pada gambar ini.

Selasa, Disember 08, 2009

C.A.M : Cerita Anak Manja (Bukan) Cerita Artis Malaysia

Aku anak bongsu.
Anak bongsu biasanya dikatakan anak manja. Anak mak. Anak emas. Atau seumpamanya.

Biasanya bila ada orang tanya aku aku anak yang keberapa, aku akan berasa sedikit segan.
Sebab aku dah tahu respon orang yang bertanya tu.
"Anak bongsu? Manja lah ni ya."

Aku tak malu mengaku yang aku adalah anak emak.
Sebab aku memang dilahirkan oleh emak aku.

Dulu masa aku masih di bangku sekolah rendah, mak aku kejutkan aku bangun pagi.
Mak aku siapkan air panas yang dijerang menggunakan cerek antik untuk bagi aku tak sejuk mandi pagi supaya anaknya ini rajin pergi sekolah dan belajar.

Aku memang anak manja.
Aku masih ingat lagi waktu aku darjah dua kalau tak silap, aku sedikit sebak dan sedih bila mak aku balik selepas menghantar aku ke sekolah.
Mungkin waktu tu ada benda atau perkara yang aku tak suka sedang berlaku pada diri aku di sekolah... Aku tak ingat.

Sejak tadika sampai sekolah rendah, mak aku hantar aku ke sekolah naik basikal.
Kadang-kadang aku malu juga dengan kawan-kawan aku yang lain.
Sebab benda-benda macam ni lah aku selalu diejek.

Tiap-tiap hari sekolah mak aku sediakan aku sarapan.
Tapi dulu aku tak lalu makan pagi. Jadi aku hanya minum air.
Sarapan abang aku yang bedal. Masa tu abang aku dah sekolah menengah.
Jadi aku bawak bekal mak aku ke sekolah.
Biasanya burger. Burger daging, burger ayam, burger telur.
Kalau roti atau daging burger dah habis, mak aku buat sandwich.
Itu sajalah menu kebiasaan aku.
Mak aku dah siap potongkan burger atau sandwich kepada dua bahagian. Kadang-kadang dia potong kepada empat bahagian.

Waktu rehat di sekolah.
Biasanya aku akan makan bekal tu.
Dan kawan-kawan aku akan 'pau' bekal aku tu sikit.
Kalau ada empat bahagian yang dipotong. Aku makan satu bahagian saja. Tiga bahagian lagi tiga orang kawan aku yang makan.
Kebanyakan masa begitulah.

Aku dulu mula belajar solat agak lambat.
Umur 7 atau 8 tahun baru aku mula sembahyang.
Mak aku suruh pergi masjid waktu umur aku 9 tahun.
Kawan-kawan sekampung aku yang lain dah lama selalu ikut ayah diaorang pergi masjid.
Aku baru terkial-kial.
Walaupun kawan-kawan aku tu main-main waktu solat Jumaat di masjid.

Waktu aku sekolah agama petang, aku selalu beli jajan di kedai Minai, depan simpang Parit Karjo tu. Ada lagi kedai tu sampai sekarang.
Kedai Cina yang boleh hidup dalam komuniti Melayu.
Sama saja macam kedai timbang sawit Ah Chat, gelaran Chop Guan Ann di Parit Kaspan tu.
Bapak aku sampai sekarang hantar timbang kelapa sawit pada dia.
Dulu pernah cuba hantar kat Peladang niat untuk tolong orang kita.. tapi... hmm.. biasalah, kerja orang Melayu, faham-faham sajalah... pernah kena curi timbang rasanya.
Orang Cina pun jujur tak curi timbang.
Maaf kalau berbunyi atau berbau rasis di sini.
Tapi ini adalah kisah benar.

Berbalik kepada aku beli jajan tadi.
Aku akan beli banyak. Dalam RM2. Banyak tu. Macam-macam ada. Gula-gula, coklat, asam dan macam-macam lagi jajan-jajan pelik.
Bila di sekolah agama petang, aku akan makan sikit jajan tu buat hilang mengantuk belajar waktu petang dan selebihnya aku akan jual pada kawan aku dengan harga RM2. Jadi aku dapat untung sikitlah.

Aku dulu pernah menduduki Peperiksaan Tahap Satu (PTS).
Tapi aku tak berjaya lompat darjah pun.
Lagipun aku tak nak lompat darjah pun.
Takut kena buli dengan budak darjah atas.

Waktu di sekolah rendah juga.
Pada satu perhimpunan sekolah hari Isnin.
Aku pernah hampir jatuh pitam.
Mata berpinar-pinar.
Dan pernah juga aku terduduk.
Di sekolah menengah pun pernah.

Tak banyak kisah di sekolah rendah yang aku teringat sekarang ni.
Cerita biasa-biasa saja.
Kisah seorang budak yang sangat pendiam dan senyap tetapi berjaya cemerlang dalam pelajarannya.
Mungkin tak ramai yang tahu, waktu UPSR dulu, aku seorang saja yang dapat 5A.
Walaupun waktu percubaannya, aku gagal subjek Sains sebab aku tak pandai jawab soalan yang tanya pasal inferens, hipotesis dan segala mak nenek. (Satu petunjuk awal yang aku akan menceburi bidang seni. Mungkin aku jawab soalan inferens dan hipotesis tu dengan sungguh abstrak dan berseni.)

Tiba di sekolah menengah.
Situasi yang lebih kurang sama juga. Kecuali aku dah tak bawak bekal pergi sekolah. Hanya dapat duit belanja daripada ayah aku.
Kisah hidup aku di sekolah menengah tak banyak yang dapat aku ingat.
Banyak yang sudah hilang dan luput dalam ingatan.
Ada yang samar-samar. Tapi ada juga yang masih jelas.

Titik pusing hidup aku bermula sewaktu aku di tingkatan 3. Berusia 15 tahun.
Banyak perkara yang ajaib berlaku.
Yang paling ketara. Aku sudah mula berkata-kata.
Bila sudah berkata-kata ni faham-faham sajalah, semakin banyak dosa yang dilakukan.
Sebab tu aku lebih gemar berdiam.

Titik pusing hidup aku yang seterusnya berlaku pada tahun 2007.
Aku menjadi orang seni.

Apa pun, prinsip aku sejak dulu lagi:
"Diam Ubi Berisi."

Aku tak nak cakap banyak.
Aku tak nak cakap kencang.
Aku tak nak cakap hebat.
Aku tak nak cakap lebat.

Kau nak cakap banyak?
Kau nak cakap kencang?
Kau nak cakap hebat?
Kau nak cakap lebat?

Silakan.

Aku Memang Loser (Tapi) Aku Bukan Loser

Karya "Aku Bukan Loser!" sememangnya pantulan, biasan, belauan kisah hidup aku.
Aku sifatkan karya ini boleh terbelah kepada dua.
Satu bahagian adalah real. Satu bahagian lagi adalah sebaliknya - yang abstrak.
Dan yang real itu mengandungi kisah benar hidup aku waktu dahulu.
Ini adalah kali pertama aku memaparkan kisah benar hidup aku sendiri.
Sebelum ini aku hanya berkarya dengan imaginasi dan observasi.

Bahagian yang abstrak adalah bahagian yang tidak logik akal.
Seorang orang gila boleh memasuki tubuh Luz lalu Luz bangun menjadi orang gila. Bila Luz jadi orang gila, Luz berdakwah dengan orang yang waras. Dan selepas dia bertemu dengan Winn di pusat sakit mental, Luz kembali menjadi waras semula selepas memegang kasutnya (ibarat kunci alam lain) dan kembali menjadi seorang yang lebih bermotivasi tinggi.
Awal-awal aku katakan, bahagian tersebut memang tidak logik.

Bahagian yang real dan tak logik ini menjadi satu perkara yang harus aku fikirkan akan perlaksanaannya nanti.
Sama ada aku harus teruskan dengan stail asal.
Ataupun mengubah bahagian real tersebut menjadi tidak logik juga.
Apa pun yang jelasnya, konsep ABL adalah sebegitu - real dan tidak logik.

Sememangnya menghasilkan sesuatu karya bukannya mudah.
Karya teater itu dikatakan berhasil hanya selepas karya itu berjaya dipentaskan.
Itu pun kenyataan itu masih belum tepat.
Karya teater itu dikatakan paling berhasil apabila ada penonton dari masyarakat yang terkesan dan seterusnya merubah sedikit sebanyak pemikiran dan hidup mereka.
Mungkin itu karya yang agung.

Isnin, Disember 07, 2009

Cinta (Seni) Buta

Cinta itu buta.
Buta itu cinta.

Seni itu buta.
Buta itu seni.

Cinta itu suci.
Seni itu juga suci.

Suci itu bukan cinta.
Suci itu juga bukan seni.

Buta apabila ada mata tapi tak dapat melihat.
Buta juga apabila tak dapat melihat sebab tak ada mata.

Mata itu adalah anggota.
Pancaindera.

Mata itu guna untuk melihat.
Maka lihatlah guna mata.

Mata letaknya pada kepala.
Maka kena guna kepala juga ketika melihat.

Mata ada dua.
Tapi dua tak ada mata.

Cinta itu ada mata.
Mata itu tak ada cinta.

Seni itu ada mata.
Tapi mata itu ada seni.

Mata boleh rosak.
Cinta boleh rosak.
Seni boleh rosak.

Guna mata pada kepala untuk bercinta dan berseni.

Rabu, Disember 02, 2009

Asylum Versi Gelap

Sudah pasif jadinya.
Lembab otak jadinya.

Lagha.

Sepanjang perjalanan aku.
Asylum tidak pernah keluar dari kepompong TTS.
Memang ada berubah sedikit sedikit.
Tapi sekadar ubah dialog.
Konsep sama.
Ya lah.
Dah orang yang sama saja yang bawa skrip tu.
Pelakon saja yang berubah-ubah.

Maka aku menyahut seruan SEFA suatu masa dahulu di dalam laman blognya.
Secara sukarela.
Suatu hari nanti aku akan bawa Asylum dengan cara dan gaya yang lain dan berbeza secara keseluruhannya.
Setakat ini yang aku fikir.
Versi Gelap.
Huraiannya ada dalam kepala otak aku.
Copyright di situ.

InsyaAllah.
Akan ada sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ini yang akan aku cuba dalam ABL akan datang.
Sekurang-kurangnya ada juga idea mentah yang asal dari kepala otak aku.

Aku sudah patut berdikari dalam berseni.
Tuan guru sudah lama melepaskan aku pergi berjalan mencari.

Dan aku sudah bersedia?

Ahad, November 29, 2009

Bertemu "Kasih" di Toko Buku Radin

Tengah hari. Lepas pekena asam pedas dekat dengan pejabat pos Batu Pahat dan berhadapan dengan klinik gigi (oh my god ada siapa dalam klinik gigi tu?), aku lepak dekat Toko Buku Radin yang berhampiran dengan pejabat pos itu. Toko Buku Radin juga adalah ejen jualan buku-buku terbitan DBP, jadi aku memang sengaja pergi kedai buku yang tak ramai orang singgah tu tapi banyak buku yang hanya boleh didapati di kedai-kedai buku DBP. Dulu masa kecil-kecil aku selalu singgah Toko Buku Radin tu dengan mak aku tiap kali pergi bandar bayar bil-bil mahupun gunting rambut, beli komik Doraemon sampai penuh satu rak koleksi komik Doraemon. Dah besar panjang ni lain pula ceritanya. Aku mencari-cari buku yang menepati citarasa seni aku. Majalah Dewan Sastera yang tiap keluaran menyiarkan skrip teater/drama. Dan bila aku sudah dapat Dewan Sastera keluaran November 2009 yang menyiarkan skrip teater "Intan Yang Tercanai" (Noordin Hassan), aku teruskan mencari kot-kot ada buku himpunan skrip lama-lama. Dan akhirnya aku berjumpa dengan buku ini:


Ya. Edisi kedua. Tahun 2009. Tanpa fikir panjang atau masa depan kewangan perkahwinan aku, aku terus beli himpunan skrip Hatta Azad Khan ini. Seperti yang tertera ada Mayat, Patung-patung, Jebat, Kerusi dan Stesen. Aku pernah terlibat dalam Jebat dan Kerusi. Dan sudah pasti berbaloi bagi aku memiliki antalogi ini. (Baru teringat aku ada beli himpunan karya Shakespeare dengan harga yang sama - harga dirahsiakan - tapi entah bila aku boleh mampu membacanya. Mungkin satu hari nanti siapa tahu? Sebagaimana siapa tahu suatu hari nanti, iaitu kini, aku menjadi seorang aktivis teater? Hanya Allah Maha Mengetahui.)

Lepas tu aku terus ke BP Mall. Ada reunion budak-budak sekolah lama. Bertukar-tukar cerita dan progres masing-masing selepas hampir 5 tahun yang lalu. Ada yang banyak berubah, sederhana berubah, sedikit berubah dan tidak berubah.

Aku? Kau orang interpret lah sendiri ya. Hehe.

Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa hadir pada petang itu. Ada rezeki berjumpa lagi di lain masa.



ps: Dah beli 3 DVD game komputer baru. Dah macam samar-samar dah aktiviti seni aku waktu cuti ni... Nak baca banyak buku lagi, skrip lagi, nak refine ABL lagi, nak telitikan lagi plan konsep ABL aku, eh eh terlupa satu perkara penting: NAK BUAT FYP LAGI!!!