Rabu, Disember 31, 2008

Kencing Percuma

Sekarang baru aku tahu
kenapa laluan pavement di bawah stesen Pasar Seni itu berbau hancing
tatkala aku berjalan hendak menuju ke Taman Budaya KL

Pada sebuah tiang yang menjadi asas platform rel
signboard tandas lelaki dan wanita sekali tertera
Mana tidaknya, nak kencing pun kena bayar

***

Sudah agak lama dahulu
mak cik security di Plaza Rakyat meniupkan wiselnya
tatkala aku sedang melintas di hadapannya
lalu aku toleh ke belakang
seorang lelaki kurang senyuman..aaa.. siuman sedang kencing berdiri di satu sudut yang sudah sememangnya kotor lagi mengotorkan
Mana tidaknya, nak kencing pun kena bayar

Siapa tahu, mungkin..
pengemis di tepi-tepi jalan
peminta sedekah
orang kurang siuman
orang gila
OKU
itu semua
CIA
atau SB?

Andai Kucing Boleh Membaca (II)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


*** Kejadian ini berlaku beberapa hari yang lalu. ***


Pagi semalam hening
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

Pagi ini sedikit hening
Kucing yang bertapa tempoh hari telah mati dalam keadaan terlentang di atas pembahagi jalan raya di hadapan pangsapuri yang aku diami - tempat di mana aku terlihat teddy bear duduk berehat di sebelah pokok rendang tempoh hari

Baru sahaja kucing itu mengenangkan arwah datuk nenek ibu bapanya tempoh hari
Sekarang kucing itu pula mengenangkan arwah dirinya sendiri
Tiada zuriat
Tiada wasiat
Mati begitu sahaja

Marilah sama-sama kita berkabung 40 hari 40 malam

Andai (arwah) kucing boleh membaca...


***

ps: Kucing yang diceritakan boleh dikaitkan dengan mangsa kekejaman (seperti dalam teater Asylum) atau hanya sekadar sebuah cerita. Terpulang kepada yang membacanya.

Selasa, Disember 30, 2008

Show & Member of the Year 2008

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selamat datang 1430 Hijrah
Selamat tinggal 2008 Masihi

***

TTS Shows of the Year 2008

#3 Theatre Marathon - Cinta Sang Arnab, Transit & Our Land

#2 Taqdir, UM

#1 Kerusi, Taman Budaya Perak



TTS Members of the Year 2008

Aku telah bertanya kepada Dr Shark, Che Mad dan juga Mr Rahmat, siapakah yang layak menjadi ahli TTS terbaik bagi tahun 2008 ini.
Penilaian dibuat berdasarkan tahap penglibatan, komitmen, kesungguhan dan pencapaian dalam sesebuah produksi (sudah tentu kehadiran ke rehearsal di ambil kira).


Dr Shark;

Khairil
Pencapaian terbaik: Watak utama Srisegala dalam Kerusi. Juga mengarah/menjadi penolong pengarah sesetengah show.

Usop
Pencapaian terbaik: Berlakon dan mengarah sepanjang tahun, bila masa Dr Shark tiada masa untuk mengarah. Ha ha.

Syafiq
Pencapaian terbaik: Pelakon lelaki terbaik Taqdir, UM. Dilantik menjadi penolong pengarah dan pengarah muda, dan Setiausaha 1 TTS bagi tahun 2009.

Aini
Pencapaian terbaik: Pelakon wanita terbaik Taqdir, UM. Dilantik menjadi Presiden TTS bagi tahun 2009. Menjadi wakil perhubungan luar TTS produksi Kerusi di Taman Budaya Perak.


Che Mad;

Moorthi, of his high commitment and being new to TTS.

Khairil, of his great performance in Kerusi.

Usop, in his most versatile performance.


Mr Rahmat Iskandar;

Aini, Am and Mad Harris are in the Top 10.


***

Selamat tinggal 1429 Hijrah
Selamat datang 2009

Ahad, Disember 28, 2008

Peduli Filem Tempatan

Selama sebulan ini aku khatamkan semua filem tempatan tahun 2008 ini kecuali Budak Kelantan dan Wayang kerana telah terlepas menonton dan DVDnya belum keluar lagi di pasaran.

Selamat Pagi Cinta
Cerita - 3.5/5
Lakonan - 4.5/5
Visual - 2.5/5
Bunyi - 2.5/5

Antoo Fighter: Amukan Drakulat
Cerita - 1/5
Lakonan - 1.5/5
Visual - 2.5/5
Bunyi - 2/5

Los dan Faun [RECOMMENDED!]
Cerita - 5/5
Lakonan - 5/5
Visual - 5/5
Bunyi - 5/5

Cicakman 2: Planet Hitam
Cerita - 2.5/5
Lakonan - 3/5
Visual - 4/5
Bunyi - 4/5

Histeria [RECOMMENDED!]
Cerita - 4/5
Lakonan - 3.5/5
Visual - 4/5
Bunyi - 4/5

Brainscan 21: Aku dan Topi Ajaib
Cerita - 3/5
Lakonan - 2.5/5
Visual - 2.5/5
Bunyi - 2.5/5

Dan sebuah filem agak lama tahun ini yang aku hanya tonton di VCD

Cinta U-Turn
Cerita - 3/5
Lakonan - 2.5/5
Visual - 2/5
Bunyi - 2/5

Sabtu, Disember 27, 2008

Andai Kucing Boleh Membaca

Aku pulang agak lewat malam itu.
Seperti kebiasaannya aku akan singgah di kedai runcit di tempat letak kereta di basement apartmen itu.
Membawa pulang jajan jagung berperisa durian.
Dulu, isipadu jajan itu besar. Sekarang sudah kecil. Maklumlah, ekonomi gawat.

Tidak jauh dari kedai runcit itu, aku terpandang seekor kucing.
Kemungkinan besar berjantina jantan, sedang elok duduk di tengah-tengah atas bumbung sebuah kereta pertama buatan Malaysia bercat merah menyala.
Aku sangka kucing itu jantan kerana kucing itu sedang bertapa.
Mungkin juga kucing itu betina yang sedang mengenangkan arwah datuk nenek ibu dan bapanya serta memikirkan masa depan anak-anaknya yang ramai yang sedang bermain-main di tingkat atas.

Pelik juga.
Kucing bertapa di atas bumbung kereta.
Dalam hiruk pikuk kota.
Kenapa pula orang selalu bertapa di dalam gua, di tempat sunyi?

Andai kucing boleh membaca kisah separa benar ini...

Khamis, Disember 25, 2008

Lencongan ke Imaging Selfs

Sebelum aku melencong menonton Yes Man
aku melencong melawat Galeri Seni PETRONAS buat pertama kalinya
di Suria KLCC
Aku telah melihat karya seni fotografi potret oleh Soraya Yusof Talismail
Potret yang dipamerkan adalah potret 80 pengamal seni dari bidang seni visual, fotografi, filem, seni reka, muzik, teater, sastera, tarian dan reka tari di Malaysia.

Aku telah melihat kesemuanya dan menghayati beberapa potret yang unik dan kreatif dengan kelas yang tersendiri.
Pastinya, setiap potret begitu seni dan hanya yang menghayatinya sahaja dapat merasakannya.

Selain Imaging Selfs, ada juga pameran Drawing The Line - sculptures by Amin Gulgee.
Ia sebuah pameran arca-arca tembaga dan loyang.
Di dalam semua hasil arcanya, dapat dilihat akan kalimah ALLAH dalam tulisan arab.
Arca yang aku paling suka adalah "47 the wall III" yang mana terdapat 47 arca muka-muka yang berfrakmen-frakmen yang dicantum-cantum secara artistik.
Pendek kata, hasil arcanya halus dan aku pasti banyak lagi arca yang lebih-lebih-lebih halus.
Dan oleh kerana itu kali pertama aku melihat arca, aku masih belum dapat menghayati dengan baik sebuah arca.


Dan katakan YA! untuk seni. Ha ha


Yes Man sebuah filem yang patut ditambah dalam senarai filem-filem yang digunakan oleh seorang kaunselor atau motivator sebagai materialnya.
Abang aku seorang kaunselor dan dia suka filem-filem yang banyak unsur motivasi di dalamnya.
Dan Yes Man akan boleh mendorong sesiapa sahaja yang menonton untuk mengubah sedikit sebanyak gaya hidupnya dengan mengatakan YA! apabila ada peluang baik di depan mata.

Sekali lagi, katakan YA! apabila ada peluang baik di depan mata anda.
Peluang yang boleh mengubah gaya hidup anda.

Penamat

Hujung tahun. Hari Natal. Tahun Baru. Musim tengkujuh. Bencana alam. Tanah runtuh. Banjir. Tsunami.

Satu tahun ibarat sebuah filem.
Penghujung tahun ibarat klimaks cerita.
Dan 31 Disember adalah penamat cerita.

Penamat yang menggembirakan.
Atau penamat yang menyedihkan?
Atau penamat yang tidak disangka?

Itu semua terpulang kepada tuan punya cerita.

Selasa, Disember 23, 2008

Hitam Adalah Selamanya

cyprus black/black

offroad black/black

Andai Patung Beruang Boleh Membaca

Pagi ini seperti pagi-pagi yang sebelumnya juga.
Bangun pagi, gosok gigi, mandi wangi-wangi, minum nescafe.
Sama sahaja rutinnya.

Tapi pagi ini lain macam sedikit berbanding pagi-pagi yang sebelumnya.
Pagi ini aku berjalan sedikit pantas.
Dengan bunyi tapak kasut yang berlebih-lebihan.
Dan aku berhenti bila mana kaki aku memberitahu sel-sel neuron aku untuk berhenti di situ...
atau..
sel-sel neuron aku yang memberitahu kaki aku supaya berhenti di situ?

Aku berdiri agak lama di situ.
Sekejap berdiri tegak.
Sekejap merehatkan kaki sebelah kanan.
Dan kemudiannya kaki yang sebelah lagi pula.
Itulah kaki aku.

Memang.

Memang pagi ini lain macam sedikit berbanding pagi semalam, dan pagi-pagi yang sebelumnya.

Aku menunggu bas tiba.
Bas adalah salah satu pengangkutan awam yang selalu aku guna untuk pergi kerja, balik kampung dan pergi bersiar-siar ke pusat bandar.
Dan pagi ini, bas tidak kelihatan pada waktunya ia sepatutnya muncul.
Dan ya, aku seorang yang akan 'set timing' untuk sesuatu rutin - bukan main bedal ja.

Memang sah.

Pagi ini memang sah lain macam berbanding pagi-pagi sebelumnya.

Di sudut hadapan aku, di pembahagi jalan raya itu, berjarak lebih kurang 10 kaki dari aku yang sedang berdiri, aku terpandang sebuah teddy bear bersaiz bagak, berwarna coklat, kotor dan lusuh, sedang duduk berehat di sebelah pohon yang cukup rendang.
Berlatarbelakangkan bas ekspres yang bertampalkan iklan kelab bolasepak MU pada badan bas itu, dan bila digerakkan sedikit sudut lensa mata aku ke atas belah kanan terlihat bulan sabit yang tak berapa nak sabit jadinya menghiasi langit masih sedikit gelap kebiruan.

Balik ke tempat fokus yang asal.

Ke sebelah kiri teddy bear itu, lebih kurang 5 kaki jaraknya ada sebuah tiang lampu.
Dan seorang lelaki berusia pertengahan sedang minum air dari sebuah botol segelen ukurannya.
Tidak mahu aku mengagak-agak akan apakah jenis air yang sedang diminumnya itu.
Dan selesai meneguk barang 3 teguk, lelaki itu menggantungkan botol airnya di tiang lampu yang sudah ada dawai barangkali.
Dengan machonya, lelaki itu menghilangkan dirinya dari tempat kejadian.
Berbekalkan sebungkus kuih-muih yang ada dijaja tidak jauh dari tempat kejadian.

Dan memang pagi ini lain macam sedikit berbanding pagi-pagi sebelumnya.
Sebab aku hanya dapat duduk di dalam bas bila aku sudah sampai di tempat kerja.
Kerana di dalam bas bila aku pandang kanan aku nampak Indon, aku pandang kiri aku nampak Indon, aku pandang belakang aku nampak Indon, aku pandang depan aku nampak Indon, aku pandang atas aku nampak.. aa.. aku pandang bawah aku nampak.. aaaaaa...
Indon sana, Indon sini. Aku di Malaysia atau Indonesia?

Dan memang lain macam.

Memang.

Andai teddy bear itu boleh membaca kisah benar ini...

Lencongan ke Bilik Sulit


Sejak aku mula praktikal, aku jarang sekali balik ke rumah awal.
Ada saja lencongan yang disengajakan.
Dan hari Isnin minggu ke-4 ini, selepas kerja aku terus ke Central Market.

Pukul 8.30 malam ada teater "Bilik Sulit - Teater Bukan Teater".
Karya Hishamuddin Rais.
Arahan Hishamuddin Rais dan Mislina Mustaffa.
Sebelum ini aku hanya tahu dan baca skrip dia saja.
Kali ni aku menonton teaternya dan arahannya sendiri.
Bila teater Hishamuddin Rais, sudah pasti berkaitan isu politik.
Dan Bilik Sulit (BS) ini adalah sebuah karya yang eksplisit dalam kempen memansuhkan ISA di Malaysia.
Kepada yang pikir bahawa ISA itu wajar, lu pikir laaa sendiri.
Kepada yang pikir bahawa dia tak suka politik dan tak mahu masuk campur, lu pi laaa hidup kat dunia lu orang tu sendiri.
Kepada yang pikir bahawa ISA itu tidak wajar sama sekali dan bertentangan dengan Hak Asasi Manusia, apalah salahnya menonton teater sambil menderma kepada keluarga tahanan-tahanan ISA di Malaysia.

Lakonan kesemua pelakon amat mantap.
Semuanya natural.
Spacing mereka bagus.
Blocking mereka baik.
Vocal projection pun baik.
Energy di permulaan baik.
Tapi sedikit menurun di pertengahan.
Dan naik semula di klimaks.
Cuma ada kesilapan teknikal sehingga set di pentas terjatuh.
Walaupun serba kekurangan dari segi bajet sistem lighting dan audio, tapi dengan hasil karya, arahan dan lakonan yang bagus, teater berdurasi 45 minit ini dikira sebagai baik.

Begitulah komen aku akan sesebuah show secara permukaan sahaja.
Tak boleh nak komen lebih-lebih.
Aku pun baru dua tahun dalam bidang ni. Tak lama mana.
Kalau show TTS sendiri tu boleh lah lebih-lebih.
Ha ha.

Isnin, Disember 22, 2008

Sama-sama Yang Tidak Samar-samar

Kita gembira sama-sama
Kita sedih sama-sama

Sekejap kita sama-sama dekat
Sekejap kita sama-sama jauh

Kebetulan kita sama
Suratan kita sama

Lagu cinta kita nyanyikan sama-sama
Lagu sedih kita dendangkan sama-sama

Cinta kita sama
Kasih kita sama
Rindu kita sama

Kita melangkah sama
Kita menapak sama

Kita terasa sama
Kita merasa sama

Rindu kita sama-sama membeban
Bila kita sama-sama berjauhan

Kasih kita sama-sama mengerat
Bila kita sama-sama dekat

Warna kita sama

Kita makan makanan sama
Kita minum minuman sama

Suratan kita sama-sama
Kebetulan kita sama

Kita sedih sama-sama
Kita gembira sama-sama
Kita rindu sama-sama
Kita kasih sama-sama

Dan ini semua apa yang sama



Urgh.

Terima Kasih, Peminta Sedekah Dan Peminta Derma

Terima kasih peminta sedekah terpimpin
Terima kasih peminta derma yang (sedikit) kurang upaya
Terima kasih aku ucapkan
Kerana telah mengajar aku menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri
Kerana telah mengajar aku supaya tidak mempercayai orang lain selain diri sendiri dan
sahabat

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat


ps: Sila baca sub-teks entri ini

Ahad, Disember 21, 2008

Janggut

Teater sana, teater sini.
Di Perak aku berteater.
Di KL (setakat ini) aku menonton teater.
Hari Jumaat yang lalu aku pergi menonton teater bangsawanbuat kali kedua selepas Bangsawan Puteri Saadong yang lepas.
Bangsawan kali ini berjudul Musang Berjanggut.
Walaupun pengalaman pertama aku dalam menonton bangsawan adalah buruk.
Namun begitu aku tetap gamble pergi menonton tanpa berfikir sama ada aku akan menyesal
membuang masa.

Itu juga adalah kali pertama aku jejakkan kaki di Panggung Bandaraya.
Sebelum ni lalu ja.
Mudah-mudahan tahun hadapan kalau ikut perancangan aku akan naik ke pentasnya pula.
Berteater.

Dari pengalaman aku sebagai penteater selama 2 tahun ini, ini komen peribadi aku mengenai
pementasan tersebut.


Yang aku rasa aku suka:

Teknik pencahayaan dan penggunaan ruang pentas yang tidak terhad kepada pentas semata-mata sebaliknya menggunakan keseluruhan panggung.
Teknik asap + api + batu bergerak sewaktu watak hero bersilat dan menggunakan hikmatnya.
Beberapa watak sampingan menunjukkan lakonan yang bagus dengan karakter yang tersendiri.
(Aku sememangnya berpendirian bahawa semua watak mesti bagus kalau ada seorang tidak bagus atau kurang bagus, maka tidak bagus atau kurang baguslah keseluruhan teater itu.)

Yang aku rasa kurang bagus:

Blocking
Projection suara. Kalau diaorang tak pakai mikrofon habislah. Sebabnya mikrofon ada
terganggu sekejap-sekejap fungsinya dan suara pelakon memang kurang kuat jadinya.
Vokal semasa nyanyian.

Yang aku rasa annoyed:
Ada bunyi telefon bimbit penonton sampai 3 kali.
Tak reti-reti.
Kalau aku yang berlakon waktu tu mesti aku maki-maki.
Awek seksi duduk sederet depan aku. (Eh, annoying ke? Ha ha ha)


Keseluruhan pementasan OK lah...
Tidak sebosan bangsawan yang aku tengok hari tu.
Persembahan extra turn pun pelbagai.
Ada lagu dan tarian tradisional, moden dan fusion.
Well aku tak dapat nak komen banyak mana.
Sebab aku kurang arif tentang bangsawan ni.

Kalau teater stail Doc Shark boleh la gua kelentong lebih! Ha ha ha

Cuma satu ja gua nak tanya kat sapa-sapa yang tahu,Teater bangsawan memang kena ada persembahan extra turn ke?
Atau memang sudah kebiasaan sebab nak tukar-tukar set pentas?

Apa pun moral yang cuba disampaikan bagus.
Pencarian perempuan atau wanita yang bukan 'betina' sebagai isteri.
Turutkan nafsu, sendiri yang malu.
Celik ilmu, berguna pada diri sendiri dan orang lain.

Khamis, Disember 18, 2008

Jangan Demam!

Lagi dan lagi minggu ini aku isi masa TERluang.
Sempat juga menyunting bunga di taman.
Oh tak boleh tak boleh.
Sempat juga menyunting video Dunia Transit 2.
Tapi masih belum siap lagi.
Siapa sangka seharian menyunting.
Boleh siap menyusun atur plot.
Laptop tukun.
VideoStudio asyik mati sendiri.
Insufficient memory.
Tapi itu tak menghalang untuk aku menyunting.

Jangan demam tengok Dunia Transit 1 & 2!

Kertas Dinding Amatur

Lagi sekali aku isi masa TERluang.
Dan inilah hasilnya yang tak seberapa.


Sebagai kenangan dan penghargaan.


Untuk

'sense of belonging' (quote dari seseorang)

pergi outing

ramai-ramai

ke air terjun,

panggung wayang,

karaoke (yang berkenaan),

bowling,

picnic,

pantai

sudah jarang

dek kekangan masa

show yang banyak,

waktu rehearsal terhad


ps: Dem. Hostel UTP yang tak secure waktu exam week, cuti semester tapi konon bajet macho check kad matrik di pintu gate. Nak kena pasang grill ka???


ps#2: Dem. Memang zaman orang desperado. Zaman orang materialistik (yang bernama Zaman jangan terasa ya =P). Panjang tangan lebih panjang dari orang buat silap mata. Panjang sangat tangan tu. Apa kata kita potong sedikit sedikit?

Rabu, Disember 17, 2008

Semua Nak Korup

Semalam aku taip *skrip di pejabat.
Isi masa TERluang kononnya.
Hari ini aku mahu sambung taip skrip di pejabat.
Tapi fail digital skrip itu sudah **korup.

Argh! Memang zaman korupsi!
Dem.

*Skrip teater TRANSIT 2. Sambungan TRANSIT, kononnya. Tapi macam nak jadi cerita lain ja.
**Betul ke aku eja ni?

Jadi aku taip balik dari mula.
Tapi cerita lain yang jadinya.

Argh! Memang zaman penuh variable!

Selasa, Disember 16, 2008

Show Hujung Tahun

Akhirnya, aku telah selesai dengan show KERUSI di Taman Budaya Perak.
Segala masa, tenaga, wang dan lain-lain aku korbankan demi TTS.
Demi teater. Demi memanusiakan manusia.
Aku puas.
Sepanjang tahun ini, rezeki TTS melimpah ruah.
Di UTP ada sahaja undangan untuk buat show. Tidak henti-henti.
Itu pun ada undangan yang terpaksa ditolak kerana jadual yang sudah padat.
Aku puas.
Dan aku bersyukur.

Ini komen pengarah, Doc Shark. Antara yang aku dapat ingat.


Malam Pertama

Keseluruhan persembahan: Superb
Teknikal: Babak rogol tidak menjadi. Babak ribut, banjir dan babak akhir cantik. Sela masa untuk babak Putra dikurung dalam sangkar terlalu lama.
Lakonan:
Srisegala bagus. Cuma tertukar jadi karakter lain sewaktu berdialog dengan Putra yang sudah buta.
Putra OK.
Lakonan Masayu baik.
Masayu-X juga improved. Thanks to Pacel for brushing her up.
Tuta Utama sedikit better. Lebih 'light' sedikit. Tapi Doc masih tidak percaya lagi.
Tuta-tuta pula. Aku tak dapat ingat apa point yang Doc komen. Banyak juga rasanya.
Wira-wira. Energy Wira II (Half) baik. Zul dan Zafran perlu naikkan lagi energy.

Doc juga ada komen tentang persembahan mime Half dan Anwar yang bagus. Abaikan penonton yang tidak memberi respons kerana mereka menahan gelak.


Malam Kedua

Keseluruhan persembahan: Entertaining
Teknikal: Babak rogol masih tidak menjadi. Kesilapan malam pertama dah diperbaiki, kesilapan baru pula yang dibuat. Contohnya kesilapan asap yang tak sepatutnya keluar pada babak Putra masuk. Tuta Utama telah terlanggar prop sewaktu hendak membawa Putra keluar. Masayu tertinggal keris atas pentas. Bulu cemeti Tuta Utama tertanggal atas pentas dan dibiarkan hingga habis show. Bagi aku juga, malam kedua show banyak spoiler. Dan energy juga kurang berbanding malam pertama.
Lakonan:
Srisegala OK.
Putra OK.
Masayu dan Masayu-X OK.
Tuta Utama dan Tuta-tuta OK walaupun masih tidak perfect.
Wira-wira OK. Che Mad Haris cakap Wira-wira best.

Doc ada pesan yang pelakon sepatutnya memahami apa yang dikatakan, bukan hanya sekadar menghafal skrip. Dan bukan hanya menghayati watak, memahami apa yang kita katakan adalah kunci kepada kekuatan lakonan.

En Ahmad PG pula bangga dengan komitmen yang ditunjukkan.

En Mad Haris pula bangga dengan solekannya. =P

Mr Rahmat pula mendorong TTS untuk bertanding dalam Festival Teater akan datang.

Doc ada menambah lagi, betapa pentingnya pelakon untuk datang ke rehearsal.

Dan pada hemah aku pula, kekuatan sesebuah teater bergantung kepada kekuatan kesemua pelakon dan krew teknikal. Jika seorang kurang bagus, kurang bagus jugalah persembahan.

Presiden TTS pula membuat kesimpulan daripada komen seorang penonton, En Zafran, bahawa TTS seharusnya mengekalkan identiti dalam menggarap sebuah karya yang berat supaya mudah difahami oleh penonton.

Sepanjang penglibatan aku dalam TTS, ini merupakan kali kedua Doc Shark mementaskan skrip karyawan lain. Sebelum ini Doc pernah mementaskan skrip "JEBAT" yang juga karya Hatta Azad Khan.

Banyak ujian dan dugaan yang telah menimpa warga TTS dalam menjayakan show KERUSI. Sememangnya, kejayaan dan kesenangan tidak dapat dicapai tanpa menghadapi ujian dan dugaan.


Dan sekarang, aku akan berehat agak lama.
Tangan, kaki, tengkuk dan seluruh sendi-sendi memakan masa untuk pulih.

Jika ada rezeki dan keizinan, aku akan beraksi lagi di atas pentas.
Nantikan kemunculan 'Roy' di dalam 'Miao Miao Sang Arnab'.
Akan datang. KL. 2009.



PENGHARGAAN


Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak.

Taman Budaya Negeri Perak.

En Zul. En Najib.

Doc Shark dan keluarga. En Ahmad PG mewakili UTP Co-curriculum unit. En Mad Haris dan kawan jurusolek jemputannya. Mr Rahmat. Ainifadhilah.

En Khairul & En Sallihan (ITMS-UTP).

Syakir. Hisham. Baha. Syafiq 'Altantuya'. Hanif. Atul. G-ah. Moorthi. Timmy.

Khairil. Usop. Tasha. Nisa. Pacel. Azizi. Acab. Syafiq Faliq. Asyraf. Nik. Zul. Half. Zafran.

Anwar Samad. Lutfi. Fauzan. Din. Gulong. Sabrina. G-jol.

UTP Security department. Pak Cik pemandu bas.

UTP Residential College. En Talhah.

Kereta Kancil AEK. Satria G-ah. MyVi SE Hisham. MyVi Syakir. Proton Wira Atul.


Dan semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak.

Khamis, Disember 11, 2008

Da'yah 3S

Aidiladha.
Hujan lebat.
Ke markas PAS.
Solat sunat.

Khutbah.
Da'yah Yahudi.
3S.
Terasa.

Sosial.
Sukan.
Seni.

Terasa lagi.

Belum habis lagi.

Sosial yang kuning.
Sukan yang tidak menutup aurat.
Seni yang terikut-ikut Barat.

Oh tidak terasa
sangat.

Tapi dengar 3S.
Mata, telinga, hidung terangsang.

Rabu, Disember 10, 2008

TERteaTER

Mari ponteng meeting.
TERteater pula.

Ahad, Disember 07, 2008

Sinbad Not Bad. Bang-Sawan Bad Bad.

Jika anda ingin menonton pementasan berdasarkan hiburan semata-mata, maka tontonlah teater kanak-kanak Sinbad ini.
Jika sudah berkeluarga, ajaklah anak-anak anda menonton teater ini.

***

Jumaat 5 Disember aku ke MaTiC.
Menonton teater bangsawan Puteri Saadong.
Aku blah dari auditorium awal.
Setelah aku tak tahan nak berak. (Dan bini gua pun dah bising suruh balik)
Sebab pementasan yang membosankan.
Setiap babak ada selingan orang (tua tak sedar diri) menyanyi (dan melenggok-lenggok badan) lagu klasik.
Gua tak minat. Jiwa gua pada rap.
Maaf. Walaupun pementasan itu sempena peninggalan tokoh warisan orang hidup.
Tapi gua terpaksa berterus terang.
Pelakon, kalau nak buat stail pun, janganlah sampai orang tak dengar kau cakap apa walaupun kau pakai mikrofon!
Hah!

***

Sabtu 6 Disember yang lalu aku menyempatkan diri menonton teater muzikal kanak-kanak Sinbad.
Itu kali pertama aku menonton teater kanak-kanak.
Sinbad hanya sebuah cerita. Tidak sarat dengan isi mahupun isu.
Isinya hanya moral-moral.
Ia seharusnya menghiburkan lebih-lebih lagi kanak-kanak yang menjayakannya.
Dengan penampilan khas Raja Azura menjadikan pementasan tersebut ceria dan interaktif dengan penonton.
Raja Azura telah menarik seorang penonton naik ke atas pentas dalam suatu babak.
Brader tu malu-malu kucing dibuatnya. Dan brader tu duduk di depan sekali, sebelah kanan aku.
Hah!
(Aku baru mengharap-harap dia tarik aku! Hah!)
Duduk di hadapan sekali sangat mengujakan.
Aku dapat lihat dengan jelas semuanya.
Malah ada babak yang mana pelakon-pelakon menggunakan ruang bawah pentas.
Tapi kalau hendak hayati koreografinya, lihatlah dari Grand Circle.
Kalau hendak hayati ekspresi pelakon, duduklah di depan sekali.
Ada seorang pelakon kanak-kanak yang memegang watak Puteri Nursaibah boleh tahan juga lakonannya.
Aku boleh katakan lakonannya lebih bagus daripada pelakon perempuan dewasa yang tidak bersungguh-sungguh. Haha. Jangan terasa ya.
Dan aku boleh katakan tarian Kelasi Kapal nampak begitu bersungguh-sungguh.
Koreografernya adalah koreografer PGLtM 2006. Patutlah.

Khamis, Disember 04, 2008

3 Minit Terawal

Oh.
Esok Jumaat.
Mari raikan.

Rabu, Disember 03, 2008

3 Minit Terakhir

Kalau aku tahu.
Aku jadi pelakon ja!

*Ini direka.

E6, 3S

Sekarang ni..
Pendek-pendek.
Nombor-nombor.
Kod-kod.
Sahaja.
Tak ada.
Berjela-jela.
Macam skrip teater.

Selasa, November 25, 2008

Terkini Dari Famili

Masa pitstop di Cheras hari tu sempatlah tangkap beberapa foto


Firaz Adam - Hampir 2 tahun


Liyana Qistina - 5 tahun lebih


Khamis ni aku bersama kedua orang tua akan ke Cheras semula.
Aku akan menetap di Ampang selama 8 bulan.
InsyaAllah.

Mental!

Beberapa hari saja lagi aku akan lapor diri di KLCC
Tiada persiapan apa sangat pun.
Semua barang keperluan sudah ada.
Yang penting persiapkan mental sudah cukup.
Cakap pasal mental.
Mental yang kuat penentu hidup mati.
Kita kena kuat mental.
Walaupun fizikal tak kuat.
Kalau kuat mental. Boleh hidup sampai mati.
Kalau dah tiba masa mati kenalah mati.
Tidak boleh lari tidak boleh tipu mati kononnya seperti cereka Final Destination.

Orang bertubuh kecil pun boleh kalahkan orang tubuh sasa.
Jika si kecil punya kekuatan mental lebih dari si badang.

Bagaimana hendak kuatkan mental?
Berfikir.
Di mana-mana.
Bukan setakat menjawab soalan peperiksaan tubi-tubi.

Apa guna otak kalau tidak digunakan untuk berfikir?

Sekadar coretan.

Tikus di Parit King

aku terbau tikus
di mana-mana
aku lalu
aku hidu
tikus sembunyi
malu mahu sendiri
cari makan
keju berisi
citarasa tinggi
pandai memilih
bukan dari kampung
bukan dari parit

aku terbau tikus
bila masa aku terkhayal leka
ada tikus cuba mencuri
curi
pandai sembunyi
malu-malu tapi berisi
isi hati si tikus
mahu sendiri menampakkan diri
bertemu bayang kucing tuan
berhati-hati isi hati tikus
ada tikus cuba mencuri
curi

tikus cit cit
cicit tikus
sampai mati tikus di rumah tuan
kucing pun mati
keju pun mati

siapa yang hidup?

dia yang menang.

Ahad, November 23, 2008

Tikus di Istana Budaya

Pertama sekali, jangan salah anggap yang aku 'tikus'.
Tikus yang aku maksudkan hanya imaginary.

Sementara kepala masih hangat.

Jadi tanggal 22 November 2008 hari Sabtu gua tonton teater muzikal Impak Maksima di Istana Budaya.
Asalnya gua plan nak tengok dengan member old skool gua, Zaidi Botak.
Tapi dia kena balik kampung. So siapa yang ganti? Gua dah beli tiket online!
Gua ajak member old skool lagi. Tapi perempuan lah.
Bersama adiknya, auntynya dan cousinnya.
Tak boleh la berdua beb. 
Nanti bini gua merajuk setahun! Itu pun gua sempat gaduh kejap.

Gua penat gila ba..bila ulang alik ke IB.
Boleh pulak bukak kaunter pukul 2 petang.
Gila lambat bangun. Kerja OT ka malam tadi?

Tapi takpa, gua expect SOME THING (bukan SAME THING) malam tu.
Jadi gua tak kisah la ulang alik pun.
Gua expect SOME THING;
muzik yang hip
kereta yang terbang
tarian yang energetik
Memandangkan itu show malam terakhir.
Malam last beb! Mestilah kena perform paling best..
Walaupun gua ada baca banyak review.
Ada yang kutuk, ada yang suka (first-timer la tu...) dan Datin Seri Tiara pun puji (effort) produksi IMTM tu.
Jadi gua pergi tonton untuk gua komen dengan senang hati dan tak bersalah sebab gua tengok!
Lu orang yang tak tengok sila duduk diam ya, =p

Apa pun, ini gua punya rebiu:

Permulaan yang spoiler.
Di tengah-tengah pementasan baru nampak muzikal sikit.
Lighting yang agak teruk. Tak nampak muka para pelakon.
Koreografi yang agak berterabur. Ada beberapa babak saja yang boleh dikira OK.
Ensemble menyanyi ke tidak? Perlahan saja nyanyian mereka yang RAMAI itu.
Teknik teater ada. Jadi mereka tidak buta pasal teater.
Lagu-lagu; ada yang hip tapi tarian pula tak hop. Ada lagu kacokan hip dan tradisional dengan elemen tarian Melayu asli. OK, fine, gua tak tahu pasal tarian. Haha!
Lebihkan lagi lagu barangkali? (Tapi gua ada suka satu lagu tu, sebab memang itu citarasa gua, dan lagu tu ada reprise)
Ada karakter/babak yang kurang relevan dengan cerita, mungkin sekadar mengisi.
Ahmad Idham seperti biasa, stail 'penampilan istimewa'nya mesti ada.
Dan juga stail 'promosi filem-filemnya' seperti Selamat Pagi Cinta, misalnya.
Para pelakon utama gua rasa OK ja, cuma kalau diaorang menyanyi lebih banyak lebih best kot.
Dan bila menyanyi janganlah jadi seperti kayu. Statik di situ.
Keseluruhannya, kesemua aspek lakonan, nyanyian, koreografi, teknikal perlu diperbaiki lagi dan lagi.
Lupa pulak, ending dia artistik sedikit. Fluorescent digunakan.
Babak lumba kereta dan rempit ada teknik. Nampak menjadi tapi boleh perbaiki supaya nampak lebih realistik.

Apa pun, IMTM tidak boleh dibanding dengan PRTM atau PGLM atau production lain. IMTM baru eksperimental.
Jangan risau, gua macam biasa tetap akan menyokong usaha rakyat Malaysia dalam seni.

Hiduplah seni demi agama, bangsa dan negara. (Heh.)

Sabtu, November 22, 2008

Tampok Pemerintahan TTS

Buat julung kalinya,
secara rasminya,
TTS punya organisasi,
yang orang lain dah lama dok pakai,
tapi kitaorang baru nak pakai,
bukan sebab kitaorang tak pernah pakai,
pernah ja,
tapi sebab pakai-buang-pakai-buang macam tu ja,
tak rasmi,
orang lari.
Sembunyi.

Aku cabut lari dari pilihanraya kecil TTS malam itu.
Bukan lah nak kata cabut lari,
tapi aku sudah rancang perjalanan aku sebegitu lamanya,
sebulan yang lalu,
jika pilihanraya itu diadakan lebih awal sedikit,
sudah pasti aku mahu bertanding,
walaupun aku tak dapat berkhidmat selama 8 bulan,
apa salahnya melantik aku,
boleh aku duduk goyang kaki,
dapat elaun buta!
Hah!

Berikut adalah keputusan pilihanraya kecil TTS penggal 2008/2009:

Mister..aa.. Miss Presiden: Aini Fura Panda Diva Terlampau
Naib Presiden: Anwar Samad Gila & Pelik & Perlukan Rawatan Yun Nam
Setia+usaha(1): Sapik SEFA Over!
Setia+usaha(2): Sapik Altantunya C4 Da Bomb
Tukang Jaga(Bolot) Duit: Acab Bond Jawa Johor Arnab Tua Baby Kensel

Jawatan-jawatan (kuli) lain belum dilantik.

Aku?

Sudah pasti aku menjadi kuli tak bergaji dalam hal ehwal administrasi blog TTS (yang jarang update dan dull, pendek kata, saks) dan seumpamanya...

Daripada 5 orang yang dilantik itu,
4 orang pelakon,
1 orang penari,
1 orang DIVA,
1 orang gatal nak berlakon tahap merenyam
dan
1 orang model Mongolia celop.

Selamat menjalankan tugas aku ucapkan.
Kerja-kerja jugak.
Berlakon-berlakon jugak.
Belajar-belajar jugak.
Show di KL jangan lupa realisasikan. Haha!

Jumaat, November 21, 2008

Incredible Hulk(-tuih!) Show Off Bawa Bagasi

Gua sudah mahu blah dari universiti buat sementara waktu.
Petang ini naik bas dari sini pukul 4.30 waktu tempatan.
Gua bawak beberapa bagasi yang sederhana bagak.
Sebab gua ni memang sederhana orangnya.
Sedang-sedang saja.
Puji diri sendiri kejap.
Siapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri.

Cukup-cukup ja anggota badan gua nak angkut kesemua bagasi.
Nasib baik kakanda gua akan menjemput ketibaan gua nanti.


Malam ini ada pilihanraya kecil TTS.
Untuk melantik Presiden TTS dan Ahli-ahli Produksi Tertinggi.
Siapakah yang bakal bergelar Presiden?

Nantikan keputusannya bila masa aku dapat akses internet nanti!


Gua blah dulu!

Khamis, November 20, 2008

Google TTS

Esok kertas terakhir gua.
Walaupun gua memang sentiasa bernafas lega.
Tapi bila kertas-kertas sudah selesai gua lagi lah lega.
Lega umpama mendengar ungkapan 'sah' di cuping telinga selepas sah akad nikah.
Gua rasa begitu.

Gua sempat main Google.
Gua google nama penuh gua.
Ada terpapar di halaman pertama hasil carian.
Memang bukti gua selalu update.
Bila gua jarang update, masuklah ke halaman yang belakang sedikit.
Dan gua bakal jarang update selepas ni.
Kalau gua selalu update jugak, itu bukti gua makan gaji buta.
Hah!

Gua google nama TTS pulak.
Banyak juga hasil carian yang gua jumpa mengenai TTS.
Jadi gua nak letak di sini sebagai makluman warga TTS khususnya Tuan Penasihat Besarnya.



TAKDIR + KERUSI
On 30 Oct 2008, UTP Tronoh Theatre Shop held a drama show entitled TAKDIR and KERUSI. I always love to watch drama/theatre. Plus, some of my friends were the actors.


TRONOH THEATER SHOP
Belum sempat Deepavali Nite melabuhkan tirainya, aku terus bergegas ke MPH untuk menyaksikan persembahan Theater UTP. Walaupun tidak sempat untuk menyaksikan Taqdir.. nasib baik, kami sempat menyaksikan persembahan kedua iaitu KERUSI


Badut, Teater dan Sampah
Malam ini Badut baru pulang dari menonton teater anjuran Tronoh Theater Shop UTP di MPH. Badut kagum dengan persembahan mereka. Lakonan mereka menjadi. Sentuhan seni mereka berkesan di hati Badut.


Pinky and Brain
... teater…..directed by our vey own DR.SHARK….die nie mmg femes lah kat utp nie ….not only coz he pgg the tronoh theater shop but his enthusiasm in teaching ...


Everyday is a journey: It's the first and it's a bust week!!
(*cheh) He said "Dont trust Mr Shark, he knows nothing about UCITY, he only knows about Tronoh theatre shop. We also have the business acument, ...


meow meow sang arnab


Jalan
2 kat umah ni
ptgnye plak, after zohor prayer, ade plak persembahan teater kat tmpt yg same. best diorang brlakon. berbakat jgk eh dak2 UTP berlakon.


Asylum 50 - 280707 - Qalcaptures - Fotopages.com

(Entri bergambar ni best sebab ada gambar aku. Haha.)


The Imagination






Terjawab sudah kenapa selama ini ramai orang tidak memahami.
Haha.

Rabu, November 19, 2008

Kenapa Bernikah Jika Bercerai?

Jika manusia boleh jadi seperti Isaac Mendez pelukis masa depan.
Jika manusia boleh jadi Hiro Nakamura merentas masa.
Jika manusia boleh mengetahui apa perancanganNya.

Kita manusia tidak boleh persiakan otak kita.
Kita manusia tidak boleh persetankan orang sekeliling kita.
Kita manusia perlu bekerja bersama = bekerjasama.
Untuk membangunkan dunia.

Kita manusia punya nafsu.
Lelaki punya nafsu pada perempuan.
Perempuan punya nafsu pada lelaki.
Itu yang normal lah.
Yang songsang pun dah banyak sekarang ni.

Apa pun aku sebagai seorang lelaki yang akan bernikah tidak lama lagi.
Menyeru kepada lelaki-lelaki di luar sana.
Supaya mengenali si perempuan pasangan anda.
Mengenali tidak semestinya bercinta berkepit ke mana-mana.
Mengenali latar belakang dirinya, keluarganya.
Latar belakang agamanya, sikapnya, peribadinya.
Hobinya, minatnya, perkara yang digemarinya, yang tidak digemarinya.
Pendek kata, semua aspek.

Bagaimana?
Banyak caranya.
Boleh belajar melalui buku-buku, melalui kisah-kisah dan pengalaman orang lain.
Atau boleh belajar melalui kisah dan pengalaman sendiri.
Itu lebih baik.
Belajar sendiri.
Kerana diri kita sendiri yang kenal siapa sebenarnya diri kita, dan siapa yang kita kehendakki untuk jadi teman hidup hingga ke surga.

Buat anda di luar sana yang sedang mencari pasangan atau pun yang sudah berpasangan, saya doakan anda berjaya.
Berjaya dengan maksud berjaya hingga ijabkabul, hingga ke anak cucu (jika dimurahkan rezeki) dan hingga surga.
Berselisih pendapat, bertengkar (bergaduh lah senang cakap) memang biasa.
Cuma jangan sampai ke tahap perceraian.
Jauhkanlah.
Lagi sekali motivasi memainkan peranan penting dalam rumahtangga.
Kekalkan tahap motivasi anda di tahap yang baik dan bagus.
Suami dan isteri, anak-anak dan seluruh keluarga.
Sentiasalah berada di bawah naungan AURA POSITIF.

Dengan izin Pencipta.

Isnin, November 17, 2008

Kerusi (Bukan KERUSI)

Aku dah book kerusi ni! Tengok nombor bertuah ni. 8..8..8!



Gua nak flashback sikit.
Kerusi merah tu kerusi gua dalam Asylum.
Show ini di Chancellor Hall, UTP.
Performer dari luar biasanya akan puji dewan tu cantik dan indah.
Tapi teater tak elok main kat situ.
Terlalu besar saiz dewannya.
Pentasnya pun kurang sesuai.
Teater elok main kat MPH.
Dah nama pun multipurpose.
Boleh main macam-macam.

Masa show ni gua sakit kepala gila babi punya.
Dari awal sampai habis show.
Tapi sebab masa tu ada Cheryl Samad, gua pun layan ja laaaaaaa...

Ahad, November 16, 2008

Siapa Berani Jadi Hang Tuah Tahun 2009?

Kalau jadi di Kuala Lumpur
Asylum terbaru diangkat ke Panggung Bandaraya

Kalau jadi Asylum di sana
Aura Merah akan kembali menyelubungi zarah-zarah abduh ini

Kalau masih ada Festival Teater Perak
Jebat pula menjadi taruhan

Kerusi sudah pernah menang di festival
Jadi tidak dapat dipertandingkan lagi

Cast tahun 2007 yang masih ada tahun depan dikekalkan
Malang sekali kemungkinan besar aku tidak dapat beraksi

Tidak dapat beraksi bersama Jebat
Oh aku masih ingat lagi dialog aku bersama Jebat

Malang sekali waktu itu latihan kurang cukup
Babak itu kurang menjadi

Jadi siapa berani menyahut cabaran
Siapa berani jadi Hang Tuah tahun hadapan?

Kalau benar skrip faktor penentu
Jebat akan menjadi taruhan

Kalau taruhan memakan tuan
Memang benar memang Melayu memang melayu

Cerita yang bagus
Skrip yang bagus

Pengarah yang bagus
Teknikal yang bagus

Pelakon yang bagus
Krew yang bagus

Semua itu sepatutnya menjadi faktor penentu
Dan ada satu lagi faktor

Yang biasa kita dengar
Makcik-makcik di rumah yang tonton AF pun selalu dengar

Faktor X
X Factor

Jadi siapa berani menyahut cabaran
Siapa berani jadi Hang Tuah tahun hadapan?

Jumaat, November 14, 2008

Zarah-zarah Abduh Kembali

Beraksi.

Aku menulis di atas dinding.
Tapi aku bukan menconteng.
Aku menulis menggunakan krayon di atas dinding.
Tapi aku bukan menconteng menggunakan arang.
Aku menulis dengan batang grafit di atas kertas.
Tapi aku bukan menghentam soalan peperiksaan.

Tatkala orang lain sibuk dengan ujian duniawi.
Aku di sini dengan contengan krayon.
Di atas dinding.
Aku tulis nama aku. Satu per satu.
Dan banyak lagi selepas itu.
Di atas dinding.
Mak pernah marah.
Ayah pernah tak ambil kisah.
Tapi aku tetap menulis di atas dinding.
Dengan krayon.
Berwarna-warni.
Macam kehidupan.

Aku menconteng bila aku waras.
Aku menulis bila aku gila.
Aku normal bila aku gila.
Aku abnormal bila aku waras.

Itulah zarah-zarah abduh.

Kembali kini.

Beraksi.

Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh!!!!!!

D.K.S

Akin M pernah berkata, "Kadang kala kita perlu berpatah balik ke belakang."

***

Dulu.
Pelakon angkat barang.
Pelakon tak ada kostum mahal.
Pelakon kena tengking sehabisnya sampai down gila babi.
Pelakon staf ramai.

Sekarang.
Pelakon ada orang tolong angkat barang.
Pelakon ada set kostum mahal-mahal.
Pelakon tak kena tengking sehabisnya sampai down gila babi.
Pelakon semuanya student.

Dulu.
Pelakon lambat datang rehearsal.
Pelakon tak datang rehearsal.

Sekarang.
Pelakon lambat datang rehearsal.
Pelakon tak datang rehearsal.

D.K.S
Dulu, kini, selamanya.


***

Walaupun minggu peperiksaan, gua tetap memberi komitmen tip top pada teater.
Walaupun gua tak ada niat nak jadi Presiden TTS dengan organisasi baru nanti.
Gua tetap datang rehearsal lepas habis exam.
Walaupun rehearsal tu tak jadi sebab ramai tak datang.
Gua tetap turun padang gantung banner di Ipoh.
Walaupun gua hanya potong tali untuk ikat banner tu.
Dan gua lebih banyak makan dan minum berbanding gantung banner!
Hah!!

Rabu, November 12, 2008

Aku Putra

Aku Putra.
Aku suka keadilan.

Aku datang dari jauh.
Aku pergi berjalan jauh.
Untuk memperjuangkan keadilan.
Sebab aku suka keadilan.

Aku sudah punya isteri.
Masayu namanya.
Dia seorang yang sangat ayu.
Dan dia ibarat emas yang berharga bagi diriku.
Dia juga adalah lambang segala kehormatan yang ada pada bangsa, kaum dan agama.
Dan ia milik aku.
Untuk aku pertahankan.

Aku setia pada isteri aku.
Aku amat kasih, sayang dan cinta pada isteri aku.
Isteri aku menyokong perjuangan aku.
Dia sentiasa ada di sisi, di belakang aku.
Setakat ini, aku belum ada zuriat lagi.
InsyaAllah selepas perjuangan ini selesai.

Aku tekad.
Keadilan mesti ditegakkan!
Tidak boleh tunggu lama lagi.
Lagi lama lagi buruk padahnya.
Aku tekad.
Aku pergi berjuang seorang diri.
Berbekalkan 

Aku pergi menentang musuh nombor satu aku.
Srisegala.
Srisegala ni tak kacak.
Badan nampak macam manusia.
Tapi percakapan, gerak langkah dan tingkah lakunya macam binatang.
Srisegala ada seorang penasihat yang keji. Tuta Utama.
Dibawahnya Tuta-tuta, pak turut yang menjadi hamba abdi Srisegala.

Asalnya aku hanya hendak berbicara secara aman dengan Srisegala.
Supaya dia turun dari kerusinya itu.
Tapi Srisegala keras kepala.
Dia terlalu sayangkan kerusinya itu.
Sehingga dia mengerahkan Tuta-tuta untuk menyerang aku.
Aku tak takut.
Aku berlawan dengan Tuta-tuta.
Tiga lawan satu.
Tuta-tuta lembik.
Tak pandai berlawan.
Jadi aku menang.
Tapi...

Srisegala guna taktir kotor.
Dia guna jin.
Aku lupa nak buat pendinding.
Jadi aku tak kebal dengan jin.
Aku tak dapat bergerak.
Argh. Argh!
Aku cuba melawan serangan jin.
Tapi tu lah, aku terlupa nak buat pendinding.
Akhirnya, aku jadi kaku.
Aku dijala dengan pukat.
Pukat tu pun dah kena jampi.
Dan aku jadi buta.

Srisegala menang.
OK. Tak apa. Hero kalah dulu, kan.
Aku dipenjara dalam kandang.
Kandang tu pun dah kena jampi.
Kalau tak senang saja aku nak pecahkan kandang tu.
Aku penat.
Ya lah, aku manusia biasa juga. Mesti rasa penat.
Jadi aku tidur dalam kandang.
Layan saja lah...

Waktu aku tidur, isteri aku waktu tu pun tengah tidur.
Ya lah, dah malam kan.
Tak dapatlah tidur bersama malam ni.
Dah kena kurung.
Tapi isteri aku terjaga dari tidur.
Dia dapat merasakan aku dalam kesusahan.
Dia terus pergi mencari aku.
Dan bila dia menjumpai aku,
dia dapati yang aku dikurung dalam kandang.

Isteri aku minta maaf pada aku.
Sebab dia terlupa nak bekalkan aku keris pusaka.
Patutlah hari tu aku rasa macam ada barang tertinggal...
Tapi masa tu aku tengah lena.
Penat kena jampi dengan jin.
Isteri sendiri datang pun tak dapat sedar.

Kemudian, Srisegala pun mulalah menggatal.
Dia mengorat isteri aku.
Tak guna punya Srisegala.
Sialan.
Aku nak bangun tapi tak boleh.
Aku kena jampi!

Srisegala mengayat isteri aku.
Namun aku tahu, isteri aku tak bodoh.
Dia tak mudah makan pujuk rayu lelaki kecuali aku.
Isteri aku cuba untuk perdaya Srisegala.
Dia buat rundingan damai dengan Srisegala.
Tapi...

Lagi sekali Srisegala guna taktik kotor.
Bukan setakat jampi, kali ni dia rogol pula isteri aku.
Isteri aku cuba melawan tapi tak dapat.
Srisegala terlalu kuat dengan jin.
Akhirnya, Masayu selesai dirogol...

Jadi bila Srisegala dah rogol Masayu, dia lepaskan aku.
Tapi aku datang balik ke tempat Srisegala untuk mencari isteri aku.
Srisegala tipu aku.
Dia cakap dia dah hantar isteri aku pulang.
Tapi aku tahu isteri aku ada lagi kat tempat dia.
Walaupun aku buta, aku masih dapat melihat setiap gerak langkah Srisegala.
Aku guna mata hati untuk melihat.
Hebat kan?

Akhirnya aku dapat berbicara dengan isteri aku.
Tapi...

Isteri aku tiba-tiba berubah.
Dia seperti tidak mengenali aku.
Dia dah kena jampi!
Tapi aku masih dapat lihat jauh ke sudut hatinya.
Dia masih kenal aku, suaminya.
Itu pun lepas aku menangis.
Dan dia pun menangis sekali.
Tapi Srisegala bergelak ketawa melihat kami.
Jahat betul dia ni.

Lepas insiden tu, aku pergi membawa diri.
Aku bertapa di sebuah tempat yang sunyi.
Masa aku tengah syok bertapa, ada pulak tiga orang mamat ni datang kacau aku.
Ceh. Mengganggu konsentrasi betul lah.
Tapi sebab aku ada dengar yang mereka ada rancangan untuk jatuhkan Srisegala,
aku pun turunkan ilmu aku pada mereka bertiga.
Mereka bertiga digelar Wira-wira.

Wira-wira menyerang Srisegala dan kuncu-kuncunya.
Tuta-tuta tewas.
Srisegala dan Tuta Utama berjaya melarikan diri.
Itu pun sebab aku suruh Wira-wira biarkan Srisegala lari.
Sebab aku ni kan baik.
Aku tak bunuh orang walaupun dia jahat.
Baik kan aku?

Kerusi sudah kosong.
Isteri aku kata, aku patut mengambil alih kerusi itu.
Sebab aku menegakkan keadilan.
Aku memang suka keadilan.
Jadi aku duduk di kerusi itu.
Isteri aku pula menjadi pembantu aku.

Perjuangan aku menegakkan keadilan berjaya akhirnya.
Sesungguhnya, yang benar akan menang jua akhirnya.

MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Selasa, November 11, 2008

Struktur?

Perlu tanda soal di situ.
?

Apa pun aku akan M.I.A lagi pada saat yang memerlukan.
21 November.
Pagi, kertas terakhir.
Petang, naik bas ke KL.
Malam, ada pemilihan Presiden dan ahli tertinggi - Aku M.I.A - Aku di Cheras.
Malam 22 aku tengok teater.
Show terakhir Impak Maksima The Musical.
Malam ni dah mula show pertama.

Jadi, aku pos undi aku kat ... aaa.. kat...


Memandangkan aku akan M.I.A waktu itu nanti.
Berikut struktur cadangan aku:

***

Proposal:

Sistem berstruktur yang terbahagi kepada dua.
Management & Production Team.
Creative Team.
M&P fokus pada pengurusan produksi.
Creative fokus pada show.


MANAGEMENT

President:
Assoc. President:
Secretary I:
Secretart II:
Finance Manager:
Marketing & Communications:
Promotion & Publications:
Welfare:


Skop Tugas:

Presiden: Manage semua kerja M&P untuk sebuah produksi.
Jika tiada produksi, Presiden akan manage M&P Team untuk kerja-kerja external seperti perancangan show-show luar akan datang dll.
Naib Presiden: Membantu Presiden dalam urusannya.
SU: Dokumentasi seluruh aktiviti TTS.
Bendahari: Mengurus kewangan TTS.



Untuk sebuah produksi penuh, berikut adalah contoh struktur.


CREATIVE TEAM

Directors/Associate Directors:
Music Director:
Choreographer:
Lyricist:
Composer:
Production Designer:


MANAGEMENT TEAM

Producer:
Associate Producer:
Marketing & Communications:
Finance Manager:
Promotion & Publications:
Welfare:


PRODUCTION TEAM

Art Director:
Production Stage Manager:
Stage Manager:
Deputy Stage Manager:
Assistant Stage Manager (Props):
Assistant Stage Manager (Musician):
Lighting Designer:
Lighting Assistant:
Sound Manager:
Sound:
Set Designer:
Costume Designer:
Costume Assistant:
Dresser:
Projection Master:
Projection Operator:
Technical Director:
Make-up:
Styling:

*potong mana yang tak sesuai
*boleh jadikan ini template struktur (kalau nak)

***

Sejak dulu lagi, TTS memang tidak cukup krew atau hanya cukup-cukup.
Dan, sebelum ni TTS pernah recruit ahli untuk management agak ramai.
Tapi mereka lari begitu sahaja kerana tiada struktur yang organized.
Dan mereka tidak dapat apa-apa.
Proposal: Management team diberi elaun seperti pelakon juga. Dan akan disediakan sijil untuk setiap tahun penglibatan. Ahli management team juga berpeluang untuk naik pangkat hingga tahap Presiden.

Isnin, November 10, 2008

You know you're in theatre when...

You’ve said countless times, “I can’t. I have rehearsal.”

You realize theater is your social life and you don’t have any friends outside of theater.

If you're an actor, tech people become your heroes.

You want to shoot people who think putting on a production is easy.

Stress is a way of life.

Cast parties rank right up there with birthday parties.

You never realized how much fun you had at rehearsals until you don’t have any more.

You can’t seem to memorize your lines, but you know everyone else’s lines verbatim.

You have the urge to be in character in public.

Once the production is over you don't know what to do with your time.

You complain about how ugly your costume is.

You absolutely love your costume and want to steal it from the costume room after the play is over.

You think your director is the coolest guy ever.

You think your director is an idiot.

You love going to see other productions just to compare them to yours.

You argue with your director about which play to do next.

You go see other productions and cringe when you see people that can’t act.

Homework? Never heard of it.

You could easily set up a cot and live in the theater. You’re there all the time anyway.

You dread the thought of having rehearsal, but the second you get there you don’t want to leave.

You meet someone from another theater and instantly become best friends.

You beg all of your friends to come see you in the play when you are only onstage for two minutes.

You have lost count on how many times you've died.

You don't think twice about seeing guys in make-up or tights.

You're in public and look like you're talking to yourself because you are reciting your monologue.

You are a techie and want to strangle the actors because you have their lines memorized better than they do.

You think Shakespeare was a genius but dread putting on one of his plays.

You know what Hell Week is.

If you put on a musical, you randomly sing all the songs at any time of day even if it is a musical you hate.

Sleep? What is sleep?

Techies and actors don't understand each other, but they pretend that they do.

You swear like a sailor.

There's more drama backstage than there is onstage.

Actors and techies argue about who has more work.

You're on your deathbed and miss school, but you somehow manage to go to rehearsal.

You quote lines from previous plays you've done when you have casual conversations with friends.

You suddenly realize that your entire wardrobe is black.

Theater sex. Enough said.

You know what spiking is, and it's not what you do to hair.

You've been working with the same people so long that you have blackmail to last a lifetime.

You've been injured so many times it's a miracle you're still alive.

Applause after a show is the best sound ever.

You have a sigh of relief when you are doing a comedy and you hear the audience laughing.

You know you're a theater guy when you can put on makeup better than half the girls in your school.

Modesty is long forgotten.

You pride yourself in how fast you can strip your clothes off and change costumes. (Or help people strip!)

Closing night feels like a bad break up, but the cast party is the make-up sex.

People who aren't in theater just aren't cool.

And much, much more...

***

Gua cilok benda alah ni dari satu group di Facebook: You know you are in theater when...
Hampir semua yang tertera memang benar.

Sabtu, November 08, 2008

penulis jalanan

aku hanya penulis jalanan
berbekalkan komputer riba
yang sudah hampir tamat riwayatnya
aku tak buta-buta menulis
aku menulis apa yang aku lihat
apa yang aku dengar
apa yang aku rasa
dari apa yang dipertontonkan
di pentas dunia
aku sukakan dunia pentas
kerana dari situ aku belajar tentang dunia
dan dari situ aku tahu
dunia bukan sekadar dunia
dunia punya isi yang perlu diteroka
untuk apa?
untuk ke dunia yang lebih baik
lebih abadi

aku hanya penulis jalanan
berbekalkan iltizam kecil
otak berat sebelah
kejap ke kiri
kejap ke kanan
dari otak terus menggambarkan tubuh
aku berjalan
tiada lurus
kejap ke kanan
kejap ke kiri
dan ada masanya
aku tersungkur
aku patah balik ke belakang
ya!
kenapa tidak kita tidak boleh patah balik ke belakang?
kita berjalan dan berjalan
ada masanya
kita perlu berpatah balik

aku hanya penulis jalanan
di lorong yang hampir tiada orang lalu-lalang
namun dari situ aku dapat belajar
kenapa pepatah sedikit lama-lama jadi bukit wujud
kenapa orang-orang dahulu cukup hebat
hebat berbahasa
hebat berbicara
hebat bermadah
hebat berpujangga
bukan itu sahaja
hebat dalam bekerja
hebat dalam sains
hebat dalam teknologi
hebat dalam astronomi
hebat dalam matematik
hebat dalam sastera
hebat dalam seni
dan tidak salah aku mengatakan
kenapa tidak kita patah balik ke belakang?
ada masanya kita perlu patah balik ke belakang.

Khamis, November 06, 2008

5U Neurosurgeri

Buat Najwa;

Selamat bekerja di Wad 5U : Neurosurgeri.
Entah apa benda tu pun aku tak tahu.
Boleh surgeri otak aku tak?
Supaya sel-sel neuron yang terputus boleh cantum semula?
Atau supaya lubang hitam dalam otak aku boleh hapus?
Haha!

Jika dan Hanya Jika Kalian Memahami

Buat sesiapa yang ingin tahu (jika dan hanya jika kalian mahu);


PETRONAS’ Petroleum Management Unit also known as PMU is part of Exploration & Production (E&P) Business units. It is responsible in managing and steer the overall E&P activities in Malaysia. In addition, PMU’s role also encompasses the optimization of Malaysia E&P assets and the management of all E&P companies operating in the country.
PMU is currently made up of six departments namely Petroleum Resources Exploration (PRE), Petroleum Resource Department (PRD), Petroleum Operation Management (POM), Technology Capability & Data Management (TCDM), HRM & Administrative Services and Strategic Planning (SP).
Besides KLCC based office, it also has small unit at Kerteh & Miri.


***

Pak Akin rasa ramai yang menyumpah seranah dan mencela SIIU dengan hati terbuka tanpa rasa bersalah.
Entah kenapa SIIU mengalahkan artis-artis tempatan (jika dan hanya jika kalian memahami).
Lagi sekali cara Ugut & Gertak digunapakai. Ala-ala Pecah & Perintah (jika dan hanya jika kalian memahami).
Atas nama kontrak kononnya.
Itu bullshit namanya.
Kontrak aku di rumah kampung.
Mahu saja aku belek baca satu per satu tapi gaya bahasanya 'mengalahkan' blog Tiga Es ini.
Jadi aku pun pelik kenapa peguam suka pasal undang-undang.
Kenapa jurutera suka kejuruteraan.
Kenapa orang seni suka seni.
(Jika dan hanya jika kalian memahami)

Aku masih ingat lagi.
Aku pakai semat-semat tapi masih bersederhana.
Kemeja ungu pemberian.
Tali leher hitam pembelian.
Slack hitam tiada butang (trend 'Hidup Tiada Berbutang').
Tali pinggang Khidmat Negara dengan kepalanya masih berkilat.
Kasut POLO hitam bertapak haus merekah-rekah.
Pergi temuduga.
Receptionist girl kat situ boleh tahan hot.
Oh, tak boleh, waktu tu baru mula puasa.
Temuduga lebih kurang 1.5 jam.
Tapi energi masih tip top.
Mungkin sudah biasa berlakon atas pentas 1.5 jam.
Oh, tiada kaitan.

Berita baik bila aku lulus temuduga dan diterima bekerja.
Ya. Bekerja. Bukan hanya latihan untuk bekerja (jika dan hanya jika kalian memahami).
Berita buruk bila SIIU 'mengalahkan' artis-artis tempatan (jika dan hanya jika kalian memahami).
Notis: Perhatikan pengulangan. Pengulangan membawa maksud penekanan pada suatu isu.

Tidak guna tulis banyak-banyak.

Dem.


***

Aku pakai semat-semat tapi masih bersederhana.
Kemeja putih belang-belang hitam (atau biru) pembelian.
Tali leher putih belang-belang biru dan hitam pemberian.
Slack hitam baru (barangkali).
Tali pinggang Khidmat Negara dengan kepalanya masih berkilat.
Kasut kerja BONIA baru (sudah pasti) hasil bantuan baucer JUSCO hasil (halal mintak-mintak) menang teater di UM.
Pergi makan gaji buta! (Mungkin nanti tidak).
Hah!


Notis: Jika dan hanya jika kalian memahami entri ini.

Rabu, November 05, 2008

Menunggu Detik 8 Pagi Hari Esok

Esok enam hari bulan sebelas tahun dua ribu lapan.
Masih ingat lagi.
Sewaktu masa dahulu.
Waktu rehat adalah yang paling dinanti-nanti.
Begitu juga waktu bekerja sudah hampir habis.

Jadi sekarang ini.
Setelah beberapa ketika.
Aku pasti dapat merasainya lagi.
Kemanisan.
Keindahan.

Malam ini.
Aku menunggu detik lapan pagi hari esok.
Tengah hari hari esok.
Dan waktu puncak hari esok.

Selamat Bekerja aku ucapkan.
Kerja itu kerja mulia.
Aku suka.
Selamat Bekerja sampai habis kontrak.
Nasib baik 5 tahun.
Tak macam aku dua kali ganda.

Selamat Bekerja lagi sekali.
Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.
Barulah Melayu tidak melayu.

Isnin, November 03, 2008

Menunggu Romlah Tiba Dalam Masa 168 Jam

Gua dah buat tempahan berbayar untuk 1 cetak Romlah: The Untold Stories.
Sememangnya gua peminat hasil karya pop, terutamanya dari Sindiket Soljah.
Dengan teknologi serba canggih, gua tak perlu pergi KL untuk beli buku cetakan terhad sebegitu.
Tapi gua terpaksa menunggu Romlah tiba dalam masa 168 jam.
Waktu itu gua dah memasuki minggu menjawab kertas-kertas yang menentukan PNGK gua.
Nampaknya gua kena belajar.
4 bulan ni gua tak belajar apa-apa. Gua belajar teater. Gua ni sesat ke?
Patutnya gua masuk ASWARA tapi tak layak.
Jadi gua masuk UTP ja.
Sebenarnya gua dulu nak masuk IPTA ja. UTM Skudai tu ha..
Maklumlah gua graduate sekolah menengah kat luar bandar.
Dan gua bakal graduate universiti nanti pun kat luar bandar.
Dan gua ada peratusan tinggi untuk kerja di luar bandar juga.
Nasib baik gua praktikal di bandar. Adalah sedikit pengecualian di situ.
Tapi walau apa pun, gua tetap orang kampung. Cuma gua tak otak kampung la.

Belajar pun belajar lah. Walaupun nampak sedikit ganjil, sedikit terasa ganjal dan sedikit ajaib.

Kurang dari sebulan gua akan praktikal di PMU, KLCC.
Jabatan Sumber Petroleum.
Gua sudah duduk di KL, senang sedikit gua nak involve dalam akitiviti seni.
Cuma gua tengah fikir lagi macam mana gua nak berlakon Disember ini selepas hanya seminggu melapor diri.

Ah.
Gua mahu sambung belajar.

Ahad, November 02, 2008

Bau Stage

Sebaik gua menaiki anak-anak tangga menuju ke bilik gua,
gua tiba-tiba teringat akan bau stage.
Sudah!
Simtom hujung semester.
Ah!

1 Mentari

2 Hantu Digi

Selamat Belajar.
Selamat Berjaya.
Selamat Bekerja.

Kosong.

Tangis

Set-set nangis.
Paling popular Fauziah Nawi, misalnya.
Well, mungkin Senario Episod 1 sengaja kontradik.
Namun versatiliti punya nilai tinggi.
Paling popular P Ramlee, contohnya.
Kelakar boleh. Sedih boleh. Hebat.
Menyanyi boleh. Muzik boleh. Hebat hebat.
Tulis skrip boleh. Tulis lirik boleh. Hebat hebat hebat.

Set-set nangis.
Dalam TTS sendiri ada beberapa.
Set-set komedi.
Pun ada.
Set-set hiper.
Ada lah sedikit.
Set-set neutral.
Pun ada.

Dalam show Kerusi yang lepas.
Nasib baik tangis menjadi.
Gua fobia waktu show Transit.
Gua tak dapat feel.
Mungkin sebab spoiler.

Jumaat, Oktober 31, 2008

0, Aku Kosong, Kosong Aku

Malam tadi malam show.
Seperti biasa, Tuhan (aku guna istilah yang general since TTS sudah multiracial) akan bagi ujian kepada kita sebelum show.

Tiub bocor.
Kotak gear pecah.
Kain baru beli semalam, esoknya dah hilang.
Dan macam-macam.

Tentang lupa dan lupa.
Memang manusia lupa.
Terlupa dialog.
Tersilap Q.
Terpotong Q.
Terlupa sediakan video audio ribut.

Tentang masalah teknikal.
Dua kali jalan.
Kali ketiga terus show.
Memang show.
OKlah, walaupun Tuan Direktor cakap semua lightings OUT.
Gua nak ucap terima kasih pada tech team.
Kena belajar lebih lagi.
Supaya skil korang bertambah bagus pada waktu akan datang.

Tentang karakter secara ringkas.
Tentang apa yang perlu diperbaiki.
Srisegala ON-OFF.
Putra tak fix mata waktu babak menangis. (Gua kena praktis fix mata lebih lagi ni. Adoyai.)
Masayu I .. err.. ala tak ingat pulak. =P
Masayu (Mimpi) lontaran suara. Jangan sesekali, NEVER EVER, bergantung harap pada boom mic. Emosi dah OK. Kekalkan sehingga show Taman Budaya.
Tuta Utama jangan jadi karakter Tanjung Rambutan.
Tuta-tuta jangan distract penonton waktu babak Srisegala. Jangan pula freeze waktu babak Putra dipukat.
Wira-wira kena play more with lines. Chemistry Wira-wira perlu diperbaiki. Tuta-tuta pun sama. (Kena spend more time together like Mat Merah & Mat Hijau FTP 07 - perlu ke mention? Haha. OKlah, like Baby and YB, like Atendan and Pak Cik. =P)
Jin I jangan masuk pentas dari awal.
Jin II (Pemukul Gong) err... tiada kot.

Secara personalnya, gua suka muzik intro show malam tadi.
Thumbs up kepada tukang pilih muzik.
Muzik intro tu dapat bantu salur energy.
Dan jugak muzik-muzik yang lain. Semuanya nice. Sesuai.
Muzik sedih babak Putra dan Masayu cukup membantu.
Malangnya audio untuk adegan ribut tiada.
Sayang 1000 kali sayang.

Gua jugak suka kesan asap waktu babak Srisegala menurun.
Terima kasih kepada tukang jaga smoke machine sebab tak ON smoke machine pada waktu yang tidak tepat.



Di kesempatan ini, gua ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada:

Dr Shark, Mr Rahmat Iskandar, Che Mad, En Ahmad PG, Abg Khairul dan Abg Lehan ITMS, Am, G-ah, Syakir, Hisham, Baha, Anep, Syafiq Altantuya, Aini, Cairell, Half, Acab, Sultan, Zafran, Syafiq Faliq, Nik, Daus, Azizi, Pacel, Nisa, Tasha, Ameng, Yasmin, Ashraf, Ermie, Xiao Ci, Moorthi, Atul, Timmy Ong

40 orang murid SMKA Sultan Azlan Shah dan guru-guru pengiring,

pasangan-pasangan suami dan isteri yang tidak dikenali,

dan pastinya UTPian yang sudi datang menonton.


TERIMA KASIH!



0, Aku kosong, kosong aku

Rabu, Oktober 29, 2008

Torture, Senyap Tapi Tak Fakap, Cita-cita & Cinta

Malam tadi full run, full dress, dengan teknikal untuk show Kerusi dan Taqdir hari Khamis ni.
Walaupun gua banyak lagi kerja lain, gua sempat lagi blog pasal full rehearsal.
Malah gua sempat lagi layan series Heroes (dan Smallville, dan Chuck, dan Merlin, dan Prison Break, dan Doraemon). Haha.
Dan walaupun gua tengah sakit-sakit satu badan dek penat mental, fizikal dan emosi.
Pelakon-pelakon kena torture sedikit, barangkali.
Tak semestinya bila jadi pelakon, kau boleh goyang kaki atau tolong tengok budak management buat kerja props/costume.
Torture itu memang kurang senang, tapi hasilnya gua boleh lihat sendiri.

Teknikal rehearsal malam tadi agak sukar buat kali pertama.
Buat kali kedua OK sedikit, tapi gua harap buat kali ketiga iaitu sewaktu show, SM dan Tech Team dapat menjalankan tugas dengan baik.

SELAMAT BERJAYA!



Pesanan dari Abang Putra buat hari ini;

"Biar kita tak banyak bercakap, tapi kerja yang kita buat tak fakap."

Dan persoalan buat hari ini;

"Adakah wajar kita kejar cita-cita terlebih dahulu sebelum cinta? Walhal kita berupaya mengejar kedua-duanya sekali."

Renung-renungkanlah.

Selasa, Oktober 28, 2008

Magik 30

Jika dulu-dulu Pak Akin dengan Magik 7 nya.
Sekarang ini Magik 30 pula muncul.

30 Oktober 2008.
Ujian teori #1 yang asalnya 31 pergi ke 30 malam kerana Siam.
Ujian teori #2 yang asalnya 29 pergi ke 30 petang kerana masalah teknikal.
28hb baru diumumkan tentang engagement session ESU pada 30 malam.
Dan.
Show KERUSI yang asalnya 28 pergi ke 30 malam juga.
Nasib baik PRK tak pinda tarikh 29hb.
Kalau tidak...
Oh ya, sebut pasal PRK, teater KERUSI ni memang berkait rapat dengan PRK.
Jadi kalaulah ada calon-calon MPP yang sudi datang meluangkan masa menonton, kami (TTS) cukup berbesar hati.

Takpa. Siapa pergi talk ESU kemudian terasa bosan, jemputlah singgah ke MPH yang berdekatan.
Masuk PERCUMA ja.
Pukul 9 mula.

Esok 29 Oktober PRK di UTP untuk MPP sesi 2008/2009.
Selama ni gua pangkah kat kotak sebelah muka dia.
Tapi sekarang ni gua sama ada tak nak pangkah langsung atau pangkah kat muka dia atau pangkah kat muka dia dua kali!

30 Oktober..
30 Oktober..

Tragedi Oktober.

Ahad, Oktober 26, 2008

BIA: Bunga Raya Yang Tenang & Selesa

Pak Akin sudah BIA.

Jumaat lalu gua dengan selamba lepas test berlepas ke Taman Bunga Raya.
Adik gua perlukan khidmat menulis.
Walaupun gua dah lama tak menulis dalam Inggeris tapi gua tetap selamba membantu.
Gua ni lemah sikit Inggeris tapi masih OK.
Macam masa gua dulu-dulu nak mohon biasiswa MARA gua mintak tolong abang gua yang memang otai Inggeris sebab dia pembaca buku Inggeris tegar dan dia menuntut di UIAM.
Gua?
Buku Melayu pun gua lambat khatam.
Jadi sekarang ni adik gua pulak mintak tolong gua buat esei untuk permohonan biasiswa MARA.
Agaknya, inilah takdir gua.
Tiru Taqdir sikit.

Asalnya gua nak beli tiket teater muzikal Impak Maksima.
Sekali gua terlambat sampai IB daa.
Akhirnya gua terbeli pulak tiket teater muzikal PGL Musim 3 keesokan harinya di Rock Corner.

Sampai ja sini gua terus pergi MPH.
Rehearsal KERUSI babak terakhir sekali yang tak pernah rehearse pun.
Dem. Gua nak selamba jugak ka tak buat test Khamis malam ni?
Show KERUSI lawan test.
Waktu sama. Tempat lain tapi dekat-dekat.
Pasti dengan demnya gua tak dapat buat test malam tu!
Dem lagi.

Apa pun. Gua banyak kerja minggu ni kena setel.
Tapi gua sempat lagi lepak-lepak.
Sempat lagi tengok pilem.

Well.. bukankah 24 jam tu memamg cukup untuk buat macam-macam?
Cuma pandai atau tidak lah untuk urus-urus.


Bunga Raya bunga kebangsaan,
Taman Bunga Raya penuh kenangan.

Bunga Raya bunga lambang,
Taman Bunga Raya selesa dan tenang.

Jumaat, Oktober 24, 2008

Grrrr....tak?

Ini adalah pandangan dari seorang yang berprofil rendah, yang punya CGPA taraf 'Baik', yang punya rekod kehadiran tidak sempurna, tapi masih buat assignment, projek, presentation, test dan final exam tanpa sebarang unsur penipuan seperti 'copy, cut and paste', 'toyol' (di bulan Ramadan) dan seumpamanya.



Barangkali pengstrukturan semula perlu.
Tidak perlulah banyak kali sampai 9 kali.
Tidak perlu juga tiap minggu.

Check balik outline.
Dah nak habis semester baru terkial-kial nak kejar silibus.
Di minggu-minggu terakhir baru mengada-ada nak buat ujian teori.
Tarikh berubah-ubah.
Disebabkan ketiadaan tempat dan sebagainya.
Sebab semua nak buat pada waktu yang sama.
Kesannya?
Sudah tentu pada 'bahan eksperimen' - pelajar.

Bila minta dinilai.
Diingatkan tentang nombor bertuah, nombor magik.
Jadi 'bahan eksperimen' pun memberi nombor 7 pada semua kategori.
Lantas wujudlah bukti hitam dan putih bahawa pengajarannya bagus.

Sudah pandai gertak.
Gertak itu silap.
Itu cara terdesak.
Bukan cara terbaik.
Sengaja membesar-besarkan isu.
Itu bukan cara baik.

Belum jadi Dr.
Belum jadi AP.
Belum jadi Prof.




Lagi sekali diingatkan, ini adalah (hanya) pandangan dari seorang yang berprofil rendah, yang punya CGPA taraf 'Baik', yang punya rekod kehadiran tidak sempurna, tapi masih buat assignment, project, presentation, test dan final exam tanpa sebarang unsur penipuan seperti 'copy, cut and paste', 'toyol' (di bulan Ramadan) dan seumpamanya. Semata-mata.

Layu

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu ke kanan
dan dibiar bunga tak cantik mekar ke kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
tanah air kita yang punya
kita siram kita baja
tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali kali digadai harta bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya! Tapi apa guna tak hilang di dunia
kalau kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa kudrat tak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum nyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tak ada otak!
cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya
yang berjaya


Malique Ibrahim - Layu
Album: OK

Sekuel MIA: Ulang Tahun (See, I'm Normal)

Dunia Transit, Dari Tronoh ke Sunway masih dalam suntingan (harap-harap).
Sekuel Dunia Transit (Dari Tronoh ke UM) pula perlu disunting.
Macam tak ada masa tapi ada (sebenarnya).

Apa pun, aku akan MIA lagi hujung minggu ini.
Walaupun show dah dekat.
Full run dengan teknikal Selasa 28 hb.
Show hari Khamis 30hb.
Malam. Pukul 8.30. Tunggu penonton sampai. Pukul 9 la mula tu.
Secara keseluruhannya, kita belum cukup bersedia untuk buat show yang mantap.
Show yang bagus, mungkin.
Tak baik mengeluh.
Tapi kadang kala TERmengeluh juga memikirkan komitmen, disiplin dan rasa kebertanggungjawaban.
Ada yang bagus.
Ada yang sambil lewa.


Cuba.
Cuba.
Cuba.
Bukan tak boleh.
Cuba lah....


ps: (Cubalah) Jadi orang yang bernilai dan bermanfaat kepada orang lain.


Selamat Ulang Tahun,
25 Oktober 2008.

Rabu, Oktober 22, 2008

Takdir TAQDIR

Ini sebuah komentar daripada seorang Lighting Man, 'batu loncatan', seorang pelakon separa profesional, penulis jalanan di lorong siber, dan juga penyunting filem pendek tak bertauliah dan tak bergaji tapi berjiwa seni tentang takdir TAQDIR.

***

OK.
Aku dah siap taip report show Taqdir chantek punya kat sini: Takdir Menyebelahi Produksi TAQDIR
Namun, aku nak komen secara tak formal di blog ni.

Pertama sekali aku ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan produksi TAQDIR. Well, memang aku perlu ucap tahniah selepas setiap produksi TTS dijayakan.
(Oh, mungkin aku kecualikan show Asylum 50 di UTP 2007. =p)

Daripada pemerhatian aku:

Dari segi attitude,
Memandangkan ramai pelakon baru yang memang segar bugar,
mereka tidak selalu ponteng latihan.
Mereka datang latihan awal. Tidak lambat.
Disiplin mereka masih tip top.
Itu yang utama.
(Walaupun mereka perlu diajar satu demi satu apa yang perlu dibuat sewaktu berlakon atas pentas. =P)

Walaupun menang juara dan sapu bersih buat pertama kalinya sepanjang sejarah TTS, aku tetap berpendapat lawan kita tidak setanding.
In short, it's not a fair competition.
Lagipun hanya 3 kumpulan yang bertanding.
Ketua Juri juga merupakan faktor kalah-menang.
Di KL, semua skrip boleh diangkat dan menang.
Tapi di Ipoh, Perak...
Faham-faham lah sendiri.
Isu ini tidak akan selesai. Walaupun pihak yang terasa ada persoalkan. Baca komentar ini: FTP07

Apa pun, kemenangan ini suatu katalis buat TTS.
Juga suatu driving force untuk pelakon-pelakon baru supaya dapat terus bersama dengan TTS sampai bila-bila.

Sekarang ni TTS sudah multi-racial.
Macam Malaysia.
Tak adalah nampak macam racist.
Atau jantanist. =P
Ya. Dulu TTS semua lelaki.
Jadi untuk mengelakkan pandangan serong, =P
TTS import seorang pelakon perempuan.
Dan seorang lagi.
Dan seorang lagi yang lain.
Dan seorang lagi dan lagi. Haha. =P
Tapi, sampai sekarang, belum ada lagi ahli TTS yang berkahwin.
Bila lah agaknye ye......


Berbalik kepada cerita TAQDIR.
Komen gua untuk sorang-sorang:

Munah: Aini sudah biasa membawa watak emak/orang tua. Jadi, tidak menjadi masalah besar untuk menang sekalipun.

Mazlan: Lontaran vokal Syafiq memang bagus. Cuma kadang kala dia cenderung untuk ter-OVER. Dan untuk ter-DRAG. Apa pun, dalam pertandingan kali itu, dia memang pelakon utama lelaki yang paling 'nampak'.

Asiah: Show TAQDIR adalah show kedua buat Atul. Projection suara kena diperbaiki pada masa akan datang dengan latihan yang lebih.

Maria: Xiao Ci. Show kali ini juga adalah show kali kedua buat dirinya. Projection suara perlu diperbaiki. Variation dalam dialog juga perlu lebih dipelajari. Thumbs up sebab fasih berbahasa Melayu.

Johan: Ermie pelakon yang segar dan baru masuk TTS. Thumbs up untuk Ermie atas minat dan komitmen yang ditunjukkan. Very promising. Pada awalnya dia cenderung untuk shouting, tapi akhirnya dia mampu berlakon atas pentas tanpa shouting, sebaliknya projecting his vocal.

Chong/Boy: Timmy juga pelakon yang baru masuk TTS. Masa audition dia cakap kat aku yang dia tak fasih Bahasa Melayu, tapi dia telah buktikan dalam show TAQDIR yang dia mampu lakukan yang terbaik. But then, dia perlu belajar lagi variation dalam dialog, emosi dan reaction. (Well, if Lutfi read this I would add one more: "Being Natural" =p )

Khairil: Asyraf berlakon dengan TTS buat kali kedua dalam show TAQDIR ni. Dia ada masalah sedikit untuk berlakon secara natural. Pendek kata, dia terlalu berlakon. Well, dia boleh belajar banyak lagi. Tapi, aku gembira bila waktu show sebenar, dia buat yang terbaik. Begitu juga dengan Timmy.

Dr Muthu: Moorthi. Well.. erm.. Doc Shark pening kepala masa ajar dia sebut beberapa perkataan Melayu. Tapi akhirnya dia berjaya jugak. Projection suara kena diperbaiki. Asyraf dan Timmy juga perlu belajar lagi macam mana nak project suara.


Anyway, it was a very great show. I could see that all of the actors worked together to do the best on the stage. Thumbs up for that TEAMWORK!


What's gonna work? TEAMWORK!
Apa yang penting? Kerjasama!


Cau dulu!